Friday, March 13, 2009

DEMI MASA


Hari ni dah Jumaat. Selamat hari minggu semua. Kejap jer kan? Pejam celik pejam celik tetiba dah hari jumaat. Esok sabtu, lusa ahad dan seterusnya hari-hari yang berikut menyusul.

Masa itu bergerak. Kadang-kadang kita tak sedar pun masa berjalan dengan pantas. Sedangkan kita masih asyik leka dengan urusan duniawi semata-mata. Masa bergerak dan tak kan dapat diputarkan ke masa silam. Yang berlalu telah berlalu. Setiap detik adalah sangat berharga.

Macam mana nak cari masa terluang? Macam mana nak bahagikan masa dengan baik? Macam mana kita nak hargai masa? Semua itu terpulang pada individu itu sendiri dan aku sendiri masih tidak dapat menguruskan masa dengan baik.

Aku masih tidak ada masa untuk diri sendiri. Tidak ada masa untuk bercinta. Tidak ada masa untuk jejantan-jejantan yang menagih cinta dari aku. Kerana itu pilihan aku. Aku yang menentukan apa yang aku rasa aku perlu utamakan daripada perkara yang lain.

Biarpun aku sering merungut tentang kesibukan yang aku hadapi tetapi aku masih melakukan tugas dengan gembira kerana dari situ aku belajar banyak perkara. Aku bermula dari bawah dan aku belajar tentang MASA. Dan aku menjadi seorang yang lebih menghargai MASA.

Saat ini aku lebih menghargai masa. Masa-masa bersama keluarga yang paling aku rindui sekarang. Rindu sangat.. Dan aku simpati pada sesiapa yang tinggal jauh dari keluarga. Buat sesiapa yang sudah kehilangan ibu bapa semestinya saat-saat bersama mereka adalah sesuatu yg paling berharga dalam hidup mereka.

Buat sahabatku Noni yang baru kehilangan abahnya, takziah aku ucapkan. Dan setelah hampir 2 minggu baru aku tahu abahnya dah meninggal dunia. Begitu perahsianya sahabatku ini. Betapa kuatnya dirinya. Dan aku mengalir air mata apabila mendapat berita tersebut dan bukannya datang dari mulut dia sendiri.

Dia anak bongsu. Sangat manja dengan abahnya. Tika aku ke bilik noni, adakalanya dia berbual di telefon dgn abahnya bagaikan berbual dgn kekasih. Dengan suara manja dia akan berbual dengan abahnya dan kadang-kadang abahnya akan call hanya untuk memastikan yg dia sudah makan atau belum. Dan kini siapa lagi yang akn melakukan itu semua???

Aku tak dapat bayangkan sekiranya itu berlaku dengan aku secara tiba-tiba. Adakah aku akan kuat dan tabah? Aku cukup takut untuk merasai kehilangan seseorang yg aku sayang. Meskipun aku tahu setiap yg hidup pasti akan mati suatu hari nanti cuma kita tak tahu bila dan bagaimana?

Dan sekarang orang yang paling aku sayang sedang berperang dengan penyakit kanser. Kanser payudara. Namun di sebalik semua itu dia mempunyai kekuatan yang luar biasa. Aku tahu semangatnya yg kuat membuatkan dia mampu bertahan hingga kini. Tapi sampai bila? Aku takut untuk menerima kenyataan yang satu itu.

Tika ini, biarpun air mata mengalir membasahi pipi, mungkin tidak dapat mengurangkan penderitaan yang ditanggung olehnya. Juga penderitaan yang aku tanggung di sebalik senyuman manis ini. Aku takut aku tidak mampu untuk menanggungnya.

Aku takut!!!

Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan-Mu itu......

8 comments:

  1. sedih gak aku..,,huhuhuhu..

    ReplyDelete
  2. manusia tak pernah menang dengan masa....

    ReplyDelete
  3. akupentoi: masa itu bergerak dan sentiasa mendahului kita

    ReplyDelete
  4. Dear Friend..
    Salam..
    Lamanya tak lepakin kat blog GKSB..
    Rindu sangat..
    Dear..
    Seperti yang u tahu bahawa LOL baru kehilangan seseorang yang LOL kasihi dan LOL tahu peritnya perasaan itu.
    Apapun, kita harus menerima segala kemungkinan yang telah tersurat..
    Even, kita seolah tak percaya bahawa dia sudah tidak bersama dengan kita lagi.
    Bersedia untuk segalanya..

    GKSB,
    thank u coz bersama LOL melalui detik payah temph hari..
    LOL amat hargai.
    LOL semakin pulih sekarang tapi masih sedikit terkejut..
    Thanx for evrytin..
    LOL hargai kasih kalian..
    Perpisahan

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi