Friday, October 24, 2008

AKU, CINCIN DAN TUNANG

Kelam kabut aku membuat persiapan pertunangan. Peminangan yang datang dengan mengejut. Tiba-tiba rombongan meminang sampai ke rumah ku. Aku yg belum bersiap berlari-lari mencari baju untuk dipakai. Lantas baju kurung kesukaan aku yang berwarna ungu ku sarungkan ke badan. Tapi kainnya di mana? Rombongan bakal tunang aku sudah masuk ke rumah. Macam mana ni? Aku jenuh memanggil sepupuku yg berada di ruang tamu supaya mengambil beg baju ku yg aku belum sempat kemas kerana penat menaiki bas dari USM Penang utk bercuti. Msg yg aku hantar kepada “abg” belum lg dibalas. Msg yg menanyakan tentang rombongan meminang dari pihaknya yg datang mengejut. Kenapa tidak diberitahu dari awal? Hati ku geram bila memikirkannya tapi bahagia kerana bakal menjadi tunangannya. Kerabat diraja pahang khabarnya. Selendang berwarna ungu ku capai. Wajahku hanya dihiasi mekap nipis. Tiba saat utk disarungkan cincin kecoh seketika kerana kelibatku yg tidak kelihatan. Hehe.. masakan tidak, aku sebenarnya tidak berada di bilik sepatutnya aku berada..

Lalu aku dengan sopan santunnya masuk bertemu wakil dari pihak sebelah sana untuk menyarungkan cincin. Aku tidak kenal siapa. Mungkin emak sedaranya. Cuma mata aku terpandang pada susuk tubuh seorang perempuan muda. Lagaknya kurang menyenangkan aku. Cantik tetapi tebal dengan mekap. Wajahnya mencuka. Tapi mengapa? Siapakah dia? Aku tertanya-tanya.. Cincin disarungkan ke jari manisku. Aku masih blurr… rasa tidak percaya bahawa aku sudah jadi tunangan orang sedangkan aku belum bertemu dgn tunangan ku ini. Bagaimanakah rupanya? Hensem kah dia? Gemuk atau kuruskah? Baik atau jahatkah? Tapi ni pilihan keluarga.. Harap-harap restu keluarga akan membawa kebahagiaan kepadaku.

Perempuan muda itu menerangkan bahawa aku akan memakai baju pengantin yang berwarna ungu bila tiba hari perkahwinan ku nanti. Bagus! Itulah yang aku idam-idamkan selama ini. Dan baju berwarna krim pada hari kenduri di sebelah pihak lelaki. Dia memberikan contohnya baju pengantin. Seksinya.. Hmm terpaksa la aku pandai2 sendiri nk design mcm mn nti. Baru la aku tahu perempuan muda itu adalah bakal adik iparku. Perkahwinan kami nanti akan dilangsungkan sekali. 2 mempelai pengantin. Jimat kos. Hehe… Tapi mukanya masih mencuka. Mengapa? Mungkin takut kerana kasih abgnya kini akan terbahagi kepada aku. Sedangkan dulu dialah penawar suka dan duka abgnya tp kini sudah ada aku. Adik bongsu katakan. Xpe2 aku akan cuba mengambil hatinya nanti. Diapun akan menjadi adik ku juga nanti. Semoga keluarganya dapat menerimaku dan aku dapat mak mentua yang baik. Huhu.. Kecut gak perutku bila memikirkannya.

Tapi macam mana rupa tunangan ku ini? Siapakah dia? Mengapa dia masuk meminangku? Kenalkah dia dengan ku? Betulkah aku sudah menjadi tunangannya kini? Cincin bertakhtakan belian dijari manis ku ini ku pandang. Sayu bila memikirkannya. Mampukah aku menjadi isteri yang baik nanti.. tiba-tiba nada deringan nset aku menandakan ada msg berbunyi. Mungkin tunang aku yang anta. Lalu ku baca “jom turun makan” laa…bermimpi rupanya….kacau daun betul la.. Ngah sedap2 mimpi terjaga lak.. Hehe… Sampai kesudah aku xtahu sapa tunang ku itu. Kalo aku xterjaga adakah aku akan tahu siapa lelaki bertuah itu??????

1 comment:

  1. ku sangkakan betul. kerabat diraja baq ang. haha

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi