Monday, May 18, 2009

KEHILANGAN



Salam semua..agak lama aku dah update blog ni... Maaf, sejak aku balik bercuti aku agak bz menjaga tok wan aku yang sakit. Berulang-alik ke hospital. Memang aku tiada masa nk on9.

Dan bila tiba masanya Allah datang menjemput kembali insan yang aku sayang itu. Tok wan aku sudah kembali ke rahmatullah...Hari Jumaat, 15-5-09. Sesungguhnya aku merasa sangat kehilangan. Kehilangan yang sangat besar buat diriku.


Namun aku redha. Aku tabahkan diriku untuk menghadapi semua itu. Aku telah lama bersedia untuk itu. Bersedia untuk merasa kehilangan dirinya yang aku sayang. Begitu tabahnya diriku sehinggakan tiada setitis air mata pun yang mengiringi pemergiannya.


Ketika dikafankan dan dikebumikan ke dalam liang lahad, tiada air mata yang menitis. Tabahnya diri ini menghadapi sebuah kehilangan. Aku redha. Apa lagi yang penting kalo bukan sebuah keredhaan untuk satu pemergian.


Sepanjang hayat arwah, aku berusaha memenuhi apa yang diingininya. Dia teringin makan rojak, aiskrim dan juga ais kacang dan alhamdulillah aku berjaya memenuhinya. Cuma di akhir hayatnya dia teringin makan buah manggis dan juga langsat. Memandangkan di kampung aku buah itu masih belum ada, walid aku telah pergi ke Bukit Kayu Hitam untuk mencari buah tersebut dan hajatnya tercapai.


Sehari sebelum dia dimasukkan ke ICU, arwah sempat berpesan pada Bapa sedara aku " nanti bagitau suma kawan-kawan masjid ayah, datang ziarah ayah, ayah nk p dah..."



Pilunya hati bila mengenangkan saat-saat itu. Dan aku sudah kehilangan seseorang yang paling aku sayang, orang yang menjaga aku dari kecil, yang menjadi peneman untuk ke pasar, menjadi teman untuk bergelak ketawa. Bila aku teringin makan durian dan sambal petai dia akan segera membelinya. Membeli petai untuk dibuat sambal petai udang.


Tiada orang lagi akan membeli durian untuk santapan anak cucunya. Tiada siapa lagi......Dan raya ini, tiada tangan ini lagi boleh ku sambut untuk memohon maaf............





Al-fatihah untuk HAJI AHMAD B OTHMAN

WAN DAN TOK


10 comments:

  1. takziah pada ang...
    bawa2 bersabaq...

    ReplyDelete
  2. Oh My God Dear..
    Salam Takziah dari LOL..
    Hari tu you cerita tentang Tok Wan sakit..

    Kini dah pergi..

    Thank God you tabah menghadapi pemergiannya..
    Banyak kenangan yang ada kita jadikan sebagai peneman kala merinduinya..

    Tabah k..

    ReplyDelete
  3. LOL: Ye, saya akn terus tabah.....

    thanks..

    ReplyDelete
  4. Salam Takziah buat adik...
    Yang hidup pasti mati, semoga adik sentiasa tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup nie...

    ReplyDelete
  5. be strong yek...ari ni ari die, satu mase nnt kt akan menyusul juger ke sana

    ReplyDelete
  6. salam takziah...moga rohnya ditempatkan bersama mereka yang mendapat hidayah-Nya...Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  7. takziah anis,,stiap yg hadir pasti akn kmbali kesisiNya,,doakan dia dtempatkan digolongan yg mukmin,,amin,,

    ReplyDelete
  8. adnel, atikah, pok li, fadh, nana : terima kasih semua...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi