Monday, May 4, 2009

TAK MUNGKIN KERNA SAYANG TAPI HANYA KENANGAN

Hidup kita sentiasa dipenuhi dengan segala suka dan duka. Kadang-kadang kita bergelak ketawa dan kadang-kadang kita berduka. Hidup kita juga tak lepas dari kenangan silam yang kadang-kadang memberi kesan pada hidup kita.

Kenangan. Semua orang ada kenangan. Kenangan memberi kita kesan yang amat dalam hidup kita. Setiap dari kita ada kenangan yang mungkin kita tak kan lupakan. Kenangan mungkin sesuatu yang amat manis dan kenangan juga boleh menjadi sesuatu yg sangat pahit.

Dan masih ada orang yang masih hidup dalam kenangan. Ada juga yang berusaha untuk menghindar dari kenangan. Tetapi hidup dalam kenangan mungkin sesuatu perkara yang ramai orang menghadapinya. Banyak perkara yang terjadi pada masa dahulu mungkin menyebabkan masih ramai di antara kita yang masih hidup dalam kenangan.

Ya, begitu juga aku. Dan ia sangat memberi kesan dalam hidup aku sekarang. Dan aku berusaha untuk tidak lagi hidup dalam kenangan kerana kenangan aku sesuatu yang sangat menyakitkan dan sangat memberi kesan dalam hidupku.

Tapi, aku tahu kenangan lalutetap akan menjadi lipatan sejarah dalam hidupku. Biarlah ia terus bersemadi biarpun jasadnya tiada. Itu suma hanya tinggal kenangan dan tak kan kembali lg dalam hidupku.

Apa-apa pun lagu tak mungkin kerna sayang nyanyian Alyah yang kini menghiasi slot drama di tv 3 mungkin menggambarkan isi hati aku sekarang.

Lirik Lagu Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


**Kenangan ini, Aku ingin lupakan kenangan ini.

9 comments:

  1. aku sgt memahami isi hati mu
    sabarlah syg ku
    aku sntiasa bsama mu
    hehehehe

    ReplyDelete
  2. Kerana yang lalu, jadilah kita hari ini..
    Jadi hargailah yang lalu jika membawa kebaikan.
    Mungkin harus dilupakan perlahan-lahan jika menyakitkan..

    Teruskan hidup dan capai matlamat..

    Cheers GKSB..

    Lama tak borak2..

    ReplyDelete
  3. salam laluan..salam kenalan

    suka lagu ni
    the melody mmg sedap didengar

    ReplyDelete
  4. Hye GKSB..
    Lamanya Hilang..
    Ok tak..?
    Rindu ar ngn Gadis..

    ReplyDelete
  5. Apa dikenang perkara yang lalu, sudah menjadi hak orang lain he he he

    ReplyDelete
  6. ab gel: ye syg sy sntiasa sbr...hahaha...

    ReplyDelete
  7. LOL: Kini cik gadis dh kembali, banyak benda nk dikongsikan...

    ReplyDelete
  8. afsal: salam perkenalan...

    ye lagu ni best...

    liriknya sangat bererti juga...

    ReplyDelete
  9. pok li: mcm lirik kat atas...

    "Sekali segala ada
    Ada rindu yang datang tiba-tiba
    Tak mungkin kerana sayang
    Cuma terganggu oleh perasaan"

    cuma mainan perasaan jer pok li..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi