Thursday, February 12, 2009

PERLU KE UNTUK SERIUS???

Hmm....

Hmmm...

Sebenarnya......

Sebenarnya......

Adeh mcm nk gtau ni...

Berat hati sebenarnya.....

Hmm...

Sebenarnya,

Aku terpaksa menghentikan arena penulisan aku kat blog ni buat sementara waktu atas sebab-sebab tertentu...

Aku sebenarnya dh banyak bertangguh kerja. Kerja aku semakin hari semakin menimbun. Lagipun sekarang dh bz dgn citrawarna kt USM ni..Kena urus macam-macam jd kadang-kadang nk menulis tu dh kekurangan idea dan masa.

Dan rasanya bila aku dh start menulis nanti mungkin aku ingin menulis sesuatu yg serius pulak.. Maksud aku sesuatu yg mungkin boleh memberi input2 yg berguna untuk dipraktikkan dalam kehidupan mengenai apa yang aku belajar mengenai "Tingkah laku manusia dan persekitaran". Subjek yg paling aku ska.

Dan sebelum tu aku nk share something dgn korang suma.

Pernah tak dengar ungkapan " satu kesalahan perempuan boleh buat satu dunia menangis dan sepuluh kesalahan lelaki boleh buat semua wanita di dunia menangis kerananya". Ungkapan ini berkait rapat dengan berzina.

Lelaki bila dah dapat apa yg dia nak dia tak kan teragak-agak untuk meninggalkan perempuan tersebut. Jadi jangan jadi bodoh utk menyerahkan mahkota yg selama ini dipertahankan. Peringatan ini bukan sahaja untuk semua malah juga peringatan untuk diriku sendiri.

Pada zaman sekarang ini memang tidak dinafikan pergaulan antara lelaki dan perempuan sangat la bebas sehinggakan ada remaja yg sudah mengenal apa itu seks dan hilang dara seawal usia 12 tahun lagi. Percayakah anda dengan kenyataan ini?

Dan apa yg menyedihkan mereka bangga dengan apa yg mereka lakukan tanpa memikirkan kesan yg akan mereka tanggung kelak. Mungkin pada usia belasan tahun mereka belum mengenal apa itu erti kehidupan dan hanya memikirkan keseronokan semata-mata tapi bila sampai satu tahap di mana mereka tetap akan dewasa dan matang untuk memikirkan mengenai semua itu adakah sudah terlalu lambat untuk menyedari mengenainya?

Siapakah yang bersalah? Dan kesalahan ini akan diletakkan di bahu ibu bapa semata-mata sedangkan ada banyak faktor lain yg menyumbang terhadap permasalahan ini. Ia sebenarnya bergantung kepada diri sendiri. Walaupun betapa beratnya permasalahan tersebut jika kita pandai untuk menanganinya Insyaallah kita tdk akan terjebak dgn gejala yg tdk sihat ini.

Bagaimana perangai anak itu nanti bergantung kepada beberapa perkara iaitu:
  1. Semasa hendak bersetubuh antara suami dgn isteri adakah dimulakan dengan doa dan mengikut tertib-tertib tertentu ataupun berdasarkan nafsu semata-mata? Ini penting kerana benih yg bakal lahir itu berdasarkan siapa anda..........
  2. Semasa isteri mengandung adakah sumber makanan dari sumber yang halal atau tidak?
  3. Banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran serta bercakap dgn anak yg dalam kandungan kerana ikatan anak dan ibu sgt erat.
  4. Memang bukan mudah untuk mendidik anak tp jadilah ibu bapa yg bukan sj sbagai ibu bapa malah sebagai sahabat anak anda yg boleh berkongsi rahsia dan bercakap dari hati ke hati.
  5. Kenal pasti tahap-tahap perkembangan kanak-kanak dan didik mereka dgn baik. Pada kebiasaannya kanak-kanak yg berumur antara 1-2tahun akan cenderung melakukan sesuatu yg dilarang. Misal kata bila kita kata "jangan" dia akan buat gk btol x??

Agak seriuskan entry aku kali ini? Harap-harap ada gak input-input berguna untuk dijadikan panduan dalam kehidupan dan apa yg aku kongsi ni bukan sahaja utk anda tapi juga peringatan untuk aku.

Setiap manusia semua ada masalah masing-masing. Mana ada manusia tak ada masalah dan tipu sangat la kalo dia kata dia tak ada masalah tapi bagaimana permasalahan itu diselesaikan bergantung kepada diri kita masing-masing. Andai kata kita memilih jalan yg salah maka kita akan terjerumus ke lembah hina yg kita cipta sendiri begitu jg sebaliknya.

"Hidup ini ibarat lukisan, kita yang mencoretkan dengan warna-warna yg kita inginkan. Seandainya kita memilih warna-warni maka lukisan itu akan penuh dgn warna warni dan seandainya warna hitam yg dipilih maka hitamlah ia begitu juga dengan kehidupan..."

~WAN NUR HANIS BT AZMAN

~STUDENT SOCIAL SCIENCE MAJOR IN SOCIAL WORK


Post a Comment

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

0 PESANAN PENAJA:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi