Friday, October 24, 2008

HATI INI YANG SEPI

HATI INI YANG SEPI

1 hati dua jiwa…
Kita mungkin tak bersama..
Tapi kau dan aku serupa
Punya hati untuk dicinta
Punya cinta utk menyinta
Menyinta pada yg bertuah memilikinya

Biar pun aku tidak memilikinya
Tapi aku punya cinta
Cinta untuk seseorang yang mendambakannya
Biar aku tidak memilikinya
Kasih ini biar kau rasa
Rasa bagaimana dicinta

Dicinta dan dicintai
Dua makna berbeza erti
Kasih ini kan ku beri
Pada siapa yang sudi memiliki
Hati ini yang sepi

Kasihku,
Aku berduka keranamu
Aku malu
Sikap yang melulu
Membuatku kelu
Kelu keranamu
Siapa aku padamu?
Siapa kau padaku?

Hati
Biar ia berbicara sendiri
Dalam mentafsir erti
Erti cinta yang ditaburi
Kata-kata yang tidak diketahui
Gerak geri yang tidak difahami
Gelodak rasa yang dilindungi
Oleh senyum tawa tidak terperi

Cinta
Apa itu cinta?
Ada apa dengan cinta?
Cinta yang buta
Cinta yang membutakan mata
Tanpa menyedari di sebalik sirna
Punya cinta yang suci untuknya
Cinta yang terpendam di jiwa
Cinta yang tidak disedarinya
Kerana kau telah dibutakan oleh cinta

Cinta tidak buta
Yang buta sebenarnya dia
Buta menilai antara kaca dengan permata
Arghh!!! Persetankan itu semua
Aku tak butuh dia
Aku hanya ingin dicinta
Oleh seseorang yang ingin menyinta

Kau dan aku berbeza
Kini hanya yang sama
Kita punya dua hati yang sejiwa

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

0 PESANAN PENAJA:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi