Monday, March 2, 2009

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPA-RUPANYA.....

Di suatu petang yang suram, kala hujan renyai-renyai aku bersama dia menaiki motosikal untuk menyelesaikan tugas yang diamanahkan. Dengan ikhlasnya kami menjalankan tugas dengan penuh tekun dan amanah.

Setiap ceruk kolej kami lewati untuk memberi amanah yang dipikul oleh kami. Walaupun hujan turun renyai-renyai membasahi tubuh dan menampar-nampar lembut ke muka, namun kami gagahi jua untuk menyelesaikannya.

Namun, malang menimpa. kenderaan yang kami naiki hampir-hampir terbabas. Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Kenderaan yang kami naiki pecah tayarnya.

Hati aku mula memberontak. Inikah dugaan yang harus kami pikul dalam menjalankan kewajipan tugas yang telah diamanahkan?? Inikah harga keikhlasan yang perlu dibayar??

Dan dugaan yang maha hebat bagi diriku apabila duit yang ku simpan untuk bekalan seminggu terpaksa aku korbankan untuk membaiki tayar motor yang pecah.

Apa yang paling menyedihkan malam ini aku tidur hanya bertemankan air masak. Tiada makanan lazat-lazat yang menjadi peneman kepada tidurku....Hati ini merintih sayu....

Apakah masih ada sinar buatku untuk hari esok? Apa yang pasti mentari yang bersinar esok tidak secerah mentari di ufuk timur.......



**Psstt....aku ngah lapar ni.....ada sapa2 boleh bantu???


6 comments:

  1. La..ciannye dia..
    Yakin kan diri, rezeki itu dtg dr Allah.
    Insyaallah..akan dtg la rezeki tu klau kita berusaha & mengharap pdnNYA..

    ReplyDelete
  2. emmm aku rasa ko jgn risaw,,mentari pg sntiasa mnyinar dgn gahnya,,skg hujan dsebelah petang ja,,cheer up :)

    ReplyDelete
  3. hai ... dik salam kenal ....
    buat pe nak risau rezeki Allah bagi ~ hari nie mungkin bukan rezeki esok -lusa mungkin lebih lak dia bagi .... dan dia tak pernah Menzalimi hambanya...

    ReplyDelete
  4. adnel: hye salam kenal...

    insyaallah.....nk wat cana dh xda rezeki sy...

    sabar jer la...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi