Tuesday, April 21, 2009

CINTA EKSPRESS

Cinta ekspress. Apa kata anda pasal cinta ekspress? Cinta ekspress macam bas ekspress kah? Yang laju macam itu kah?? Yang berdesup laju sampai buat ramai terkorban akibat eksiden kah???

Lebih kurang macam tu lah.

Cinta ekspress ni sangat sesuai ditujukan pada sesiapa yg baru kenal dgn pasangan pastu terus couple. Sedangkan belum kenal hati budi masing-masing. Kadang-kadang usia perkenalan tak sampai lagi seminggu apatah lagi sebulan.

Pelik, pelik. Memang pelik. Inikah cinta?? Atau hanya sekadar cinta, cinta dan cinta? Cinta ekspress.

Cinta ekspress ni selalu terjadi pada pasangan muda yg rasa tertarik antara satu sama lain dan terus couple. Sedangkan usia perkenalan baru setahun jagung. Perlu ke macam tu?

Bagi aku, cinta ekspress ni bagaimana cepatnya dia bermula begitu juga cepatnya ia berakhir. Bila dh couple baru tahu tak serasi pastu gaduh-gaduh last sekali clash. Sepatutnya masa berkawanlah perlu kenal hati budi dan bila rasa serasi baru ambil keputusan utk couple.

Ini pendapat aku sahaja. Berdasarkan pengalaman dan dari kaca mata aku sendiri walaupun aku sebenarnya tak rabun pun. Huhu..Ramai kawan-kawan aku macam tu dan aku dulu sendiri pun penah mengalaminya. Tapi itu cerita masa zaman budak-budak.

Bila umur semakin bertambah, pengalaman pon bertambah, berat badan pon bertambah, aku semakin matang dalam menempuh hidup. Boleh berfikir tentang perkara-perkara lepas seterusnya dapat menilai apa yg kita telah lakukan dalam hidup kita.

Cinta ekspress. Rasanya bila baru kenal pastu terus couple bukannya cinta tapi lebih tertarik pada pasangan masing-masing. Tambah kalo perempuan tu cantik pulak cepat-cepat minta couple takut dikebas dek lelaki lain.

Bagi aku, lebih baik sesuatu hubungan itu dimulakan sebagai kawan seterusnya sebagai kawan istimewa dan kalo sudah bersedia dan rasa hubungan itu serasi barulah boleh ambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin.

Bertunang itu sendiri memang adat tapi disebalik kebaikan bertunang adalah satu tempoh masa yg kita boleh ambil untuk mengenali dan mengambil hati bakal mentua masing-masing. So tak ada lah masalah MENTUA VS MENANTU di kemudian hari.

Aku lebih suka berkawan dulu sebelum mengambil tindakan yg selanjutnya. Sebab aku nak kenal betul-betul lelaki yg akan jadi bakal suami aku kerana aku mencari suami bukannya hanya teman lelaki.

Bagi orang lain apalah sangat kan tapi bagi aku itu sangat penting. Sebab aku nak bahagia. Tak salah rasanya mementingkan diri untuk kebahagiaan diri sendiri. Bila kita bahagia secara tak langsung ibu bapa kita turut bahagia.

Cinta ekspress hanya satu ungkapan untuk aku menggambarkan cinta bagi pasangan yg baru kenal terus couple. Itu pendapat aku, macam mana pendapat korang pulak???

12 comments:

  1. Cinta express xslah..asalkan berlandaskan perasaan cinta bukan kerana hawa nafsu.
    Slepas melafazkan cinta truskan bercinta dan cintalah dengan hati dan perasaan bukan dengan mata.
    Cintailah pasangan mu selamanya jangan pernah kenal erti jemu.

    ReplyDelete
  2. cinta ekspres sudah semestinya bersifat ekspres.laju.pantas.ya.sangat pantas.jadi tidak hairanlah hubungan yang bersandarkan atas konsep ini akan berakhir dengan pantas juga.

    ReplyDelete
  3. ~0~: sekarang ni nk cari cinta yg betul-betul sejati sangat susah....

    tak kira lah walaupun bukan cinta ekspres, cinta yg lain2 yg pelbagai jenis pon cm tu gak...

    ReplyDelete
  4. padelkopak: nama pun cinta ekspress laju macam bas ekspres dan kadang2 eksiden sampai ramai yg terkorban..

    ;p

    ReplyDelete
  5. cinta ekspress ni utk org yg nak ske2 je..yg x tau nak nilai indahnye sebuah percintaan yg disulami dgn keikhlasan,kasih syg,prgorbanan n saling memahami..so pkir2 la sblm nak cr sebuah cinta..cinta memberi kebahagian n kdg2 kesedihan yg melampau kpd seseorg...

    ReplyDelete
  6. yes!!!
    aku stuju bangat tuh anis..
    sbb tuh aku xkapel
    kwn tp mesra memang ade
    hahahahaha...


    weh..
    aku tag hang sile rujuk blog daku ya shayam!!
    ini aku gune blog shop aku...


    tp tag tuh ade kat personal blog aku..
    ngeh3x

    ReplyDelete
  7. cinta ekspress nie ialah becita dengan driver bas ekspress. dah tue bila dah kawin nanti selalu kena tinggal sorang2 kat umah sbb suami bawak bas ekspress. he he he

    ReplyDelete
  8. Selendanggurl aka niza: Teman tapi mesra biar ramai nanti senang nak memilih..

    hikhik...

    ok nanti aku buat tag ko tu huhu..

    ReplyDelete
  9. Fadh: hahaha....kena tinggal selalu tu yg bahaya tu...

    ngee...

    ReplyDelete
  10. Hye Friend..

    Cinta Ekspress?
    huhu..
    katakan TIDAK..

    nanti ekspress lak berakhir.
    tapi kalau hati dah suka, declare jer ar..
    hehe..

    Semoga berbahagia..

    ReplyDelete
  11. LOL: WELCOME BACK!! hihi..

    yup katakan tidak...

    Bahagia selalu jer..

    ;P

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi