Monday, December 15, 2008

CINTA TIGA SEGI-PENANGAN ORANG KETIGA

Malam ini bulan penuh. Cahayanya sungguh indah menghiasi malam. Cahaya itu yg ku nantikan selama ini. Walau di mana kita berada kita tetap memandang bulan yang sama. Ya, bulan yang sama kerana hanya ada satu bulan sahaja yang menghiasi malam. Mata ku terpaku pada satu potret. Potret yang menyimpan seribu kenangan, sejuta rahsia yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Potret itu adalah potret yang pernah mengabadikan sebuah kisah. Kisah yang penuh suka duka. Hanya sekeping potret bisa menceritakan segala-galanya. Lantas, mengapakah aku masih menyimpannya? Aku juga sering bertanya pada diriku mengapa? Namun aku tiada jawapannya.

Bagiku, itulah warna warni kehidupan. Setiap kehidupan kita punya warnanya. Kita sering bertanya dan menganggap kehidupan kita lebih baik dari orang lain dan kita sering menyalahkan orang lain dengan apa yang berlaku tapi sedarkah kita bahawa warna kehidupan setiap orang berbeza?

Baru-baru ini aku ada melihat rancangan NONA di TV3 yg memaparkan kisah orang ketiga yg menjadi duri dalam daging dalam rumah tangga. Begitu kuat penangan orang ketiga sehingga bisa menghancurkan rumah tangga yang telah dibina bertahun-tahun lamanya. Sadis sungguh. Dan persoalannya siapakah yang bersalah?

Bagi aku, setiap orang memainkan peranan masing-masing. Seharusnya orang yang menjadi orang ketiga dalam sesuatu perhubungan perlu menghindarkan diri dari terjebak dalam cinta segi ini. Si suami pula perlu sedar dan berpijak pada bumi yang nyata. Sanggupkah anda mengorbankan perasaan isteri yang sanggup hidup susah dan senang bersama anda dan yang paling penting perasaan anak-anak yang masih perlukan bapa mereka hanya kerana seorang wanita yang belum tentu anda kenal hati budinya. Isteri pula harus bijak untuk menangani perkara ini. Jalan yang terbaik adalah duduk berbincang dan memperbaiki diri seandainya ada kelemahan di mata suami anda.

Namun, kadang-kadang walaupun seorang isteri itu begitu baik melayani suami serta tidak ada cacat celanya, si suami masih mahu “makan luar”. Perlukah isteri yang baik itu berkorban perasaannya hanya kerana seorang suami yang tidak mahu bertanggungjawab?

Menitis juga air mata ini bila menyaksikan rancangan NONA pd 14.12.2008. Kisah Puan Qristina (bukan nama sebenar) yang bagaikan jatuh ditimpa tangga. Suami tidak bertanggungjawab kerana tergila-gilakan perempuan lain. Orang yang menjadi orang ketiga sering mengganggunya dan yang paling menyayat hati anaknya yang dilahirkan sebagai insan istimewa terkorban gara-gara pembantu rumah yang tidak tahan dengan kerenah anak istimewa itu. Telinga anak istImewa itu hampir putus dan menurut doctor yg merawatnya telinga bayi itu seperti digunting.

Apakah dosa budak itu? Sudahlah lahir di dunia dicemuh dan tidak diterima oleh bapa sendiri, meninggal dunia dengan cara yang begitu tragis sekali. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan sudah tentu ALLAH menyediakan syurga untuknya. InsyaALLAH. Dan aku kagum dengan ketabahan Pn Qristina yang mampu bangkit walaupun di uji dengan pelbagai dugaan. Kekuatan itulah yang perlu dicontohi oleh setiap wanita. Memang diakui dari segi semula jadinya wanita lebih lemah dari lelaki. Tapi itu bukanlah penghalang bagi wanita untuk bangkit dan berdiri semula setanding dengan lelaki.

1 comment:

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi