Thursday, December 4, 2008

ANEH BUKAN??

Sejak akhir-akhir ini, perasaan aneh itu selalu kurasai. Aku tidak tahu adakah itu betul-betul perasaan atau hanya mainan perasaan. Perasaan itu kerap kali hadir mengganggu ketenanganku. Aku buntu. Buntu memikirkannya. Aku tidak ingin perasaan aneh itu hadir dan hilang sedetik cuma.

Tidurku kerap terganggu kerana perasaan aneh ini. Perasaan yg membuatkan diriku menjadi orang lain dan bukan diriku sendiri. Aneh sungguh bukan? Aku lelah. Lelah dalam mencari sebuah jawapan. Jawapan yang tersirat lebih banyak dari tersurat. Perlukah aku membiarkan perasaan aneh ini pergi atau aku harus membiarkan perasaan aneh ini tumbuh mekar di hatiku?

Argh.. Aku capet! Mengapa perasaan aneh ini hadir sedangkan aku tidak mahu mengerti perasaan aneh ini? Tiada orang yg mahu mengakui kewujudan perasaan aneh ini? Aku lelah lagi. Lelah dalam mencari kepastian yg aku sendiri bingung dalam mencari sesuatu yg pasti. Aku takut! Aku takut sekiranya aku mengakui kewujudan perasaan aneh ini, perasaan aneh ini akan membawa aku jauh dan terdampar sendiri tanpa ada orang yg akan menemani dan membelainya.

Lalu, bagaimana? Aku sendiri tidak pasti. Perlukah aku mengakui perasaan aneh itu yg semakin tumbuh dalam hatiku dan membajainya supaya mekar atau biarkan ia terus layu ditelan masa yang bergerak??

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

0 PESANAN PENAJA:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi