Thursday, February 12, 2009

AKU INGIN MENANGIS


Aku ingin menangis. Ingin menangis dengan sungguh-sungguh. Dah lama aku tak menangis. Last menangis sebab tgk ceta Kami The Movie.

Aku nak menangis. Nak menangis dengan sungguh-sungguh. Nak menangis sampai kuar air mata darah.

Aku yg selama ini tabah ataupun konon-konon berlagak tabah tiba-tiba ingin kecundang pd diri sendiri. Sungguh!!

Aku ingin menangis!! Menangis!! Menangis!! Aku nak menangis!! Tapi aku malu. Malu pada diri sendiri. Ke mana hilangnya gadis kampung separa bandar yg tabah itu? Yang kuat hadapi semua dugaan? Yang kuat hadapi sebuah kenyataan yg memedihkan? Yang kuat melawan perasaan yg memilukan? Kemana hilangnya gadis itu???

Aku ingin menangis sepuas hati.

Biar tiada siapa yang peduli, aku tetap ingin menangis. Adakah dengan menangis akan melegakan hati yg keras ini???

Aku juga manusia. Seorang gadis kampung separa bandar yg mempunyai sifat kewanitaan. Biarpun sekeras mana pun hati ku aku tetap wanita. Wanita yg dicipta dari tulang rusuk lelaki. Wanita yg hatinya sekeras kerak nasi.

Adakah ini jalan takdirku???

Dan apa yang paling membuat aku ingin sangat menangis adalah aku tidak dapat menangis seperti yg aku inginkan......

5 comments:

  1. Nangislah..

    Menangis boleh melegakan sedikit kekacauan jiwamu..

    Menangislah..

    ReplyDelete
  2. "..Adakah ini jalan takdirku???"

    Bukan, ini bukan yang sepatutnya..

    Ini kata-kata insan yang KALAH!

    Jika itulah jalan takdirmu, maka selayaknya BANGKITLAH!

    ReplyDelete
  3. Perjalanan takdir ditentukan Allah tapi setiap yang tersurat ada yang tersirat. Semua ini ujian.

    Kuasa memimilih di tangan mu. Pilih lah sama ada dikau ingin tunduk mengalah atau bangkit capai jaya yang gah.

    Smiles

    ReplyDelete
  4. luahkan apa yg terpedam,,bg ku mnangis adalah one way utk luahkan apa yg dtanggung,,nangis la,,skali skala cuci mata dgn air mata

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi