Sunday, April 5, 2009

SENYUM PENUTUP DUKA

Dalam setiap senyuman pasti ada segaris kedukaan. Dalam setiap kegembiraan pasti ada segaris luka. Dalam setiap tawa, belum tentu tawa itu bisa mengubat kesedihan.

Aku sangat sedih. Tok wan aku masuk hospital lagi. Aku sempat pergi melawat dia di hospital kemarin sebelum aku balik ke Penang. Sebab semalam ada dinner untuk barisan MPD bagi penyerahan sijil-sijil. Antara tanggungjawab sebagai cucu dan juga Exco MPD aku terpaksa buat pilihan.

Hari ni aku nak balik rumah lagi. Tapi disebabkan sijil-sijil untuk citrawarna masih belum siap aku terpaksa lupakan niat tersebut. Kebetulan hari ini hari Ahad. Pejabat tutup. Walaupun hati aku sekarang hanya teringat nak balik dan berada di sisi tok wan aku. Aku terpaksa buat pilihan. Aku terpaksa selesaikan tugas aku dulu.

Semalam, walaupun aku sentiasa tersenyum dan sering ketawa tapi belum tentu hatiku begitu juga. Semua itu hanya pada zahir tapi belum tentu dalaman juga begitu. Si mata cokelat marahkan aku sebab aku sanggup balik Penang utk dinner MPD dari duduk di kampung teman tok wan aku.

Mungkin dia tak faham dan aku pon malas nk jelaskan. Masih banyak lagi tugas yang belum aku selesaikan. Aku tak nak buat kerja separuh jalan. Aku nak siapkan dulu semua kerja aku berkenaan citrawarna yang belum siap. Memang aku pentingkan kerja. Sebab aku tak nak orang anggap aku seorang yang tak bertanggungjawab.

Mungkin aku juga perlukan masa untuk selesaikan semua ini.

Hmmm....

15-4-09. Final exam akan bermula. Tapi sem ni hanya tiga paper. 22-4-09 paper seterusnya dan 29-4-09 berakhirlah exam. Nak study lagi, nak fikir pasal tok wan aku yang sakit lagi. Ya Allah tabahkan lah hatiku.

Aku perlukan seseorang untuk memberi aku kekuatan dan semangat untuk aku terus kuat, terus tabah hadapi semua ini.

Senyumku bukan senyum gembira, senyumku hanya senyum penutup duka.

3 comments:

  1. dear friend..
    hope evrytin under control k..
    LOL tahu yg u dlm dilema..
    memang susah jika kita berada di antara..

    hari tue, kazen passed and of course u noe it zit?
    aku xleh balik awal coz of keja..
    but aku tertinggal byk 'episod' sebelum pengebumian kazen..

    wht ever dear..
    selagi tok wan u ada, better u habiskan byk masa utk dia seadanya..
    kelak nnt, byk yg u sesalkan dlm perjalanan u..
    nway, i faham situasi u..
    kita memang sentiasa mempunyai pilihan..

    kuatkan hati, teguhkan iman..
    banyakkan berdoa utk tok wan k..

    cheers dear!

    ReplyDelete
  2. LOL: Thanks...

    aku sekarang berada di sisi tok wan aku kat hospital....

    aku nak menemani dia kerana aku tak nak walaupun sesaaat aku akan sesalkan nanti...

    thanks frenz....

    ReplyDelete
  3. gud..
    itulah yg terbaik..

    jangan ada penyesalan dalam hidup..


    selagi kita leh atasi, kita buat and hopefully tok wan u cepat sembuh.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi