Tuesday, November 18, 2008

KEHIDUPAN DI KAMPUS

Berlalu sudah semester pertama kehidupan di kampus... Rasanya baru semalam aku terima surat tawaran tapi rupa-rupanya dh abes 1 sem... Banyak juga la pengalaman yg aku timba semasa di USM ni...Aku juga berkenalan dengan ramai kawan yg berbeza latar belakang dan negeri.. Memang best ar....



Kehidupan di kampus merupakan satu kehidupan yg betul-betul berbeza. Seandainya tersilap percaturan maka tempang la perjalanan yg akan kita lalui itu. Aku lebih suka memerhati orang-orang di sekeliling aku dengan pelbagai ragam. Kadang-kadang aku duduk di kafe seorang diri sambil menyaksikan fenomena-fenomena semulajadi yg kadang-kadang mencuit hati aku. Ramai pasangan sering makan bersama dan adakala hari-hari aku lihat kelibat yang sama. Sang arjuna tidak lekang dari menemani pasangannya. Setia bersama dan aku harap perhubungan kelibat-kelibat manusia yg sering berdua-duaan itu akan kekal.



Aku turut melihat fenomena orang-orang seperti "seseorang" yang bagai lupakan daratan. Mungkin terkena kejutan budaya barangkali. Kejutan budaya bermaksud seseorang yg tidak dapat menyesuaikan dirinya mengikut situasi yg dialaminya. Mungkin juga mengalami proses sosialisasi. "Seseorang" itu yg merasakan dirinya hebat sehinggakan cara hidupnya berubah. Dari seorang budak kampung yang hanya terdedah dengan dunianya sahaja dan tidak pernah merasai pengalaman berada di luar kawasan tempat tinggalnya, tiba-tiba berubah menjadi seseorang yg bukan dirinya. Aku cukup benci pada org yg berperangai begini. Tidak berpijak pada paksinya. Terpengaruh dengan anasir-anasir luar yg menjadikannya seorang yg HIPOKRIT.



Rupa-rupanya kehidupan di kampus ini juga boleh merubah diri seseorang menjadi bukan dirinya. Aku tetap aku. Seorang gadis kampung separa bandar walaupun kadang-kadang sering diperli oleh teman-teman kerana bahasa kedah yg aku sendiri tidak fahami kerana kepekatannya. Contoh bahasa yg membuat aku terpinga-pinga besiaq, menegheluh, dan banyak lagi yg aku sendiri tidak ingat. Walaupun aku tinggal di kedah tapi bahasa yg digunakan kekadang memang tidak difahami oleh aku. Namun aku masih anak jati kedah yg tidak lupa asal usulnya cuma mungkin bahasa tersebut memang tidak pernah dituturkan oleh keluarga ku sendiri.



Berbalik pada kehidupan di kampus, aku turut dapat melihat orang-orang yg boleh kita harapkan atau tidak terutamanya dalam tugasan berkumpulan. Aku sudah dapat menilai bagaimana seseorang itu menyelesaikan tugasannya. Namun aku bukanlah sempurna tapi tidak salah seandainya sama-sama bekerjasama utk menyelesaikan tugasan tersebut bukannya lepas tangan ke bahu seseorang sepenuhnya. Jadi aku jadikan iktibar pengalaman yg aku timba semasa di sem 1, supaya aku tidak lagi bekerjasama dengan orang-orang seperti itu untuk masa-masa yg akan datang.



Kehidupan di kampus betul2 mencabar terutamanya dari segi kewangan. kita kena pandai berjimat cermat. Dan duit ptptn aku ni habis utk beli laptop, beli buku, topup, makan n semestinya tambang pergi balik ke negeri jelapang padi yg aku sayangi walaupun tambang dh naik sekarang..hmm ponat ceq! tambang dh naik so jarang la balik walaupun kedah n penang ni orang kata kalo kentut pn dgr hahaha....

Hmmm...Aku dh xtahu nk meraban apa lg so setakat cni sje la entry aku kali ni.. so korang2 yg baca blog aku ni kongsi la sket cerita tentang kehidupan kampus korang...

sekian..

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

0 PESANAN PENAJA:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi