Friday, October 24, 2008

CINTAKU VS KENANGAN VS KETABAHAN

Cinta? apa itu cinta? Sesungguhnya semua manusia dilahirkan dengan perasaan cinta. Cinta itu universal. Tidak semestinya hanya yg cantik, kacak, kaya lg bergaya mempunyai cinta. Bahkan insan kekurangan sama ada dari segi rupa ataupun pancaindera turut mempunyai cinta.

Sememangnya aku turut mempunyai perasaan itu. Perasaan untuk mencinta dan dicintai. Namun malangya aku belum ketemu cinta sejati yg didamba setiap insan. Yang ada hanyalah kenangan cinta yg terindah. indah ke? hehe.. aku pn tak tahu tp perasaan itu sememangnya indah seandainya dibajai dengan betul. Anda semua mesti terkenangkan saat2 bahagia anda bersama si dia. Bergaduh, merajuk, dipujuk, berbaik semula adalah adat dalam bercinta. Semua orang pernah merasai perasaan itu kecualilah anda belum pernah bercinta. Rugi kalo tak pernah bercinta so cepat2 la korang mencari cinta.

Tapi mencari cinta dan pasangan bukanlah macam memilih baju. Yang mana berkenan ambil dan bayar. Oh tidak, bukan itu caranya mencari cinta. Bagi aku cinta ada macam2 jenis. Cinta monyet, cinta materialistik, cinta pada rupa dan mcm2 lg jenis cinta. Tapi yg palin indah sememangnya cinta monyet tp bukanlah bercinta dgn monyet cuma 'cinta monyet' adalah istilah bg cinta semasa zaman persekolahan. Aku turut merasai cinta monyet dan bila dikenang balik agak kelakar. Hehe.. Walaupun kdg2 sakit ati bila ingat blk tp itu adalah cinta di saat aku belum matang lg.

Tapi bila umur aku mencapai 18 tahun aku telah berkenalan dengan seseorang. Walaupun pd masa itu aku masih menuntut di tingkatan enam dan dia sudah berkerja hubungan kami tetap bahagia. Dipisahkan oleh dua negeri yg berbeza di mana aku di Kedah manakala dia di Perak, tidak menghalang hubungan aku dengan dia. Sesungguhnya aku merasa bertuah dapat berkenalan dengan dia. Dia seorang lelaki yg terlalu baik bagiku. Sikapnya yg terlalu mengambil berat dan romantik membuatkan aku betul2 fall in love with him. Dia sanggup utk tunggu aku habis belajar kemudian dia merancang untuk berkahwin dgn ku. hehe..kdg2 bila ingt blk memang kelakar.. Mcm mana la aku nk kawen kalo ilmu-ilmu rumah tangga n memasak belum aku penuhi lg..

Bila aku habis STPM dia mengajak ku kawen. Memang aku belum bersedia lg. Aku ingin belajar dan mencapai cita-cita aku. Umi dengan Walid turut mengharap aku dpt masuk ke universiti. masih ku ingat kata-kata ku pdnya saat kami bergaduh disebabkan aku menyatakan hasrat ingin belajar lg " kalo ada jodoh ada la kalo tak ada nk buat mcm mana". Memang aku tahu dia kecil hati dan aku terlalu lancang berkata-kata sehingga membuat dia kecil hati. Dan bermula dari saat itu pertengkaran demi pertengkaran berlaku walaupun hanya perkara kecil membuat kami bertengkar. Aku pernah memberitahu dia bahawa dia telah berubah.

Masih ku ingat kali terakhir kami berjumpa sebelum dia meninggalkan aku tanpa sebarang pesan atau penjelasan. Hari itu dia lebih banyak mendiamkan diri. Aku pun hairan. Cuma aku tak nak beranggapan buruk pdnya dan di saat dia menghantar ku pulang, dia hanya merenung dgn 1 pandangan yg aku sendiri tidak mengerti. Cuma dia sempat berpesan padaku "yang, jg diri baik2, abg syg cyg sgt2.." itulah kata-kata terakhir yg aku dengar sebelum dia menghilang diri tanpa meninggalkan jejak. Keluarganya pn tidak tahu di mana dia berada. Aku berusaha menjejaki dia. Tapi tak berjaya. Berkali-kali aku cuba menghubungi dia tapi telefon dimatikan. Setelah berhari-hari dia menghilang tanpa khabar berita tiba-tiba aku mendapat telefon dari dia. "YANG, ABG SYG CYG SGT2..ABG ADA MASALAH. KALO CYG TAU MESTI CYG XLEH TERIMA ABG DH" aku menangis saat itu. aku betul2 takut kehilangan dia. Dia berjanji tidak akan meninggalkan aku. Tapi selepas itu aku tidak lg mendengar khabar berita dari dia. Hidup aku di saat itu bagaikan mayat hidup. Aku betul-betul merasa kehilangan. Kehilangan yg membuatkan hidup aku betul2 hilang arah tujuan.

Tapi aku masih mampu tersenyum di hadapan rakan-rakanku. Sikap selamber yg aku tunjukkan betul2 tidak mencerminkan hati aku yg remuk kala itu. Ramai rakan-rakanku terkejut apabila mengetahui hubungan aku dgn dia yg dh berakhir sedangkan kami boleh dikatakan "loving couple" sehingga kadang-kadang membangkitkan perasaan cemburi di hati mereka. Namun berkat sokongan mereka aku bangkit dari kenangan silam itu! Di hadapan mereka aku tonjolkan sikap periangku. Sehingga mereka tidak menyangka bagaimana hati yg remuk ini yg telah berkecai boleh dicantum kembali. Sememangnya aku tabahkan hati dalam menghadapi dugaan hidup. Mungkin dia bukan yg terbaik buat ku. Aku redha.....

Berita perkahwinan dia betul-betul membuat hati ini kembali sakit. Tergamak dia melakukan aku seperti itu. Namun kesabaran emaknya membuat aku kagum. Walaupun saat itu aku menangis tp sikap emaknya yg memujuk aku supaya sabar betul2 membuat aku sedar seandainya hati aku terluka lebih lg lah hati emaknya. Perkahwinan mereka tidak direstui. Cuma emaknya berpesan kepada ku supaya bersabar "mak cik dh xtahu nk buat mcm mn lg. sabarlah. tp mak cik dh pesan kat dia kalo jd pape nti jgn salahkan mak cik sbb mak cik xrestu!!"
Lalu aku tekad untuk melupakan dia. Walaupun dalam hati ini masih ada sisa-sisa cinta buatnya tp kini tidak lg. Aku tahu dia memang baik keadaan yg memaksa dia melakukan seperti. Walau apa pn alasannya dia bukan lah terbaik untuk ku kerana masih ada laki lain yg diciptakan untukku. Aku terima dia bukan jodohku.

Kini aku bahagia dengan hidup yg aku jalani. Kenangan bersamanya aku jdkan sebagai panduan dan iktibar supaya aku lebih tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian Allah. Jadi, sesape yg pernah putus cinta tu jgn anggap bahawa dunia ini telah berakhir dan jgn buat keje bodoh nk bunuh diri ke ape ke. Kalo mati sah2 ddk dlm neraka! SO, kuatkan semangat anda dan jalani hidup anda dengan enjoy sbb setiap yg berlaku tu ada hikmahnya cuma fikirlah saat anda dikecewakan "OH TUHAN SAYANG AKU SEBAB TU DIA TAK BG LAKI/PEREMPUAN TU JD JODOH AKU SBB AKU TAU ADA YG LEBIH BAIK DARI DIA DAN YG TERBAIK TELAH DICIPTAKAN UNTUK AKU!!"


P/S--> SO KORANG FIKIR-FIKIRKAN LAH SENDIRI PENGAJARAN YG BOLEH DIAMBIL DARI STORY AKU NI....

MENGHITUNG DETIK-DETIK TERAKHIR

Pejam celik, pejam celik tinggal lagi lebih kurang sebulan 2008 bakal melabuhkan tirainya. 2008 merupakan tahun yang paling banyak meninggal kesan dalam hidup ku. Bagaimana terkesannya hidup aku akibat perbuatannya yang meninggalkan aku dengan penuh tanda tanya yang tidak mampu ku jawab sehingga kini.

Hari ini 4-11-2008 genap dua tahun usia hubungan aku dengan dia yang berlandaskan cinta. Tapi sayangnya dia tiada untuk meraikan saat-saat bahagia itu malah hubungan aku dengan dia hanya tinggal kenangan. Hanya tinggal kenangan. Air mata yang ditahan dari tadi mengalir jua. Walaupun aku berusaha menahan supaya tidak mengalir. Aku tidak mahu lagi menangis kerananya. Tapi aku betul-betul tidak mampu. Aku tidak mampu menahan gelodak rasa yang semakin membebankan jiwa. Tiada siapa yang mengerti isi hatiku ini. Biar takdir yang menentukan.. Biarpun dipisahkan oleh tujuh lautan, belum mampu membuat aku melupakan apa yang terjadi dalam hidupku ini.

Hanya sahabat yang terdekat denganku mengetahui dan memahami apa sebenarnya berlaku. Mereka seharusnya berbangga kerana mempunyai sahabat yang setabah ini. Aku memang tabah. Terlalu tabah sehinggakan aku tidak lagi mampu menahan semua ini. Namun ku gagahi jua kerana semangat mereka tetap bersamaku. Sehingga kadang-kadang kedukaan ku terselindung di sebalik senyuman ini. Senyuman yang membawa seribu erti. Senyuman yang terlukis di bibir tidak sama dengan senyuman yang terukir di hati. Namun aku bahagia kini. Bahagia dalam menghadapi hari-hariku. Bahagia bersama-sama teman yang sering mengundang tawa saat bersama.

Dan aku turut mengenali seseorang yang amat ku sayangi. Dia istimewa bagiku. Walaupun kita tidak mungkin bersama doaku sentiasa mengiringimu. Terima kasih kerana setia menemaniku. Walaupun hanya dunia maya yang menghubungkan kita, kasihku terhadapmu bukan dongengan. Kaulah sahabatku bahkan ibarat seorang abg yang setia menemani adiknya. Terima kasih kerana membenarkan aku memiliki perasaan itu. Perasaan seorang adik untuk abgnya. Aku gembira bersamamu dan aku gembira kerana dapat menggembirakanmu. Macam yang adikmu slalu cakapkan “nis akan setia menemani abg saat suka mahupun duka”. Mungkin kau anggap itu hanya gurauan tp itulah yg sebenarnya yg aku maksudkan.

Walaupun kadang-kadang kenakalanku ini membuat dirimu tercuit sedikit rasa kurang senang dan adakalanya rajukku padamu mengambil masa berhari-hari tanpa kau menyedari sbb rajukku itu. Dan aku tidak kisah seandainya kau tidak terkesan langsung kerana aku tahu kedudukan aku di sisimu. Tapi rajukku tidak lama kerana kau abg yg ku sayangi. Tak mungkin hubungan kita akan terjejas hanya disebabkan hati wanita ku ini tersentuh.

Cuma yang aku harapkn dari kau adalah doamu. Doa seorang abg utk adiknya supaya tidak terlanjur jauh dalam menghadapi hal-hal duniawi. Aku harap kau bahagia dengan pilihanmu dan dengan apa yang kau miliki sekarang. Doakan lah aku bertemu dengan kebahagiaan yang aku cari selama ini. Sesungguhnya aku amat menyayangimu. Terima kasih kerana sudi menemani hari-hari terakhirku yg semakin membosankan ini. Miss ur smile bro….

12.47 am

AKU, CINCIN DAN TUNANG

Kelam kabut aku membuat persiapan pertunangan. Peminangan yang datang dengan mengejut. Tiba-tiba rombongan meminang sampai ke rumah ku. Aku yg belum bersiap berlari-lari mencari baju untuk dipakai. Lantas baju kurung kesukaan aku yang berwarna ungu ku sarungkan ke badan. Tapi kainnya di mana? Rombongan bakal tunang aku sudah masuk ke rumah. Macam mana ni? Aku jenuh memanggil sepupuku yg berada di ruang tamu supaya mengambil beg baju ku yg aku belum sempat kemas kerana penat menaiki bas dari USM Penang utk bercuti. Msg yg aku hantar kepada “abg” belum lg dibalas. Msg yg menanyakan tentang rombongan meminang dari pihaknya yg datang mengejut. Kenapa tidak diberitahu dari awal? Hati ku geram bila memikirkannya tapi bahagia kerana bakal menjadi tunangannya. Kerabat diraja pahang khabarnya. Selendang berwarna ungu ku capai. Wajahku hanya dihiasi mekap nipis. Tiba saat utk disarungkan cincin kecoh seketika kerana kelibatku yg tidak kelihatan. Hehe.. masakan tidak, aku sebenarnya tidak berada di bilik sepatutnya aku berada..

Lalu aku dengan sopan santunnya masuk bertemu wakil dari pihak sebelah sana untuk menyarungkan cincin. Aku tidak kenal siapa. Mungkin emak sedaranya. Cuma mata aku terpandang pada susuk tubuh seorang perempuan muda. Lagaknya kurang menyenangkan aku. Cantik tetapi tebal dengan mekap. Wajahnya mencuka. Tapi mengapa? Siapakah dia? Aku tertanya-tanya.. Cincin disarungkan ke jari manisku. Aku masih blurr… rasa tidak percaya bahawa aku sudah jadi tunangan orang sedangkan aku belum bertemu dgn tunangan ku ini. Bagaimanakah rupanya? Hensem kah dia? Gemuk atau kuruskah? Baik atau jahatkah? Tapi ni pilihan keluarga.. Harap-harap restu keluarga akan membawa kebahagiaan kepadaku.

Perempuan muda itu menerangkan bahawa aku akan memakai baju pengantin yang berwarna ungu bila tiba hari perkahwinan ku nanti. Bagus! Itulah yang aku idam-idamkan selama ini. Dan baju berwarna krim pada hari kenduri di sebelah pihak lelaki. Dia memberikan contohnya baju pengantin. Seksinya.. Hmm terpaksa la aku pandai2 sendiri nk design mcm mn nti. Baru la aku tahu perempuan muda itu adalah bakal adik iparku. Perkahwinan kami nanti akan dilangsungkan sekali. 2 mempelai pengantin. Jimat kos. Hehe… Tapi mukanya masih mencuka. Mengapa? Mungkin takut kerana kasih abgnya kini akan terbahagi kepada aku. Sedangkan dulu dialah penawar suka dan duka abgnya tp kini sudah ada aku. Adik bongsu katakan. Xpe2 aku akan cuba mengambil hatinya nanti. Diapun akan menjadi adik ku juga nanti. Semoga keluarganya dapat menerimaku dan aku dapat mak mentua yang baik. Huhu.. Kecut gak perutku bila memikirkannya.

Tapi macam mana rupa tunangan ku ini? Siapakah dia? Mengapa dia masuk meminangku? Kenalkah dia dengan ku? Betulkah aku sudah menjadi tunangannya kini? Cincin bertakhtakan belian dijari manis ku ini ku pandang. Sayu bila memikirkannya. Mampukah aku menjadi isteri yang baik nanti.. tiba-tiba nada deringan nset aku menandakan ada msg berbunyi. Mungkin tunang aku yang anta. Lalu ku baca “jom turun makan” laa…bermimpi rupanya….kacau daun betul la.. Ngah sedap2 mimpi terjaga lak.. Hehe… Sampai kesudah aku xtahu sapa tunang ku itu. Kalo aku xterjaga adakah aku akan tahu siapa lelaki bertuah itu??????

HATI INI YANG SEPI

HATI INI YANG SEPI

1 hati dua jiwa…
Kita mungkin tak bersama..
Tapi kau dan aku serupa
Punya hati untuk dicinta
Punya cinta utk menyinta
Menyinta pada yg bertuah memilikinya

Biar pun aku tidak memilikinya
Tapi aku punya cinta
Cinta untuk seseorang yang mendambakannya
Biar aku tidak memilikinya
Kasih ini biar kau rasa
Rasa bagaimana dicinta

Dicinta dan dicintai
Dua makna berbeza erti
Kasih ini kan ku beri
Pada siapa yang sudi memiliki
Hati ini yang sepi

Kasihku,
Aku berduka keranamu
Aku malu
Sikap yang melulu
Membuatku kelu
Kelu keranamu
Siapa aku padamu?
Siapa kau padaku?

Hati
Biar ia berbicara sendiri
Dalam mentafsir erti
Erti cinta yang ditaburi
Kata-kata yang tidak diketahui
Gerak geri yang tidak difahami
Gelodak rasa yang dilindungi
Oleh senyum tawa tidak terperi

Cinta
Apa itu cinta?
Ada apa dengan cinta?
Cinta yang buta
Cinta yang membutakan mata
Tanpa menyedari di sebalik sirna
Punya cinta yang suci untuknya
Cinta yang terpendam di jiwa
Cinta yang tidak disedarinya
Kerana kau telah dibutakan oleh cinta

Cinta tidak buta
Yang buta sebenarnya dia
Buta menilai antara kaca dengan permata
Arghh!!! Persetankan itu semua
Aku tak butuh dia
Aku hanya ingin dicinta
Oleh seseorang yang ingin menyinta

Kau dan aku berbeza
Kini hanya yang sama
Kita punya dua hati yang sejiwa

WANITA OH WANITA

setiap kejayaan lelaki mesti ada wanita di belakangnya tp bagaimana pula setiap kejayaan wanita adakah lelaki di belakangnya??? cuba kita lihat ibu-ibu tunggal yg berjaya. berjaya membesarkan anak2 dengan usaha dan titik peluh mereka. mereka tiada suamikan?? jadi siapa yg lebih hebat??

aku sangat mengagumi ibu-ibu tunggal yg berjaya membesarkan anak-anak sehingga berjaya di menara gading...walaupun besar dugaan apabila bergelar ibu tunggal apatah lg gelaran 'janda' yg digalas mereka...kadang-kadang pelbagai kata-kata hinaan masyarakat terutamanya wanita yg takut konon2nya suami mereka akan digoda oleh wanita yg bergelar 'janda' ini..tp apa yg aku lihat disekeliling aku bukan semua wanita begitu malah ada yg sanggup menjanda smpai ke tua walaupun umur mereka masih muda..ini semua adalah kerana mereka memikirkan anak-anak mereka...mungkin mereka takut kasih sayang mereka akn berbelah bahagi antara suami dan anak-anak..mungkin juga mereka takut seandainya anak-anak mereka berubah sekiranya dia berkahwin lg.....

namun tidak aku nafikan masih ada segelintir dri mereka masih berani bermain api..walaupun mengetahui mereka bercinta dengan suami org...namun jodoh di tangan Tuhan..."dh takdir nk buat mcm mn" kita slalu mendengar ayat cm gini...adakah anda setuju dengan pernyataan tersebut??

isteri slalu menyalahkan perempuan lain apabila suami mereka bermain kayu tiga...tp apa yg aku lihat kdg2 lelaki melebih2 pulak...merengek mengalahkan bebudak remaja bercinta....ini la yg berlaku di tempat keja aku dulu..bos aku ni janda ank 2..yg lelaki 2 leh thn pangkatnya...tp bla diorg gaduh....bleh kata telefon kt tmpt keja aku 2 berdering 24 jam...bla angkat dia letak pas2 call lg, then bla angkat letak cm 2 la setersnya xke bangang cm 2....dh tua2 pn pangai cm bebudak....kdg2 cm nk maki jer..tp sabarla..bf bos katakan....hmm....

nasib bek la skrg dh terlepas bala cm 2.....aku pn dh lm berhenti keja sbb smbung blaja....cuma mbr2 aku kt tmpt keja lm aku 2 merungut xtahan dh...so pe lg...angkat kaki je la....ye la spa leh thn,lau diorg gdh2 tbe2 jer bos aku ni hangin 1 bdn so lpskn amarah 2 kt pekerja2....tenison beb!

so ape yg aku nk rumuskan kt cni, dont judge book by this cover......
aku tabik spring kat ibu2 tunggal yg berjaya membesarkan anak2 sehingga berjaya tnpa mengharapkan lelaki..namun,lelaki mungkin tdk dpt melakukan begitu kalo ada pn mungkin xramai krn setiap kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya tapi setiap kejayaan wanita ada anak-anak di sisinya...wanita sesungguhnya sangat istimewa...

Thursday, October 23, 2008

MENANTI SEBUAH JAWAPAN



Jendela itu ku buka. Membiarkan hembusan angin menampar-nampar lembut ke mukaku. Rambut ku yang panjang mengurai ikut menari mengikut alunan hembusan angin. Aku masih berfikir. Mencari jawapan kepada persoalan yang masih tidak mempunyai jawapan. Aku mempunyai segala-galanya keluarga,sahabat, kasih sayang tapi hidup aku bagaikan kekurangan sesuatu. Lantas apakah itu? Masihkah ada jawapan untuk persoalan itu?

Sampai bila aku akan terus begini? Hidup dalam bayang-bayang sendiri. Hatiku masih terluka. Bilakah akan pulih? Entahlah… aku tiada jawapan untuk itu. Biarlah masa yang akan menentukannya. Tapi sampai bila? Bilakah luka itu akan pulih? Sampai bila aku perlu menunggu?? Menunggu sesuatu yang aku sendiri tidak pasti.

Sabarlah! Allah sentiasa menguji hamba-Nya yang Dia sayang. Sabar? Perlukah aku bersabar? Ya! Aku perlu bersabar. Tapi sampai bila? Sampai aku ketemu jawapan kepada persoalan yang aku cari.

Kita Insan Biasa
Andainya dapat kuulang semula

Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu…


Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku sepertimu ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa yang lalu…

Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang sucinya percintaan
Usah lagi kita persoalkan

Keterlanjuran di masa nan silam
Kusedia terima dirimu seadanya

Kita insan biasa…
Diriku mawar pudar warna

Tiada lagi yang istimewa
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa…


Di corong radio terdengar bait-bait lirik lagu ‘Kita Insan Biasa’ nyanyian Jay Jay dan Dayangku Intan. Memang kita hanya insan biasa. Tak lepas dari kesilapan masa silam. Mungkin aku tersilap menilai. Menilai kejujuran yang dipamerkan. Menilai kasih sayang yang ditunjukkan. Tapi aku tak buta. Aku tak buta menilai keikhlasan hatinya mencintaiku. Lantas di manakah silapnya? Aku inginkan jawapan. Salah siapakah? Aku atau dia? Tapi aku bukan mahu menunding jari pada sesiapa. Aku hanya inginkan jawapan.

Cukuplah kau seksa hatiku ini. Kau tinggalkan aku tanpa jawapan. Kau pergi seolah-olah selama ini kita tidak mengenali antara satu sama lain sedangkan hubungan kita pernah terjalin rapat. Kau berjanji tidak akan tinggalkan aku dan kau minta aku jangan tinggalkan kau tapi akhirnya, kau yang meninggalkan aku. Kau tinggalkan aku tergapai-gapai seorang diri. Aku pada waktu itu bagaikan patung bernyawa. Hanya ada jasad. Hatiku betul-betul terluka! Tergamak kau lakukan sebegitu rupa terhadapku. Kaukah lelaki yang aku sayangi selama ini? Lelaki itukah?

Kenangan yang kita ukirkan sentiasa bersemadi dalam hatiku. Adakah kau juga begitu? Aku mengenalimu bukan sehari dua, tapi jangka masa dua tahun sudah cukup untuk aku mengenalimu. Tapi apa sebenarnya yang terjadi sehingga kau sanggup melukakan hatiku ini? Aku hanya inginkan jawapan. Biarlah aku teruskan lakonan. Hidup dalam kegembiraan sedangkan di dalam hati ini tak siapa pun tahu.

Lalu aku bangkit! Bangkit dari kekecewaan yang kau tinggalkan. Aku perlu kuat menghadapinya kerana aku tahu kau bukanlah lelaki yang terbaik untukku. Aku tak perlu menangis untuk seseorang yang tak tahu menghargai. Aku juga tak perlu terus menyeksa diriku hanya kerana kau lelaki dayus yang tak berani berdepan dengan kenyataan. Kau tak berani berdepan dengan kenyataan. Kau ingin lari dari berdepan dengan kenyataan. Tapi aku tahu, kau tak kan selamanya boleh lari kerana ada sesuatu yang perlu kau selesaikan dengan aku. Aku perlukan jawapan. Kau tak kan bahagia! Rasa bersalah juga akan kau rasai seumur hidupmu.

Aku tak perlukan lagi kasih sayangmu. Aku hanya perlukan jawapan. Selama mana masa yang diambil aku tak kisah. Tapi aku mahu jawapan darimu. Hanya sebuah jawapan.. Menanti Sebuah Jawapan…….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi