Monday, December 29, 2008

BOLEH KE BEKAS KEKASIH MENJADI KAWAN LAGI??

Pernah tak korang berkawan semula dgn ex-boyfren or girlfren korang walaupun korang dh 'break'?? Walaupun dh 'break' tp korang bleh lg tima diorang jd kawan korang? Ada sesetengah orang bila dh putus tak kira la siapa yg memutuskan hubungan tu mmg ssh nk berkawan semula. Konon2nya dia dh mengecewakan hati korang so korang seakan-akan berdendam dgn dia. Sampai mati pn korang xkan maafkan dia konon-kononnya la.

Memang susah nk memaafkan orang yg pernah melukakan hati kita. Aku pn susah nk memaafkan orang yg btol2 melukakan ati aku. Tapi dlm byk2 sorg jer aku xdpt nk maafkan sbb dia btol2 penipu besar. Dalam dok minta maaf msh lg bleh menipu. Tak bleh blah btol!! Wujud juga org mcm ni kat dunia ni. Eh sapa kata xwujud? Dunia sekarang apa2 pn tak mustahil. Cicak pun bleh mkn kambing. Dan yg paling sempoi tahap dewa, cicak boleh tercekik kuku! wakakaka..

Dan aku tergolong dlm individu yg masih lg boleh menjadi kawan baik ex-boyfren aku walaupun dia pernah melukakan hati aku. Pelik? Tapi itulah aku. Aku tak pandai nk berdendam. Kadang-kadang aku marah pd diri sendiri. Dh tahu dia pnh luka kan ati aku np aku masih bleh tima dia sebagai kwn? Entah! Aku pun tak pasti. Kadang2 bila kuar tiba2 terjumpa ex-boy siap bleh tegur n senyum lg. Pe kejadahnya tu? Kalo org lain bleh ke jd seperti aku?? Tah2 selisih tepi bahu pun jgn harap nk pandang muka. ish2...

Mungkin aku semakin matang kot. Yeke? Biasalah pengalaman akan mendewasakan kita. Waktu kita sekolah dulu tak sama dgn sekarang. Mungkin aku fikir itu kisah cinta zaman budak2..Mungkin...Mungkin je la,..(utk menyedapkan ati sendiri barangkali). Aku tak pandai berdendam. Sungguh! Dan kadang2 aku ingin berdendam. Tapi aku tak boleh! Pelik! Ya sangat pelik. Kenapa ek? Hati aku ni keras sangat ke?? Ke saja2 nk buat keras?? Mungkin....

Aku boleh berkawan dgn ex-boy aku. Ya. percayalah. Bila time raya siap pergi raya lg kat umah dia especially ex-boy aku ms aku f4-f5. Biasa la ddk sekampung. ahakz.. Tapi bukan bermakna aku masih menaruh harapan kat dia. No lah! Tak mungkin. Berkawan sja cukup. Dia sekarang dh gemok! hahaha... Dulu sekeping mcm papan. Itu la selalu sgt panggil aku tembam. Kn dh jd gemok! hahaha...(gelak jahat)

Kini aku masih berkawan baik dgn semua ex-boyfrenz aku. Itu pun yg berjaya dikesan oleh radar. Yg lain aku xtaw dh terlempar diceruk mana.Hidup lg ke atau dh...... Kadang2 menjadi kwn lbh baik dr menjadi kekasih. Bila dh jd kawan, ada plak keserasian tak mcm ms couple. Pelik2..Tapi itulah kenyataan.. Cuma, tak semua orang bleh tima bekas kekasih sbgai kwn. Mungkin itu terserah pd individu itu masing2. Aku sendiri walaupun dilukai dgn teruk, aku masih bleh tima diorang menjadi kwn kecuali dlm kes2 tertentu yg mmg aku xleh maafkn dia sbb dia kata nk bomohkan aku. Mengong betol! Siap maki2 aku lg. Dia yg buat slh nk maki aku plak bila aku tak nk tima dia. Pe kejadahnya tu???

Itulah ragam manusia. Tak pernah nk bersyukur dgn apa yg dimiliki dan tak pernah nk jujur dgn diri sndiri atau dgn orang lain.. Bila dh terkantoi baru nk terngadah!! (Peribahasa apa ni). Lantak korang la..Pilihan ada di tangan masing2 cuma kita jer kena pandai buat pilihan dan jgn sesekali menyesal dgn pilihan yg korang buat. Dan terpulang la sm ada korang bleh ke nk kwn blk dgn org yg penah luka kn ati korang?????

Apa yg aku lihat, lelaki akn lebih emo bila dilukai oleh insan yg bernama wanita. Kenapa eyh? Ni sbb bila lelaki dh sayangkn seseorang cewek tu dia akan buang segala egonya dan sanggup buat apa sj utk org yg disayangi. Kadang2 yg xromantik pn bleh jd romantik. Yg xpnh beli bunga pn dh jd mat bunga btol tak wahai para lelaki?? Sbb tu bila insan yg bernama lelaki "keciwa" mereka sekaligus akan rasa diri mereka dikhianati dan segala yg mereka lakukan tuk si gadis2 manis itu seakan sia-sia smpaikan mereka dh tak percayakan perempuan sekaligus menjadikan gadis2 manis yg lain yg tak bersalah menjadi mangsa keadaan dipermainkan oleh lelaki. Perlu ke begitu??

Aku rasa hal ini adalah tidak membangunkan negara! (aiseyman..ayat politik ke pe ni?) Tapi apa yg aku kata ni betul. Kenyataannya memang begitu. Perempuan pulak akn jd takut seandainya dikeciwakan lg lalu membina tembok2 di sekeliling supaya x ada insan yg bernama lelaki mencoroboh masuk lalu membuainya dgn mimpi2 indah lantas meninggalkannya dgn seribu duka. Hati perempuan itu akan remuk sekali lg. Sbb itu ramai gadis-gadis manis (termasuk aku ngee..) masih lg belum berpunya. Ini adalah kerana tembok2 yg dibina memagari hati mereka yg semakin hari semakin kering supaya tidak rapuh utk berkecai! Namun aku bkn la anti-lelaki atau pn anti-cinta. Cuma keadaan yg membuat aku jd begini! Salah siapakah? Yg pasti bukan salah ibu mengandung.. ngee...

Cuma apa yg kita lakukan perlu di ingat hati orang perlu dijaga walaupn terpaksa mengorbankan ati sendiri. Berkorban itu perlu namun jgn smpai at sndiri turut terkorban smpai xsempat nk mengucap..Dan aku terlalu byk berkorban.. Aku harap pengorbanan itu tdk sia2.. Dan tembok2 yg memagari hati ini akan runtuh bila tiba masanya. Yg pasti perlu ada seseorang yg berjaya meruntuh tembok2 itu....INSYAALLAH.. siapakah seseorang itu?????

MENGAPA PEREMPUAN MASIH LAGI SINGLE??

Paras rupa - Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik! Tapi pd zaman yg serba mencabar kini, rupa bukan lg satu asset yg penting krn hati budi lbh penting.


Penampilan diri - Even paras rupa menjadi point utama bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin.


Tutur bahasa dan adab sopan - Ni lagi satu pointnya. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Ayu, ayu gitu. Mesti ada yang terpikat nanti.


Tidak yakin pada diri sendiri - Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat.


Serik untuk berkapel - Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Jangan ingat, anda telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda.

Wednesday, December 24, 2008

KEREK PUNYA MINAH!!

Hari ni hari yg sgt sibuk. Terkejar ke sana ke mari. Sesat. Silap bangunan. Adeh malu gk tu!! xpe..Belajar dri kesilapan. Pastu rasa lapo. Singgah la jap kt kedai mahasiswa tu. Aku dgn lenggang kangkongnya masuk dlm kedai n plh barang2 yg aku nk beli. 4 jenis barang sumanya.

Selesai membayar di kaunter, akak tu pn dh abeh kira aku pn tanyalah plastik ada tak? Nk isi barang2 yg aku beli tu. Akak tu tanya aku blk tak bawa beg ke? Dlm hati aku dh panas dh. Kerek btol minah ni. Dh nampak aku dtg melenggang ada mau tya lg ka??? Aku pn geleng kpala je. Kalo aku mula bersuara jap g kuar ayat yg power2 sakit minah tu nanti. Dh la beli barang byk. xkan aku nk pegang jer kot jinjing barang2 tu blk? Dh la jauh. Lau berterabur ats jalan apa cerr???? Itu pn tarak leh pikir ka?

Plastik pon mau berkira ka? Pg2 dah bikin aku "hot fm" dh..panas dr biasa...Cekedut punya orang. plastik pon tarak mau bg ka? $#*@..$ Huh!!! panas siot....

SEMESTER, TAHUN, DAN PENGANTIN BARU

Apa kena mengena entry aku kali ini dengan tajuk kat ats tu? Semuanya berkisar mengenai baru. Sekarang ni dh semester baru. Kelas pun dh start. Result exam sem lps boleh tahan gk ar. Alhamdulillah..syukur...Pointer 3 ke atas gk ar..hehe.. Tp xsmpai dpt dekan. Adik aku dpt. Jeles gak la kn huhu.. Umi ngan Walid aku keja bandingkn aku dgn dia jer. Bese la dia dak diploma, dh nk msk sem bp dh, aku ni lak baru jer sem 1,wat degree lak tu..hmm..susah2.. Baru nk blajo sesuaikan diri dgn keadaan ni. Tp xpe, sem dpn Insyaallah result aku lg gempak. Usaha kena lbh la kn? huhu...

Tahun baru semakin menghampiri. 2008 bakal melabuhkan tirainya. 2009 pulak muncul. Masa sentiasa bergerak? xpenah nk tunggu kita. kadang-kadang kita terkejar-kejar ms. dan kadang2 kita ingin masa yg lampau itu kembali supaya kita bleh memperbetulkan apa yg pernah kita sesalkan. Tapi mustahil. Mana bleh putarkan masa. Kita hanya bleh jalani kehidupan ini dgn sebaiknya tanpa rasa ragu dan yg paling penting kita kena bersedia dr segi mental dan fizikal utk hadapi hdp ini krn kita tdk akn tahu apa yg akn berlaku pd masa dpn. Mana tau ni la entry aku yg terakhir ke? spe tahu kan? Itu kuasa Allah.

2008 dalam kenangan. cerita pasal 2008 ni byk kenangan yg penuh duka dlm lipatan sejarah hdp aku. Terlalu byk. Cukuplah kenangan itu terkubur begitu sj. 2009 yg bakal tiba ni aku perlu lalui dgn semangat yg baru, azam yg baru dan juga wajah baru? hahaha.. perlu ke? G wat pembedahan plastik. Keh3..gurau jer.. Tapi napa tah berdebar-debar lak tunggu kedatangan 2009. Np eyh?? Entahlah..Aku pun xpasti.. Aku harap 2009 yg akan muncul ini akan membawa satu keajaiban dlm hidup aku. Insyaallah.

Pengantin baru? ye aku bakal jd pengantin baru. Korang mesti xpercaya kan? hehe... ye aku bakal jd pengantin baru punya pengapit. keh3....25hb ni aku dh otw g kuala pilah. sepupu aku kawen. Dia sepupu yg paling rapat ngan aku n sepupu pertama yg kawen dlm family sbelah walid aku. Langkah bendul kakak dia lak tu. Tp dh jodohkan? Datang cpt atau lmbt jer....Kita hanya merancang ye tak? Tp yg aku taw dia pnh couple 2 kali je. Yg kedua ni dh jd tunang dia n akan jd suami dia dlm beberapa hari lg. Bagus la kn?? huhu...

Aku ble lg? huh! xda dlm senarai lg pn bt ms skrg..stdy lbh penting dr segala-galanya.. Lgpn dh mls nk pk. Aku dh kurang percaya dh dgn mende2 alah cm ni. Insyaallah jdh tu ada tp yg bezanya cpt dgn lambat jer. Biar lambat asalkan berkualiti hakhak...

so lps ni, mungkin aku jarang2 sket jenguk2 blog ni. Bz sket la..nk kena uruskan byk benda. Hmm...siap kena perli lg ngan mbr aku. PM pn meeting 2 kali seminggu aku lak tiap2 mlm meeting. Nk buat cana. dh tugas aku..Tma jer la...huhu.. Ok la..smpai cni jer entry aku kali ni..
wassalam...

Sunday, December 21, 2008

PENTING KE TANGGAPAN ORANG PADA KITA?

Penting ke tanggapan orang pada kita? Penting ke kita fikirkan tanggapan org pd kita?
Bagi aku tanggapan orang pd kita kdg2 ada yg baik dan ada yg buruknya. Kita sebagai manusia selalunya memberi tanggapan slh pd org yg baru kita kenali hanya sekadar menilai dari segi luaran. Kalo kita tgk dia ni diam sket kita akn pk oo dia ni sombong. Kita tgk dia ni peramah sket oo dia ni gedik. Tgk muka serius sket oo dia ni garang. Perlu ke cm tu?

Dulu, aku selalu memberi tanggapan yg salah pd org yg aku baru kenali. Lps kenal lm sket baru kita tau dia sbnrnya bkn seperti apa yg kita sangkakn. Lps tu bila aku jpa dgn org yg aku baru aku kenali, aku akn kenal dia dulu mcm mn barulah aku buat tanggapan mcm mn dia sbnr. Kdg2 hati tak kan menipu. Pandangan mata juga xkan menipu.

Ada sesetengah orang tidak langsung amik “port” pe org nk ckp psl diri dia dan ada sesetengah org lain plak akan selalu memikirkan apa yg org akn pk psl dia, pe org ckp tentang diri dia sampaikan kdg2 dia menjadi bukan diri dia sebenar. Itu hipokrit namanya. Bagi aku, kita perlu jd diri kita sebenar. Pedulikan apa org nk kata asalkan apa yg kita buat tu betul dan tak menyusahkan org lain.

Namun, kita perlu gak terima pndapat org lain. Tp tgk gak org yg bg pendapat tu mcm mn. Adakah kata-katanya hanya sekadar hendak menjatuhkan kita ataupun menaikkan semangat kita. Kalo untuk memberi nasihat dgn cara yg betul baru la kita bleh ikut. Kalo mengutuk kita bagai nk mampos tu menjahanamkan org namanya. Tak pun dia dengki.

Aku tertarik dgn kata-kata sorg kwn aku, org yg tak suka kat kita walaupun kita tak buat salah kt dia sebenarnya dengki sbb dia nk jd seperti kita tapi dia xblh nk jd seperti kita sbb tu dia tak suka kat kita. Ada betulnya juga tu. Adatlah manusia ni tak boleh tgk org lbh sket dr dia, mesti nk menjatuhkan gk org lain. Tgk dalam masyarakat melayu sndiri sudah la. Cthnya org politik. Yg tu aku mls nk ckp ar, phm2 sndiri la. Dalam parlimen ckp berapi-api org tu slh, org ni slh kita tu je yg btol smpai gdh2, kena halau dr parlimen tp sbnrnya habuk pun tarak!! Ckp je lbh, hasilnya????? Hampeh!!!!

Orang kata kurangkan bercakap, banyakkan buat kerja. Ini yg aku setuju sgt2. ckp memang la senangkn xguna duit pn, tenaga pn xguna byk tp bila time nk bt keje tu yg guna tenaga byk. Secara semulajadinya kalo dlm sesuatu perbincangan akn ada org yg pandai ckp dan bg idea yg bernas so kita pn akn bg tgs kt dia pikul tanggungjwb, tp sbnrnya dia “goreng” jer. Keje haram xbuat pn ckp je lbh. Itulah tanggapan kita pd org kan? Ckp pandai ingt wat keje ok la tp sbnrnya hampeh.

So, ubah la cara anda berfikir skrg. Kenali seseorang itu sblm menilai dia. Jangan menilai orang dr segi luaran. Kalo muka cantik ke kacak ke tp otak kosong wat pe? Sbb tu la ada pepatah yg mengatakan “ don’t judge book by this cover”. Sekian..

Friday, December 19, 2008

TRIP TO PANTAI KERACHUT

KENANGAN DI PANTAI KERACHUT
ASSALAMUALAIKUM....

Aku baru blk dr PANTAI KERACHUT kat PENANG. Memang memenatkan gk ar sbb kita orang yg seramai lbh kurang 50 orang tak naik bot tp mendaki melalui taman negara. Penat siot.. Pancit gk ar coz dh lama aku xbuat aktiviti yg mencabar cm 2. Kami dibahagi mengikut kumpulan masing2 dan ahli kumpulan aku seramai 6 orang.
Dalam perjalanan utk mendaki tu tbe2 ada la beberapa ekor askar hutan a.k.a kera @ monyet dgn muka garang memandang kami dengan sadisnya. Cuak gk ar takut kena gigit. Dak laki dalam kumpulan aku tu pn lari ms da sekor monyet tu dtg menghampiri. Kawan aku yg sorg tu dh terjerit2 dh. Memang cuak abes la. Nasib bek xjadi pape lau x haru biru gk ar.

Setelah penat berjalan akhirnya sampai la gk kt sn. Lepas mendirikan khemah kami buat la aktiviti pape yg patut. First day kt sn memang tension gk ar rasa nk blk pn ada. huhu... Tapi lama2 ok ar best bangat..fasilator pn ok. Suasana kat sn pn cantik, tenang gk ar hati ni. Line tepon kat sana mmg kurang ok sket kena pndai2 cari ar... Beruang DG yg warna kuning tu pun xleh smpainya. Tenggelam dalam laut kot xpon jatuh dlm gaung ataupun diserang oleh askar2 dlm hutan tu. hahaha... Dan aku berjaya membuktikan yg aku boleh hidup tanpa telefon.

Dalam kem ni, banyak gk ar yg aku pelajari. Banyak kesedaran yg aku dpt dan banyak gak la bakat-bakat terpendam yang dapat di lihat dalam kem ini. Pengalaman ni la yg paling berharga. Memang enjoy habis la...
Dan yang paling xdapat aku lupa, kami kena wat persembahan dan kumpulan aku dpt no 2 malam tu. Memang kumpulan lain pon sempoi2 gak ar persembahan sampai aku gelak tak ingat dunia la malam tu walaupun gelak cm 2 xelok sgt tp nk wat cana aku ni jenis ske gelak. Tugasan yang paling best sekali bila kena nyanyi lirik lagu jentik-jentik ikut kreativiti masing2 ar nk guna rentak mcm mn pon. macam2 gaya dpt dilihat. Lawak abes... Lirik dia lebih kurang cm ni...pastu kena ulang banyak kali ar syaratnya xleh tmbh lirik lain...
jentik, jentik, jentik
jentik jantan jentik betina
bertakung dalam air
membiak menjadi nyamuk
X sangka lak geng-geng MPD CG ni ramai yg kreatif. Gelak besar aku malam tu tgk gaya-gaya diorang. Yg lupa lirik ada, yg dikir barat ada sambil ketuk2 baldi, yg bersilat ada, pendek kata macam2 ada.........Ni la kenangan yg xdapat aku lupakan... Sapa2 yg tak p ri 2 memang rugi la...




BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI MASA SAMPAI KAT KAKI BUKIT


Monday, December 15, 2008

CINTA TIGA SEGI-PENANGAN ORANG KETIGA

Malam ini bulan penuh. Cahayanya sungguh indah menghiasi malam. Cahaya itu yg ku nantikan selama ini. Walau di mana kita berada kita tetap memandang bulan yang sama. Ya, bulan yang sama kerana hanya ada satu bulan sahaja yang menghiasi malam. Mata ku terpaku pada satu potret. Potret yang menyimpan seribu kenangan, sejuta rahsia yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Potret itu adalah potret yang pernah mengabadikan sebuah kisah. Kisah yang penuh suka duka. Hanya sekeping potret bisa menceritakan segala-galanya. Lantas, mengapakah aku masih menyimpannya? Aku juga sering bertanya pada diriku mengapa? Namun aku tiada jawapannya.

Bagiku, itulah warna warni kehidupan. Setiap kehidupan kita punya warnanya. Kita sering bertanya dan menganggap kehidupan kita lebih baik dari orang lain dan kita sering menyalahkan orang lain dengan apa yang berlaku tapi sedarkah kita bahawa warna kehidupan setiap orang berbeza?

Baru-baru ini aku ada melihat rancangan NONA di TV3 yg memaparkan kisah orang ketiga yg menjadi duri dalam daging dalam rumah tangga. Begitu kuat penangan orang ketiga sehingga bisa menghancurkan rumah tangga yang telah dibina bertahun-tahun lamanya. Sadis sungguh. Dan persoalannya siapakah yang bersalah?

Bagi aku, setiap orang memainkan peranan masing-masing. Seharusnya orang yang menjadi orang ketiga dalam sesuatu perhubungan perlu menghindarkan diri dari terjebak dalam cinta segi ini. Si suami pula perlu sedar dan berpijak pada bumi yang nyata. Sanggupkah anda mengorbankan perasaan isteri yang sanggup hidup susah dan senang bersama anda dan yang paling penting perasaan anak-anak yang masih perlukan bapa mereka hanya kerana seorang wanita yang belum tentu anda kenal hati budinya. Isteri pula harus bijak untuk menangani perkara ini. Jalan yang terbaik adalah duduk berbincang dan memperbaiki diri seandainya ada kelemahan di mata suami anda.

Namun, kadang-kadang walaupun seorang isteri itu begitu baik melayani suami serta tidak ada cacat celanya, si suami masih mahu “makan luar”. Perlukah isteri yang baik itu berkorban perasaannya hanya kerana seorang suami yang tidak mahu bertanggungjawab?

Menitis juga air mata ini bila menyaksikan rancangan NONA pd 14.12.2008. Kisah Puan Qristina (bukan nama sebenar) yang bagaikan jatuh ditimpa tangga. Suami tidak bertanggungjawab kerana tergila-gilakan perempuan lain. Orang yang menjadi orang ketiga sering mengganggunya dan yang paling menyayat hati anaknya yang dilahirkan sebagai insan istimewa terkorban gara-gara pembantu rumah yang tidak tahan dengan kerenah anak istimewa itu. Telinga anak istImewa itu hampir putus dan menurut doctor yg merawatnya telinga bayi itu seperti digunting.

Apakah dosa budak itu? Sudahlah lahir di dunia dicemuh dan tidak diterima oleh bapa sendiri, meninggal dunia dengan cara yang begitu tragis sekali. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan sudah tentu ALLAH menyediakan syurga untuknya. InsyaALLAH. Dan aku kagum dengan ketabahan Pn Qristina yang mampu bangkit walaupun di uji dengan pelbagai dugaan. Kekuatan itulah yang perlu dicontohi oleh setiap wanita. Memang diakui dari segi semula jadinya wanita lebih lemah dari lelaki. Tapi itu bukanlah penghalang bagi wanita untuk bangkit dan berdiri semula setanding dengan lelaki.

Thursday, December 11, 2008

CERITA PADA SATU MALAM

Demam, selsema, sakit kepala, sakit hati, rindu..
Duduk depan laptop ade cecair kuar dr hidung...
Hingus? No!! darah la...
Aku bungkam!!
Amik tisu kesat darah.....

Thursday, December 4, 2008

ANEH BUKAN??

Sejak akhir-akhir ini, perasaan aneh itu selalu kurasai. Aku tidak tahu adakah itu betul-betul perasaan atau hanya mainan perasaan. Perasaan itu kerap kali hadir mengganggu ketenanganku. Aku buntu. Buntu memikirkannya. Aku tidak ingin perasaan aneh itu hadir dan hilang sedetik cuma.

Tidurku kerap terganggu kerana perasaan aneh ini. Perasaan yg membuatkan diriku menjadi orang lain dan bukan diriku sendiri. Aneh sungguh bukan? Aku lelah. Lelah dalam mencari sebuah jawapan. Jawapan yang tersirat lebih banyak dari tersurat. Perlukah aku membiarkan perasaan aneh ini pergi atau aku harus membiarkan perasaan aneh ini tumbuh mekar di hatiku?

Argh.. Aku capet! Mengapa perasaan aneh ini hadir sedangkan aku tidak mahu mengerti perasaan aneh ini? Tiada orang yg mahu mengakui kewujudan perasaan aneh ini? Aku lelah lagi. Lelah dalam mencari kepastian yg aku sendiri bingung dalam mencari sesuatu yg pasti. Aku takut! Aku takut sekiranya aku mengakui kewujudan perasaan aneh ini, perasaan aneh ini akan membawa aku jauh dan terdampar sendiri tanpa ada orang yg akan menemani dan membelainya.

Lalu, bagaimana? Aku sendiri tidak pasti. Perlukah aku mengakui perasaan aneh itu yg semakin tumbuh dalam hatiku dan membajainya supaya mekar atau biarkan ia terus layu ditelan masa yang bergerak??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi