Monday, March 16, 2009

PENAT TAPI BERBALOI KE???

5 hari lagi malam citrawarna 08/09 akan berlangsung. Aku masih sibuk menguruskan pasal semua perkara. Tak sabar-sabar nak tunggu 21.3.09 ni. Harap-harap semua berlaku seperti yg dirancang.


Penat mental dan fizikal. Tapi aku masih bertahan lagi. Sebab aku selalu meletakkan diri aku dalam situasi yang agak stabil meskipun kadang-kadang aku sangat tertekan sehinggakan hampir-hampir nak menangis.
Penat!!


Semua tugas dicampakkan atas kepala aku sorang. Akulah exco kebudayaan, akulah setiausaha malam citrawarna, aku jugalah yg uruskan psl borang penyertaan semua desasiswa, akulah yang uruskan pasal t-shirt utk mlm citrawarna, akulah pengurus pasukan, sampaikan menari pon aku juga. Gilakan???


Aku bukan gila kuasa ok macam sesetengah orang. Ini adalah tugas yg orang amanahkan untuk aku. Bukannya macam sesetengah orang yg suka kawal suma benda dan paling menyakitkan hati orang lain yg buat keja tiba-tiba dia pula yg bersuara mcm dia yg lakukan semua tu sedangkan aku yg bertungkus-lumus siapkan semua tugas.


Tiba-tiba dia melaporkan benda yg dia langsung tak terlibat dan buat seolah-olah dia yg lakukan semua itu. Macam siak jer kn?? Ramai gak kengkawan aku bising psl dia. Tapi aku akui dia memang seorang yang pandai kipas-susah-mati pihak atasan. Walaupun dia mcm tu nasib baik kerja dia buat gk.


Penat weh!! Aku penat mental. Fizikal boleh tahan lagi. Boleh lagi kurus macam ni. Aku geram sangat kat penyelaras yg ditugaskan buat air utk penari. Sepatutnya sapa yg bertugas buat air, dialah yg kena beli air batu. Boleh pulak budak 2 hekor tu cakap kami ditugaskan buat air jer yg lain kami tak tahu.


Time tu aku boleh sabar lagi. Then aku ckp xpe la biar aku jer beli. Malas nk bising2. Yang kawan aku sorang lagi dh hangin dh. Siap sumpah seranah tp kat belakang diorang je la..Penat gila aku hari itu. Hmm..sabar jer la...


Pastu aku kena uruskan pasal tempahan t-shirt lak. Malam tu dh settle dh walaupun pd mulanya ada pertembungan psl t-shirt dgn kwn aku. Pen. pengarah projek suruh aku uruskan tiba-tiba lak kwn aku yg sorg lagi ckp diorang yg uruskan gk. Kelam kabut gila. Aku suruh dia settle kan jer lgpun abg yg aku nk discuss psl t-shirt tu dh smpai dh.


Bukannya nak gtau awl-awl geram gak aku. Tapi mcm biasala aku ni sabar lagi. Malas nk ckp banyak. So t-shirt dh settle. Sok tu pagi2 buta abg buat t-shirt tu call gtau suruh emailkan design lain sebab dia terdelete. Gila arr..


Dh la semalam tdo kul 3 pagi, pagi2 call time aku ngah tdo lagi gtau masalah. Kalo gtau aku dapat rm 1 juta tak pa gak la. Design baju lak yg diorang editkan lain tak save dlm laptop lak. Argghh... Tension dh. Masalah problem betul la. Pastu g cari Amin kat stadium suh dia design balik. Hmm..Macam2 masalah.
Dugaan...


Tu pun nasib aku tak balik rumah. Kalo aku balik cana la bebudak tu. Aku fikir kalo aku balik nanti keja aku orang lain plak yg kena buat walaupun aku dh tanya Yan mcm mana kalo aku balik hampa semua ok ka? Dia kata ok jer tak ada masalah. Tapi tengok ar masalah problem gak yg timbul kan??


Masa aku tulis entry ni pon aku baru lepas balik dari office. Berkampung kat situ lak uruskan pasal borang-borang penyertaan citrawarna. Ada lagi gak desa lain yang tak hantar walaupun tarikh dah tutup. Menyusahkan betul la......


Malam ni menari lagi. Macam nak terputus nyawa. Nak bernafas pon aku rasa sesak. Penat sangat-sangat. Tapi aku kena kuat gak. Aku mesti kuat. Mesti bertahan. Mesti.


Study? Usah di tanya. Tak sempat nak study lg. So study week ni kena keja keras utk study. 3 paper je pon kena study hard gk. Aku tak nak pasal sibuk uruskan benda lain, pointer aku jatuh. Kalo walid ngan umi aku tau aku sibuk uruskan benda ni mau kena berleter. Study entah ke mana.


Cuti sekolah ni pon aku tak dapat balik jumpa ngan adik-adik aku. Umi aku dah call suruh balik tapi nak buat mcm mana sibuk, tak sempat nak balik. Rindu gila nak balik uwaa.....


Aku gak nak minta maaf pada sesapa yg terkena marah kalo tiba-tiba call aku tengah-tengah pagi buta time aku tidur lagi. Tapi rasanya memang patut pon kena marah hehe.. Call aku pastu dok buat hegeh-hegeh mcm mana tak kena marah. Siap antar msg lg tak nk call aku dh sbb time dia call mesti kena marah hehe...


Yela selalu call time tak kena masa. Time aku bz ataupun aku tgh tidur pastu buat hegeh-hegeh pangai budak2 dia tu. Nasib la kan??? Huhu.. Garang ke aku ni???


Pada seseorang yg selalu perli aku "menarilah sampai subuh" maaf ye sebab saya sangat bz. Tak sempat nak msg2 ngan awk. Kalo awk merajuk pon memang tak terpujuk. Pujuk la diri sendiri yek? Huhu...


Pasal si mata cokelat lak hmm.....Hehe...Huhu..Cana erk?? Masing-masing bz. Kalo ada masa akan contact gak kalo tak ada masa masing-masing paham cuma dia selalu bising sebab aku selalu tak makan. Terlupa la. Kadang-kadang leka wat keja. Dia ckp dia pon bz gk tp makan tetap mkn.


Itu dia. Aku? Hmm...Memang lom mkn lg pon. Huhu...Makan karipap jer tadi. Nasi tak sentuh lagi. Tiba-tiba perut berbunyi lagu dangdut lak ni. Adeh... Lapaq....Bila tah nak mkn ni??


Hmm...Doakan semua yang aku usahakan berjalan dengan lancar yek?? Aku masih terasa penat. Tapi tak apa, aku akan terus bertahan sampai semua ini selesai.


Insyaallah.....

4 comments:

  1. penat..?ko minumlah red bull..pomot nih..

    ReplyDelete
  2. alaa kesian penat..

    ndapa!
    berbaloi juga tu..hee

    ReplyDelete
  3. alaaa..kesian nya...

    ndapa!
    berbaloi jugak tu!
    hee

    ReplyDelete
  4. pengalamn tu kakak..
    sabar je eh..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi