Thursday, December 31, 2009

AZAM DAN NAFSU

Perghhh...tajuk tak boleh blah.... hehehe... Apa azam anda? Ke azam yang lepas-lepas pun tak tercapai lagi??? Ngeh3.... Azam aku untuk tahun ni alhamdulillah tercapai sudah.


Walaupun dalam tahun ni juga aku kehilangan arwah tok wan aku semua tu tak mematahkan semangat aku untuk meneruskan kehidupan ini.


So apa azam tahun baru aku plak? Jeng jeng jeng...Apa kaitan dengan nafsu??? Hemo2... Azam tahun baru aku adalah untuk kuruskan badan sampai berat aku mencecah 50 KG.. Sekarang ni tak payah tahu la kan berat berapa kui3....




Nak kurus mcm ni balik bleh??
Hihi...



Cuma nafsu aku yang suka makan ni lah kena dikawal hehehe... Itu no hal.. Kalo aku kurus sket agak2 ada ramai peminat tak? Kih3... Kompom pasni da orang akan susah hati hehe..


Dan azam aku nak ke kelas dengan membanyakkan memakai baju kurung kui3... Azam yang sangat bagus kan hehehe...


Ok tak? Mestila ok kan? Ayu gituuuuu.... Hemo2... Slalunya aku lebih selesa berseluar tapi memandangkn badan aku semakin berisi so agak seksi kot..Huhu.. Malu cheq nk gtau... ngeh3

So pasni kalo jumpa aku pakai baju kurung tegur-tegur la aku "ayunya........." hahahahaha... Poyo jer beb...

Dan pesanan khas untuk mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik, kakak-kakak dan abang-abang ataupun adik2 sila amik aku jadi menantu dan ipar anda ok? kih3.. =)





Gadis Melayu Terakhir

huahuahua....

Selamat tahun baru semua.... Semoga tahun baru ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada anda... =) Happy New Year... 2010..


Tuesday, December 29, 2009

HATIKU YANG TERCEDERA



Mungkin blog adalah tempat yang terbaik untuk aku meluahkan apa yang aku rasa. Sememangnya hati aku tercedera dengan seseorang. Aku mungkin adalah salah seorang yang sering cuba melakukan yang terbaik untuk pasangannya.


Tetapi di sebaliknya aku turut sering menjadi mangsa penipuan dan aku adalah orang yang jenis cepat dipermainkan. Mungkinkah aku terlalu jujur? Adakah salah aku menjadi jujur dengan orang dan ini tidak bererti yang orang boleh mempermainkan hati dan perasaan aku.

Adakah salah jika aku ingin jujur dan mengharapkan orang lain juga jujur dengan aku? Setiap kali aku ditipu secara perlahan-lahan kebenaran itu akhirnya aku tahu juga. Mungkin itu adalah antara kelebihan aku. Aku sangat mempercayai deria rasa aku dan ia tidak pernah menipu.


Adakah kesabaran aku selama ini tidak bermakna apa-apa? Adakah usaha aku untuk memahami dirinya tidak langsung dihargai? Aku jenis bukan yang mudah mengalah walaupun berkali-kali aku hampir berputus asa kerana bila aku sayang seseorang itu tidak mungkin aku akan lepaskan dengan sewenang-wenangnya.


Mungkin dulu aku tidak pandai mempertahankan kasih sayang dan selalu membiarkan ia pergi tetapi adakah kali ini setelah aku berkali-kali aku cuba mempertahankannya aku akan lepaskannya juga?


Aku masih ingat yang dia pernah berpesan jangan berputus asa tetapi adakah sekarang aku akan berputus asa? Aku juga punya hati dan perasaan yang perlu dijaga dan bukan hanya untuk menjaga perasaan orang lain. Aku juga ingin bahagia macam mana orang lain bahagia adakah itu salah?


Adakah apa yang aku lakukan selama ini tidak bererti apa-apa? Cukuplah.. "Ya Allah janganlah kau menduga aku dengan dugaan yang aku sendiri tidak mampu untuk menghadapinya. Berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini kerana aku tahu aku hanya insan yang lemah yang sering alpa dalam mengerjakan suruhan-Mu"


Selamat Tahun Baru Sayang.....

**Hargai pasangan anda selagi dia ada bersama anda dan bila dia mengambil keputusan untuk pergi dia tidak akan sesekali menoleh ke belakang lagi...


Friday, December 25, 2009

BILA DAH SAYANG......


Assalamualaikum....


Salam hari minggu dan Merry Christmas pada yang menyambut Christmas hari ini.... Pada rakan blogger Lots Of the Love dan juga Remie, my best frenz, Merry Christmas.


Hari ni adalah hari terakhir aku berpraktikum. Pelbagai aktiviti kami rancang untuk budak-budak tu. Memang happening dan enjoy hari ni.. Budak-budak tu pun bagi kerjasama kat kami memang best dan sempoi...



Antara aktiviti yang kami lakukan untuk budak-budak tu adalah sukaneka. Gambar kat bawah ni diorang tengah lawan pecahkan belon dengan menggunakan kaki. Riuh rendah dengan sorak dan jeritan diorang bila kena kejar. Aku plak sakit perut gelak kan telatah diorang kih3..





Dan petang plak diadakan persembahan oleh pelatih-pelatih di Asrama Akhlak ini. Lakonan yang lucu memang mencuit hati. Aku gelak sampai keras perut-perut hehe.. Bila sampai sesi karaoke plak memang tak menang tangan semua berebut-rebut nak menyanyi.

Tapi disebabkan masa yang singkat, tak semua orang dapat melakukan persembahan karaoke. Bila last sekali, aku nyanyi lagu Salam Terakhir dendangan Sudirman bersama-sama Hanna dan Ida. Apa lagi meleleh air mata budak-budak tu sekali dengan aku menangis.

Sebak beb. Brutal-brutal aku pun hati taman beb... Memang sedih sangat tambahan plak bila tengok budak-budak tu menangis. Sampai yang datang jumpa aku tak bagi balik pun ada. Tapi nak buat mcm mana sebulan jer kami kat c2.

Masa mula-mula memang aku akui agak tertekan berada di situ tapi bila dh dapat sesuaikan diri hati pun dah sayang budak-budak tu rasa berat hati la plak nak tinggalkan diorang. Masa nak balik dan salam dengan diorang ada yang menangis teresak-esak pun ada. Pelok aku sampai tak mau lepas. Memang sedih sangat masa tu.


Tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Nak ke tak nak berpisah itu pasti. Betul la orang cakap kita hanya perlukan sesaat untuk sayang seseorang itu tapi mengambil masa selama-lamanya untuk melupakannya dan aku pasti tak kan lupa sampai bila-bila kenangan ini.




Dengan geng otai yang memang happening





Sukaneka cari gula-gula dalam tepung




Apa-apa pun hari ni adalah antara hari-hari yang tak akan aku lupakan. Cuma aku berharap sangat diorang boleh berubah menjadi lebih baik dan tak kan lakukan kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan dulu. Peluang sentiasa terbuka untuk seseorang itu berubah dan semua itu bergantung pada diri sendiri sama ada mahu berubah ataupun tidak... =)









Monday, December 21, 2009

KADANG-KADANG KEMBANG, KADANG-KADANG KEMPIS, CUBA TEKA APA DIA??


Seperti yang sedia maklum tarikh akhir aku berpraktikum adalah 25 hb ni iaitu jatuh pada Hari Krismas. Tapi tak kisah la bukannya aku sambut krismas pun kan. Di Kedah plak sememangnya Jumaat cuti, so tak kisah sgt la.


Hari jumaat ni kami dah rancang macam-macam aktiviti yang menarik dan happening. Budak-budak tu pun semangat berlatih berlakon siap request karaoke lagi. Yang nak berduet dengan aku pun ada.. Hahaha... Habis la runtuh asrama tu kalo aku menyanyi kih3...


Aku ngan kawan-kawan yang lain dah bincang nak buat jamuan sket untuk budak-budak tu. So, pakat bahagi la tugas. Aku plak cadang nak buat puding untuk budak-budak tu. Tadi p la shopping kat tesco beli barang-barang untuk masak nanti.


Aku p dengan adik aku, si puteri ngan affan. Puteri aku letak dia dalam troli tesco tu. Pastu naik escalator nak ke tingkat atas masa sampai tingkat atas ada sorang akak tu (akak la sebab dia nampak tua dari aku) tegur aku,


" kak, (dia panggil akak kt aku? huh!!) anak akak umur berapa? aku pun terus jawab "adik la" sambil aku geleng2 kepala kat dia.. Kawan dia kt sebelah dh gelak-gelak kan dia hehe..


Adik aku, Affan plak dok gelak kat aku...Hampeh tol la... Aku yang muda belia ni ada rupa orang dh kawen ke??? huh!!


Tapi nak buat macam mana, mak aku muda lagi tu yang tanpa disangka aku bleh dapat adik kecik tu kih3.... Beza umur aku ngan puteri 18 tahun.


Memang jauh beza kan? Sebab tu orang bleh ingat tu anak aku. So lepas ni kalo nk p jalan mana2 xleh bawa puteri dh jatuh la saham aku kih3.... Xda plak orang berani ngorat... Hahahaha... Gatai!!!... Gatai dlm blog ja xpa kan??? hemo hemo hemo...


Ni la puteri ku sayang dalam troli tesco



Tocang tu puteri yang suruh aku buat walaupun dia pn x ada rambut sgt

hehehe...



Ni plak gambar yang disangka mak budak tu...

kui3...


Budak DeMok =P



Sebut pasal demok ni tadi kat tmpat praktikal aku tunjuk la pic aku ngan member2 di USM kat budak2 tu.. Ada sorang tu tegur "kak Anis, gemoknya...." Pastu tengok pic lain plak, "kak Anis, awat kurus plak" pastu bila tgk pic lain dia kata lagi "La awat gemok plak" hahaha.... Depa pon pening tgk pic aku.



Nak wat mcm mana. Aku ni badan mcm belon kejap kembung kejap kempis hahaha... Memang berat badan cepat turun dan cepat naik. Cuma sekarang ni semakin menaik la.. Pasni bila aku dh start bz, harap bleh turun lagi la... hehe..


Kawan aku penah tegur bila baru-baru ni aku jumpa dengan dia "hang ni aku tak heran hg berisi nanti jumpa lagi kurus plak, pastu jumpa berisi plak...."

Hahaha.. Kn aku dh ckp... Cuma pasni jgn berat naik xturun2 dh la... huhu...




Saturday, December 19, 2009

AKU SETIA, KAU PERCAYA KE?


Kesetiaan dan kepercayaan sesuatu yang kita sangat pentingkan dalam hidup kita. Namun sejauh mana kita boleh melakukannya. Kalo bercakap soal kesetiaan mungkin kita boleh setia tapi dalam soal kepercayaan senang ke nak percaya?

Bencikan kalo ada orang yg mempermainkan kepercayaan kita kepadanya. Bencikan kalo orang menipu kita? Aku selalu tanamkan dalam diri aku kalo kita tak suka orang buat kita macam tu jadi janganlah kita buat mcm tu kat orang lain. Tapi kalo kita terpaksa hadapi juga mungkin tu salah satu dugaan utk kita.

Bukan senang nk pupuk kepercayaan jikalau kita pernah dikhianati. Lebih-lebih lagi oleh orang yg kita penah sayang. Tapi semua tu tak menjadi hal jikalau kita tidak terbawa-bawa dengan kisah lalu. Sikap berhati-hati perlu tapi jangan sampaikan dalam diri kita penuh dgn syak wasangka.

Bila dalam diri kita penuh dengan syak wasangka apa pun yg orang lain buat kita akan pandang sinis. Lebih tepat lagi kita dh jatuhkan hukuman tanpa mengetahui hakikat sebenar. Perkara-perkara mcm ni akan membuatkan timbulnya pergaduhan.

Jadi apa jalan terbaik yg boleh dilakukan???

Yang penting skali jangan bersikap "judgemental" iaitu bersikap menilai dan menghukum seseorang itu dengan fikiran kita yang penuh dengan syak wasangka. Itu yg paling penting.

Kalo kita dh fikir macam tu, dh tanamkan dalam diri macam tu apa pun penjelasan dan kebenaran yang ingin orang lain sampaikan dh tak bermakna. Apa yg penting kita mendengar, memahami baru menilai.

Tepuk dada, tanya hati....


Friday, December 18, 2009

HIJRAHKU

Salam Maal Hijrah.....

Dulu, aku mempunyai pelbagai azam dan matlamat yang aku ingin capai. Dan buktinya apa yang aku ada sekarang telah dapat aku capai. Walaupun tidak seperti mana yang aku impikan sekurang-kurangnya dapat juga aku kecapi.

Sekarang, aku hargai apa yang ada sekarang. Aku ada kawan-kawan yg sentiasa mengambil berat dan sentiasa ada di sisi saat aku memerlukan. Kawan yg sejati tak kan tinggalkan kita saat kita memerlukan dirinya. Kawan sejati juga tak kan sanggup tengok kita ada masalah.


Dalam berkawan tidak perlukan sempadan. Tidak perlu untuk memilih sama ada dia layak atau tidak untuk berkawan dengan kita. Siapa kita nak menilai orang dgn cara itu? Perlu ke mengikut "geng" untuk berkawan. Bagi aku tiada sempadan dalam persahabatan. Itu yg paling utama.


Masa akan datang, aku harap aku akan lebih kuat dalam menghadapi pelbagai perkara yang mendatang. Aku juga perlu lebih tabah untuk menghadapi segala kemungkinan dan apa yang lebih penting agar aku dapat membahagiakan orang sekeliling terutamanya org yg aku syg.


Jadi mari kita jalani hidup kita dengan penuh keceriaan... =)



Wednesday, December 16, 2009

KAD UCAPAN


Tinggal lagi seminggu je lagi aku nak habis praktikal kat asrama akhlak tu. Memang pada mulanya aku agak serabut kat tempat tu, lama2 bila dh dapat sesuaikan diri ok la... Cuma baru hari ini semasa sesi aku dengan klien membuatkan aku rasa aku ni betul2 sebagai pekerja sosial.

Kira berjaya juga la kaunseling yang aku bagi tadi. Harap-harap lepas ni klien aku dapat berubah dan sesuaikan diri apabila bebas nanti. Cuma apa yang aku nampak masalahnya adalah kurang keyakinan diri serta terlalu memikirkan apa orang kata.

Bagi aku, kalo kita nak tutup mulut orang ataupun halang orang dari bercakap pasal diri kita memang tak boleh. Apa yang kita boleh buat adalah pedulikan apa orang nak cakap pasal kita. Kalo nak kutuk sampai menjatuhkan diri kita buat apa nak dengar?? Lain la kalo teguran yang membina.

Cuma aku berpesan pada klien aku, kalo kita asyik fikir apa orang lain cakap tentang kita sampai bila-bila pun kita tak boleh nak lakukan apa-apa. Pasal dia tiada keyakinan diri dan selalu berfikir masalah, sbgai contoh kalo kita fikir kita ni bodoh dan hari-hari berdiri depan cermin cakap diri kita bodoh maka yg xbodoh pn bleh jd bodoh.

Apa yg penting fikir kita boleh lakukan dan kita yakin kita boleh lakukan tetapi yang penting berusaha untuk melakukannya. Lagipun klien aku lagi 20 hari nak bebas dari asrama tu aku cuma harap dia boleh berubah dan mulakan hidup baru.

"Jalan mesti pandang ke hadapan tetapi sesekali kena menoleh ke belakang untuk melihat perkara lama supaya kita dapat mengambil iktibar untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi. " Hanya itu pesan aku kepadanya.

Dan aku dapat ceta dari dia yang budak-budak tu cakap aku garang. Tapi bila dia kenal aku tak ada la garang sangat. Baik jer...Hehehe... Tu la jangan menilai orang dari luarannya saja. Muka jer nampak garang tapi hati lembut. Orang ckp aku ni luar je nmpak brutal, dalam hati ada taman kih3....




Biasa la tu..hehe....Bila fikir balik, rasa berat hati plak nk berpisah dengan budak2 tu bila habis praktikal nanti...... Dalam kelas melukis baru-baru ni aku ada suruh budak2 tu buat kad ucapan utk kita orang. Macam2 diorang tulis. Ada yg kelakar, ada yg sedih...

Dan antara ucapan yg diorang bagi kat aku:

" Kak Anis, Izzati minta maaf kerana bagi kat anis marah-marah. Boring la kalo kak Anis tak ada.."

Si izzati ni memang nakal sket. Suka ganggu kawan-kawan lain. Selalu gak kena marah dgn aku sebab tak dengar cakap hehehe.. Tapi masa aku suruh buat kad ucapan ni dia diam jer xbyk cakap. Tak ganggu kawan2 yg lain dh. Buat kad ni mcm yg aku suruh. Maybe sedih kot nk berpisah.. hehe..ye la tak ada org nk mrh2 dh nti...

Ada 1 ucapan dr budak-budak tu buat aku tergelak besar...

" kepada kak Anis, kak Anis ni lucu la...comel kn.."

Hahaha...Lucu ngan comel kat mana xtau la aku... Tapi memang hepy dengan diorang ni. Diorang ni group 3, memang group 3 ni bermasalah sket tapi diorang ni la yg paling kelakar dan aku asyik gelak jer dengan diorang ni.

Si Izzati tu mmg lawak. Dia org penang dan dia slalu nyanyi lagu Dewi Kamala siap dgn gaya-gaya lagi. Memang lawak gila kalo tgk dia nyanyi. Kalo sapa org penang tau la kot lagu dewi kamala tu mcm mana kan? Hihi..

Ada 1 kad tu utk aku, Ida dan Hanna.. Siap tulis Kak Hanna-tembam, Kak hanis- comel, kak ida- keding haha.. Lawak la depa ni...


Apa-apa pun 25hb ni adalah hari terakhir kami bersama dengan budak2 tu. Dan banyak program yg telah kami aturkan bagi meraikan hari terakhir kami di sana. Tungguuu.. cerita selanjutnya....


Tuesday, December 15, 2009

KISAH MAT MOTOR




Sebuah cerita sedih, cam ni cerite nye... Pada suatu hari.. seorang lelaki nama nya Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok...oleh kerana transport die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die..maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai.

Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan, "Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la" Atan pon menjawab, "ala mak ni...Atan kan superman, takkan ader paper nyer. Lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer..kannyer jauh sgt pon". Mak die pon menjawab, "suke ati ko lah tan..."

Kunci moto pon di pulas...vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer Atan bergerak dari umah. Tiba tiba sampai di suatu selekoh, seekor beruk yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan....maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. maka Atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri..

Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu.

Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan.."uihh nampaknye idup lagi budak ni.."tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya dah terbalik......dan tanpa bertanya dan berpikir ape-apa pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala Atan dengan menyentap balik ke 180 darjah..

Tibe-tiba pakcik itu mendapati Atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memang la kepala die cam pusing ke belakang. Maka dengan tidak bersalah nya Atan mati di tangan pakcik tersebut.



Moral of the story:


"Mat Motor ......................jangan suka pakai jaket terbalik ;
"Makwe ...... cari pakwe yang ader kerete jer... hihi...


Monday, December 14, 2009

CINTA OH CINTA



Cinta oh cinta. Ada apa dengan cinta??? Cinta kadang-kadang mengasyikkan dan kadang-kadang menyeksakan. Membuatkan ketenangan tergugat dan membuatkan diri tidak dapat berfikir dengan rasional.


Kepala otak aku memang agak berserabut sekarang ni. Sekejap OK dan sekejap KO. Kalo nak berbual pasal LOVE ni memang sampai bila-bila tak habis. Entah la.. Tak faham... Aku kah yang sukar nak memahami atau aku kah yang sukar difahami???


Entah lah...


Hanya berserah pada takdir...


Saturday, December 12, 2009


Assalamualaikum....

Cik Gadis in da house... wassup wassup...

Sudah lama tidak update. Memang nak update tetapi masa sangat mencemburui aku. Sangat bz yek sekarang. Balik keja letih. Tdo pastu bangun buat report praktikal pastu tdo balik. Sekarang ni aku sudah tdo awal. Aktiviti yang jarang aku lakukan sejak bergelar student U hehehe..

Aku letih berulang naik motor. Al-maklum la agak jauh.. Dalam 30-40 minit juga la. Kalo ada hari nak laju 20 minit sudah sampai.. So amazing ok? Hihihi....

Dalam pada aku dok berulang tu macam-macam plak jadi, tayar pecah la, nak accident la.. Fuh lomah jiwa den. Dan yang paling mencabar sekali bila aku nak ke USM baru-baru ni nak jumpa pensyarah merangkap penyelia aku untuk praktikal sesuatu sudah berlaku pada aku.

Kami bertolak 3 orang dengan naik motor masing-masing. Tapi lepas tol sebelum nak naik jambatan Pulau Pinang, rantai motor aku putus. Masa tu aku sempat panggil kawan aku tapi dia tak dengar. Tinggal la aku sorang-sorang tepi jalan. Nak dijadikan cerita nset aku tak ada kredit. Huh...Gila tol..

Tunggu punya tunggu ada la sorang mamat ni bagi salam pastu tanya apa yang jadi? Aku pun gtau rantai putus. Pastu kawan dia 2 orang lagi berhenti. Lepas tengok motor aku dan tanya aku nak p mana aku pon gtau la nak p USM. Depa pn tawarkan diri nak tolong.

So, sorang budak tu naik motor aku pastu depa suruh naik motor dia. Kawan dia yang 2 orang lagi tolak dari belakang sampai lepas jambatan pastu p kedai motor depan USM. Lepas tu aku pon p topup call kawan aku Ida gtau apa yg jadi.

Sempat juga la bertukar no telefon dengan budak-budak yg tolong aku tu. Aku nak bagi duit memang tak mampu depa pon gtau depa ikhlas nak tolong. Cuma aku janji akan belanja depa minum bila-bila sebab tolong aku. Ada sorang budak tu cakap belanja minum tak penting kak tapi yg penting persahabatan.

Memang aku bersyukur sangat sebab depa ni sudi tolong aku. Kalo tak tak tahu la apa akan jadi kat aku dengan kredit tpon tak ada. Tapi selalunya memang kredit ada tapi nak jadikan cerita hari tu memang kredit tak ada. So lepas ni kena beringat la kena pastikan kredit sentiasa ada.

Apa-apa pun memang aku sangat berterima kasih pada budak bertiga tu. Kalo tak ada diorang tak tahu la lagipun niat depa ikhlas nak tolong walaupun pada mulanya aku turut meragui mereka tapi cepat-cepat aku hindarkan lagipun orang nak tolong kita. Alhamdulillah....


Sunday, December 6, 2009

DI MANAKAH PERANAN IBU BAPA?

Sejak aku praktikal di Asrama Akhlak ni, aku selalu berfikir kenapa umur budak-budak tu yang seawal 13 tahun sudah terjebak dengan pelbagai perkara yang negatif seperti masalah sosial.

Adakah kerana terlalu mahu berseronok sehingga pilih jalan yang salah. Setelah hampir 2 minggu aku bersama dengan penghuni-penghuni di sana serta bergaul dan menjadi pendengar yang setia kepada masalah mereka apa yang aku dapat rumuskan adalah mereka semua mempunyai masalah keluarga.

Dan apa yang kita dapat lihat di sini adalah peranan keluarga yang paling penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Masalah yang berpunca dari rumah menyebabkan mereka tersalah pilih jalan untuk menghilangkan tekanan mereka. Ibu bapa adalah tonggak sebuah keluarga kalo ibu bapa tidak memainkan peranan mereka macam mana nasib anak-anak mereka?

Dan yang paling sedih sekali ada ibu bapa yang lepas tangan terhadap tanggungjawab mereka. Bila anak sudah terjebak dengan gejala yang tidak sihat mereka sepenuhnya melepaskan tanggungjawab mereka tanpa sedar yang semua yg berlaku berpunca dari mereka.

Aku sedih bila ada ibu bapa yg lepas tangan bila anak dihantar ke asrama akhlak tersebut. Ada anak yg ingin bersekolah tetapi tidak dihiraukan dan hanya mengharapkan pihak pengurusan semata-mata jadi di mana tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa? Si anak menangis bila dapat tahu ibu bapa tidak mahu menjenguk langsung dirinya. Jadi, tidak mustahil jika anak tersebut akan sekali lagi terjerumus ke jalan hitam.

Selain itu, pengaruh kawan menyebabkan mereka jadi begini. Kadang-kadang mereka salah pilih kawan. Mereka hanya pilih kawan hanya untuk bersronok dan tanpa mereka sedari kawan yg sebegitulah yg akan merosakkan hidup mereka.

Pada kebiasaannya mereka akan berkawan dengan orang yg senasib dengan mereka. Kawan-kawan yg sebegini selalunya lebih memahami diri mereka. Lagipun stigma masyarakat yg lebih suka menilai dari segi luaran membuatkan mereka lebih selesa bergaul dgn orang yg sama dgn mereka.

Aku sering bertanya pada mereka adakah mereka boleh berubah? Ada yg menjawab ingin berubah tapi tidak tahu cara dan ada yg cakap tidak boleh berubah. Mereka seolah-olah tidak yakin pada diri sendiri. Dan ada yg cakap mereka tidak tahu bila mereka akan berubah dan semua itu perlukan masa.

Aku yakin mereka boleh berubah cuma hanya perlukan masa dan pendorong untuk mereka betul-betul berubah. Lagipun tak kan selamanya mereka akan begini? Perjalanan hidup mereka masih jauh. Ada banyak lagi perkara dan cabaran yang akan mereka hadapi. Cuma mereka perlu berperang antara tuntutan nafsu mereka dan juga pemikiran mengikut akal yg logik.

Dan aku sering berpesan pada mereka " Cuba kamu semua fikirkan diri kamu 10 tahun yang akan datang adakah kamu masih ingin begini? Umur kita semakin bertambah dan bukannya makin berkurang. Selama hidup kamu adakah kamu fikir apa yg kamu buat sebelum ni adalah sia-sia? Kamu dh bazirkan banyak masa hidup kamu dgn perbuatan yg sia-sia adakah kamu nak sia-siakannya lagi? Fikirkanlah..."

Marilah kita sama-sama doakan supaya Allah tunjukkan pada mereka jalan yang lurus dan dibukakan pintu hati mereka untuk menerima hidayah. Semoga diri kita, kaum keluarga dan sanak-saudara kita tidak tergelincir ke jalan yang salah. Jangan pilih jalan hitam. Wallahualam.



"Semoga si kecil ini bila besar menjadi anak yg berguna dan terhindar dari perkara-perkara yg boleh merosakkan hidupnya amin..."


Friday, December 4, 2009

BETUL KE LELAKI SUKAR MELUAHKAN PERASAANNYA???

Betul ke lelaki lebih sukar mengungkapkan perasaannya jika nak dibandingkan dengan perempuan?Kalo sayang cakap sayang, kalo rindu cakap la rindu kenapa nak sorok-sorok kan perasaan tu?

Adakah kerana ego? Atau malu untuk meluahkan perasaan? Kenapa malu kalo itulah perasaan yang sebenarnya dirasai?

Kali ni aku nak korang yang berikan pendapat korang kenapa ada lelaki yang sebegini. Sekali-sekala aku nak tahu gak pendapat korang bleh kan? Hehehe... Sila berikan pendapat korang ye.





Kakak dan Adik






NOTACIKGADIS: Penat.....


Tuesday, December 1, 2009

RINDU DATANG BERSAMA SEMANGAT BARU




Assalamualaikum semua. Aku kembali lagi setelah dah lama menyepikan diri. Aku terpaksa pergi seketika untuk menenangkan fikiran. Terlampau banyak sangat perkara yang berlaku dan alhamdulillah aku boleh handle dah masalah aku.

Dalam hidup mesti ada pasang surutnya tak semestinya semua gembira jer kan? Alhamdulillah aku dh boleh biasakan diri dengan keadaan tempat tu. Dan buat masa ini semua berjalan dengan lancar dan seperti yang aku harapkan.

Macam mana keadaan korang semua? Rindu kat aku tak? Hehehe.. Rindu gila kat korang. Rindu nak baca cerita korang. Nanti aku terjah sorang-sorang ye? Thanks pada yang bagi kata-kata nasihat dan semangat untuk aku. Sayang korang... Muah Muah hehehe =)







Di tempat praktikal, sila abaikan pp ku yg makin chubby tu yerk..


=P


Thursday, November 26, 2009

SER..SER..SERABUTTTTTT..................

Assalamualaikum korang. Sory, sory, sory.... Aku minta maaf banyak-banyak. Aku sekarang ni tengah serabut. Jiwa kacau. Duduk kat tempat ni macam-macam masalah yang timbul. Memang tugas kami mendengar masalah mereka tp secara tak langsung turut memberi kesan kpd aku dan kawan-kawan.

Bila kat umah dengan cara di rumah sampaikan aku terfikir nak berhenti blogging. Memang aku sayang blog ni. Sayang sangat-sangat tambahan pula aku dapat ramai kawan yg begitu baik dan amik berat pasal aku. Thanks korang.

Dan disebabkan terlalu sayang kat blog ni dan kawan-kawan dalam ni la aku tak kan berhenti blogging. Terima kasih korang.

Sebenarnya yg buat aku jd mcm ni mungkin sbb tertekan. Bayangkanlah setiap hari aku akan mendengar masalah diorang. Memang aku tak nafikan itu memang tugas aku. Tapi bila terlampau banyak sgt cerita dan masalah yg aku dgr sampaikan terbawa-bawa balik ke rumah.

Aku jadi cepat naik angin. Bila dengar orang membebel lg bertambah tension. Emosi tak berapa nak stabil. 2 orang kawan aku lg si ida dan hanna pon dh jadi mcm tak betul. Hanna siap termimpi-mimpi budak-budak kat sana. Kadang-kadang tanpa dia sedar dia dok sebut nama bdk kat dalam tu sdgkan mak dia tanya lain.

Ida pula banyak berubah. Sampaikan pak we dia tegur kenapa dia berubah? Kadang-kadang dia jadi cm blur. Bila kami bincang apa-apa dia mcm tak dapat nk faham walaupun ulang banyak kali. Kesan pada aku lak sampaikan aku tak boleh tdo mlm. Nk tdo jer terbayang-bayang cerita masalah budak-budak kat sana.




Aku, Hanna dan Ida




Benda ni membuatkan aku selalu tak cukup tdo dan terlambat bangun nak g keja. Perjalanan 40 minit pon bleh jd 30 minit aku pecut motor sebab dh terlambat. Kadang-kadang aku jd cepat marah, cpt menangis bila gaduh ngan si dia. Dia pn jd serabut kot psl aku.

Sebab tu aku cuba jauhkan diri dari dia buat seketika. Aku tak nak bebankan dia dgn masalah aku. See aku hampir gilakan? Bila aku fikir blk, aku dan kawan-kawan aku jd mcm ni sbb mungkin kerana terkejut kot.

Yela selama ni kami tahu diorang ni bermasalah tapi kami belum pernah berdepan dengan situasi tersebut. Bayangkan umur 13, 14 tahun sdh pernah amik dadah, lakukan hubungan seks sampaikan mengandung pastu gugur. Ada yang kena rogol. Bayangkan tekanan yg kami hadapi?

Bila diorang cerita masalah diorang kami kena praktikkan teori-teori yg telah kami pelajari utk menjalankan intervansi dan sesi kaunseling terhadap mereka. Secara tak langsung membuatkan kami tertekan. Keadaan di tempat keja di mana kami kurang mendapat kerjasama dari sesetengah pekerja kat sana menambahkan lg tekanan kami.

Ini baru praktikal kalo kami keja nanti mcm mana? Itulah cabaran yg perlu kami hadapi. Yang penting kena kuat mental dan fizikal. Tapi cakap mmg senang. Kami tetap manusia biasa tambahan plak fresh student yg baru nk belajar kdg2 tak bleh nk handle emosi tu. Membuatkan kami jadi serabut.

Serabut sangat. Baru seminggu bayangkan kalo sebulan??? Entahlah labu........ Walau apa-apa pun selamat hari raya aidil adha kepada semua, mohon ampun dan maaf kepada semua kalo aku ada salah dan silap selama kita mengenali dlm dunia maya ni.




Tuesday, November 24, 2009

ADAKAH INI ENTRY TERAKHIR????


Semangat aku sejak kebelakangan ini nak ber blog mcm dah kureng. Letih kot praktikal. Letih dari segi mental dan fizikal. Memang mencabar nak menghadapi kerenah budak-budak kat sana.

Tambahan aku berulang jauh plak 30 minit naik motor. Itupon sbb aku pecut laju. Kalo tak lg lama rasanya. Memang sgt pnt. Balik letih plak. Dan yang paling tak best mak bapak aku pon baca blog aku. Mmg dh tak ada privasi nk tulis.

Semalam plak ada kes gdh kat tmpat tu yg aku cerita dlm N3 ni. Kebetulan aku baru tahu kawan yg aku dok kawan tu dh berkahwin hoho.. Tidakkk...

Eh bukan, bukan cm tu, jgn pk aku macam org dalam cerita sis nita ni. Just kawan biasa ok? Bukannya si dia dan dia yg aku cerita tu huhuhu... Ni orang lain.. Cuma tak suka la kan org dok tipu status ni. Dia terus terang pon sebab dia dh start syg aku fuhh... Meletz giteww statement..

Aku sgt takut OK kalo terjebak dgn benda mcm ni. Minta simpang la. Walaupun kawan biasa jer itu sgt menakutkan. Takut kita ni anggap biasa jer dia plak lebih2 hancusss.....

Dan aku dok pk lagi sama ada aku nak tutup terus atau tak blog ni. Sayang memang sayang. Tapi skrg ni mak bapak aku dok baca blog aku. Dah tak ada privasi ok? Ni gara-gara p umah sepupu aku kat KL tu. Ntah sapa tah yg bg baca hangin jer aku.

Dan yg paling buat aku tekanan umi aku balik jer dok bebel pasal blog aku ni. Nama pn blog sudah semestinya kita bebas nak tulis apa-apa pon. Dan blog ni merupakan 1 terapi untuk aku menghilangkan tekanan aku. Aku suka menulis. Menulis apa yg aku rasa.

Memang aku tak suka dengar orang membebel dan aku tak suka membebel. Semalam serabut ngan masalah tempat keja tu, pastu nk wat report praktikal lg, lepas tu umi aku dok bebel plak pasal blog ni.

Tension kot. Adakah aku turut kena menjalani pemulihan akhlak bersama budak-budak tu? Kui3... Dan adakah patut aku tutup blog ni? Aku rasa mcm tak ada privasi dh bila mak bapak aku pon baca apa yg aku tulis ni.

Tapi memang rasa down sgt sekarang ni. Banyak plak masalah yg jadi dlm masa semalam. Kena plak semalam gk gaduh ngan si dia. Adehhh serabut bai...

Nasib baik dh berbaik semalam gk. Salah faham jer. Bila aku serabut mcm gini mmg xleh nk pk waras sket. Dia pn serabut ngan final projek. Elok sgt la tu lama2 gila 2-2 orang hohoho...

Ala tak leh nak cerita banyak-banyak dh ar. Nanti mak bapak aku baca plak. Malu ler huhu..

Bye, kalo ada rezeki kita jumpa lagi, kalo rasa tak leh buka blog ni dh paham2 jer la... Assalamualaikum semua...

Wassalam


Monday, November 23, 2009

TERCABAR, TERUJI DAN DIUJI


Hari ni adalah hari yang agak mencabar aku praktikal kat sini. Hari ni 2 orang guru kat pusat pemulihan akhlak tu tak dapat masuk kelas jadi kami 4 orang yg praktikal kat sini ditugaskan untuk amik 2 kelas. Jadi kami dipecahkan 4 orang kami amik setiap kelas. Aku sudah semestinya dgn ida tak kan dgn malaun tu kan huhu..

Semasa kelas yang aku handle tu, kami buat la sesi perkenalan. Lepas tu kami berbual-bual la dengan budak-budak tu. Dalam pada tu ada sesi sampuk menyampuk bercakap antara 2 orang budak ni. Kami biar jer la lg pun benda tu perkara biasa tapi semakin lama semakin panas.

Dah la duduk sebelah aku sorang budak tu. Dok memekak tepi telinga aku lak. Aku tegur diorang diam jap pastu start bergaduh mulut balik. Ida lak tegur, diam la kejap. Pastu gaduh balik. Time tu aku dh malas nk ckp apa dh. Ida jer la yg dk bercakap dgn budak2 tu sambil2 2 budak tu bergaduh mulut.

Aku malas nk cakap dh serabut gler dk memekak sebelah telinga aku plak. Aku ni kalo dh start bersuara memang susah kalo naik hangin jap g habis budak-budak tu. Aku diam jer tak nak la nanti diorang terkejut plak kalo aku ni meninggikan suara. Last sekali tak tahan gak depa dk gaduh mulut aku bawa sorang budak tu masuk kelas lain. Pisahkan depa 2. Puas hati. Diam sket kelas tu.

Yang gaduh 2 orang, yg dok cucuk ramai. Sesama depa tegur pon xjalan gk, kami tegur pn depa tak heran rasanya yg tu yg terbaik. Memang budak-budak ni semakin besar kepala. Selama kami masuk ni kami dok buat baik depa nak pijak kepala kami lak.

Ada penghuni yg dah otai yg dh duduk lama kat c2 pesan kat aku "akak jgn la bagi muka sangat kat depa ni nanti depa pijak kepala". Aku gtau la "xpa la, kami saja nak tgk hampa semua ni mcm mana dulu, tgk semakin lama semakin besar kepala dh ni, tak hormat kami dh. Tunggu la masa yg sesuai nanti. Antara kami 4 orang akak paling garang''. Budak2 tu ckp kami tgk muka kak anis kami tau dh. Muka cam garang jer.

Haha..Muka sikit punya cun mcm ni depa kata garang ish ish hohoho... Prasantan plak. Kui3... Memang pon aku garang ok? Tapi tak tahu la mcm mana aku bleh sabar sampaikan ida tegur aku lps kelas tu "awat hg diam ja tadi?" Aku ckp ar aku serabut dh td, dk tahan sabar ja sbb tu aku diam dh la dok tepi aku, dk bertempik gaduh mulut plak sakit kepala aku.

So lepas settle masalah tu, kami mula start intervansi. Budak2 tu kebanyakan sukarela nak cerita masalah depa kat kami. So sorang2 dtg kat kami cerita masalah dan kenapa depa leh jadi mcm tu. 1001 cerita masalah. Segala jenis dadah depa kenal ice, extacy, gam suma depa dh try. Kus semangat aku bila dgr tapi still cool bebeh.

Seks bebas tok sah cakap la kebanyakan suma dh rasa walaupun umur baru 14 tahun. Kebanyakan depa ni terpengaruh dgn kawan-kawan. Ada yg disebabkan masalah keluarga. Bila aku tanya rasa rugi tak bila pk balik? Depa ngaku. Dan ada yg takut ada laki yg xleh terima depa walaupun depa dh insaf dh nanti.



Cuma aku nak sentuh sket psl budak2 yg hidu gam ni. Effect dia memang sgt beri kesan. Kat sana bleh nampak dh yg mana bdk hisap gam ni diri depa ni jns lembab sket, jln pn longlai org ckp apa2 pun blurrr jer maybe sbb byk sgt hidu gam smpai bg effect kat otak.



Gambar Pak cik Google

Apa yg aku dapat rumuskan kebanyakan budak-budak kat sini kurang perhatian dari ibu bapa. Tekanan berada di rumah kerana masalah keluarga membuatkan depa ni cari alternatif lain untuk mengurangkan tekanan yg mereka hadapi.

Tapi sayangnya mereka tersilap langkah dan tersilap pilih kawan kerana kawan yg paling beri pengaruh yg paling besar terhadap kelakuan negatif mereka. Aku banyak kali cuba menyedarkan mereka supaya selepas keluar ni pilih kawan yg betul-betul baik dan bukannya merosakkan mereka.

"Kawan nak seronok memang ramai, nak seronok sekejap ja tapi bila adik masuk sini ada depa peduli? Bila adik susah ada depa ambil tahu? Dan itu diakui sendiri oleh budak-budak kat c2. "Memang susah nak berubah tapi kalo nak berubah tak boleh secara drastik, cuba perlahan-lahan insyaallah kalo niat baik dan ikhlas utk berubah Allah akan tolong adik" hanya itu pesanan terakhir aku sebelum aku mengakhiri sesi bersama mereka hari ni.


Sunday, November 22, 2009

HARI INI HUJAN DAN AKU RASA AKU SANGAT WORLD HARI NI

Hari ni hari kedua praktikal. Tapi aku rasa aku sangat world hari ni. Nak tahu kenapa? Sebab aku sampai ke tempat kerja dengan basah kuyup sampaikan kain yang aku pakai boleh diperah. Memang world gla ar... Ini la nasib penunggang motosikal

Hari ni plak ada ceramah agama. Memang aku masuk dewan dengan keadaan basah kuyup. Memang basah sampaikan boleh kalah orang yang mimpi basah kui3... =p Nasib baiklah sempat gak kering tu pun terketar-ketar sebab duduk bawah kipas.

Hari ni penyelia kami datang iaitu DR NORIAH. Dia cuma nak menyelia tempat dan keadaan kami di sana. Ada gak dia menguji kami dengan soalan-soalan nak tahu tahap pengetahuan kami dengan tempat tu. Alhamdulillah kami semua bersedia dengan jawapan masing-masing.

Masa nak balik, hujan masih belum berhenti malah semakin lebat. Aku ni memang lemah kalau hujan ni. Suka main hujan tapi tak tahan sejuk. Aku pon minta la tolong si dia jemput balik kerja. Ingat nak tinggal motor je kat c2.

Tapi malangnya msg xberbalas talifon tak berangkat. Duduk dekat saja. Tapi tak pa la aku faham la dia tgh bz ngan final projek nak kena present lagi. So kena memahami la juga walaupun memang kecewa gak la huhu...

Last2 sebab geram sangat aku redah gak la hujan walaupun masa tu hujan terlampau lebat dan tak ada tanda-tanda nak berhenti. Kalo ikutkan hati aku sanggup tunggu sampai malam semata-mata tunggu hujan berhenti dari redah hujan.

Bila dah redah mcm tu apa lagi terketar-ketar atas motor. Lencun habis macam nak nangis jer sebab tak tahan sejuk. Aku memang jenis tak tahan sejuk. Hari ni aku rasa sangat world sampaikan kepala dah berat sangat ni. Ok la mahu tdo. Kalo demam redha jer la...


Friday, November 20, 2009

KENANGAN TERINDAH


Orang cakap zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah. Kalo dapat diputarkan masa mesti ramai ingin kembali ke zaman kanak-kanak betul tak? Yela zaman kanak-kanak tak payah fikir tentang masalah, apa yang kanak-kanak tahu hanya bermain, ketawa dan kalo menangis ada yg pujuk.

Tak macam kehidupan kita bila dewasa. Banyak perkara kita nak kena fikir. Banyak masalah yang timbul. Kalau tak ada masalah tak mencabar la hidup dan tak dinamakan lah kehidupan.

Semua mesti masih ingatkan memori masa kanak-kanak. Penuh dengan tawa riang. Penuh dengan kenangan-kenangan manis. Walaupun tak semua ada zaman kanak-kanak yang indah seperti orang lain tapi pasti ada sesuatu yg manis untuk dikenang.


Zaman kanak-kanak aku adalah yang terbaik. Tinggal dengan bersama sepupu-sepupu bersama tok dan tok wan kat kampung. Banyak kenangan manis yg kami kutip. Walaupun aku yg paling muda antara kak yong dan kak ngah tapi aku lah ketua nk merencanakan aktiviti nakal kami.

Terjun sungai adalah agenda utama kami. Kami bertiga mandi sungai sama-sama siap buat rakit lagi. Tangkap udang galah. Mandi hujan sampai kena tibai dengan pelepah nyoq dengan tok wan.

Menangis2 kami. Tapi sebelum kena tibai tu kena kejar keliling kampung. Apa lg lari pusing 1 kg la. Tok wan aku plak dok kejar kat belakang. Hahaha.. Lari pon tak guna sbb balik2 kena tibai gak. Hahaha...




Kak yong, aku dan kak ngah


(comot gle masa kecik2 dulu hehe)


Dan bila kami jumpa balik waktu raya ker kami akan tdo sekali. Sebelum tdo tu kami akan bercerita masa zaman kecik-kecik dulu. Kadang-kadang ada yg kelakar ketawa besar kami bertiga hehehe...

Tapi sekarang dh tak boleh macam dulu. Kak ngah dh jadi isteri orang. Tunggu masa nak bersalin jer. Kak yong plak dh dilangkah bendul oleh kak ngah so tak kawen-kawen lg. Masih lg belajar dan dgr kata tak nak kawen nak jd andartu hahaha...

Gleee arr sepupu aku sorang tu..Selalu gaduh suruh aku kawen dulu. Aku cakap mana bleh langkah bendul cucu sulung, dh la kak ngah dh langkah bendul dh hehe.. Dia ckap dia tak ksh. Ala aku bkn apa kalo aku kawen dlu cian plak dia org ingt dia tak laku plak hahaha...

Jahat gle aku. Mati la aku kalo dia baca hehehe....


KAMI BERTIGA


PIC LAMA YERK.

BEBERAPA TAHUN YG SUDAH



Dan ada orang cakap muka adik aku si puteri qistina syakira ni macam muka aku kecik2 dlu.

Betul ker???


Zaman kanak-kanak merupakan zaman terindah dan penuh dengan warna-warni. Malangnya kita tak kan lagi dapat merasai semua tu. Apa yang ada di depan kita perlulah kita hadapinya.




NOTACIKGADIS: Semua gambar adalah dari
myspace dan merupakan gambar lama disebabkan laptop aku masih lg rosak so tak dapat nak upload pic baru...


Thursday, November 19, 2009

PERTAMA KALI AKU.........

Hari ni aku dh start praktikal kat pusat pemulihan akhlak tu. Dah la masa mula-mula sampai tersesat masuk pusat sinar harapan utk orang OKU yela bangunan dia bersebelahan jer lg pula pintu pagar dia je yg terbuka kami masuk la tp bila ingat blk kalo pintu pagar pusat pemulihan akhlak tu terbuka kompom la bebudak lari hahaha...


Hari ni not bad la. Masa jumpa ngan warden tu dia bagi la penerangan pasal tempat tu dengan keadaan pelatih kat sana. Ada pulak sorang malaun ni pandai-pandai p gtau warden kata kami 3 orang ni nak keja shif, dia plak office hour. Hanginn jer aku. Suka-suki dia ja..

Kalo warden tu ingat betul tak pasal-pasal jer kena keje shif. Aku sound terus ar dia tu dpn2 warden gak hamik hang. Pastu masa kat dewan makan macam tu gak. Pandai2 ja cakap kami nak duduk kt c2. Giloo apa. Nak melawak pon agak2 ar..Wat malu kami ja.

Kalo orang yg dh besa kenai dia memang cm tu pangai, suka ada-ada kan benda yg tak ada. Kalo orang yg tak kenal tu mesti ingat kami ni mcm tu. Aku sound lagi "bleh tak kalo jangan dok babitkan nama kami?" Masa tu hangin dh aku. Ska sangat nak malukan org dpn org lain. Yang member aku naik risau dh takut bergaduh.

Aku ni susah nak marah kalo dh marah habis la.... Tapi dia tu memang xmakan saman. Dia buat lagi tapi guna nama kawan aku sorang tu. Kawan aku tu pekena balik sampai terdiam dia hahaha.. Amik hang.. Yang herannya lelaki buat pangai cm ni.

Selain malaun tu yang lain-lain ok jer. Budak-budak situ pon setakat ni ok la. Walaupon ada yang dh dok usha aku pelik jer. Maybe depa kata aku comey kot hahahaha.. Gila punya perasan. Ala bersangka baik sudah walopon tu bukan kenyataannya kui3....

Kebanyakan budak kat c2 terlibat dengan masalah tak terkawal iaitu lari dari rumah, terlibat dengan seks bebas, sampaikan tahap mengambil dadah pon ada. Sayang kan baru umur 13-18 tahun dh terlibat dengan benda negatif mcm ni. Ada sorang budak tu UPSR 4A 1B tapi ditahan atas kesalahan lari dari rumah.

Kalo tengok muka budak-budak ni kita memang tak kan sangka yang depa ni terlibat dengan benda mcm ni sampaikan kawan aku cakap "aku rasa aku mcm bermimpi boleh ada kat sini" .

Entahlah. Yang pasti tugas kami sebagai pekerja sosial bukan perkara yang mudah. Aku harap aku boleh menjalani praktikal kat cni tanpa ada sebarang masalah.


PIC 1 HARI DI HARI RAYA 08

DIMEKAPKAN DAN MASIH KURUS

KUI3....

NOTACIKGADIS: Balik jer keja terus tido... Lotih bawa moto ulang-alik, baru 1st day dh cenggini.. Jauhhhh arrrr....


Tuesday, November 17, 2009

KENAPA LELAKI SUKAR NAK FAHAMI WANITA?


Kenapa lelaki susah nak faham wanita??? Terutamanya wanita la kan mesti menghadapi situasi macam ni. Tak tahu la kenapa. Susah sangat ke nak faham wanita?

Pada pendapat aku la kan selalunya lelaki ni suka amik mudah. Kadang-kadang ada sesetengah perkara tu lelaki pandang remeh tapi bagi wanita itu bukan benda remeh. Walaupun kadang-kadang hanya hal kecil pon bleh bawa bergaduh.

Tapi memang aku tak nafikan la ada sesetengah wanita ni benda2 kecik pon nk kecoh mau lelaki tu macam malas nk amik port. Aku pon tak suka cm tu. Lelaki suka cakap wanita ni complicated tanpa cuba nak memahami wanita tu.

Bagi aku, wanita ni memang dijadikan dengan emosi yang mudah terusik dan lelaki macam lebih gagah (walaupun ramai lelaki dh tak mcm lelaki sekarang) dan sepatutnya lelaki cuba memahami wanita dan bukannya merungut tak paham wanita.

Dan aku sebagai seorang wanita juga kadang-kadang tak paham langsung perangai lelaki ni. Tapi nasib baiklah aku memang dibesarkan dalam ahli keluarga yang dipenuhi lelaki. 4 orang adik lelaki pun dh cukup aku nak paham perangai lelaki ni. Mereka sangat suka amik mudah tentang sesuatu perkara.

Perangai aku pon dh macam lelaki dulu nasib baik dh insaf sekarang dan sudah bertukar menjadi gadis ayu hahahaha...ok aku tipu. Memang tak leh nk bertukar jadi lemah lembut ckp pon slow2, control2 gitu kalo aku buat cm tu kompom kena kutuk ngan kawan2 hahaha...

Kadang2 aku berlakon jadi cm gitu dpn kawan2 pon dh kena gelak siap depa kata lagi "hang toksah dok buat cm tu geli aku tgk" kah3... So mcm mana? Jadi diri sendiri sudah walaupun kasar2 aku ni janji aku tak songsang hahaha...

Jadi pada lelaki cubalah memahami wanita. Sebenarnya nak handle kaum wanita ni senang jer kalo pandai amik hati dan tak buat benda yg dia tak suka pon dh cukup utk anda semua sebagai lelaki faham akan wanita.

Monday, November 16, 2009

GIAN

Aduyai gian ni gian... Bukan gian apa, cuma gian nak menulis. Laptop rosak la... Ni pun pinjam laptop member je nak update. Rindu tak kat aku? Rindu kan kan kan? Tak rindu pon bagi rindu gak bleh?? Hihihi...

Ala dah lama tak menulis beku plak idea ni... Sedangkan sebelum tdo tu bercambah-cambah idea nak menulis tunggu tangan ni nak taip jer... Tapi memang bila tak ada laptop ni sangat menyeksakan ok?

Err....Nak tahu pasal love story tak? Hehehe... Tak tahu la nak cakap apa cuma status aku sekarang masih single but not available kih3.. Alhamdulillah, Tuhan buka gak pintu hati aku ni balik. Cuma agak susah gak la bagi aku nk sesuaikan diri ni balik.

Dan bila pintu hati aku dh terbuka, aku agak teruji dan diuji bila si dia sangat berbeza dengan aku. Berbeza dari segi pemikiran, pendapat dan juga perangai menyebabkan kadang2 timbul masalah. Tapi aku bertuah sgt sebab dia seorang yg boleh dibawa berbincang dan boleh berterus terang dgn apa saja perkara.

Bila ada yg tak puas hati terus terang. Yela kami selalu berbeza pendapat dan juga perangai. Aku jenis yg lebih terbuka pasal hati dan perasaan ni dia pulak jenis tertutup. Jenis kalo sayang tak tunjuk. Ada sekali tu dia sms ckp rindu hehe... Bila call, aku tanya dia

Aku: Rindu ker?

Dia: Nak kata rindu tu tak la rindu sangat tapi asyik dok teringat kat dia jer..

Aku: Tu rindu la tu...

Dia: Yeke? Hehehe....

Aku: Malu la tu nak ngaku...

Pelik2... Hehehe....

Entah la banyak benda yang membuat kami sangat berbeza tapi apa yang pasti kami punya hati yang sama untuk disayangi dan dicintai...ewah... Jiwang la plak kih3...Gelii lerrr hahahaha...

Cuma doakan la supaya persahabatan ni kekal sampai bila-bila seterusnya ke arah yang sepatutnya insyaallah...Huhu....


Saturday, November 14, 2009

TAK LAMA DAH

Tinggal lagi 2 paper. 16,17hb ni last. Pastu merdeka huhu..Tapi sehari jer la 19 hb dh masuk praktikal. Memang menakutkan la sebab tempat praktikal aku tu kat Pusat Pemulihan Akhlak Jitra. Bayangkan la nak kena handle budak2 yg dlm proses nk memulihkan akhlak.

Aku bukan apa takut aku ni kena buli jer huhu.. Yeke? Bukan aku ni garang ker? Memang garang pn. Garang-garang pon hati lembut... Cam mana la nanti erkk?? Adeh...Risau betul aku. Silap-silap hb aku plak yg nak kena pulihkan akhlak sendiri hehe...

Dengar cerita budak2 kat situ bleh tahan gengster. Aku pon bekas gengster per? Kih3... Nak tahu cm na kena tunggu la bila aku praktikal nanti. Nak kena cari 2 kes pastu selesaikan. Aku kat pusat tu sbgai pekerja sosial.

Pekerja sosial bukannya bila ada banjir pastu p bagi bantuan tetapi dia lebih kepada menjadi kaunselor dan memberi intervansi kpd klien. Tapi kalo kaunselor just bagi nasihat dan panduan tp sebagai pekerja sosial bertindak sebagai kaunselor tapi kena turun padang gak mencari punca masalah klien tu. Kalo perlu kena ada home visit.

Aku tak tahu la apa nasib aku kat tempat tu nanti. Huhu....

Nak tahu pasal love story aku ker???? Tunggggguuuuuuuuuuu.....


=P


Thursday, November 12, 2009

CINTA GILA

Jiwa tengah kacau!!

Kadang-kadang aku rasa aku menyesal terlibat dengan benda-benda mcm ni.

Kadang-kadang aku rasa ingin berputus asa.

Penat diuji dan teruji.

Sampai bila nak macam ni???

Perbezaan prinsip dan pendapat..

Adehhh....

Cinta kita boleh diibaratkan macam cinta gila..

Juliana Banos
(Olafsdottir & Mehyer / Norman & Yusry & Edry)

Cinta Gila

Ku ke kiri kau ke kanan
Ku di belakang kau dihadapan
Bila ku marah engkau ketawa
Dengan selamba engkau berkata
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Ku cintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu

Kuharap bicara cinta
Kau cerita tentang bola
Ku ingin bersiar-siar
Dikau baca surat khabar
Bila ku terus keluar
Kau tertidur tidak sedar
Ku pulang rumah jam tiga
Kau pula cemburu buta

( korus )
Ku ke kiri kau ke kanan
Ku di belakang kau di hadapan
Bila ku marah engkau ketawa
Dengan selamba engkau berkata
Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Kucintamu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu

Sepelik-pelik manusia
Oh! Dikau mengatasinya
Dan mungkin ku juga gila
Kerana masih bersama
Tapi mungkin kerna itu
Ku tertarik kepadamu
Biarlah orang mengata
Cinta kita cinta gila

( ulang korus )

Ah ah
Cinta kita
Cinta gila

Na na na na na na na
Na na na na na na na
Na na na na na na na
Na na na na cinta gila
( 2X )

( ulang korus )

Itu saja yang perlu kau ku tahu...
Ku cintamu kau cintaiku
Cinta kita cinta gila

Adakah perbezaan ini akan mendekatkan kami atau membuatkan perhubungan itu semakin jauh????


Wednesday, November 11, 2009

IZINKAN AKU PERGI

Assalamualaikum

Sory yerk...

Aku tak dapat nak on9 kan diri buat sementara waktu.

My MR. LAPPY masuk sepital. Ngah opperate.

So jarang sket nak on9.

Apa-apa pun aku tetap rindu korang semua.

Muah muah

hehehe...

Rindu kat aku tak??

Kalo rindu tatap la pic terbaru aku ni.


Gaya yang poyo






Bye semua miz u all....

Monday, November 9, 2009

MOTIF YANG TIADA MOTIF


Kenduri kahwin Baizoh :~ Kawan sekelas SM Teknik Kangar




Bila la aku nak dk bersanding atas pelamin plak..Kih3..






MOTIF LETAK GAMBAR

MOTIF 1: RINDU KENGKAWAN SEKOLAH DULU

MOTIF 2: TAK ADA IDEA

MOTIF 3: SAJA-SAJA


Sunday, November 8, 2009

KEHILANGAN

Assalamualaikum semua. Salam ukhwah. Aku sekarang ada kat kg. Ada perkhabaran yang kurang gembira dari sini. Mak saudara aku yg aku panggil mak ngah lela kematian anak sulung yg baru berusia sebulan lebih. Aku difahamkan anaknya meninggal kerana demam.

Semasa dia menerima perkhabaran kematian anaknya entah berapa kali dia pengsan. Bayangkan anak yg dikandung selama 9 bulan 10 hari kemudian melahirkan bayi tersebut. Tapi baru sebulan lebih usia bayi itu, dia kehilangan bayi tersebut.

Semua ini adalah kehendak dan ketentuan-Nya. Aku sempat berjumpa dgnnya. Tapi reaksinya macam biasa. Mungkin cuba menyembunyikan kesedihan. Cuma aku dengar cerita, dia tidak boleh kalo tak nampak puting anak dia. Kalo tak mengamuk dia cari.

Kesian sangat. Air susu badan pon tak kering lagi tapi terpaksa menerima hakikat yg dia kehilangan anaknya. Cuba bayangkan kalo kita ditempat ibu muda itu. Apa yang aku mampu hanyalah doa supaya dia akan terus tabah dan diberi kekuatan dalam dirinya.


Friday, November 6, 2009

MENCARI YANG PERFECT

PIC DARI BLOG WAN JUN
AKU SUKA
=)




UNTUK SEMUA KAWAN-KAWANKU RENUNGKANLAH....


Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang.

Dulu
waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.


Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.


Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu nyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.


Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik pintar, baikhati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".


"Lantas?!", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya? ". Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".




============ ========= ========= ========
Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ?Nobody's perfect. Jadi jangan mensia-siakan apa yang sudah ada di hadapan kita,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, Tak kiralah kita ni lelaki ke perempuan ke... Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri,apakah sudah sempurna di mata orang lain??

SUMBER~~DARI EMAIL BERANTAI


Thursday, November 5, 2009

PRAKTIKAL OH PRAKTIKAL






Assalamualaikum semua. Salam 1 Malaysia. =) Hari ni mood aku ceria-ceria aja.. OK, aku dah dapat tahu dah nak praktikal kat mana. Jeng jeng jeng.......... Sangat la jauh ok? Kat mana tu. Kat kedah la hehehe... So aku akan pulang ke kg halaman. Tak payah la praktikal kt Penang.

Aku ditempatkan di Asrama Pemulihan Akhlak Jitra. Nak kata jauh dari Alor Star tu tak la sangat tapi dekat la juga. Lebih kurang 20-30 minit gak ar. So aku maybe akan berulang dari AS-Jitra.

Aku abeh exam 17-11, masuk praktikal 19-11. Huh! Tak sempat nak bercerekarama. Sok nak balik rumah. Nak shopping cari kain nak buat baju dan kasut tinggi. Ececece.. Satgi jadi itik terkedek-kedek pakai high heel kui3.. Ada sapa2 nk jadi penaja untuk menaja pakaian aku? Hahaha...


Tapi yang jadi masalahnya sekarang adalah cuaca. Sekarang ni kan asyik hujan jer dan aku sememangnya langsung tak pandai nak bawa kereta. Walid aku pon sekarang ni nak ke tempat keja pon berulang hampir 45 minit. Nak kena hantar adik aku g sek lagi xkan nak nyusahkan dia plak.

So cm mana? Tak kan la nak duduk kuarters dalam tu kot. Tak mo la aku duduk sorang2. Takut huhu... Lagipun ddk umah lagi jimatkan. Dah la elaun tak dapat. Kalo dapat pon tah tahun bila. Nak kena cari driver ker??

Pak we plezzz... Ahakz!! Hahaha...Tah hape2... Takut beb. Kat pusat pemulihan akhlak tu silap-silap haribulan aku yg kena buli kui3.... Sabo jer la kan... Dan skali lagi aku masih bersama sahabat baik aku si ida yg dr sek teknik, form6, usm, sampaikan tmpt praktikal pn skali huhu..




3 ORANG GADIS CANTIK INI AKAN PRAKTIKAL BERSAMA THE BEAST.
Opsss....

Aku, Hanna, Ida

Sorang lagi lelaki yang sangat terkenal dalam kos aku tu. Dan kami ber3 menjadi tumpuan 1 kelas kerana berjaya menempatkan diri bersamanya. Huh!! Terkenalnya bukan kerana ketampanannya tapi kerana kepopularannya kerana tutttt........

Dan belum apa-apa lagi dia sudah mencari pasal dengan kami terutamanya aku dgn ida semasa perjumpaan dgn lecturer td. 3 vs 1. Tak tahu la cna kan nanti. Nak berkerjasama cm mana la kalo cm gini gayanya.

Sabor jer la kan. Asyik kena gelak ngan member sekelas jer. Hahaha... Tah hape2... Aku tak nak jadikan blog aku ni sebagai medan nak mengutuk orang tercemar la daulat blog aku nanti hehe.. So bersedia untuk bersedia. Cogan kata yg sesuai gituu... Ahakz...

Kalo hujan achaneeee????? Ada sapa2 nak jadi driver aku tak?? Kui3....


Semasa 1st year. Muka skema glerr kah3...


Wednesday, November 4, 2009

CINTA JARAK JAUH




Hari ni aku nak tulis pasal cinta jarak jauh.. Sebenarnya topik ni dah lama aku nak tulis. Ada seorang kawan suruh aku tulis pasal ni dia nak tau pendapat aku. Macam DR LOVE plak kan kih3...

Memang pon dlu kawan2 pgl DR LOVE tp sejak DR Love pn kecundang dlm percintaan aku pon letak jawatan la hahaha..Tapi tak salahkan aku bg pendapat lebih-lebih lg bila ada yg minta aku tulis psl ni. Rasa mcm dihargai plak ahakz.....

Menurut pandangan aku, cinta jarak jauh ni memang sangat memerlukan kesabaran sebab kita memang akan teruji dari segi mental dan fizikal lebih-lebih lagi kita tak nampak apa yg pasangan kita buat.

Apa yang penting adalah kejujuran. Kalo tak jujur macam mana nak setia? Kalo tak setia macam mana nak ada kepercayaan? Semua ni saling berhubung kait kalo salah satu tu tak ada hubungan tu akan timbul masalah.

Selalunya semua ni melibatkan kepercayaan. Bukan senang kita nak percaya seseorang tu. Tapi kalo kita dh kenal dia macam mana tentu kita akan percaya dia tak kan menduakan kita. Tapi kalo dia pernah melukakan hati kita mungkin kita akan susah nk percaya orang tu dh.

Bila kita tak percaya seseorang itu pasti akan timbul syak wasangka. Perkara ni akan selalu membuatkan hubungan tu bermasalah. Aku pon tak suka bila aku jujur orang syak wasangka kat aku. Dan aku selalu gk bersangka buruk kat orang.

Kadang-kadang keadaan yg mencurigakan akan buat aku bersangka buruk. Ye la aku punya instinct ni memang tajam sket. Kita boleh rasa dia ni menipu ke tak. Besa la orang blaja psiko memang cm ni asyik nk psiko orang jer kih3....

Adakalanya cinta jarak jauh ni lagi best dari depan mata sebab duduk jauh jadi peratusan nak bergaduh tu jarang. Kalo sesekali jumpa tak kan nak gaduh plak kan dh la jarang jumpa. Kalo pasangan depan mata ni salah sket gaduh. Hari-hari jumpa tak jemu ker?

Aku ni memang dari zaman sekolah dulu-dulu pon memang tak suka bercinta dgn orang 1 kelas or 1 sekolah. Pernah gak ada orang nak minta couple masa sekolah dulu tp lain-lain kelas jer ha hamik ko seminggu jer kot kah3... Tak reti aku.

Masa form 6 aku bercinta ngan orang yg lain-lain negeri lak. Perak-kedah huh sakit tu. Kalo cinta jarak jauh ni kelemahan dia 1 jer habis duit banyak. Tapi masa tu kalo tgh bercinta lautan api pon sanggup direnangi pe tah lagi perak-kedah hahaha...

Kalo dia ada duit lebih leh la jumpa kalo tak dlm tpon jer la. Jarang jumpa ni pon bagus gak terhindar dari dosa hehe..Tapi masalah gk sbb kita tak tau apa dia buat kat sana. Tawakal jer la kan. Sampaikan dia ada perempuan lain pon aku tak tau. Walaupun kita dh nampak perubahan dia tapi disebabkan kita percaya kita wat tak tau jer la kan.

Last-last gigit jari la aku. Kahwin dia gak ngan perempuan tu. Maybe sebab dia dok ajak aku kawen aku tak mo kot. Haha..gler ker. Baru abeh STPM dh nk kawen nak kena katok ngan walid aku. Lagipun aku ni ada cita-cita aku sendiri. Alhamdulillah lepas gak aku kat U.

Dia la ni jaga anak la kot...Kah3...Bini dia tu pon sekolah tak habis. Gatai sgt nak kawen. Ada aku kesah?? Haha... Janji nanti aku hidup senang tak merempat mcm dia. Dah kawen pon nk harap mak pak lg, ye la bini sek tak habis nk keja apa? Jaga anak je la. Ni mak dia ngadu kat aku.

Susahkan kalo mak bapak tak restu ni. Sekarang ni sengaja jer aku menjauhkan diri dari diorang walaupun mak dia n family dia dh berkenan kat aku rasanya tak manis la kan. Lg pula dia dh kawen. Pernah gak mak n adik dia berpakat ajak aku datang umah diorang. Menyorok dia. Tahu takut.

Bila aku tgk bini dia plak siap aku kata dlm hati lg "setakat popuan mcm ni aku sikit pn tak heran" lain la kalo popuan tu lg bgs dr aku. Ni setakat budak hingusan tak ada maknanya haha..





Jadi pada sesiapa yg bercinta jarak jauh ni waspada la dengan pasangan anda. Walaupun macam mana dia baik pun dan sayang kat kita, kita kena ingat hati manusia ni senang berubah. Pantai lagikan berubah ni kan plak hati manusia.


Semua ni buat aku susah nak percaya kat lelaki lagi. Sebab tu aku amik masa dalam 2 thn ni menjadi single sbb nak kenal diri aku blk dan kalo boleh aku nak cari yg betul-betul boleh buat suami. Setakat nak main-main tak payah la. Biar orang kata kita jual mahal atau sombong tp biar berbaloi.

Ni nak ngorat guna taktik lapok. Dari aku yg kena ngorat ngan tah apa2 jenis org baik aku ngorat org yg aku berkenan kah3... Berani la sgt kan nk ngorat org hahaha...

Walau macam mana pon aku tetap memilih cinta jarak jauh tapi kali ni biarlah orang yg 1 negeri ke atau jiran negeri ke hehe... Sebab aku ni bkn jns ska bercinta dgn org yg 1 tempat. Tak reti la. Malu kat kawan-kawan sama kot. Nak dating dpn kawan2 lg ler aku malu. Orang pandang sinis jer nanti.

Baik dok jauh sket. Walaupun duduk jauh yang pasti kena ada 5K. Keimanan, kesabaran, kejujuran, kesetiaan dan kepercayaan. Dan jangan mempermainkan kepercayaan orang terhadap kita. Sekali orang dh tak percaya sampai bila-bila orang tak kan percaya kt kita dh.

Ingat tu!!


Tuesday, November 3, 2009

EXAM OH EXAM

Hari ni hari kedua exam. Hari ni ok sket la dari semalam. Semalam plak paper BI jawab paper ni sampai nak muntah rasanya haha... Gler punya soalan manyak susah woo...

Hari ni exam boleh la jawab apa lagi goreng ar... Ada 2 soalan. Setiap 1 soalan aku jawab 3 muka surat kira ok la tu. Jawab dalam esei plak goreng la apa-apa yang patut.. Goreng sampai hangit hehe...

Hari Jumaat ni plak exam. Yang ni cm susah sket sebab banyak teori nak kena ingat. Pastu 13hb plak baru ada paper. Ingat nak balik rumah hehe...Jangan jeles kawan-kawan ku yg tak boleh balik tu yerk hihi...

Kepada kengkawan yang tengah exam gud luck uolssss.....




Monday, November 2, 2009

PENULIS BLOG JUGA PUNYAI KELEMAHAN

Ok stop nangis2 ni. Nanti orang dh tak ska baca blog aku. Tq pada ayie kerana menyedarkan aku yerk... Huhu... Kalo nak ikutkan melayan perasaan ni sampai bila-bila pon tak habis kan?


Apa yang berlaku cukuplah aku jadikan iktibar. Penulis blog juga punya kelemahan ok? Tapi kadang-kadang kita sendiri tak sedar kelemahan kita tu. Mungkin orang takut nak tegur jadi kita sendiri yg kena cari punca.

Dan aku terima teguran dengan seikhlas hati dan serendah-rendah hati aku kerana aku tahu orang menegur kerana sayang bukannya niat untuk menjatuhkan. Dan baru aku sedar apa yg terjadi mungkin kerana salah faham dan kalo bukan aku yg mencari punca berlaku smpai bila-bila orang akan memandang seorang pada aku.

Penulis blog juga manusia biasa..

Cuma hentikan lah kata-kata yang bisa membuat orang lain terluka. Kalo huluran maaf itu enggan disambut siapakah aku untuk memaksa?


Cuma aku agak terkilan rupanya selama ni persahabatan yang kita anggap ikhlas rupanya perlukan "geng" juga untuk kita bersahabat. Aku bukan geng diorang itukah persoalannya? Aku ingatkan dalam bersahabat tak mengira sempadan siapa kita. Rupanya aku yg salah menilai.

Ok. Cukuplah. Kadang-kadang kita ikhlas dalam persahabatan tetapi belum tentu orang lain akan bersikap yang sama dengan kita. Ku ingatkan bila bersahabat kita akan sentiasa bersama di waktu susah dan senang tapi tak semua orang begitu

Terima kasih buat sahabat-sahabat aku yang sentiasa bersama aku sama ada aku ada di bawah jatuh terduduk dan hadir untuk membantu memimpin aku kembali berdiri dan berjalan seiringan. Terima kasih dan aku amat hargainya.

Kadang-kadang bersahabat dalam dunia maya lebih baik dari dunia realiti kerana tidak dicemari oleh sikap mementingkan diri. Sentiasa ada untuk aku memberi kata-kata semangat. Terima kasih sekali lagi untuk semua.

BILA NAK SENYUM MACAM NI LAGI?

P/S: Ayie orang dah hantar lama dh kad raya tu ish2 baru sampai yek. Kalo p saman pejabat pos agak2 kes menang tak? Huhuhu...


LAGI BEBERAPA MINIT NAK EXAM TAPI AKU...

Lagi berapa minit ja aku nak exam. First paper lak tu. Tapi aku dok mengadap blog tulis N3 ni. Penat ar.. Macam-macam jadi kat aku dalam masa sehari. Dan berapa banyak dah air mata aku mengalir.

Sangat penat.... Sekarang pon rasa nak menangis lagi. Semalam macam mana lebat hujan turun macam tu la lebat air mata aku mengalir. Aku dh tak kuat. Dah tak tabah macam dulu.

Aku punyai banyak kelemahan. Tapi adakah kelemahan aku tu menjadi punca segala-galanya? Adakah kerana salah faham yang timbul membuatkan aku tidak punyai peluang nak menjelaskan segala-galanya? Aku bukanlah manusia yang sempurna.

Lagi beberapa minit nak exam tapi aku.................


Sunday, November 1, 2009

HAIWAN KESAYANGAN SAYA

PIC TAHUN LEPAS CHUBBY SIOTT



Ok aku masih belum mahu bercuti lagi dari blogging. Lupakan kebosanan yang melanda, lupakan kesedihan dan kesunyian yg dialami sebab masih ada kawan yang sudi menggembirakan aku.

Thanks pada kawan-kawan baik ku yg sudi bawa p makan nasi goreng ayam oyster semalam nyummy. Tak kering gusi bergelak ketawa sampai berpeloh-peloh menahan gelak hehehe...

So berbalik kepada tajuk semua orang mesti ada haiwan peliharaan masing-masing kan? Ada yang suka kucing, ada yang suka hamster dan macam-macam lagi binatang yang ada. Lagi pula binatang tu kan semua comel-comel.

Nak tahu apa haiwan kesayangan aku?? Hehehe.... Kucing. Oh tidak sama sekali kerana aku ni sangat geli dan takut dengan kucing. Walaupun binatang ini comel tapi bukan untuk aku. Nak pegang jauh sekali apa tah lagi nak mengusap.

Aku pernah menjerit sampai 1 cafe dengar disebabkan ada kucing yang cuba nak main-main dgn aku dgn menerkam kaki aku. Huh pe lagi terkejut semua orang huhuhu... Muka aku ni dh tak tau nak sorok kat mana dh sebab malu.

Hamster? Pon sama, sangat geli ok? Aku geli binatang yang berbulu halus macam tu. Dah cuba nak try suka kucing tapi memang aku tak boleh. Kalo kucing yang gemok ataupun berbulu tebal lagi la aku takut. Sampaikan aku pernah mimpi kucing besar duduk atas aku sampaikan aku tak boleh nak bernyawa.

Sampaikan aku tak boleh bergerak ataupun menjerit. Last-last aku hanya mampu baling spongebob aku dan dalam realiti pon memang aku baling sampaikan kawan aku terkejut. Aku sedar bila kawan aku panggil nama aku dan tanya kenapa aku baling spongebob dlm tidur.

SPONGEBOB INI

Sampai macam tu sekali la aku takut ngan kucing huhuhu... Maybe sebab fobia kot kecik-kecik dulu kena kejar ngan anak kucing hehehe..Lawak jer kan? Huhuhu...

Disebabkan aku ni tak pernah nak membela binatang sem lepas aku try la beli kura-kura. Disebabkan masa tu aku bz aku suruh la kawan aku bela dulu. Bila aku amik balik nak bela tak sampai 2 hari dh kiokk. Huhu.. Memang aku tak ada bakat kot bela binatang hehehe..

Nak bela ikan takut mati plak ikan tu hehehe... Jadi aku hanya berbakat membela anak orang bukannya binatang ok? kih3...


P/S: Esok aku exam doakan aku dipermudahkan nak jawab exam ok... =)


Saturday, October 31, 2009

BOSAN


Bosan asyik terperuk sorang-sorang dalam bilik. Member suma kuar tak ajak aku pon hukhuk sedih....Tak pa la asalkan diorang hapy enjoy sesama diorang sudah. Aku??? Tak penting pon bagi diorang..

Tak pa la. Jadi ulat buku kejap. So nak cuti jap dari blogging bleh?? Ni antara paper yang aku akan amik exam nanti.

LSP300 BAHASA INGGERIS AKADEMIK 2 U (2/11/2009 )2.15 PETANG

SHE101 HUBUNGAN ETNIK 2 U (17/11/2009) 9.00 PAGI

STU215E DASAR DAN SISTEM KEBAJIKAN 4 T (13/11/2009) 9.00 PAGI

STU231 ASAS-ASAS PSIKOLOGI 4 E (16/11/2009) 9.00 PAGI

STW213 PRAKTIS KERJA SOSIAL DENGAN INDIVIDU DAN KELUARGA 4 T (6/11/2009) 9.00 PAGI

STW217 KERJA KUMPULAN 4 T (3/11/2009) 9.00 PAGI

Mood hari ni sudah hilang entah ke mana so mahu tido walaupun sudah petang.


WONDER PETS SUDAH TINGGAL SORANG


Friday, October 30, 2009

MENANTI SATU KEPASTIAN

Ini N3 kedua untuk malam ni. Jangan terlepas baca N3 yg sebelum ni.

Susah kan nak bina kepercayaan terhadap orang lain?? Susah sangat. Kenapa? Adakah bila kita pernah disakiti bermakna semua orang sama???

Aku memang orang yang jenis main-main tapi bukannya main-mainkan perasaan orang. Aku cuma tak suka bersikap serius sebab itu bukan diri aku sebenar. Ada masa kita perlu serius terutamanya bila kita melakukan kerja.

Aku memang nampak cam main-main, suka gurau-gurau dan ketawa tapi tak bermakna dalam semua perkara aku macam tu. Terutamanya yang melibatkan hati dan perasaan. Sakit kalo orang mempermainkan hati kita kenapa kita nk mainkan hati orang?

Bila aku dah pulih dari segala kenangan silam dan ingin mulakan hidup yang baru, diri aku yang baru kenapa perlu aku nak harungi semua tu lagi. Kisah dulu sudah aku tinggalkan di belakang. Aku tak kan sesekali menoleh lagi. Cukuplah.. Sakitt bila ingat balik.

Cuma aku harapkan kepercayaan darinya. Aku cuba memahami dan aku harapkan perkara yang sama. Kawan aku suruh aku bersabar. Dan si dia suruh aku jangan berputus asa. Tapi bila kepercayaan dirinya terhadap diri aku digugat aku tak tahu nak cakap apa lagi.

Aku akan terus sabar menanti untuk satu kepastian.

**Tiba-tiba rasa nak p duduk tepi pantai sorang-sorang amik angin tak pun p bawa motor laju-laju lepaskan tension leh tak?


KISAH CINTA PANDANG PERTAMA

PIC MASA PESTA CAHAYA KT USM


Cinta pandang pertama.. Wow tajuk... Meletzzz gitewww... Hehe... Pernah tak korang merasai cinta pandang pertama? Korang tak kenal pon dia tu sapa tapi sekali pandang terus jatuh cinta. Hati yang selama ni beku terus cair bila melihat wajah dia.

Pernah tak korang mengalami benda ni??? Bila pandang jer wajah dia terus hati berdebar-debar. Mula la dapat sindrom mandi tak kenyang, makan tak lena, tidur tak basah **ke tidur basah..** Hahahaha...

Ok berhenti mengarut.

Cinta pandang pertama ni bagi sesetengah orang memang tak masuk akal. Sekali tengok pon boleh jatuh cinta. Selalunya ini sekadar yg kita nampak hanya luaran jer la. Dalaman tu belum tentu lagi. Pelik kan???

Memang pelik. Susah nak mengungkap sebenarnya macam mana boleh jatuh cinta pandang pertama ni. Tapi cinta jenis ni macam mana senangnya dia datang macam tu gak dia pergi. Sebab kita tak mengenali orang itu langsung lain la kalo ada yg berani tegur pastu minta no telefon.

Aku pernah gak ada pengalaman cm ni tapi tak tau la nk panggil apa. Rasanya bukan cinta kot tetapi hanya tertarik yeke tu? huhuhu..

Masa tu aku kat jeti Penang ngah tunggu feri. Ada la sorang mamat tu pakai baju kemeja belang-belang bawa beg sandang. Smart. Macam baru lps blk keja. Aku pon pandang dia. Tiba-tiba dia pandang aku mata pon bertembung mata. Aku cepat-cepat larikan anak mata hahaha..

Pastu aku wat tak tau jer. Tiba-tiba aku rasa mcm ada orang dk pandang aku. Sekali mamat tadi yg dok usha. Kih3... Dia plak cpt-cpt tgk tmpat lain. Macam tu la seterusnya sampaikan atas feri. Masa nak turun pon dia masih dk pndang aku. Aku wat tak tahu jer hehehe.. Segan cheq. Aku kan pemalu **pemalu la sangat** kah3...

Pastu masa turun dr feri aku lepas ke belakang dh. Dia kat depan. So sampai c2 saja la hubungan kami kah3... Hanya mata ja dok mainkan peranan hahaha..Cam lawak pon ada. Ni leh kira cinta pandang pertama ker???

Tapi mungkin kami tak kan jumpa dh. Yela sekarang ni kalo balik AS pon naik motor je tak naik feri dh. Kalo tak mana tau bleh terjumpa lagi hehehe.. Sampai sekarang aku ingat lagi muka dia mcm mana. Nampak matang. Pakai kemeja plak perghh smart tu kih3...

Lagi pun benda ni dh lama dh. Kalo tak silap aku masa awal sem tahun ni. Sekarang ni dh nak habis sem tapi aku masih ingat lagi muka dia sebab muka dia ada iras-iras kawan aku gk.

So macam mana cinta pandang pertama korang? Adakah seunik kisah aku?? Kui3....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi