Sunday, April 19, 2009

CINTA IBARAT LASKAR PELANGI

Hmm.....

Malasnya.... Malas, malas dan malas.

Hmm.....

Keje mengeluh jer kan???

Tidur pun tak berapa nak lena. Ida cakap aku suka mengigau. Bunyi macam nak nangis. Nangis dalam tidur ke?? Entah la... Tidur tak berapa nak lena la sekarang. Mimpi pon pelik-pelik jer...

Rasanya kerap gak aku mengigau macam nangis dlm tidur. Entahlah.... Aku tak ingat pon pe aku mimpi dan sebab pe kerap sangat jadi cm tu. Biar lah......Jangan mengigau berjalan dlm tidur sudah. Nanti Ida takut lak... Huhu...

Hari tu ida tegur, dia suruh aku lupakan semua kenangan lama dan buka hati aku untuk lelaki lain. Suruh aku jangan keraskan sangat hati. Memang aku mengaku kenangan lama masih menghantui aku.

Maybe dia risau kot sebab aku tak ada pak we. Hehe.. Sampaikan nk perkenalkan aku dgn kawan dia la... Macam tu pon boleh?? Pon boleh...Ngee....

Entah lah tak paham dgn diri sendiri dan tak nak org len paham pasal diri aku. Dia tanya aku apa yg istimewa sgt si tutt (xleh sebut nama) kat mata aku? So aku gtau la sbb pe dan rasanya selagi aku tak dapat penjelasan dari si tutt selagi tu hidup aku akan dibayangi oleh kenangan bersama dgn dia.

Bukan apa cuma tak puas hati jer. Bila aku dh puas hati nanti baru aku boleh jalani hidup aku dgn tenang. Yeke? Biar keadaan yang menentukan.

Tiba-tiba rindu pada si mata cokelat. Tiba-tiba jer kan? Sedangkan baru lepas gayut dgn dia jer ni. Huhu... Mesti ada orang jeles bila baca ni sebab aku tak angkat pon masa dia call huhu....

Memang saja tak nak angkat. Rasanya awak tu tak kan berjaya buka hati saya. Saya tak suka dgn perangai awk yg selalu memaksa saya. Dan rasanya tak patut awak ckp macam tu kat saya disebabkan hanya satu msg bodoh tu. Ye msg bodoh!! Kasar kan???

Awak umur tua dari saya tapi masih tak matang lagi. Kadang-kadang bila terfikir nak terima awak, awak selalu buat benda yang saya tak suka dan buat saya marah kat awk. Rasanya cukuplah kot tak payah la awak nk menawan hati saya lg sebab sy memang tak kan jatuh cinta kat awk.

Tak payah la nk call saya lagi. Tak payah la awak nak merayu lagi saya dh malas nk cakap dgn awak. Kalo saya terus terang kat awak pon awak bukannya nak faham ataupun sj pura-pura tak faham.

Saya tahu awak sedang membaca dan harap awak faham.

Hmm...

Sory kalo korang terpaksa baca pasal benda ni. Memang aku dh tak tau nak terangkan kat dia macam mana lagi. Aku bukan yg jenis suka dipaksa buat benda yg aku tak suka. Tak suka dikongkong ok? Baru kawan kot..Belum lagi couple apetah lagi jd isteri.

Dan aku malas nak layan benda yg remeh temeh macam tu. Pasal tak reply msg pon boleh jadi isu? Pastu cakap yg bukan2.. Bosan ar.... Tak matang langsung. Dan bila aku tanya sebab apa dia suka aku dia kata sebab aku cantik??

Nampak sangat hanya sekadar fizikal semata-mata. Baik tak payah kalo cam tu. Aku nak orang yg leh terima aku kerana siapa aku sebenar dan bukan hanya sekadar luaran tp juga dalaman. Dia baik tapi dia mungkin belum cukup baik sampai boleh buat aku jatuh cinta kat dia.

Itulah aku. Mungkin boleh dilembutkan dgn cara yg lembut. Kalo lagi dipaksa lagi tu la aku melawan... Nak tegur orang biarlah kena dgn caranya. Betul tak? Betul betul betul.. (tetibe dgr suara Upin dgn Ipin). hihi...


Ini serius ok?? Bak kata Ming-ming dlm Wonder Pet.

Berbalik pada si mata cokelat aku dh dapat jawapannya. Dia cakap dia tak pandai nak bahagikan masa. Dia nak aku tapi dia nak kejayaan dulu. Dia takut dia tak dapat nak beri perhatian sepenuhnya utk aku dan dia tahu kalo orang perempuan ni kalo tak dapat nk bahagikan masa mulalah nk meragam. Janji dia sayang aku, aku sayang dia. Itu pun dh cukup bg dia.

Aku faham. Masa mula-mula aku memang tak faham. Selalu gak aku makan hati dgn dia. Sekarang ni bla dh kenal lama aku dh faham diri dia macam mana. Kalo nak study tu memang tak nak gangguan langsung. Bakal cikgu katakan. Sebagai student memang patut mcm tu pon.

So sekarang ni kena study hard n study smart right?? Kalo ada jodoh tak kan kemana. Kalo dh termaktub kami ni ada jodoh insyaallah bersatu juga. Tak gitu???

Walaupun gedik nak couple cm orang lain gk tp rasanya gedik jer lebih sebenarnya tak teringin mana pun. Saja jer buat-buat gedik hikhik. Tapi aku gedik dlm blog jer. Kalo gedik kat luar Pang skali mau?? Aku bukan jenis cm tu ok??

Kalo nak berbicara soal hati ni sampai bila-bila pon tak kan habis. So baik jalani jer apa kita hadapi sekarang ni. Janji kita gembira sudah. Jodoh, ajal dan maut suma bukan di tangan kita. Kita ni sebagai manusia hanya mampu merancang tapi yang menentukan hanya ALLAH SWT.

So jom layan lagu laskar pelangi by nidji<

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...



5 comments:

  1. bagi aku laa kan...semasa kita mencari cinta...akan datang kepada kita cinta yang pelbagai rupa dan bentuk...ada yang cintakan paras rupa...ada cintakan nafsu serakah...ada cinta harta benda dan macam2 lagi...oleh itu pesan aku, dekatkan diri ko kepada YANG MAHA PENCINTA...ko cintakan ALLAH dulu dan barulah cinta untuk kaum sejenis dengan aku akan hadir dengan izin-NYA...Insyallah.

    ReplyDelete
  2. salam.
    lama xsinggah sini.
    nway, prb psl lelaki ni.
    biasala, take time sket bg kita perempuan yang berhati jujur.
    bila dh syg, syg sesungguh hati kn.
    tp, lama² ok la tu.
    nway, my sis pon risau, terlebih risau senang ckp bila i xde bf.
    dia plak melebih² sdgkn yg xde bf nya sy. hehe.`

    ReplyDelete
  3. Fadh:Insyaallah....

    Ya, apa-apa pun cinta pada Allah dahulu...itu yg penting sebenarnya....

    thanks atas comment yg sgt menarik ni..

    ReplyDelete
  4. FATIN NABILA: bertuahkan sapa dapat kita ni kan???

    hehehe...

    tapi bila sayang seseorang tu tak boleh sayang sesungguh hati sangat takut bila kecewa nanti kita yg teruk....

    its take times to find someone who is meant for us....

    ;P

    ReplyDelete
  5. i'm sorry...

    from:
    4 days at UMT

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi