Monday, February 16, 2009

JANJI


"Janji yek??"

"Ok, janji!!"

Kita selalu berjanji dan kadang-kadang dijanjikan sesuatu tetapi sejauh mana kita boleh menepati dan menunaikan janji tersebut???

Pernahkah anda memungkiri janji dengan seseorang?? Dan aku pasti kebanyakan akan mengatakan ya.

Janji bagi aku adalah sesuatu ungkapan yg terluah dari bibir yg pasti bertujuan memberi harapan kpd seseorang. Secara tak langsung harapan itu perlu dijadikan kenyataan kerana apabila berjanji, janji itu mesti dikota.

Tapi tak semua org boleh menunaikan janji mereka jadi untuk apa berjanji seandainya janji itu dimungkiri dan menyebabkan ada hati yg terluka? Untuk apa berjanji kalo tak pasti janji tersebut dapat ditunaikan???

Jadi jangan berjanji jika diri sendiri tidak yakin dapat menunaikan dan jika sudah berjanji berusahalah untuk menunaikan janji anda. Jangan cuba memberi harapan seandainya suatu hari nanti anda akan membunuh harapan seseorang. Dan bg sesiapa yg dijanjikan sesuatu jangan terlalu mengharap akan sesuatu yg belum pasti.

Aku menulis berdasarkan pengalaman kerana ramai orang yg tahu berjanji tapi tak pernah nk menunaikan janji. Kecik-kecik dulu kalo kita ada buat salah kita selalu janji kat cikgu atau mak kita yg kita tak kan buat lg tapi kadang-kadang kita buat jugak. Betul tak? Tapi kalo selalu ulang-ulang kesalahan yg sama tak guna gk kn? Untuk apa berjanji kalo mcm tu??

Aku suka orang yang kalo dh berjanji dia akan berusaha untuk menunaikan walaupun kadang-kadang mcm2 halangan yg dia kena harungi. Ini adalah contoh-contoh orang yg boleh dipercayai. Dia sanggup bersusah payah untuk menunaikan janji supaya kepercayaan org padanya takkan hilang.

Bila anda menjadi seseorang yg dipercayai oleh orang lain, sebaiknya jagalah kepercayaan tersebut sebab sekali orang hilang kepercayaan pd kita selamanya orang lain tak kan percaya pd kita lg. Bukan semua orang boleh dipercayai dan bukan semua orang dapat menyimpan rahsia. Kalo tersilap orang memang hancur la.

Jadi,

Jangan tahu berjanji tapi tak tahu nak menunaikan.
Jangan memberi harapan seandainya tak bisa menjadikannya kenyataan.
Jangan mengharapkan sesuatu yang belum pasti kebenarannya.
Jangan menghancurkan kepercayaan orang lain pada kita.

Kalo kesemua di atas ni tak ada dlm diri kita, marilah kita sama-sama berubah untuk kebaikan bersama. Malaysia boleh!! Kita pun boleh bukan????

4 comments:

  1. heee
    kalau me;ayu ni glamer dengan janji melayu
    pkul 4stengah jadi 5 stengah
    ada sitilah lagi 2..
    hurmm

    ReplyDelete
  2. Tue la..Aku janji nak dtg interview pkul 2.45 tp dtg pkul 5.00....Sebab tu xdpt keje...

    ReplyDelete
  3. Oit..
    Chantek sungguh page Gadis nie..
    New ke aku yg lama xjenguk..
    Serious Chantek..
    bersinar-sinar aku nampak..

    JANJI?
    Jangan berjanji dengan aku kerana aku pasti sakit hati jika kau memungkirinya..
    hehehe..
    Berjanji jika yakin ble melakukan..

    ReplyDelete
  4. aku suka mungkir janji... ko nak kwn tak ngn aku? hehehehehe...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi