Wednesday, February 4, 2009

DITIPU DAN MENIPU APA BEZANYA???

* Amaran!! Entry kali ini memang panjang dan penuh dgn emo. Sila sediakan kopi dan biskut kering cap ping pong semasa membaca!! Pesanan penaja ini dibawa khas dari Gadis Kampung Separa Bandar

Ditipu dan menipu! Dua-dua berbeza dari segi ejaan dan makna tapi apa yang sama dua-dua tipu dan saling menipu.

Aku paling tak suka di tipu apatah lagi di tipu oleh seseorang yg kita anggap kawan. Biarpun usia perkenalan masih baru ataupun lama perlu ke nak menipu??

Benci betul la dgn org suka menipu ni. Pantang aku kalo kena tipu. Memang aku susah nk maafkan dgn org yg suka tipu ni..

Dulu aku pernah kenal dgn sorg mamat ni.. Mula-mula dia dia gtau nama dia zaidi. Pastu tetiba gtau bidi lak. Masa aku tau tu memang aku mls nk layan dh dak penipu cm tu. Pastu dia merayu-rayu suruh aku maafkan dia. OK aku maafkan.

Tapi memang aku tak pernah jumpa jumpa dia. Dia dpt no fon aku dari kawan aku. Setakat nk kwn2 ok layan jer la...Pastu dia kata dia suka aku konon-konon jatuh cinta dgn aku. Dia kata tak pernah bercinta. Berkali-kali dia minta couple dgn aku tp aku xnk sbb aku lngsung xda at kat dia.

Tiba-tiba satu malam tu mcm mn tah muncul idea bodoh dan smpai skrg aku menyesal tak sudah-sudah. Aku tima lamaran dia tp dgn satu syarat sebulan je kami couple..Dia tima dan dia kata lepas sebulan pandai2 la dia nk buat bg dia lupa aku.

Abeh sebulan hubungan aku dgn dia mcm biasa. Aku langsung tak ada hati kat dia. Dan aku anggap dia kwn biasa ja. Tapi yg peliknya dia msh anggap aku mak we dia. Dia cerita la umo dia 26, kerja sebagai pengarah kat mana tah. Aku langsung tak tertarik dgn kekayaan yg konon-konon dia dok cerita tu. Aku still anggap dia kwn biasa xda sekelumit pon perasaan kat dia.

Then aku ajak dia jumpa. Kebetulan masa tu aku pegi kelantan. Cuma dia kata mungkin tu kali terakhir kami jumpa. Aku tak kesah sgt. Sebelum ni aku ajak jumpa pon dia janji nk jumpa alih2 last minute tak xjd. Byk kali lak tu. Time tu aku syak dia ni kaki menipu. Tapi aku wat xtau ja nk tgk dia bleh menipu smpai bila sbb aku ni jns amik pendekatan wait and see.

So berjumpa la aku dgn dia. Dlm 5 minit pertama tu ok lagi. Pastu dia bagi aku tudung 2 helai. Aku amik jer dh org bagi hehe....Then aku minta nk tgk ic dia. Dasyat tak aku? Biasa ar nk pastikan apa yg dia ckp tu betul walaupun aku tau sbnrnya xbtol. Tp aku perlu bukti.

Dia dgn berat Hatinya pon tunjuk tu pun lps kwn dia suruh tnjuk. Dia tunjuk ic dia. Aku, tergamam! Senyap.

Tarik nafas dalam-dalam

Rupa-rupanya selama kami berkawan dia tipu nama dan umur dia. Rupa-rupanya sebaya ngan aku. Nama dia sbnr pulak Hafizi. Bodohnya. Mcm nk amik air pastu simbah jer muka dia masa tu. Tapi aku sbr lg. Dia merayu-rayu minta maaf. Aku buat dono jer..Senyap mls nk layan.

Tiba-tiba mata aku masuk habuk lak. Aku terus bangun blah tinggal dia terkial-kial sesorang. Tapi sempat lg capai beg berisi tudung yg dia bg td. Hehe...

Lps tu dia col byk kali merayu-rayu minta maaf. Nk jd kwn aku balik. Sory!!! Tak da masa aku nk lyn org cm tu. Sampai sekarang dia dok ganggu aku lg walaupun benda tu dh lama berlaku. Memang bengong org cam tu. Mcm s**l.

Hari ni ada lg org menipu aku. Masa mula-mula knl mengaku tak ada awek. Tapi hari ni gtau kata ada awek. Tapi bkn psl ada awek ke tak yg aku dok hangin ni tp psl menipu tu yg aku xbleh tima. Menyampah betul la...Aku paling xska org dok tipu2 ni automatik jd benci, meluat suma unsur-unsur negatif tiba2 ja wujud....

Sebab tu sampai sekarang aku single. Malas nk percaya ckp jejantan yg kaki temberang ni. Tapi tak semua la cuma kebanyakan memang cm tu...

Pehal nk menipu kan??? Dh la menipu keja kantoi tahap dewa...Cm buduh jer....

Aku ni tak reti nk menipu. Keja nk jujur jer dgn org. Sebab tu aku selalu kena tipu kot. Berguna lagi ke "bila kita jujur dgn org, org akan jujur dgn kita?" Bleh pakai lagi ke ungkapan tu?? Sebab selama ni aku dok pegang prinsip tu la..

Aku teringin gak menipu tp kalo menipu tu munafik la kan? Kalo aku menipu tak ada bezanya aku dgn penipu-penipu tegar yg lain kan?? So biarlah aku dgn prinsip aku yg cm lurus bendul tu.. Lurus-lurus pon tak semestinya aku buduh sampai xtau langsung.

Aku ni jns mls nk bising2.. Lantak ko la...Lau ko buat aku cm tu nti org akn buat ko lg teruk. Lagi teruk ko kena tipu nanti. Sebab apa? Sbb hidup kita ni ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Bila dh ada di atas tak bermakna selamanya akan di atas. Allah tu kan maha adil. Just wait n see...

*maaf entry kali ini agak emo...

2 comments:

  1. maafkan aku...
    sbenarnyer aku mmg ske kat kau...
    tp...tp....argghhh..kejam2...aku bkan kejam nak tgalkan die wlaupun die ade laki lain...aku pgang pade janji...kau mgkin x pcaye...x pe la..dah x de makne...x de spe yg fham aku..
    maafkan aku...anysss....

    ReplyDelete
  2. oh ooo..akak jiwang btul mamat tu...saya pun tak pham dengan orang yang suka tipu nama dia ni..padahal klau nak berkawan biarla dengan keikhlasan.kan senang cerita.oeremouan ni bukan suka ditipu..huhu~

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi