Friday, October 24, 2008

CINTAKU VS KENANGAN VS KETABAHAN

Cinta? apa itu cinta? Sesungguhnya semua manusia dilahirkan dengan perasaan cinta. Cinta itu universal. Tidak semestinya hanya yg cantik, kacak, kaya lg bergaya mempunyai cinta. Bahkan insan kekurangan sama ada dari segi rupa ataupun pancaindera turut mempunyai cinta.

Sememangnya aku turut mempunyai perasaan itu. Perasaan untuk mencinta dan dicintai. Namun malangya aku belum ketemu cinta sejati yg didamba setiap insan. Yang ada hanyalah kenangan cinta yg terindah. indah ke? hehe.. aku pn tak tahu tp perasaan itu sememangnya indah seandainya dibajai dengan betul. Anda semua mesti terkenangkan saat2 bahagia anda bersama si dia. Bergaduh, merajuk, dipujuk, berbaik semula adalah adat dalam bercinta. Semua orang pernah merasai perasaan itu kecualilah anda belum pernah bercinta. Rugi kalo tak pernah bercinta so cepat2 la korang mencari cinta.

Tapi mencari cinta dan pasangan bukanlah macam memilih baju. Yang mana berkenan ambil dan bayar. Oh tidak, bukan itu caranya mencari cinta. Bagi aku cinta ada macam2 jenis. Cinta monyet, cinta materialistik, cinta pada rupa dan mcm2 lg jenis cinta. Tapi yg palin indah sememangnya cinta monyet tp bukanlah bercinta dgn monyet cuma 'cinta monyet' adalah istilah bg cinta semasa zaman persekolahan. Aku turut merasai cinta monyet dan bila dikenang balik agak kelakar. Hehe.. Walaupun kdg2 sakit ati bila ingat blk tp itu adalah cinta di saat aku belum matang lg.

Tapi bila umur aku mencapai 18 tahun aku telah berkenalan dengan seseorang. Walaupun pd masa itu aku masih menuntut di tingkatan enam dan dia sudah berkerja hubungan kami tetap bahagia. Dipisahkan oleh dua negeri yg berbeza di mana aku di Kedah manakala dia di Perak, tidak menghalang hubungan aku dengan dia. Sesungguhnya aku merasa bertuah dapat berkenalan dengan dia. Dia seorang lelaki yg terlalu baik bagiku. Sikapnya yg terlalu mengambil berat dan romantik membuatkan aku betul2 fall in love with him. Dia sanggup utk tunggu aku habis belajar kemudian dia merancang untuk berkahwin dgn ku. hehe..kdg2 bila ingt blk memang kelakar.. Mcm mana la aku nk kawen kalo ilmu-ilmu rumah tangga n memasak belum aku penuhi lg..

Bila aku habis STPM dia mengajak ku kawen. Memang aku belum bersedia lg. Aku ingin belajar dan mencapai cita-cita aku. Umi dengan Walid turut mengharap aku dpt masuk ke universiti. masih ku ingat kata-kata ku pdnya saat kami bergaduh disebabkan aku menyatakan hasrat ingin belajar lg " kalo ada jodoh ada la kalo tak ada nk buat mcm mana". Memang aku tahu dia kecil hati dan aku terlalu lancang berkata-kata sehingga membuat dia kecil hati. Dan bermula dari saat itu pertengkaran demi pertengkaran berlaku walaupun hanya perkara kecil membuat kami bertengkar. Aku pernah memberitahu dia bahawa dia telah berubah.

Masih ku ingat kali terakhir kami berjumpa sebelum dia meninggalkan aku tanpa sebarang pesan atau penjelasan. Hari itu dia lebih banyak mendiamkan diri. Aku pun hairan. Cuma aku tak nak beranggapan buruk pdnya dan di saat dia menghantar ku pulang, dia hanya merenung dgn 1 pandangan yg aku sendiri tidak mengerti. Cuma dia sempat berpesan padaku "yang, jg diri baik2, abg syg cyg sgt2.." itulah kata-kata terakhir yg aku dengar sebelum dia menghilang diri tanpa meninggalkan jejak. Keluarganya pn tidak tahu di mana dia berada. Aku berusaha menjejaki dia. Tapi tak berjaya. Berkali-kali aku cuba menghubungi dia tapi telefon dimatikan. Setelah berhari-hari dia menghilang tanpa khabar berita tiba-tiba aku mendapat telefon dari dia. "YANG, ABG SYG CYG SGT2..ABG ADA MASALAH. KALO CYG TAU MESTI CYG XLEH TERIMA ABG DH" aku menangis saat itu. aku betul2 takut kehilangan dia. Dia berjanji tidak akan meninggalkan aku. Tapi selepas itu aku tidak lg mendengar khabar berita dari dia. Hidup aku di saat itu bagaikan mayat hidup. Aku betul-betul merasa kehilangan. Kehilangan yg membuatkan hidup aku betul2 hilang arah tujuan.

Tapi aku masih mampu tersenyum di hadapan rakan-rakanku. Sikap selamber yg aku tunjukkan betul2 tidak mencerminkan hati aku yg remuk kala itu. Ramai rakan-rakanku terkejut apabila mengetahui hubungan aku dgn dia yg dh berakhir sedangkan kami boleh dikatakan "loving couple" sehingga kadang-kadang membangkitkan perasaan cemburi di hati mereka. Namun berkat sokongan mereka aku bangkit dari kenangan silam itu! Di hadapan mereka aku tonjolkan sikap periangku. Sehingga mereka tidak menyangka bagaimana hati yg remuk ini yg telah berkecai boleh dicantum kembali. Sememangnya aku tabahkan hati dalam menghadapi dugaan hidup. Mungkin dia bukan yg terbaik buat ku. Aku redha.....

Berita perkahwinan dia betul-betul membuat hati ini kembali sakit. Tergamak dia melakukan aku seperti itu. Namun kesabaran emaknya membuat aku kagum. Walaupun saat itu aku menangis tp sikap emaknya yg memujuk aku supaya sabar betul2 membuat aku sedar seandainya hati aku terluka lebih lg lah hati emaknya. Perkahwinan mereka tidak direstui. Cuma emaknya berpesan kepada ku supaya bersabar "mak cik dh xtahu nk buat mcm mn lg. sabarlah. tp mak cik dh pesan kat dia kalo jd pape nti jgn salahkan mak cik sbb mak cik xrestu!!"
Lalu aku tekad untuk melupakan dia. Walaupun dalam hati ini masih ada sisa-sisa cinta buatnya tp kini tidak lg. Aku tahu dia memang baik keadaan yg memaksa dia melakukan seperti. Walau apa pn alasannya dia bukan lah terbaik untuk ku kerana masih ada laki lain yg diciptakan untukku. Aku terima dia bukan jodohku.

Kini aku bahagia dengan hidup yg aku jalani. Kenangan bersamanya aku jdkan sebagai panduan dan iktibar supaya aku lebih tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian Allah. Jadi, sesape yg pernah putus cinta tu jgn anggap bahawa dunia ini telah berakhir dan jgn buat keje bodoh nk bunuh diri ke ape ke. Kalo mati sah2 ddk dlm neraka! SO, kuatkan semangat anda dan jalani hidup anda dengan enjoy sbb setiap yg berlaku tu ada hikmahnya cuma fikirlah saat anda dikecewakan "OH TUHAN SAYANG AKU SEBAB TU DIA TAK BG LAKI/PEREMPUAN TU JD JODOH AKU SBB AKU TAU ADA YG LEBIH BAIK DARI DIA DAN YG TERBAIK TELAH DICIPTAKAN UNTUK AKU!!"


P/S--> SO KORANG FIKIR-FIKIRKAN LAH SENDIRI PENGAJARAN YG BOLEH DIAMBIL DARI STORY AKU NI....

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

0 PESANAN PENAJA:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi