Friday, October 24, 2008

MENGHITUNG DETIK-DETIK TERAKHIR

Pejam celik, pejam celik tinggal lagi lebih kurang sebulan 2008 bakal melabuhkan tirainya. 2008 merupakan tahun yang paling banyak meninggal kesan dalam hidup ku. Bagaimana terkesannya hidup aku akibat perbuatannya yang meninggalkan aku dengan penuh tanda tanya yang tidak mampu ku jawab sehingga kini.

Hari ini 4-11-2008 genap dua tahun usia hubungan aku dengan dia yang berlandaskan cinta. Tapi sayangnya dia tiada untuk meraikan saat-saat bahagia itu malah hubungan aku dengan dia hanya tinggal kenangan. Hanya tinggal kenangan. Air mata yang ditahan dari tadi mengalir jua. Walaupun aku berusaha menahan supaya tidak mengalir. Aku tidak mahu lagi menangis kerananya. Tapi aku betul-betul tidak mampu. Aku tidak mampu menahan gelodak rasa yang semakin membebankan jiwa. Tiada siapa yang mengerti isi hatiku ini. Biar takdir yang menentukan.. Biarpun dipisahkan oleh tujuh lautan, belum mampu membuat aku melupakan apa yang terjadi dalam hidupku ini.

Hanya sahabat yang terdekat denganku mengetahui dan memahami apa sebenarnya berlaku. Mereka seharusnya berbangga kerana mempunyai sahabat yang setabah ini. Aku memang tabah. Terlalu tabah sehinggakan aku tidak lagi mampu menahan semua ini. Namun ku gagahi jua kerana semangat mereka tetap bersamaku. Sehingga kadang-kadang kedukaan ku terselindung di sebalik senyuman ini. Senyuman yang membawa seribu erti. Senyuman yang terlukis di bibir tidak sama dengan senyuman yang terukir di hati. Namun aku bahagia kini. Bahagia dalam menghadapi hari-hariku. Bahagia bersama-sama teman yang sering mengundang tawa saat bersama.

Dan aku turut mengenali seseorang yang amat ku sayangi. Dia istimewa bagiku. Walaupun kita tidak mungkin bersama doaku sentiasa mengiringimu. Terima kasih kerana setia menemaniku. Walaupun hanya dunia maya yang menghubungkan kita, kasihku terhadapmu bukan dongengan. Kaulah sahabatku bahkan ibarat seorang abg yang setia menemani adiknya. Terima kasih kerana membenarkan aku memiliki perasaan itu. Perasaan seorang adik untuk abgnya. Aku gembira bersamamu dan aku gembira kerana dapat menggembirakanmu. Macam yang adikmu slalu cakapkan “nis akan setia menemani abg saat suka mahupun duka”. Mungkin kau anggap itu hanya gurauan tp itulah yg sebenarnya yg aku maksudkan.

Walaupun kadang-kadang kenakalanku ini membuat dirimu tercuit sedikit rasa kurang senang dan adakalanya rajukku padamu mengambil masa berhari-hari tanpa kau menyedari sbb rajukku itu. Dan aku tidak kisah seandainya kau tidak terkesan langsung kerana aku tahu kedudukan aku di sisimu. Tapi rajukku tidak lama kerana kau abg yg ku sayangi. Tak mungkin hubungan kita akan terjejas hanya disebabkan hati wanita ku ini tersentuh.

Cuma yang aku harapkn dari kau adalah doamu. Doa seorang abg utk adiknya supaya tidak terlanjur jauh dalam menghadapi hal-hal duniawi. Aku harap kau bahagia dengan pilihanmu dan dengan apa yang kau miliki sekarang. Doakan lah aku bertemu dengan kebahagiaan yang aku cari selama ini. Sesungguhnya aku amat menyayangimu. Terima kasih kerana sudi menemani hari-hari terakhirku yg semakin membosankan ini. Miss ur smile bro….

12.47 am

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

0 PESANAN PENAJA:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi