Wednesday, March 25, 2009

BILA KENANGAN BERMAIN DI INGATAN, REALITI PERLU DIKETEPIKAN


Sangat boring.

Abeh jer citrawarna aku dah tak tahu nak buat apa. Selalu bz uruskan macam-macam perkara tapi aku enjoy sangat walaupun bz. Sekarang ni banyak pula masa terluang dan aku sangat boring.

Rindu nak sibuk buat surat macam dulu. Rindu nak turun latihan citrawarna dengan kawan-kawan yang lain. Rindu nak lepak ramai-ramai kat pejabat Desasiswa sambil borak-borak dan adakan sesi kutuk mengutuk.

Rindu semua itu.

Lepas ni semua orang buat kerja sendiri. Jumpa pon sekadar senyum sesama sendiri. Tak ada masa nak borak-borak macam dulu. Tak ada masa nak bergelak ketawa lagi.

Boring sangat. Masa aku dihabiskan dengan tidur.

Ya, aku menjadi seorang yang kuat tidur disebabkan keboringan melampau. Aku boleh tidur sehari tanpa makan apa. Bangun untuk menunaikan perkara yang wajib sahaja kemudian sambung tidur.

Dah jadi seorang yg pemalas. Malas nak lakukan apa-apa pun melainkan tidur. Malas nak ber sms. Malas nak layan orang yang aku dh janji lepas citrawarna aku akan bahagikan masa utk dia. Aku dh menolak dia dalam hidup ku tapi dia masih menginginkan aku.

Kesian kan?? Tak patut aku buat macam tu. Tapi aku dh terus terang aku hanya boleh sayang dia sebagai kawan dan tak lebih dari itu. Aku tak boleh bersama dengan orang yang tak dapat nk memahami aku, yg suka mengongkong apa yang aku lakukan dan sering mengatakan ini tak boleh dan itu tak boleh.

Aku ada prinsip aku sendiri. Aku ada cara aku sendiri. Bukannya seseorang yg perlu mengatur hidup aku. Itu bukan aku. Aku mahukan seseorang yg boleh terima aku seadanya dan memahami siapa aku.

Dia bukan untuk aku.

Kenapa aku susah nak menerima orang yang ingin hadir dalam hidup aku? Kenapa? Sedangkan aku sebenarnya menginginkan seseorang dalam hidup aku??

Mungkin aku belum bertemu right person! My prince charming di mana kau?? Huhu jiwang la pulak ngeh3....

Biarlah. Aku perlukan masa untuk mencari seseorang yang betul-betul diciptakan untuk aku. Meskipun lagi beberapa hari umurku akan mencapai awal dewasa. Cepat jer kan? Tapi rasa macam umur belasan tahun lagi huhu...

Dan,

Aku masih teringat kepada seseorang yang mungkin dah mati dalam hidup aku tapi kenangan bersamanya belum mati. Aku mahu lupakan semua itu. Aku tak nak dia wujud lagi meskipun hanya memori bersamanya.

Bagaimana pula dengan si mata cokelat?? Kesibukan memisahkan kami. Seperti dulu juga. Tak ada apa yang berubah. Jarak menjadi punca perpisahan kami. Dan untuk kali kedua kesibukan pula memisahkan kami. Adakah lg kali ke-3?? Entah la.....Hanya jodoh yg akan menyatukan kami.

Malam ni aku rindu. Rindu pada semua kenangan lalu. Kenangan yang memberi aku harapan tapi realiti yang menghancurkan harapan. Aku hanya perlu tabah dan terus tabah dalam menjalani kehidupan yang tak seindah yang kita impikan.

Buat N, semoga kau bahagia dengan pilihan yang kau buat dan aku akan terus berdoa untuk kebahagiaan kau meskipun kau tinggalkan aku secalit luka yang hingga kini mengambil masa untuk sembuh. 3 tahun berlalu bukan bermakna luka ini sudah sembuh.

Buat si mata cokelat, engkau dan aku masih berada di awang-awangan. Entah bila akan tersedar dari mimpi semalam.


Aku rindu pada kenangan tapi realiti sangat susah untuk diketepikan.

8 comments:

  1. kenangan xperlu terbawa ke dunia realiti

    ReplyDelete
  2. eleh kata aku jiwang,,dia pon jiwang gak nh,,hihihi,,kenangan jgn dilupakn,,sometimes knangan masa lalu yg akn mguatkan kt utk mghadapi ms dpn di alam realiti ini,,so biarkan knangan bsama di ingatan,,

    moga prince charming tu muncul cpt,,hihi,,

    ReplyDelete
  3. nonna manis: tapi kenangan adalah sebahagian dari realiti

    ReplyDelete
  4. nana: huhu..jiwang2 aku jiwang lg hg hehe...

    yup, kenangan sebahagian dari pengalaman dan pengalaman yg mengajar aku utk terus kuat..

    prince charming di mana kau?? ahakz..jiwang2..

    hihi...

    ReplyDelete
  5. huhu..

    Boring??

    Rindu??

    Kenangan??

    Realiti??

    Mengongkong??

    Mata Cokelat??

    cinta datang tanpa diundang. jika hati kamu belum terbuka utk seseorang, percaya bhw satu hari nanti, dia pasti akan datang membuka pintu hati dan kamu menjemputnya masuk..

    yg pasti degupan jantung ketika itu kencang jer..
    huhu..

    ReplyDelete
  6. LOL: tak sabar menanti saat itu hadir..

    setakat ni jantung berdegup kencang sebab lepas lari...

    ;)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi