Monday, December 29, 2008

BOLEH KE BEKAS KEKASIH MENJADI KAWAN LAGI??

Pernah tak korang berkawan semula dgn ex-boyfren or girlfren korang walaupun korang dh 'break'?? Walaupun dh 'break' tp korang bleh lg tima diorang jd kawan korang? Ada sesetengah orang bila dh putus tak kira la siapa yg memutuskan hubungan tu mmg ssh nk berkawan semula. Konon2nya dia dh mengecewakan hati korang so korang seakan-akan berdendam dgn dia. Sampai mati pn korang xkan maafkan dia konon-kononnya la.

Memang susah nk memaafkan orang yg pernah melukakan hati kita. Aku pn susah nk memaafkan orang yg btol2 melukakan ati aku. Tapi dlm byk2 sorg jer aku xdpt nk maafkan sbb dia btol2 penipu besar. Dalam dok minta maaf msh lg bleh menipu. Tak bleh blah btol!! Wujud juga org mcm ni kat dunia ni. Eh sapa kata xwujud? Dunia sekarang apa2 pn tak mustahil. Cicak pun bleh mkn kambing. Dan yg paling sempoi tahap dewa, cicak boleh tercekik kuku! wakakaka..

Dan aku tergolong dlm individu yg masih lg boleh menjadi kawan baik ex-boyfren aku walaupun dia pernah melukakan hati aku. Pelik? Tapi itulah aku. Aku tak pandai nk berdendam. Kadang-kadang aku marah pd diri sendiri. Dh tahu dia pnh luka kan ati aku np aku masih bleh tima dia sebagai kwn? Entah! Aku pun tak pasti. Kadang2 bila kuar tiba2 terjumpa ex-boy siap bleh tegur n senyum lg. Pe kejadahnya tu? Kalo org lain bleh ke jd seperti aku?? Tah2 selisih tepi bahu pun jgn harap nk pandang muka. ish2...

Mungkin aku semakin matang kot. Yeke? Biasalah pengalaman akan mendewasakan kita. Waktu kita sekolah dulu tak sama dgn sekarang. Mungkin aku fikir itu kisah cinta zaman budak2..Mungkin...Mungkin je la,..(utk menyedapkan ati sendiri barangkali). Aku tak pandai berdendam. Sungguh! Dan kadang2 aku ingin berdendam. Tapi aku tak boleh! Pelik! Ya sangat pelik. Kenapa ek? Hati aku ni keras sangat ke?? Ke saja2 nk buat keras?? Mungkin....

Aku boleh berkawan dgn ex-boy aku. Ya. percayalah. Bila time raya siap pergi raya lg kat umah dia especially ex-boy aku ms aku f4-f5. Biasa la ddk sekampung. ahakz.. Tapi bukan bermakna aku masih menaruh harapan kat dia. No lah! Tak mungkin. Berkawan sja cukup. Dia sekarang dh gemok! hahaha... Dulu sekeping mcm papan. Itu la selalu sgt panggil aku tembam. Kn dh jd gemok! hahaha...(gelak jahat)

Kini aku masih berkawan baik dgn semua ex-boyfrenz aku. Itu pun yg berjaya dikesan oleh radar. Yg lain aku xtaw dh terlempar diceruk mana.Hidup lg ke atau dh...... Kadang2 menjadi kwn lbh baik dr menjadi kekasih. Bila dh jd kawan, ada plak keserasian tak mcm ms couple. Pelik2..Tapi itulah kenyataan.. Cuma, tak semua orang bleh tima bekas kekasih sbgai kwn. Mungkin itu terserah pd individu itu masing2. Aku sendiri walaupun dilukai dgn teruk, aku masih bleh tima diorang menjadi kwn kecuali dlm kes2 tertentu yg mmg aku xleh maafkn dia sbb dia kata nk bomohkan aku. Mengong betol! Siap maki2 aku lg. Dia yg buat slh nk maki aku plak bila aku tak nk tima dia. Pe kejadahnya tu???

Itulah ragam manusia. Tak pernah nk bersyukur dgn apa yg dimiliki dan tak pernah nk jujur dgn diri sndiri atau dgn orang lain.. Bila dh terkantoi baru nk terngadah!! (Peribahasa apa ni). Lantak korang la..Pilihan ada di tangan masing2 cuma kita jer kena pandai buat pilihan dan jgn sesekali menyesal dgn pilihan yg korang buat. Dan terpulang la sm ada korang bleh ke nk kwn blk dgn org yg penah luka kn ati korang?????

Apa yg aku lihat, lelaki akn lebih emo bila dilukai oleh insan yg bernama wanita. Kenapa eyh? Ni sbb bila lelaki dh sayangkn seseorang cewek tu dia akan buang segala egonya dan sanggup buat apa sj utk org yg disayangi. Kadang2 yg xromantik pn bleh jd romantik. Yg xpnh beli bunga pn dh jd mat bunga btol tak wahai para lelaki?? Sbb tu bila insan yg bernama lelaki "keciwa" mereka sekaligus akan rasa diri mereka dikhianati dan segala yg mereka lakukan tuk si gadis2 manis itu seakan sia-sia smpaikan mereka dh tak percayakan perempuan sekaligus menjadikan gadis2 manis yg lain yg tak bersalah menjadi mangsa keadaan dipermainkan oleh lelaki. Perlu ke begitu??

Aku rasa hal ini adalah tidak membangunkan negara! (aiseyman..ayat politik ke pe ni?) Tapi apa yg aku kata ni betul. Kenyataannya memang begitu. Perempuan pulak akn jd takut seandainya dikeciwakan lg lalu membina tembok2 di sekeliling supaya x ada insan yg bernama lelaki mencoroboh masuk lalu membuainya dgn mimpi2 indah lantas meninggalkannya dgn seribu duka. Hati perempuan itu akan remuk sekali lg. Sbb itu ramai gadis-gadis manis (termasuk aku ngee..) masih lg belum berpunya. Ini adalah kerana tembok2 yg dibina memagari hati mereka yg semakin hari semakin kering supaya tidak rapuh utk berkecai! Namun aku bkn la anti-lelaki atau pn anti-cinta. Cuma keadaan yg membuat aku jd begini! Salah siapakah? Yg pasti bukan salah ibu mengandung.. ngee...

Cuma apa yg kita lakukan perlu di ingat hati orang perlu dijaga walaupn terpaksa mengorbankan ati sendiri. Berkorban itu perlu namun jgn smpai at sndiri turut terkorban smpai xsempat nk mengucap..Dan aku terlalu byk berkorban.. Aku harap pengorbanan itu tdk sia2.. Dan tembok2 yg memagari hati ini akan runtuh bila tiba masanya. Yg pasti perlu ada seseorang yg berjaya meruntuh tembok2 itu....INSYAALLAH.. siapakah seseorang itu?????

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

0 PESANAN PENAJA:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi