Sunday, March 29, 2009

RINDU PUNYA PASAL

Hari tu aku balik rumah kejap. Tengok tok wan aku yg masuk sepital dan balik jumpa puteri. Rindu sangat kat dia.

Aku balik sehari jer. Balik alor star hari isnin, selasa balik Penang. Walaupun jumpa puteri sekejap jer tapi ok la. Lepas gak rindu kat dia. Tapi puteri rasanya tak abeh lepas rindu kat aku.

Masa aku balik umah, puteri kerja menenggek dgn aku ja. Sampai kan aku kuar malam tu sebab nak pegi beli nasi lemak dia pon nak ikut gak. Aku bawa ja dia naik motor. Puteri duduk dalam raga, Ijat kat belakang.

Memang best puteri malam tu tambah kena angin malam masa aku bawa motor, keja gelak jer dia. Malam tu dia tidur lewat lg. Biasalah kalo aku balik mesti dia tidur lewat. Malam tu aku main dgn dia. Aku dukung dia pastu letak dalam 1 tong ape tah yg ada roda pastu aku main sorong-sorong.

Mengekek-ngekek puteri gelak. Aku amik kamera tangkap gambar dia. Bukan main lagi dia bergaya. Pastu aku dh mls nk amik pic dia merengek-rengek suruh aku amik pic dia lg. Umi aku nak mik pic dia,dia tak nak, nak suh aku gk.

Malam tu aku tidur sebelah puteri. Sekali ngan umi aku. Kebetulan walid aku balik kampung. Esok pagi umi pegi keja lewat sket sebab nk bawa puteri pergi klinik. Masa dia dlm keta tak abeh-abeh dok lambai tangan kat aku.

Tadi umi call.

Umi cerita pasal puteri.

Masa petang lepas umi balik keja dan amik puteri kat umah pengasuh masuk-masuk jer rumah terus puteri panggil "tak,tak" Lepas tu terus masuk bilik cari aku. Tengok-tengok aku tak da. Lepas tu umi cakap dia macam tak tau nak buat apa dia terus masuk dalam tong roda yg aku main dgn dia malam tu.

Haih..adik aku sorang ni. Rindu kat kakak sampai macam tu sekali?? Sabar erk nanti kakak balik lg. Ni yang membuat aku keja nak balik rumah jer ni.....Huhu..Sebak plak rasa.. Rindu sama puteri....

Lepas ni study week, bleh la aku nak balik umah hihi...Silap-silap, esok pon aku dh balik hahaha..Kalo rindu punya pasal macam-macam boleh terjadi..

Walaupun sesibuk mana anda, luangkan masa untuk keluarga juga yek?? Ingatlah orang tersayang.....




PUTERI QISTINA SYAKIRA


***"tak,tak" = kakak,kakak

4 comments:

  1. salam kenal orang kampong...

    ReplyDelete
  2. hye 'tak'..
    huhu..
    wah rindu sangat tue..

    beshnyer puteri ader kakak penyayang..
    (LOLlagi penyayang coz LOts Of Love)
    huhu..

    kalau kg aku dekat, aku pun nak balik gak..
    huhu..

    ReplyDelete
  3. LOL: LOL sememangnya LOL Hihi..

    "tak" yg penyayang ker aku???

    a'ah ye la..tak prasan la plak hihi...

    xpe ada masa,ada duit boleh jer balik...


    **"walaupun lautan api sanggup kau redahi.."

    ngee....

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi