Thursday, October 20, 2016

ATURAN ALLAH



Post sebelum ini Pengalaman Rawatan HSG


Lepas dari buat rawatan tu, kami laki bini jumpa doktor balik. Buat ujian sperm dan progestron sekali lagi. Bila bincang balik dengan doktor, doktor suggest kami buat iui, Kos dalam seribu lebih macam tu la.

Tapi kami decide nak try dulu secara semulajadi, ehem, paham-paham jer la hehe,,, Aku amalkan pati delima, dan susu kambing untuk suami, Berurut pon dah. Pergi jer buat apa-apa yang patut yang mungkin memberi kebaikan kepada kita. Setakat ni, masih belum berjaya, Tiap-tiap bulan still "bocor". Next steps maybe kami akan teruskan dengan iui. 

Sebelum aku kahwin kan, aku selalu fikir adakah aku akan terus dapat anak atau akan hadapi ujian lambat dapat anak. Dan sekarang aku lalui apa yang aku dok fikir dulu, Bila fikir-fikir balik, its ok. Inikan ujian untuk uji kesabaran kita dan sejauh mana kita boleh tabah hadapi dugaan ini. Jadi senyumlah selalu. 

Pasal mulut-mulut orang ke apa ke memang aku dah tak amik peduli dah. Setakat ni memang aku dah tak pernah dengar la sama ada orang mengata ka atau pun tegur dan tanya banyak kali pasal anak ni. ALLAH pelihara aku dari benda-benda macam ni. Lagi pula aku dah ada ramai sangat anak di tadika hehehe... Semua tu penghibur hati aku. Kan ada hikmahnya, ALLAH dah atur elok dah.

Tiba-tiba boleh pergi interview dekat tadika, pastu dapat, terus dapat anak ramai hehehe... Nampak tak kekuasaan ALLAH? DIA dah atur elok dah, so buat apa hang nak meratapi nasib hang tu? Chilex ok? 

Errr... aku dah lama tak menulis blog, Tetiba ja terus cerita pasal ni kan? Masih adakah pembaca blog ini? Kalau ada ce komen sikit hehe... Doakan aku, dan aku turut akan doakan kamu ;)

Monday, February 29, 2016

PENGALAMAN RAWATAN HSG


Assalamualaikum...

Ekceli aku tak tau nak mula dari mana. Tapi disebabkan fikir mahu membantu untuk kongsi pengalaman pasal HSG ni bagi yang ingin tahu, atas persetujuan suami yg turut mahu aku kongsikan, so aku tulis dlm blog ini.

Dipendekkan cerita, senggugut aku makin kuat. Boleh kata setiap bulan... memang aku senggugut sejak dari zaman sekolah lagi. Sebelum ni dah pernah jumpa doktor dekat Klinik Vistana, Alor Star. Scan biasa untuk lihat dalam perut. Doc cakap tak ada cyst. Agak lama juga la sejak dari scan pertama tu, aku amik keputusan untuk jumpa doc kali kedua. Kali ni jumpa doktor dan maklumkan yang senggugut aku makin teruk. Doc pon scan ikut bawah. Masukkan satu alat tu ke dalam nak tengok rahim. Syukur tak ada cyst. Tapi doc ada maklumkan pasal rahim aku, takut ada endometriosis. Hanya satu rawatan ja untuk sahkan tak ada endometriosis dalam tiub fallopio iaitu HSG.



Proses HSG



Doktor pon refer aku ke HTF, Kangar, Tapi aku postpone dulu. Mungkin belum bersedia. Lepas tu ada opismate suami aku suggest kami ke klinik Remedic, Kangar jumpa dgn Dr Hari Ram. Kami pon buat appointment. Masa tu baru sedar Doc dkt Klinik Vistana memang refer kami dekat Dr Hari di HTF. Tapi kebetulan dia Dr Panel dekat klinik tu. memang rezeki kami la nak jumpa dengan Dr Hari. Lepas jumpa Dr Hari minta suami aku buat ujian sperm sekali lagi,  aku pula buat HSG. Lepas result dah dapat dia akan cadangkan steps seterusnya untuk kami.

Doktor nak kan pengesahan betul2 takut tiub fallopio aku tersumbat. Ini pon antara usaha untuk aku pregnant juga. Aku pon gagahkan diri untuk buat appointment dgn PMC, Alor Star. So aku call dan tetapkan tarikh. Tanya sakit ke tak dia cakap sakit macam semut gigit. Aku tak percaya sangat haha sebab baca pengalaman org kebanyakan cakap sakit. 

Tiba hari untuk buat HSG. Tapi ingat yer pastikan mahkota kita dibersihkan sehabis baik hohoho... So pendekkan cerita doktor pon proses masukkan tiub untuk tembak dye. Dye tu akan mengalir ikut tiub fallopio kita, doktor akan x-ray untuk tgk sama ada tersumbat atau tak.

Masa dia masukkan dye tu, masyaallah sakit tu aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Diorang cakap sakit macam senggugut, aku dah biasa senggugut dan kali ni sakit tu lebih lagi pada senggugut. Sampai aku cakap doktor sakit doktor sakit... Memang rasa nak nangis. Tapi doktor tu pujuk, rileks puan, sikit lagi.. Aku tahankan saja. Tapi kaki aku memang sampai menggeletar...tahan sakit sampai ketaq kaki-kaki. Doktor suruh mengiring ke kanan dan kiri sambil capture gambar x-ray.

Bila dah selesai, nurse suruh bangun tukar baju. Tapi aku cakap nak rileks kejap sebab masa tu rasa lemah dan rasa sakit lagi. Baring kejap, dah rasa ok baru pegi toilet then tukar baju. Masa baring tu, doktor cakap normal dan tak ada masalah apa. Terus aku cakap ALHAMDULILLAH.... Memang sebak juga. Keluar ja dari bilik x-ray, pergi dekat suami terus nangis. Serius sakit. Tapi masih boleh tahan lagi. Alhamdulillah suami ada untuk bagi kekuatan pada aku.

Balik rumah time nak mandi, aku perasan ada spot darah sikit di seluar dalam mungkin kesan dari rawatan tu. Malam tu kami ke remedic kangar untuk amik ubat tahan sakit dan ubat berhenti darah. Result x-ray akan kami beri pada doktor pakar yang kami jumpa untuk next appointment. 

Kos untuk HSG di PMC RM240. Aku tak pasti tempat lain. Masih berkemampuan untuk bayar, tu pon suami cakap ni duit talian hayat dia if ada emergency apa-apa... So ingatlah betapa pentingnya ada simpanan untuk emergency macam ni.

Ini antara langkah untuk pastikan aku tak ada masalah untuk mengandung. Alhamdulillah syukur tak ada masalah apa. Rezeki kan dari ALLAH, jadi jangan pertikai bila dan kenapa kita masih belum dikurniakan zuriat. Sabar ye ;)

Next Steps,

kalau aku dah bersedia aku cerita yer ;)


Friday, October 30, 2015

GADIS HINA ANAK ISTIMEWA- DIMANA HILANGNYA SIFAT KEMANUSIAAN?



Bila baca ja pasal perempuan ni hina pasal anak cacat, terus aku terfikir perempuan yang hina tu sebenarnya lagi hina. Bangang abadi macam ni la. Aku kadang-kadang tak paham dengan orang zaman sekarang ni, entah apa yang difikirkan sampai sanggup menghina ciptaan Allah. Dia ni tak ada akal ka untuk berfikir? Ke mana hilangnya sifat kemanusiaan dia tu? Lupakah dia siapa yang mencipta manusia?? Allahu.....

Andai kata suatu hari nanti dia ditakdirkan turut mendapat anak yang istimewa adakah dia sanggup membunuh anak itu sebab malu??  Orang macam ni benda macam tu tak mustahil dia akan lakukan. Bila dah jadi viral baru tahu menggelabah taik kucing. *GELENG KEPALA*

Kalau kita perasan zaman yang serba canggih sekarang ni, memang wujudnya ramai orang yang biadap. Suka ja komen ikut perasaan. Kutuk itu kutuk ini tanpa mengira perasaan orang. Nak jadi ustajah dan ustaj.... Tapi adakah ia melambangkan ajaran Islam yang sebenar?? Tepuk dada tanya iman.

Buat budak yang bertanyakan soalan macam tu, kita just doakan supaya Allah memberikan dia hidayah dan pengajaran yang setimpal dengan apa yang dia dah buat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi