Sunday, November 30, 2008

LUKISAN KEHIDUPAN

Dalam keributan jutaan manusia yang membanjiri kawasan itu, aku berdiri di suatu sudut. Memerhati kelakuan manusia yang pelbagai ragam. Memerhati mata-mata galak lelaki yg memandang tubuh wanita dgn rakus. Anak-anak remaja yg berpeleseran tanpa arah tujuan sambil menghembus asap rokok berkepul-kepul ke udara. Angkuh sungguh lagaknya.


Gadis-gadis dengan memperagakan tubuhnya dgn pakaian yg boleh membuat lelaki terjojol biji mata yg melihat. Aku? Aku masih berdiri di sudut itu. Memerhati sekeliling gelagat-gelagat manusia yg menapak menuju arah destinasi masing-masing. Remaja tanpa segan silu memaut pinggang kekasihnya yang aku kira mungkin masih bersekolah. Aku tergelak sendiri. Memikirkan umur mereka yg masih muda tapi mensia-siakan masa muda mereka dengan hal begitu. Mungkin anak muda itu masih belum mengeri erti kehidupan sebenar. Kehidupan yang mereka sangkakan penuh dgn keseronokan tanpa mempedulikan apa yang akan mereka hadapi lebih dari itu. Berjanji akan setia, mengharapkan akan berkahwin dgn pasangan mereka. hahaha.. Itu hanya mainan perasaan anak muda sekarang. Angan-angan yang belum tentu mereka gapai. Umur yang masih muda. Mentah dalam menghadapi pancaroba hidup ini.


Dalam usia 20-an, aku sudah dapat menilai apakah erti sebuah kehidupan yang sebenar. Kehidupan yang memerlukan kita mencorakkannya. Macam sebuah lukisan. Warna-warna yang kita pilih akan mencorakkan lukisan itu seperti mana yang kita mahu. Kita yang membuat pilihan. Hidup ini penuh warna-warni seandainya kita pandai mewarnakannya. Lukisan kehidupan aku masih belum siap. Masih ada warna yang aku belum gunakan untuk mencorakkannya. Sudah ada warna yang dicorakkan. Kehidupan yg bagaimanakah yg aku inginkan? Aku masih tercari-cari lukisan kehidupan yang bagaimanakah aku inginkan?


Sesungguhnya aku inginkan lukisan kehidupan yang penuh berwarna-warni. Penuh dengan warna-warna yang ceria. Yang apabila kita memandangnya kita akan tersenyum girang. Begitu juga dengan orang lain. Biar lukisan itu turut dapat menggembirakan sesiapa yang memandangnya supaya dapat merasai kegembiraan itu.


Hari ini 30-11-2008. Hari terakhir di bulan November. Tinggal lagi sebulan tahun 2008 akan melabuhkan tirainya. Tahun baru akan menjelma. 2009 menanti. Menanti kehadirannya yang pasti tiba. Insyaallah seandainya umur ini masih panjang aku akan merasai kehadirannya. 2009! Bagaimanakah pula lukisan kehidupanku di tahun 2009? Sememangnya kehadiranmu ku nanti.



4 comments:

  1. comel ke?? hehe...
    hasil tangan 2 orang seniman jalanan..
    :)

    ReplyDelete
  2. ske la kat or yg lukis neh..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi