Friday, March 27, 2009

PERASAAN MENJADI 21


Perasaan menjadi 21. bagaimanakah perasaan aku sekarang? Sangat bersyukur kerana masih berkesempatan menyambut hari kelahiran yang ke 21. Angka yang semua anak remaja impikan kerana ingin mendapat kunci kebebasan.

Bagi aku, 21 adalah angka yang mungkin membawa perubahan besar dalam hidupku dan tiba-tiba baru aku sedar, aku sudah dewasa rupanya.

Kadang-kadang masih ada sikap keanak-anakan bila berada dirumah. Masih sering bergaduh dengan adikku meskipun umur ku sudah 21 dan kadang-kadang masih tidur dgn umi lg time walid aku tak da.

Mungkin itu sebagai satu cara aku bermanja dgn adik-adik ku (konon-kononnya la). Sebagai kakak memang seronok memarahi adik yang lebih muda dari ku. Hehe…

Terutama adik ku yang second last, Putera Affan Izzat. Ijat nama panggilannya. Memang sering kena marah dgn aku. Kadang-kadang sampai nangis-nangis kena dgn aku. Huhu.. Dia ni cakap banyak pastu suka menjawab. Kalo dgn aku dok menjawab lebih2 silap banyak la..Makan penampor pon boleh ni hehe… Garang tak aku??? ngee...

Kalo aku balik, ijat selalu jeles kalo puteri nak bermanja dgn aku. Kadang2 dia sengaja tak bagi puteri duduk dkt aku. Yela kat rumah sekarang ni tinggal budak 2 orang tu ja. Abang-abang dia yang lain semua kat U dan ada yg ddk kat hostel.

Tapi memang aku suka dgn angka 21. Peringkat umur awal dewasa. Dewasakah aku? Tak terasa macam dh tua ke? Oh tidak sebab aku sentiasa awet muda hehe..Kalo aku cakap form 3 pon org percaya disebabkan keadaan fizikal aku iaitu ketinggian yg sememangnya tak tinggi mana pon.

Ramai yang wish hepy befday kat aku. Thanks uols….Walid aku pon wish. Terkejut gak aku terima sms dari dia. Selalunya dia buat biasa jer. Mungkin dia rasa rupa-rupa anak perempuan sulung dia ni dh besar. Dah 21. mungkin walid aku rasa dia dh tua kot hehe..

Ada pulak anak dara yang dh umur 21. Dulu walid aku pernah ckp, lebih senang nak jaga lembu sekandang dari jaga anak dara sorang. Memang benar pon. Alhamdulillah, aku mendapat didikan dari umi dan walid, tok dan wan yg mendidik aku menjadi insan yg berguna. Maka jadilah aku seperti aku skrg

Dan tadi aku mendapat sms dari adik N "akak hepy besday, good luck for everything" Adiknya dh aku anggap sebagai adik sendiri meskipun aku dan N dah tiada ikatan lagi. Sempat juga aku bergurau dh 2 tahun sambut befday tanpa ada orang di sisi. Adik dia gelak jer. Huhu...

N, hehe..satu nama yg membawa banyak memori dalam hidupku. Susah dan senang bersama. Tempoh perkenalan yang lama bukan menjamin kehidupan bersama. Kalo tersurat dia bukan untukku sedalam mana pun cinta takkan bertemu jodoh juga. Dan aku akur pada ketentuan-Nya.

21. 2 dan 1. 2 in 1. 2 jiwa 1 hati. 2 hati 1 orang. haha..comna ni ha??

Umur 21 tapi masih belum bertemu right person. Nampak mcm terdesak ke?? Aku dh lama menyingle sekarang nk bermula semula. Tapi orang nak kat aku, aku tak nak. Napa la susah bebenor nak jatuh cinta ni? But i'm straight ok??

Kadang-kadang aku berperang dgn diri aku sendiri. Berperang dgn perasaan. Kalo ada yg aku berkenan semua dh jadi hak milik orang lain walaupun bukan hak milik mutlak dan kekal. Aku tak nak terjebak dgn cinta yg bersegi-segi lg.

Aku tak memilih sangat. Selain dari ciri-ciri kebaikan yg semua orang impikan utk memilih pasangan cukuplah dia ada janggut sejemput. Janggut yg menambahkan manis bg seorang lelaki. Sunnah Rasulullah tu... Hehe...

Semalam aku sambut befday dgn air oren masin+lada sulah dan air sabun. Bagus la kwn aku sorang ni si ida tu. Pekena aku hidup-hidup. Habis baju ngan tudung kena air sabun n air oren. Tapi tak seteruk dia kena dgn aku dulu siap makan tepung lg hahaha...Perang tepung.

Apa-apa pun aku harap bila umur aku 21, aku akan beroleh banyak kejayaan, kegembiraan dan paling penting kebahagiaan. Aku nak lupakan memori luka semalam (ceh jiwang la plak). Nak lupakan N, dan semua kenangan lama yg membuat hidup aku terseksa.

Si mata cokelat???? Entah la. Kesibukan sering memisahkan kami. Entah apa khabar dia di sana. Mungkin tiada lagi untuk kali ke-3. Tapi aku tetap rindu pada mata cokelatnya hehehe...



CHAYOK! CHAYOK!





**BUAT SESIAPA YG BELUM TAHU, NAMA SEBENAR AKU WAN NUR HANIS. NAMA GLAMOR ANYSS. NAMA KAMPUNG TETT.....TAK LEH GTAU. HEHEHE...



THANKS PADA SEMUA YG WISH BEFDAY AKU



1 comment:

  1. Hepi Besday on ur birthday.. umur da 21 elok kawin da nie..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi