Monday, March 23, 2009

HARI YANG SANGAT MELEGAKAN

Alhamdulillah.....

Segala-galanya dh selesai.

Malam citrawarna ke-9 sudah berakhir. Kami selaku Tuan rumah banyak mendapat pujian daripada ramai pihak termasuk naib canselor USM. Penganjuran yang lain dari yang lain.

Aku sebagai sekteriat dan juga penari sangat berpuas hati walaupun kami tak menang tapi majlis berjalan dengan lancar tanpa timbul sebarang masalah. Segala penat lelah aku sebelum malam gemilang tersebut berlangsung terbalas sudah.

Aku adalah orang di sebalik takbir yang menguruskan malam citrawarna USM 08/09 dan aku juga sebagai penari untuk desasiswa (asrama) aku.

Malam rehearsel citrawarna merupakan hari yang sangat memenatkan bagi aku. Pertama sebab aku tak tidur langsung dari hari sebelumnya. Kedua aku sibuk menguruskan borang-borang penyertaan semua desasiswa. Ketiga, aku juga sebagai penari yang berlatih sampai lewat pagi serta menguruskan T-shirt citrawarna utk semua penari dan penyelaras malam citrawarna

Sampaikan lepas rehearsel aku tertidur kat atas balapan di stadium olahraga atas pangkuan kawan aku. Penat sangat.. Nasib baik kawan aku memahami kepenatan aku tu. Thanks wan jun.


Ini pengalaman pertama aku terlibat dengan majlis yang besar macam ni tambahan pulak kami menjadi tuan rumah. Tapi memang best sebab aku dapat timba banyak pengalaman yang baru dan sangat berguna utk diri aku.

Aku buat uruskan banyak benda dalam 1 perkara. Memang sangat mencabar. Aku mencabar diri aku dan alhamdulillah aku berjaya lakukannya. Sebagai penari juga aku timba banyak pengalaman terutamanya pertama kali di mekap ala-ala puteri cina dan pertama kali juga memakai bulu mata palsu. haha...

Berat weh.. Dengan hiasan atas kepala lagi. Sabar jer la...Malam tu aku memang puas hati dengan persembahan kami. Ramai juga yang memuji tapi kalah dan menang adat pertandingan. Tak ada rezeki kami.

dan...

Aku dh qada tidur aku hehe.. Sampai sehari aku tidur ngeh3....Itu yang aku impikan selama ini tidur sepuas-puasnya tanpa gangguan. Ngee...Best best.

Aku nak balik rumah. Tok wan aku masuk hospital. Sakit. Tapi aku terpaksa menahan diri dari terlalu emosi sebab aku terlibat dengan citrawarna jadi aku tak boleh nak balik lagi. Rasa bersalah sangat.

Puteri, adik aku yang bongsu pun dah rindu sangat kat aku. Mak chaq aku gtau masa walid aku bawa dia balik kampung. Puteri tengok gambar aku pastu keja panggil "tak,tak". Tak tu maksudnya kakak biasala budak2 pelat lagi.

Tidur dalam buaian pun pegang gambar aku. Rindu sangat la tu. Aku pun rindu gak. Sabar-sabar esok kakak sampai.

Tak sabar nak tunggu hari esok. Nak balik......


**Pic malam citrawarna akn di upload kemudian. Nak tengok aku beraksi ala-ala PUTERI HANG LI PO tak???

2 comments:

  1. tahniah!!
    wah, puteri hang Li Po plak..
    nak nengok, nak nengok..
    huhu..

    ReplyDelete
  2. Akak manys..

    HAPPY BELATED BESDAY!!

    sajer nak jadi orang terakhir...

    hahaha..=)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi