Thursday, October 23, 2008

MENANTI SEBUAH JAWAPAN



Jendela itu ku buka. Membiarkan hembusan angin menampar-nampar lembut ke mukaku. Rambut ku yang panjang mengurai ikut menari mengikut alunan hembusan angin. Aku masih berfikir. Mencari jawapan kepada persoalan yang masih tidak mempunyai jawapan. Aku mempunyai segala-galanya keluarga,sahabat, kasih sayang tapi hidup aku bagaikan kekurangan sesuatu. Lantas apakah itu? Masihkah ada jawapan untuk persoalan itu?

Sampai bila aku akan terus begini? Hidup dalam bayang-bayang sendiri. Hatiku masih terluka. Bilakah akan pulih? Entahlah… aku tiada jawapan untuk itu. Biarlah masa yang akan menentukannya. Tapi sampai bila? Bilakah luka itu akan pulih? Sampai bila aku perlu menunggu?? Menunggu sesuatu yang aku sendiri tidak pasti.

Sabarlah! Allah sentiasa menguji hamba-Nya yang Dia sayang. Sabar? Perlukah aku bersabar? Ya! Aku perlu bersabar. Tapi sampai bila? Sampai aku ketemu jawapan kepada persoalan yang aku cari.

Kita Insan Biasa
Andainya dapat kuulang semula

Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu…


Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku sepertimu ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa yang lalu…

Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang sucinya percintaan
Usah lagi kita persoalkan

Keterlanjuran di masa nan silam
Kusedia terima dirimu seadanya

Kita insan biasa…
Diriku mawar pudar warna

Tiada lagi yang istimewa
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa…


Di corong radio terdengar bait-bait lirik lagu ‘Kita Insan Biasa’ nyanyian Jay Jay dan Dayangku Intan. Memang kita hanya insan biasa. Tak lepas dari kesilapan masa silam. Mungkin aku tersilap menilai. Menilai kejujuran yang dipamerkan. Menilai kasih sayang yang ditunjukkan. Tapi aku tak buta. Aku tak buta menilai keikhlasan hatinya mencintaiku. Lantas di manakah silapnya? Aku inginkan jawapan. Salah siapakah? Aku atau dia? Tapi aku bukan mahu menunding jari pada sesiapa. Aku hanya inginkan jawapan.

Cukuplah kau seksa hatiku ini. Kau tinggalkan aku tanpa jawapan. Kau pergi seolah-olah selama ini kita tidak mengenali antara satu sama lain sedangkan hubungan kita pernah terjalin rapat. Kau berjanji tidak akan tinggalkan aku dan kau minta aku jangan tinggalkan kau tapi akhirnya, kau yang meninggalkan aku. Kau tinggalkan aku tergapai-gapai seorang diri. Aku pada waktu itu bagaikan patung bernyawa. Hanya ada jasad. Hatiku betul-betul terluka! Tergamak kau lakukan sebegitu rupa terhadapku. Kaukah lelaki yang aku sayangi selama ini? Lelaki itukah?

Kenangan yang kita ukirkan sentiasa bersemadi dalam hatiku. Adakah kau juga begitu? Aku mengenalimu bukan sehari dua, tapi jangka masa dua tahun sudah cukup untuk aku mengenalimu. Tapi apa sebenarnya yang terjadi sehingga kau sanggup melukakan hatiku ini? Aku hanya inginkan jawapan. Biarlah aku teruskan lakonan. Hidup dalam kegembiraan sedangkan di dalam hati ini tak siapa pun tahu.

Lalu aku bangkit! Bangkit dari kekecewaan yang kau tinggalkan. Aku perlu kuat menghadapinya kerana aku tahu kau bukanlah lelaki yang terbaik untukku. Aku tak perlu menangis untuk seseorang yang tak tahu menghargai. Aku juga tak perlu terus menyeksa diriku hanya kerana kau lelaki dayus yang tak berani berdepan dengan kenyataan. Kau tak berani berdepan dengan kenyataan. Kau ingin lari dari berdepan dengan kenyataan. Tapi aku tahu, kau tak kan selamanya boleh lari kerana ada sesuatu yang perlu kau selesaikan dengan aku. Aku perlukan jawapan. Kau tak kan bahagia! Rasa bersalah juga akan kau rasai seumur hidupmu.

Aku tak perlukan lagi kasih sayangmu. Aku hanya perlukan jawapan. Selama mana masa yang diambil aku tak kisah. Tapi aku mahu jawapan darimu. Hanya sebuah jawapan.. Menanti Sebuah Jawapan…….

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

0 PESANAN PENAJA:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi