Monday, February 2, 2009

AKU TAK LEMAH

Aku pernah suka dia. Tapi aku takut cintaku tak berbalas. Takkan perigi nak cari timba? Tak kan sesekali aku buat begitu. Lalu aku berusaha untuk membuang dia dari hatiku. AKhirnya aku berjaya juga. Tapi menyesal kah aku kerana tak pernah meluahkan apa yg terpendam dlm hati?

Entah. Mungkin ada 2 kemungkinan. Satu aku selamat dari termalu sendiri dan mungkin hubungan kami akan keruh sebab dia menolak cinta aku dan satu kemungkinan lagi mungkin dia berperasaan yg sama sepertiku tapi tak pasti sm ada aku akan menerimanya dan takut ditolak.

Kedua-dua ini ada kemungkinannya. Tapi itu cerita dulu. Ini cerita sekarang. Aku bahagia dgn apa yg aku miliki sekarang. Mencari teman untuk dijadikan pasangan kita bukan mudah. Jadi tdk perlulah terburu-buru untuk memburunya.

Aku rela berputih mata melihat kawan-kawanku dgn pasangan masing-masing. Kalo dulu ada cemburu tp kini tdk lg kerana aku percaya pd takdir. Malah aku doakan kebahagian mereka semoga berkekalan. Jodoh, ajal dan maut sudah ditetapkan. Cuma bila belum sampai masanya ia tdk akan terjadi.

Jodoh. Memang kita tidak tahu siapa. Kadang-kadang bercinta bagai nk rak ke hulu dan ke hilir bersama alih-alih tup tup kahwin dgn org lain. Sudah semestinya byk hati yg terluka. Bagi yg berkahwin senangnya dia meninggalkan si dia yang selama ini yg dia usung ke sana ke mari? Atas alasan apakah??

Kadang-kadang kita selalu mendengar ungkapan "dh jodoh nk buat mcm mana?" Kalo bercerai pulak "dh tak ada jodoh nk buat mcm mana?" Kahwin tu kan atas dasar jodoh mcm mn plak bila bercerai kata tak ada jodoh? Aku yg cetek ilmu ini selalu berfikir tentang ini. Ada apa-apa penjelasan?

Umur aku mungkin masih muda. Baru hendak menjengah 21. Baru nak memasuki alam separa dewasa. Mungkin aku masih mentah berbanding orang-orangan yg sudah angka umurnya melebihi aku. Tapi aku juga punya pengalaman. Pengalaman yg banyak mendewasakan aku, yg banyak mematangkan fikiranku dan banyak memberi peluang kpdku utk berfikir tentang kehidupan.

Sesungguhnya kehidupan bukanlah sesuatu yg mudah. Bukan semua impian yg kita harapkan akan jadi kenyataan. Tak semua yg kita inginkan akan kita dapat kecuali dgn usaha dan izin-Nya. Meskipun kadang-kadang kita berusaha keras utk memilikinya tp kalo tanpa izin-Nya hasrat kita tidak akan tercapai.

Aku pernah kecewa sehinggakan aku sudah tiada semangat utk meneruskan sisa-sisa kehidupan. Namun, aku bersyukur kerana tersedar dari mimpi-mimpi yg tak sampai untuk aku jadikannya sebagai realiti. Aku bangkit semula dgn penuh keazaman dan andainya aku jatuh aku tdk akan sesekali mengalah biarpun berkali-kali aku jatuh.

Kerana aku tahu aku bukanlah insan yg lemah yg hanyut kerana dibuai perasaan. Itu bukan aku walaupun terkadang hatiku dibuai oleh kenangan lalu. Lantas aku jadikan azimat supaya aku terus kuat dan tabah menghadapi hari-hari yg mendatang. Syukur alhamdulillah...

Kerana aku tahu, aku bukanlah lemah seperti yang disangkakan...



KERANA ITU AKU

2 comments:

  1. Caya ar..
    Ayat Power siot..
    Besh ar..

    ini kisah aku.. haha..
    dulu dier suka, aku xsuka tp layan. ada perasaan tp hipokrit. aku mintak stop then kini aku menyedari yg aku ader ruang utknya tp dia tk mungkin berpaling..
    nyesal xguna..
    so, biar yg berlalu ttp berlalu..

    ReplyDelete
  2. LOL: ayat power sbb ari2 minum power root.. ngeh3....

    itulah, yg berlalu biarkan berlaku, yg mendatang hadapi dgn tenang...
    jdkan pengajaran lalu sbg iktibar
    supaya apa yg dikesalkan xkan mnjd penyesalan lg..

    ;)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi