Saturday, January 31, 2009

PENCARIAN DALAM MIMPI-MIMPI


AKU MASIH MENCARI
DALAM KETIDAKSAMAAN WAKTU
AKU NAMPAK DIA
BERDIRI SAMBIL TERSENYUM MESRA

DALAM DIRI DIA ADA AKU
AKU NAMPAK AKU DLM DIRI DIA
TAPI DIA BERLALU PERGI
BILA AKU MENGHAMPIRI

AKU CUBA CAPAI TANGANNYA
TAPI TAK SAMPAI
AKU CUBA MEMANGGIL NAMANYA
TAPI LIDAH KU KELU

LALU AKU BIARKAN DIA PERGI
MENGIKUT ALUNAN HEMBUSAN BAYU
YANG BERHEMBUS
MENAMPAR LEMBUT PIPI KU

RAMBUT KU IKUT MENARI
MENGIKUT RENTAK HEMBUSAN BAYU
WALAUPUN SUMBANG
NAMUN MENDAMAIKAN

DALAM MATANYA
PENUH SINAR MENGHARAP
DALAM MATAKU TURUT BERHARAP
TAPI
TAKDIR MENENTUKAN
CINTA KITA HANYA DI SINI

PENCARIAN AKU RUPANYA BARU BERMULA
AKU MENCARI SESEORANG
YG MENCARI APA YG AKU CARI
YG MEMAHAMI DALAM MENGERTI

IKHLAS DALAM MEMAHAMI
SUNGGUH-SUNGGUH UTK MENYAYANGI
MENERIMA SEADANYA AKU
KERANA ITULAH AKU

DAN BILA AKU JATUH
SANGGUP UTK MENGHULURKAN TANGAN
MEMBANTU MEMIMPIN AKU
KEMBALI BERJALAN SEIRINGAN

6 comments:

  1. olos...

    jiwang nyers..

    hehe

    *tengah call pyan habib, nak bgtau ada org nak bacakan puisi. hihi

    ReplyDelete
  2. ang memang jiwang tahap gila

    ReplyDelete
  3. razor: pyan habib tu spa ek??? Kalo habib jewel tahu la...huhu..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi