Tuesday, January 6, 2009

PENCARIAN DALAM JIWA YANG CEDERA....

Semalam aku buntu lg. Aku masih tertanya-tanya sm ada perlu ke aku terus melangkah? Aku sudah mula melangkah. Tapi aku takut. Sungguh aku takut utk terus melangkah.

Tapi hakikatnya aku sudah mulai melangkah dan aku tidak boleh lg berpatah balik. Kenangan lama masih menghantui diri ini. Kenapa aku masih lg memikirkan perkara yg lepas sedangkan aku sekarang berada sudah jauh ke hadapan?

Aku takut seandainya hati aku luluh lagi. Aku memang penakutkan? Takut utk menghadapi kenyataan. Pengecut utk mengakui hati sendiri. Dan aku mula menjadi seorang yg hipokrit sedangkan itulah sifat yg paling aku benci. Tapi kini ia wujud dlm diri aku.

Hipokritkah aku seandainya aku tidak mahu mengakui perasaan sebenar yg wujud dlm diriku? Aku cuma takut utk hadapi yg satu itu. Aku tdk lagi mahu hati aku ini terus disakiti. Aku masih di bayangi memori semalam. Memori itu membuat aku menjadi takut pd bayang-bayang sendiri.

Dia hadir menghulurkan tangan untuk membuat aku bangkit semula. Berjalan dengan memimpinku bila aku jatuh. Supaya aku berani semula utk melangkah pd yg satu itu. Dan aku takut tangan yg menghulur itu juga akan melepaskan sehingga membuat aku jatuh kembali. Kembali terduduk sehingga tiada daya utk bangkit semula.

Aku masih lg teragak-agak.

Masih lg berfikir tentang tangan yg menghulur itu. Ikhlas kah? Jujur kah? Atau hanya bagaikan angin yg sekali lalu dan terus hilang........

TUHAN...Tolonglah aku....Aku buntu!! Dan aku pasrah dgn apa yg Kau tentukan pd ku. Tapi berilah peluang utk aku merasa BAHAGIA. Kerana itu yg aku cari dalam kehidupan.... Aku ingin bahagia.....

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

0 PESANAN PENAJA:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi