Wednesday, April 8, 2009

BERITA DARI KAMPUNG

Aku sekarang kat kg, kat Yan. Sibuk menemani tok wan aku kat hospital. Tidur kat hospital. Aku nak jaga tok wan selagi aku mampu. Dulu masa aku kecil, dia yang jaga aku. Selepas umi aku habis pantang, aku tinggal dgn tok dan tok wan dari kecik.

Mereka yang jaga aku sehingga umur aku 13tahum barulah aku tinggal dgn umi dan walid. Sekarang tibalah masa aku membalas jasa mereka. Walaupun jasa mereka terlalu besar, sekurang-kurangnya aku lakukan sesuatu utk membalas jasa mereka.

Selagi ada hayat mereka, berbaktilah pada mereka. Jangan lupa jasa mereka yg membesarkan kita. Sekarang ni ramai yg terleka dgn nikmat dunia, sibuk bekerja sehingga terlupa pada ibu bapa di kampung. Kalo anda orang yg begitu sedarlah, telefon lah ibu bapa anda walaupun hanya utk bertanya khabar.

Jangan bila mereka tiada, kita baru nak menangisi dan kesal kerana mensia-siakan mereka selama ini. Ini peringatan buat diri aku juga. Aku tak nak bila orang yg aku sayang tiada, aku akan berasa kesal kerana tidak menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan juga cucu.

Minggu depan dah nak final exam. Aku tak boleh nk fokus sangat pada study. Cuma aku harap aku boleh buat terbaik utk final exam kali ini. Aku tak nak semua itu menjadi alasan pointer aku jatuh kali ini. Doakan aku berjaya mengharungi semua ini.

Ada satu malam tu, aku sangat perlukan seseorang untuk berkongsi rasa hati. Aku menguji kawan-kawan aku dgn menghantar sms pada mereka. Dan alhamdulillah masih ada sahabat yg sedia menemani aku dan mendengar luahan hati aku walaupun pada masa itu hampir pukul 2pg.

Walaupun dlm ramai-ramai hanya 2 orang yg membalas sms aku, terima kasih aku ucapkan pd Yasir dan Apit. Terima kasih sebab sentiasa mendengar dan berkongsi rasa hati aku. Dan dari situ, baru aku tahu yg mana betul-betul kawan yg sanggup berada bersama kita saat kita susah dan dlm kesusahan.

Kawan untuk seronok memang ramai, tapi belum tentu semua kawan akan sanggup berada di sisi kita utk sama-sama berkongsi kesedihan.

Cuma aku pinta, doalah semoga tok wan aku dan tok aku mempunyai kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Berilah kesempatan kepada aku utk membalas jasa mereka. Doakanlah aku untuk terus tabah dan terus tersenyum manis utk kalian.....

3 comments:

  1. Syabas beta..
    huhu..
    betul tindakan u tue beb.
    jagalah tok wan k..
    dia perlu penjagaan seseorang.
    bila tok wan tdo u stadilah k..
    kena balance.
    Gud luck for evrytin k..

    bertuah tok wan u ader cucu like ya..
    God bless all of ya and family..
    Cheers dear!

    ReplyDelete
  2. Semoga tok panjagn umur dan gadis kampung separa bandar berjaya dalam exam...mesti boleh punye janji ikhlas...tuhan sentiasa bersama hambanya

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah akak,semua akan dipermudahkan..
    jngan risau yer!!
    kami sentiasa disisi akak....

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi