Sunday, November 30, 2008

LUKISAN KEHIDUPAN

Dalam keributan jutaan manusia yang membanjiri kawasan itu, aku berdiri di suatu sudut. Memerhati kelakuan manusia yang pelbagai ragam. Memerhati mata-mata galak lelaki yg memandang tubuh wanita dgn rakus. Anak-anak remaja yg berpeleseran tanpa arah tujuan sambil menghembus asap rokok berkepul-kepul ke udara. Angkuh sungguh lagaknya.


Gadis-gadis dengan memperagakan tubuhnya dgn pakaian yg boleh membuat lelaki terjojol biji mata yg melihat. Aku? Aku masih berdiri di sudut itu. Memerhati sekeliling gelagat-gelagat manusia yg menapak menuju arah destinasi masing-masing. Remaja tanpa segan silu memaut pinggang kekasihnya yang aku kira mungkin masih bersekolah. Aku tergelak sendiri. Memikirkan umur mereka yg masih muda tapi mensia-siakan masa muda mereka dengan hal begitu. Mungkin anak muda itu masih belum mengeri erti kehidupan sebenar. Kehidupan yang mereka sangkakan penuh dgn keseronokan tanpa mempedulikan apa yang akan mereka hadapi lebih dari itu. Berjanji akan setia, mengharapkan akan berkahwin dgn pasangan mereka. hahaha.. Itu hanya mainan perasaan anak muda sekarang. Angan-angan yang belum tentu mereka gapai. Umur yang masih muda. Mentah dalam menghadapi pancaroba hidup ini.


Dalam usia 20-an, aku sudah dapat menilai apakah erti sebuah kehidupan yang sebenar. Kehidupan yang memerlukan kita mencorakkannya. Macam sebuah lukisan. Warna-warna yang kita pilih akan mencorakkan lukisan itu seperti mana yang kita mahu. Kita yang membuat pilihan. Hidup ini penuh warna-warni seandainya kita pandai mewarnakannya. Lukisan kehidupan aku masih belum siap. Masih ada warna yang aku belum gunakan untuk mencorakkannya. Sudah ada warna yang dicorakkan. Kehidupan yg bagaimanakah yg aku inginkan? Aku masih tercari-cari lukisan kehidupan yang bagaimanakah aku inginkan?


Sesungguhnya aku inginkan lukisan kehidupan yang penuh berwarna-warni. Penuh dengan warna-warna yang ceria. Yang apabila kita memandangnya kita akan tersenyum girang. Begitu juga dengan orang lain. Biar lukisan itu turut dapat menggembirakan sesiapa yang memandangnya supaya dapat merasai kegembiraan itu.


Hari ini 30-11-2008. Hari terakhir di bulan November. Tinggal lagi sebulan tahun 2008 akan melabuhkan tirainya. Tahun baru akan menjelma. 2009 menanti. Menanti kehadirannya yang pasti tiba. Insyaallah seandainya umur ini masih panjang aku akan merasai kehadirannya. 2009! Bagaimanakah pula lukisan kehidupanku di tahun 2009? Sememangnya kehadiranmu ku nanti.



Tuesday, November 25, 2008

BUTA YG MEMBUTAKAN

Hari ni dh 5 hari dk umah. Cuti ni boring gle...xkuar mana pon.. Kalo kuar pn ade Mr X tu sms ajak kuar..Itu pun berjemput dan berhantar..huahua....Itu pun konon nk g joging, tapi aku malas, sayang kt lemak2 tepu aku ni haha...So kuar gk konon2 nk kuar kn peluh,aku sarung jeans jer.. Pusing la satu tasik jitra tu dgn suar jeans.. Steady jer beb!! ngeh3.....

Aku xtau nk g melilau mn. Nk cari kerja, kejap sgt cuti dh la kena blk seminggu awl...adeh masak aku cm ni!! Duit semakin berkurangan, mana nk cari kain pasang lg nk buat baju..Kazen aku nk kawen aku yg jd pengapitnya...Bleh mencapub ckit..ngeh3..(nk ngada2 ckit)..hehe....

Tapi hajat aku nk makan tom yam xtertunai lg...dh kebulur tom yam dh ni...cuaca lak tak mengizinkan..Hari2 hujan...nk kuar pn susah..tapi aku bantai jer..rempit dalam hujan ngan skuter kesayangan aku tu...sejuk..pas2 blk mula la rasa cm nk demam....huhu....xpe2...bkn slalu...

Esok ingt nk kuar gk ar..g pusing2 pekan alor star ni...asyik terperuk kt umah jer...membuta jer keje..xleh jadi cm ni...Hal ini adalah tidak membangunkan negara bak kata sorg member aku tu..wakaka... Tapi ayat aku senang jer, tak penting pun, bukan masuk peksa..hihi....

Lagi 5 hari (semasa entry ni ditulis) nk masuk bulan disember dh..kejap jer masa berlalu... Tahun depan umur aku bertambah lg setahun insyaallah kalo panjang umur...Tapi banyak lg yg aku tak gapai....banyak lagi yg xlengkap dlm hdup aku.. Apa dia ek?? hmm....

Monday, November 24, 2008

MENGAPA KITA BERJUMPA HANYA UNTUK BERPISAH??

Awak, kenapa kita bertemu untuk berpisah? Awak ingat lagi tak janji-janji awak pada saya? Awak janji tak kan tinggalkan saya. Tapi kenapa awak mungkiri janji-janji awak? Kenapa awak tinggalkan saya?



Saya ingat lagi hari terakhir kita jumpa. Awak banyak mendiamkan diri. Awak lebih banyak mendiamkan diri. Sesekali awak senyum bila awak dengar lawak bodoh dari saya. Awak beli makanan kesukaan saya. Tapi saya marah awak sebab awk beli banyak sangat. Saya tak nak awk membazir. Tapi last skali saya gak yg melantak sampai abes. Awak ketawa. Awak perli saya sebab mula-mula tadi saya yg larang awak beli banyak dan akhirnya saya gak yang melantak sampai abeh.



Awak, saya rindu awk. Saya rindukan senyuman awak. Saya rindukan gurauan awak. Awak selalu usik saya. Awak suka tarik hidung saya sampai merah pastu awk gelak-gelak sebab hidung saya merah macam badut. Awak, saya rindu awak. Awak selalu buat saya tertawa. Awak buat saya bahagia dengan awak. Saya tak pernah rasa bahagia macam saya rasa bahagia dengan awak. Tapi napa awak pergi? Awak pergi tinggalkan saya. Awak dah janji tak kan tinggalkan saya. Kenapa awak mungkiri janji-janji awak?



Awak hari ini genap tiga tahun usia perkenalan kita. Tapi awak tak ada nk rai kan bersama saya macam tahun-tahun sebelumnya. Saya ingat lagi setiap bulan bila sampai 4 hb, kita akan sama-sama hantar sms ucap selamat hari ulang tahun perkenalan. Kita akan sama-sama kira dah setahun berapa bulan kita couple. kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Saya sedih awak. Awak tak ada nak buat semua itu lagi.



Awak, awak ingat lagi tak masa kita keluar makan malam tu? Kita pergi makan tomyam sama-sama. Saya tahu awak tak makan pedas. Tapi saya kena kan awk. Saya bagi tau awk, tom yam tu tak pedas pun. Bila awak makan tom yam tu, awak cepat-cepat minum air sbb tom yam tu pedas. Saya gelakkan awak masa tu. Awak tarik muka. Awk tunjukkan muka masam. Puas saya pujuk awak. Tapi awak buat bodoh. Last-last saya pulak merajuk. Awak pujuk saya pulak. Indahkan saat-saat itu? Awak suap saya, saya suap awak. Walaupun ramai orang pandang-pandang tapi kita buat dono jer. Awak cakap diorang jeles tengok kita. Saya senyum jer.



Hari itu kita bergaduh. Saya merajuk dengan awak. Saya tak balas sms awak. Awak call saya off kan handset. Bila saya on handset, saya dapat banyak sms dari awk. Awak minta maaf. Tapi saya ego. Saya tak balas pun sms awak. Saya tak call awak balik pun. Pastu awak dh tak sms saya dh. Saya tunggu awak call. Awak tak call saya. Setiap malam saya nangis. Saya sayang awak. Saya takut kehilangan awak. Lepas 3 hari, awak masih tak call saya. Saya pun ambil keputusan nak call awk. Tapi peti pesanan suara je yang ada. Awak off handset. Kenapa awak? Saya minta maaf wak. Saya janji saya tak kan buat macam tu dah kat awk. Saya sayang awak.



Saya pun ambil keputusan nak pergi rumah awk. Saya nk cari awak. Saya drive kereta sorang2. Walaupun awak tinggal di utara dan saya di selatan, Saya sanggup pergi demi awak. Malam baru saya sampai rumah awak. Ramai orang rumah awk. Saya takut nak masuk. Pastu saya nampak adik awak. Adik awak berlari ke arah saya dan peluk saya. Saya terkedu. Saya tertanya-tanya kenapa? Saya tanya adik awak mana abang? Akak nak jumpa abang. Adik awak nangis. Saya cakap mana abang? Mana abang? Akak nak jumpa abang. Akak nak minta maaf dengan abang. Akak sayangkan abang. Pastu mak awk keluar. Dia pimpin tangan saya masuk dalam rumah. Dia suruh saya duduk. Saya tengok sekeliling kalau2 awak ada. Mak awak cakap kat saya awak tak ada. Awak dh pergi. Saya cakap pergi mana? Saya nk jumpa awak. Saya ada bawa puding kesukaan awak. Awak kan suka makan puding yang saya buat? Mana awk pergi?



Mak awk menangis, adik awak menangis. Kenapa ni? Kenapa semua orang menangis? Mana awak? Saya dah sampai. Kenapa awak tak kuar jumpa saya? Mak awk peluk saya. Mak awak cakap lagi, awak dh tak ada. Tuhan lebih sayangkan awak. Dia dh jemput awak. Tapi kenapa air mata saya tak keluar? Saya diam. Saya tak percaya awak dh pergi. Awak dah pergi tinggalkan saya selama-lamanya. Saya bangun. Saya nak pergi bilik awak. Mesti awk menyorok dari saya. Mesti awk saja nk bergurau dengan saya. Saya jerit panggil nama awak. Saya cakap saya bawa kan puding kesukaan awak. Saya suruh awk turun. Tapi adik awak tahan saya. Dia tarik tangan saya. Saya marah dia. Saya cakap saya nak jumpa awak. Adik awak tampar muka saya. Dia suruh saya sedar yang awak dak tak ada. Awak dh meninggal dalam kemalangan masa awak nk pergi jumpa saya. Dh 3 hari awk tinggalkan dunia ini. Keluarga awak tak dapat hubungi saya sebab telefon awk dah rosak sebab kemalangan.



Awak, masa tu saya rasa dunia ni gelap. Saya dah tak ingat apa-apa masa tu. Bila saya sedar, saya dah ada atas katil awak. Kat meja tepi katil awak ada gambar kita. Gambar tu kita ambil masa hari ulang tahun perkenalan kita yang pertama. Saya menangis sambil peluk gambar kita. Adik awak tenangkan saya. Saya menangis panggil nama awak. Awak dah tak ada. Siapa yang akan jaga saya lepas ni? Siapa yang akan suapkan saya lagi? Siapa yang akan tarik hidung saya lagi sampai merah macam awak buat dulu? Siapa yang nk makan puding yang saya buat? Awak, saya sayangkan awak. Saya minta maaf. Saya menyesal sebab saya tak balas sms awak, tak angkat telefon masa awak call. Kalo saya tahu itu lah kali terakhir saya akan dengar suara awak, sumpah saya tak akan sia-siakannya.



Awk............saya sayang awk...Kenapa awak pergi sebelum saya? Saya pernah cakap kalo bleh saya nk pergi dulu sebelum awk sbb saya tak boleh hidup tanpa awak. Kalo saya pergi dulu, nanti awak boleh kahwin lain, dan awak selalu marahkan saya kalo saya cakap macam tu. Sekarang, awak pergi dulu sebelum saya. Awak dah tak ada. Awak dah pergi, pergi jauh dari saya dan tak akan kembali lagi. Al-fatihah untuk awak.

Sunday, November 23, 2008

PERPISAHAN

Mengapa kita berjumpa hanya untuk berpisah?? Aku tertanya-tanya perlu ke kita berjumpa hanya untuk berpisah??? Perpisahan itu sesuatu yg menyakitkan. Aku merasa sakit sekiranya aku perlu berpisah dgn seseorg. Aku juga mengerti perasaan sakit itu akan memberi kesan kepada hidup kita. Perpisahan sgt menyedihkan..

Aku tak ingin merasai perasaan itu lg...Berpisah dengan org yg kita syg..Aku juga mengerti perasaannya yg ingin kembali pd aku. Tp maaf! Hati ku bukan lg milikmu. Masih ada lg org yg berhak memiliki hati ini. Memang perpisahan memang menyakitkan. Namun kau harus terima kenyataan ini. Maaf kau tak bisa memiliki aku lg..

Walaupun berat untuk diterima, kau harus! Harus terima kenyataan ini. Walaupun berapa byk masa kau minta untuk perbaiki keadaan, utk ko ambil hati aku semula, tak mungkin aku akan terima. Cukuplah hati ini dilukai. Aku nk kau pergi dari hidup aku. Harap kau tak kan kembali lagi. Selamat tinggal kenangan ku............

RINDU

Aku dh blk bercuti kt umah. Tapi baru 3 hari dok kt umah dh rasa boring nk mampus. Time cam ni la tetibe tingat lak member2 kt usm. Cana la diorg kt umah eyh?? Pe yg diorg buat skrg ni? Pastu mula aku tingat kat bilik kesayangan aku tu. Rindu gle nk tdo ats katil kesayangan aku tu. Rindu lak masa aku ngan kekawan dulu. Petang jer g tasik aman atau lebih dikenali ngan tasik biawak. Makan ramai2.. Kuar g jalan2 pusing Penang, tgk teater..warghh..rindunya saat2 tu...

Kawan2 suma..aku rindu korangggggggg...........................

Thursday, November 20, 2008

LARI DARI SESUATU ATAU LARI MENGEJAR SESUATU??

Hari ni hari terakhir aku kt USM ni...Sedih gak aku nk tinggalkan tempat ni lebih2 lagi bilik aku tercinta juga wifi usm ni ngeh3...bknnya apa senang nk online walaupun byk gangguan2 akibat cuaca atau sesuatu yg buat line terganggu....Tapi yg sadisnya demam la plak... Masa aku tulis blog ni pn mulut aku rasa pahit jer.. Nak muntah pn ade.... Bkn ngandung yek? aku masih suci ngeh3.....

Sedihnya nk berpisah ngan org2 yg dlm ym, huhu..sbb ade org yg special lam 2....Bkn pak we ok? Just someone who i can't leave him coz i promise that i will there for him always...Tapi sampai bila kan?? Sampai bila aku boleh temani dia? Sbb dia pn ada kehidupan dia dan aku pn cam tu.. Bila sampai masanya aku harus pergi... Terus berlari.. Lari sejauh yg mungkin.. Lari dari sesuatu atau lari mengejar sesuatu?????

Aku sendiri tidak pasti, yg pasti aku harap aku tidak menganggu kehidupannya lagi... Seandainya aku seorang pengganggu aku harus pergi.. Ya aku harus pergi.....Aku mungkin tidak diperlukan lagi. Tugas aku sudah selesai. Masa yg singkat itu telah aku gunakan sebaik-baiknya. Aku gembira kerana telah menggembirakannya. Yang pasti aku akan merindui senyuman itu..

Aku bahagia seandainya dia bahagia. Itu sudah memadai aku. Dia sudah buat pilihan dan dia tiada pilihan lagi..Aku? Aku masih punya pilihan dan ini pilihan yg aku ambil. Aku tidak lagi mahu mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin akan terjadi. Masa itu bergerak. Ya bergerak dan aku tidak mahu sia-sia kan masa yg ada. Cukup la 3 hari yg ada aku telah gunakan sebaik-baiknya. Alhamdulillah.. Aku puas hati kerana aku telah lakukan yg terbaik. Dan aku tahu kebenaran yg telah tersingkap.. Cukuplah..

Text Color
Dalam masa sebulan ni aku akan mencari nur yang telah hilang dalam diri ku ini. Biar lah aku mencari ketenangan......Selamat tinggal semua (aiseyh serius la plak) huahua.....

Wednesday, November 19, 2008

GADIS SEPARA NORMAL

Perghh... Hari ni aku dh memecahkan rekod dunia bg gadis-gadis bujang.. Setelah sekian lama aku tidak keluar dengan insan yg bernama lelaki akhirnya aku telah keluar ngan seseorang.... Nak kata dating, tak kot tp bleh ar kira adik beradik dating gak ar......huhu...

Tapi disebabkan hari hujan, maka kami terpaksa membataskan pergerakan kami ke tempat2 yg tertentu dan berhampiran... Nak ceta detail2 xbleh ar disebabkan perkara-perkara tertentu.. Nanti akan menimbulkan fitnah...lalalala....

Then balik dengan perut kenyang...Hmm..tibe2 rasa nk demam plak...adeh sakit pale btol... Sampai cni saje kot entry aku kali ni...nk tdo zzzzz..............

Tuesday, November 18, 2008

SEPI

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

MASIH ADAKAH HARI ESOK???

Apa yg aku cari sebenarnya?? Mengapa begini jd nya?? Aku tidak penah mengharapkan apa-apa cukupla aku menjadi peneman yg setia saat diperlukan. Aku tidak mengharapkan apa-apa darimu. Aku tak kan lari dari kenyataan kerana kenyataan adalah satu realiti yg dinamakan hakikat. Hakikat yg harus ku terima. "cinta itu tidak dapat di fikirkan". Ya, cinta itu tidak dapat difikirkan.

"I will there for u..always.." Tapi sampai satu saat aku harus lepaskan kau terbang setinggi-tingginya. Meninggalkan debuan halus yg hilang bagaikan dihembus bayu. Tapi letakkan aku di suatu sudut kecil hati mu. Hanya sudut kecil, tidak lebih dari itu. Itu sudah memadai buatku.

"Masa itu bergerak". Kita tidak tahu pengakhiran yang bagaimana kerana masa itu sentiasa bergerak. Bergerak dengan meninggalkan kenangan-kenangan manis saat tertawa bersama, menyanyikan lagu itu dengan sepenuh perasaan kerana bait-bait lagu itu menggambarkan isi hati. "Lagu kita"

Jangan kau salahkan diri dengan apa yg terjadi. Aku tak rela melihatmu bersedih keranaku. Hadapi la hari-hari kita dengan sepuasnya kerana kita tidak tahu masih adakah hari esok?

KEHIDUPAN DI KAMPUS

Berlalu sudah semester pertama kehidupan di kampus... Rasanya baru semalam aku terima surat tawaran tapi rupa-rupanya dh abes 1 sem... Banyak juga la pengalaman yg aku timba semasa di USM ni...Aku juga berkenalan dengan ramai kawan yg berbeza latar belakang dan negeri.. Memang best ar....



Kehidupan di kampus merupakan satu kehidupan yg betul-betul berbeza. Seandainya tersilap percaturan maka tempang la perjalanan yg akan kita lalui itu. Aku lebih suka memerhati orang-orang di sekeliling aku dengan pelbagai ragam. Kadang-kadang aku duduk di kafe seorang diri sambil menyaksikan fenomena-fenomena semulajadi yg kadang-kadang mencuit hati aku. Ramai pasangan sering makan bersama dan adakala hari-hari aku lihat kelibat yang sama. Sang arjuna tidak lekang dari menemani pasangannya. Setia bersama dan aku harap perhubungan kelibat-kelibat manusia yg sering berdua-duaan itu akan kekal.



Aku turut melihat fenomena orang-orang seperti "seseorang" yang bagai lupakan daratan. Mungkin terkena kejutan budaya barangkali. Kejutan budaya bermaksud seseorang yg tidak dapat menyesuaikan dirinya mengikut situasi yg dialaminya. Mungkin juga mengalami proses sosialisasi. "Seseorang" itu yg merasakan dirinya hebat sehinggakan cara hidupnya berubah. Dari seorang budak kampung yang hanya terdedah dengan dunianya sahaja dan tidak pernah merasai pengalaman berada di luar kawasan tempat tinggalnya, tiba-tiba berubah menjadi seseorang yg bukan dirinya. Aku cukup benci pada org yg berperangai begini. Tidak berpijak pada paksinya. Terpengaruh dengan anasir-anasir luar yg menjadikannya seorang yg HIPOKRIT.



Rupa-rupanya kehidupan di kampus ini juga boleh merubah diri seseorang menjadi bukan dirinya. Aku tetap aku. Seorang gadis kampung separa bandar walaupun kadang-kadang sering diperli oleh teman-teman kerana bahasa kedah yg aku sendiri tidak fahami kerana kepekatannya. Contoh bahasa yg membuat aku terpinga-pinga besiaq, menegheluh, dan banyak lagi yg aku sendiri tidak ingat. Walaupun aku tinggal di kedah tapi bahasa yg digunakan kekadang memang tidak difahami oleh aku. Namun aku masih anak jati kedah yg tidak lupa asal usulnya cuma mungkin bahasa tersebut memang tidak pernah dituturkan oleh keluarga ku sendiri.



Berbalik pada kehidupan di kampus, aku turut dapat melihat orang-orang yg boleh kita harapkan atau tidak terutamanya dalam tugasan berkumpulan. Aku sudah dapat menilai bagaimana seseorang itu menyelesaikan tugasannya. Namun aku bukanlah sempurna tapi tidak salah seandainya sama-sama bekerjasama utk menyelesaikan tugasan tersebut bukannya lepas tangan ke bahu seseorang sepenuhnya. Jadi aku jadikan iktibar pengalaman yg aku timba semasa di sem 1, supaya aku tidak lagi bekerjasama dengan orang-orang seperti itu untuk masa-masa yg akan datang.



Kehidupan di kampus betul2 mencabar terutamanya dari segi kewangan. kita kena pandai berjimat cermat. Dan duit ptptn aku ni habis utk beli laptop, beli buku, topup, makan n semestinya tambang pergi balik ke negeri jelapang padi yg aku sayangi walaupun tambang dh naik sekarang..hmm ponat ceq! tambang dh naik so jarang la balik walaupun kedah n penang ni orang kata kalo kentut pn dgr hahaha....

Hmmm...Aku dh xtahu nk meraban apa lg so setakat cni sje la entry aku kali ni.. so korang2 yg baca blog aku ni kongsi la sket cerita tentang kehidupan kampus korang...

sekian..

Monday, November 17, 2008

3 SOALAN MAUTTTTTT...

yahuu... merdeka!!! hari ni last paper..rasa mcm burung plak terbang bebas di udara..perghh.. rasa ringan je kepala ni...hehe..xsbr2 nk blk umah...ats sebab tertentu aku trpksa balik lewat 3hari..xpe berkoban ape sje utk......

xsabar2 nk jumpa kengkawan lama..last kita org kumpul pn sblm msk U ri 2..mesti byk benda nk di bualkan..dan aku akan berhadapan dengan soalan-soalan n kritikan yg tak gemar aku nk dengar antara soalan-soalan yg aku jangka akan ditanya adalah:-

  1. Hang dengan sapa la ni?? maksudnya tya aku couple dgn siapa skrg ni dan sememangnya aku belum ketemu prince charming yg leh mencairkan ati aku ni...bosan betol nk dgr pertanyaan cm ni!!!
  2. Takkan xda sapa kot yg hg berkenan kat USM tu??? Heloo..nk cari laki ni bkn benda yg senang..silap pilih nanya aku!!
  3. Hang nampak berisi la..bila nk start diet?? Adeh..xske btol la soalan ni.. Biar la cana pn body aku janji aku bahagia kn??? Lgpn aku xla gemok sgt cuma berisi sket jer lbh2 lg kat pp ni chubby!! Cute pe??? hahaha...

tak ske betol laa....tp terpaksa la aku terima hakikat yg kengkawan aku akan tanya soalan cm ni kat aku hmm...


Friday, November 14, 2008

15 TAHUN YANG LEPAS


Bgn je pagi ni tbe2 aku teringat masa zaman kanak-kanak dulu… Aku dibesarkan oleh nenek n atok yg aku pgl wan bg atok aku n tok bg nenek. Bagi orang luar mungkin panggilan berbeza tp bg org kedah seperti aku, ini adalah panggilan biasa di negeri kedah. Aku dibesarkan dikawasan kampong yg memang indah panoramanya. Di kawasan air terjun. Belakang umah tok aku pn ada sungai n dh jd taman permainan bg budak kg macam aku. Terjun sungai, cari udang galah dh biasa bg aku..
Dan kadang-kadang siap buat tarzan lg hahaha…. Bergayut dengan tali yg diikat ats pokok kemudian terjun dalam sungai. Aku memang lasak dari kecik lg… Dan bila sepupu2 aku balik kg ms cuti sekolah, aku lah yg jadi ‘tekongnya’ hahaha… sepupu yg rapat dgn aku adalah kak yong n kak ngah nama panggilan aku utk mereka. Walaupun aku lebih muda dari sepupu-sepupu aku yg lain, tapi aku antara yg bleh dikatakan berani dan ‘advance’ lebih dry g lain-lain.

Masih ku ingat, kami bertiga penah kena ‘hambat’ dengan tok wan aku dengan pelepah ‘nyok’ sebab main hujan pastu siap berenang lg dalam parit kt umah tok aku tu. Tapi bukan parit mcm kt Bandar ni tapi Cuma tanah yg dicangkul menjadi seperti parit supaya aliranair dapat berjalan dgn lancar. Lari pusing satu kg smpai xcukup tanah. Yg aku herannya tok wan aku tu entah dr mn dtgnya tenaga larat plak kejar km bertiga..hehe…. kami sempat nyorok tp bila smpai di rumah meraung ar menangis sbb kena ‘balun’ dengan rotan. Hahaha… memang bila ingat balik memang best ar…

Aku antara yg paling nakal sekali… Kalo buat salah ke ape ker aku pn ajak sepupu2 aku nyorok satu tempat rahsia yg siapa pn xtau. Nk tahu kt ne??? Atas siling rumah huhu..memang terlebih advance kn aku ni?? Aku panjat dinding, pastu pijak tingkap so dpt la aku naik masuk dlm siling melalui 1 siling tu yg xbertutup. Tapi yg lahabaunya panas gle dlm tu…kalo kuar gerenti berpeluh-peluh…huhu… sepupu aku yg dua orang tu ikut jer xckp byk..menjadi peneman yg setia….hehe….

MULA BERSEKOLAH (JAHAT GLE)

Pastu bila aku umur 5 tahun, aku dihantar ke sekolah tadika. Masa tu memang semangat berkobar-kobar nk g sekolah. Mana taknya best sbb dpt 1beg uncang, dalam tu ada colour pencil, pensel, pemadam dan pembaris… Memang bangga gle bg seorang budak umur 5 tahun ble dpt mende tu… cikgu lak bg hehe…tapi masih aku ingat, satu hari tu aku xnk g tadika, tp mak sedara aku tu paksa gak gi, aku merayu-rayu cakap hari ni je xnk pegi pas2 sok pegi la. Tapi rayuan aku tidak dihiraukan so melalak la aku..menangis2 smpai la kat tadika..pastu bla mak sedara aku nk blk lps hantar aku kt tadika aku dipegang oleh cikgu tadika kat c2.
Aku ingat lg nama cikgu tu, org panggil Kak Jan kt die. Memang sakit ms dia pegang tgn aku tu. Mak sedara aku pn blah dgn sadisnya tnpa pandang aku. Bila dia dh lps dr pndangan, cikgu tu msh pegang tgn aku, tkut aku lari, so disebabkan skt n nk protect diri sendiri aku pn gigit tgn cikgu tu hahaha…jahat gle kan???? Die pn lepas. Pastu aku xnk msk kat dalam. Nk duduk luar. Masa tu pagar memang dh dikunci. Aku pun ddk la kt luar dkt kaki lima tadika tu smbil dgr bebudak lain nyanyi lagu “ bangun pagi,gosok gigi cuci muka dan mandi..” hehe..mesti korang penah nyanyi kan lagu ni ms tadika dulu???



Bila aku tgk cikgu tu kusyuk mengajar, aku dengan selamberrr nye g panjat pagar tadika tu…hahaha…masa tu kecoh dh..bebudak lain suma kuar tgk. Cikgu tu lak terkejar-kejar nk g tangkap aku..yg sueynya kain aku tersangkut lak kt pagar leh korang bayangkan mcm mn ms tu?? Huhu..aku pn tarik kain aku yg tersangkut kt pagar tu terjun n larrriiiiiii tgu pe lg…hahaha…. Gle btol kn? Umur baru 5 tahun dh pandai panjat pagar lari sekolah apetah lg budak-budak sekarang yg umur 15 tahun??
Pastu sejak dr kejadian yg betul2 mencabar minda dan fizikal aku malah cikgu-cikgu kt tadika tu, aku dh xpegi tadika. Belajar kat rumah jer, ABC, 123 mengeja suma mak sedara n tok aku ajar. Tok aku lak dulu cikgu. Dan bila aku masuk darjah 1, aku dh xbuat pangai xsenonoh tu. Gle ko nk mampos??? Nk bg aku kena ‘balun’ dgn tok wan aku??? Yg sonoknya bila peperiksaan akhir tahun aku dpt no 5?? Hahaha bayangkan aku yang xtadika ni leh kalahkan 25 orang yg lain yg tadika?? Woha!! Pencapaian terbaik la bg aku sbb aku sorg je yg xtadika dlm kelas tu huhu…


MASIH TAK BERUBAH

Tapi pangai ganas aku tu masih xberubah walaupun dh masuk sekolah. Keja gaduh dengan dak laki jer hahaha.. pastu kawan dengan dak lelaki.. Xmain ar kwn dgn dak perempuan ni. Dan aku masih ingat antara permainan feveret aku masa tu adalah lawan pemadam.. leh kata duit aku habis beli pemadam jer..hari-hari main, sape kalah atau kena tindih dengan pemadam lawan so pemadam tu dpt kt die. Aku main ngan dak laki jer masa tu huhu..gle toll!! Leh kata sebungkus plastik pemadam yg telah aku menangi haha.. Pastu masa tu fesyen ada pensel tapi badan pensel yg mcm2 warna tu xda. Kikis abeh warna-warna yg ada kat pensel kayu tu jd cm bogel lak pensel kayu tu. Suma jadi ikutan murud-murid yg laen. Kena la marah sedas dengan ustazah huhu.. dia kata kita ni pun pakai baju, yg biaq pensel tu xda baju np?? Ingt elok sangat la tu..huhu.. kn dh kena.

Aku masa sekolah rendah dulu aktif gak sukan. Macam-macam aku main, bola baling, bola tampar, bola jaring, segala bola leh kata aku main huhu.. Aku penah dpt anugerah permain terbaik bola baling ulang taip PEMAIN TERBAIK BOLA BALING masa anugerah cemerlang huhu… Penah dilantik jadi kapten pasukan bola tampar sekolah n juara lumba lari berpagar hari sukan sekolah. Ala kan aku penah lompat pagar masa umur 5 tahun dulu so tak mustahil la aku jd juara lumba lari berpagar hehehe… memang best ar..
Dalam kls aku ms darjah 6 tu ada byk puak 1 puak geng2 sukan, pangai onaq sket pastu 1 lg geng skema yg terdiri daripada anak-anak cikgu sekolah merangkap pengawas sekolah.. (np ank cikgu slalu dipilih jd pengawas eyh).. dua-dua puak ni memang xleh bersatu.. memang anti gle np tah.. Tapi bila masing-masing dh besar mcm umo aku skrg ni dh baik la..dulu kn bebudak lg…

UPSR aku ok la…xla terok sgt..Walaupun malas baca buku sbb aktif bersukan ada gk byk A hehe…so aku kutip A dan B jer…tp frust gk ar Matematik aku xdpt A, B jer..hmm.. masuk form 1, aku dh pndah g alor star dk dengan family aku blk..xddk dgn tok n wan aku dh…masa mula2 nangis gk ar..mana penah berpisah beb!! Masa aku nk sesuaikan diri dengan family aku tu pn susah gk ooo…so jiwa aku ni byk memberontak leh kata kalo setakat rotan tu dh xrasa pape beb!! Bapak aku pn xtau nk bt cana dh kt aku ni. Tp sejahat-jahat aku, aku xpernah la terlibat dengan gejala social ni Cuma aku ni degil jer xdgr cakap. Tambah dengan pangai adik2 aku tension beb! Aku sorg jer popuan dlm family, xtahu nk ngadu kt spe kalo da mslh. Nk ceta kt umi malu coz aku xbrapa rapat so jd la aku seorg remaja yg keras atinya.
Aku byk berdikari. Kalo buang kat pulau sorg2 pn aku leh hidup lg. Bila aku menginjak dewasa dan telah mengerti erti kehidupan ini baru lah aku berubah. Biasa la keadaan dan masa akan mematangkan kita. Aku pun dh “xjantan” lg dh…perangai pn dh mcm popuan.. mcm bebudak popuan lain yg suka berhias diri. Penah ade pak we gk oo wlpn pn pangai cm jantan dulu..hehehe….

Dan alhamdulillah, sekarang ni aku dh berjaya masuk kt ipta. Memang bapak aku bangga gler..walaupun jahat-jahat aku ni dulu leh gk msk universiti.. Mungkin masa tu dia dh xharap pape kot kat aku…so aku dh buktikan. Nakal-nakal aku, degil-degil aku, aku leh gak berjaya msk U mcm anak2 org lain. Slalu gk bapak aku bandingkan aku dgn anak kawan2 die..ms tu baru la aku sedar betapa tingginya harapan parent aku kt aku. Berkat aku dgr cakap die gk la aku berjaya buat degree n berada di USM skrg ni walaupun dulu aku beria-ria nk msk politeknik sbb dpt tawaran buat diploma. Masa tu umi aku izinkan aku n bg sokongan kt aku borang suma dh hantar tunggu nk g daftar jer tp walid aku lak xbagi. Memang berhari-hari gk xckp dgn walid aku tu. Tp berkat dia xbg tu la aku ddk di tmpat aku skrg ni..so doakan la aku terus berjaya dalam berjuang untuk mencapai cita-cita. Wassalam.

wajah terbaru aku dari seorang budak comot ke ????

P/S>>> KEHIDUPAN YANG KITA LALUI AKAN MEMATANGKAN KITA MENGIKUT MASA-MASA TERTENTU BERGANTUNG KEPADA SEJAUH MANA KITA INGIN BERUBAH...


Wednesday, November 12, 2008

AKU

10 perkara tentang aku

1. Ada 5 orang adik, 4 lelaki dan seorang perempuan. Seorang kakak yang penyayang bg adik perempuan dan garang bagi adik lelaki.

2. Perangai macam tomboy ms kecik dan kadang-kadang terbawa-bawa smpai sekarang tapi dh berubah jadi wanita melayu terakhir...hehe...

3. Takut dan geli katak dengan kucing.

4. Tak pandai pakai kain batik..hahaha.. sure kena reject dgn mak mentua... ;P

5. Ske silap sebut sesuatu perkataan n kena gelak dengan member-member contohnya subsidi=susbidi, komodo= anacomodo, hammer=hamster huhu....

6. Ada patung spongebob yg besar..slalu tdo pelok spongebob..

7. Penah couple n putus 14 kali..selama 20 tahun hidup woha!! Tapi bukan playgirl ok???

8. Tak ske dengar org berleter..terutama umi aku hahaha...Sakit telinga lol....

9. Ade orang panggil aku kakak manis hihi...

10. Masih single seyh hahaha...

Monday, November 10, 2008

KENANGAN RAYA

DARI KIRI: AKU,IKA,KAK YONG N KAK NGAH



Agaknya masih belum terlambat kalo aku ceta pasal sambutan raya aku pd thun ni.. memang best bangat....suma sepupu-sepapat aku balik dri yg umur paling tua smpai la yg paling kecik skali.. Kiranya anak-anak tok n wan aku merangkap mak sedara n bapak sedara suma ada masa raya ritu... Leh kata dalam rumah tok aku tu ada lebih kurang 40 org penghuni...memang meriah gle... Dan aku bersyukur kerana dapat lagi beraya dgn tok n wan tersayang... Semoga ALLAH memanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik kepada mereka amin..



NI WAN DAN TOK AKU YG SEBELAH KIRI TU SEPUPU AKU

Aku memang rapat dengan sepupu-sepupu aku..biasa la umur pun hampir sebaya..leh kata memang slalu kongsi la segala cerita tak kira la pasal fesyen,boyfren,kekawan, n mcm2 lg... Malam raya ri 2 kami semua kuar g pantai murni...pantai tu kt umah tok aku jer....so kitaorg g nek van rusa..huhu... kt bawah ni antara pic2 yg kitorg ambil masa g pantai murni n waktu hari raya.





4 DARA PINGITAN


WAKTU HARI TERKHIR BERBUKA PUASA










PIC KENANGAN DENGAN ADIK-ADIK
DAN SEPUPU AKU



Sesungguhnya pertalian saudara yg rapat ini membawa kepada silaturahim yg berpanjangan.. Alhamdulillah......












PERSAHABATAN...

Sahabat..aku nk story la sket pasal kwn bek aku.... Aku memang ramai kwn..Biasala aku ni kan peramah orgnya....ehhehe...tp dalam ramah2 aku ni sbnrnya aku ni pemalu..hehe..koya lebih kn? hahaha..... Dalam byk2 kwn aku, ada sorg kawan ni mmg dh lama ngan aku...dr sek teknik lg, 1 kelas pas2 msk form6 1 kelas lg..kami lak 2 org jer dr teknik yg sm...so kalo pegi mana tu berkepit sakan la mcm belangkas kalah org bercinta......huhu...

Tapi antara kami berdua..memang berbeza...dari segi fizikal lg ar berbeza...sorg rendah sorg tinggi....aku ni tembam dia kurus melidi hehe....tp yg smnya kami ni sejiwa....tok sah tya la sejiwa cna..macm2 segi la...cuma taste pak we jer berbeza hehe....kalo sma susah gk...karang gaduh lak berebut pak we...nsb baik la yg tu berbeza...hehehe....

So, abeh jer STPM aku dpt usm, die pn dpt usm...yg paling best tu kos yg sama lak tu... Kami memang xpenah rancang pun..kebetulan jer dpt tmpat dan kos yg sm.... Member2 lain suma asyik perli xberpisah juga dua-dua org ni...huhu..cuma aku harap jgn dpt laki yg sm sudah..hahaha....

Dia memang byk kongsi susah dan senang sm2 aku...dan dia la yg berada di sisi aku saat2 aku dilanda kekecewaan..dia byk bg semangat kat aku...Memang kalo ingt balik bikin ati aku sedih jer..tp aku gembira dpt kawan cm ni..ni lah sahabat sejati..sentiasa susah dan senang bersama-sama..cm 2 gk aku..n kalo bleh aku nk jadi kwn yg terbaik skali di dunia..n aku memang pentingkan kawan..kdng2 aku lebih pentingkan mereka dari diri aku sndiri..cuma aku sedih kdng2 ade sesetengah kwn aku tu saat susah baru la nk cari kita.n kalo kita susah..tglkn kita.. memang sedih siot lau dpt member cm 2......

Tapi aku xkisah..adat la...manusia tu rambut jer sama hitam walaupun skrg ni ramai yg dh
bubuh kaler mcm2 tp ati lain-lain...Cuma kita fikir hidup ni bagai roda, kadang2 kita di atas dan kadang2 kita di bawah...so jgn riak kalo tibe2 kita dpt nikmat yg tak disangka-sangka.....dan yg paling penting jgn tinggal kwn saat-saat dia perlukan...sbb 1 hari nanti kota mungkin perlukan kawan yg kita tinggal dulu....

Berbalik pd ceta kwn bek aku td tu..mmg dia sntisa di sisi aku saat aku skit, sehat, ketawa sm2, n penah ngis sm2..huhu.....memang aku syg ar kt dia..nasib baik aku xda abg kalo tak buat kak ipar dh tu..hehehe.. MADU??? Ohh..yg tu xbleh la....aku syg ooo bakal suami aku tu nanti..mn leh kongsi2..hehe...

lupa nk gtau kwn bek aku ni nama dia ida....hehe...ni aku sertakan pic die ngan aku...
cuma aku nk pesan sayangi la sebuah persahabatan kerana di situ terletaknya satu nilai yg mungkin sukar untuk di cari ganti.....




ni lah sahabat tersayang aku...pic aku yg kelolo
hahaahah....


kat bawah ni lak pic aku ngan ida masa
kem form 6...ms tu dlm bus..




P/S INDAHNYA DUNIA HANYA SEMENTARA, INDAHNYA CINTA HANYA SEKETIKA ,INDAHNYA MIMPI KADANG-KADANG TAK PASTI TETAPI INDAHNYA PERSAHABATAN SUKAR DI CARI GANTI....


CAHAYA

Cahaya...aku mencari-cari dimana cahaya...dalam kegelapan malam, aku menyosori satu persatu jalan yg ada di hadapan aku..Tanpa arah dan tujuan, aku terus menyosori lorong-lorong gelap itu.. Hanya ingin mencari cahaya....Di manakah cahaya itu?????

Cahaya yg sangat penting dalam kehidupan manusia.. Tanpa cahaya itu manusia akan sesat sesesatnya...Lantas mana cahaya itu???? Aku teruskan perjalanan ku ini tanpa rasa ragu-ragu.. Terus berjalan dan berjalan.. Ku lalui lorong-lorong yg penuh dgn duri dan ranjau.. Aku hampir tersesat dalam mencari cahaya...... Tanpa rasa penat, tanpa menghiraukan hujan dan ribut, aku terus mencari cahaya....

Dan akhirnya aku bertemu dengan nurrcahaya.blogspot.com.... Inilah blog aku....hehehe... suspens je kan??? Huhu....

P/S DALAM HIDUP KITA PERLU MENCARI CAHAYA...CAHAYA YG AKAN MEMBAWA KITA KE JALAN YG BENAR....INSYAALLAH.....

Friday, November 7, 2008

CERITA DI SEBALIK SELIMUT

Sekarang ni aku ngah final exam.. Nak kata stdy hard sgt 2 xde la...sbb aku xske nk menekan kepala hotak aku ni smpai stdy tnsion2... so aku lebih rileks bla stdy...Tapi sempat lg aku layan ym n tls blog ni...hehe.. Tapi kadang2 rasa dh mls nk ber'YM' ni.. Bukan pe cm xbest dh la.. sbb pe eyh???? Masa aku tulis blog ni, aku bukan la berada di blik aku tp bilik member aku. Aku tdo sini malam ni.. Baru je lepas tgk movie.. cete hantu huahua....takut siott!!

Ahli yg tgk tu seramai 4org tp yg betul2 tgk tu belum tentu lg empat. Yg paling best skali suma yg tgk tu suma pakat nyorok di sebalik bantal, selimut, spongebob (yg ni semestinya aku) n ada yg nyorok belakang aku pun ada..hehehe... Bila smpai scene yg menyeramkan ataupun yg mengejutkan suma pakat2 nyorok di sebalik selimut.. hahaha.... memang lawak gle... Dalam sambil tgk cete tu aku sempat lg gayut telefon hehe... sebenarnya nk bg hilang takut huhu... Memang best ar malam ni.....walaupun takut tp tetap enjoy tgk cete ni....Dh siang td penat berperah otak menjawab ekonomi, subjek yg paling aku tak gemar skali...hmmm....so mlm ni kita org suma nk release tnsion........

Saat cm ni memang tak kan aku lupakan. Walaupun cete tu seram dan menakutkan tp aku keja ketawa jer smpai skit perut. Bukan ketawa tgk ceta tu tp sbb tgk gelagat kwn2 aku yg tgk ceta tu...nk tgk nk tgk tp dok nyorok dlm selimut hahahaha.....tapi mlm ni memang best!!! betul2 hepy!! Cuma aku rindu kt puteri...rindu bangat!! xsabar2 nk balik bla abeh exam nanti...hmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi