Wednesday, June 17, 2009

CINTA PERTAMA

Cinta, cinta dan cinta. Aku nak cakap pasal cinta saja hari ini. Cinta pada manusia. Sudah pasti semua orang pernah merasa dicinta dan juga menyinta serta putus cinta.

Ada yang sudah kenal apa itu cinta sejak sekolah rendah lagi dan cinta itu dipanggil “cinta monyet”. Ada yang tidak pernah bercinta lagi sehinggalah sekarang. Cinta juga tidak mengenal usia kerana ia melibatkan hati dan juga perasaan manusia.

Ada yang bermain dengan perasaan dan ada yang memain-mainkan perasaan. Bila sudah mula bermain dan pernah dipermainkan maka ia akan bertukar menjadi dendam untuk memainkan perasaan orang lain.

Perasaan dendam kemudian bertukar menjadi satu keseronokkan bila dapat memainkan perasaan orang lain dan kemudian wujudlah istilah playboy dan playgirl. Mereka begini tidak pernah kenal erti puas pada yang seorang. Mungkin juga susah untuk berubah walaupun sudah mendirikan rumah tangga.

Tapi ada juga yang sudah bertemu cinta lain tapi cinta pertama tetap di hati. Begitu hebatkah cinta pertama sehinggakan ada rumah tangga yang runtuh kerana cinta pertama??? Ada yang sanggup meninggalkan anak bini kerana mengejar cinta pertama dan ada juga yang meninggalkan suami kerana ingin kembali pada cinta pertama.

Hebat sangatkah cinta pertama???

Bagi aku cinta pertama adalah bila kita mula belajar apa itu cinta, belajar untuk menyayangi dan disayangi, belajar untuk berkongsi kasih, belajar untuk berkongsi rahsia hati, belajar bagaimana rasa merajuk,memujuk dan dipujuk dan belajar untuk menjadi yang terbaik pada pasangan.

Tapi bila cinta itu kecundang, cinta itu yang paling menyakitkan. Walaupun sudah bercinta dengan ramai orang dan sering putus cinta tapi cinta pertama itu masih juga di ingati. Mengapa???

Hebat sangatkah cinta pertama???

Aku tahu masih ramai di luar sana masih mengingati cinta pertama malah ada yang masih mengharapkan cinta pertama datang kembali tapi sekiranya cinta pertama itu kembali masih samakah seperti dulu? Adakah hubungan tetap hangat seperti dulu dan tidak berubah?? Manusia sering berubah. Sedangkan pantai lagi berubah inikan pula hati manusia. Pernah tak mereka terfikir tentang ini.

Kadang-kadang ada yang sanggup meninggalkan pasangan yang mereka tahu lebih baik dari cinta pertama mereka untuk kembali ke pangkuan cinta pertama meskipun cinta pertama pernah menghancurkan impian yang mereka bina bersama dan mengkhianati cinta mereka tapi mengapa mereka tetap pulang ke pangkuan cinta pertama?

Hebat sangatkah cinta pertama???

Ini cinta pertama aku....



Tapi tak mungkin akan bersama lagi... Banyak lagi benda boleh fikir dari terus mengingati kisah lama. So kengkawan suma, lupakan kisah lama anda dan mulakan hidup baru yek??? Jangan sedih-sedih..

Apa-apa pun bak kata Nabil Raja Lawak "Lu fikirlah sendiri"
Pesan aku, "tepuk dada tanya iman, tanya hati, buat keputusan dengan hati-hati" Fikir-fikirkan la.. Selamat beramal.....


RINDU PADA KENANGAN TAPI REALITI SANGAT SUSAH DIKETEPIKAN

9 comments:

  1. yea.... 1st hehehehe
    fuh... berfalsafah...
    Cinta.. em..cinta pertama cinta paling asyik.... namun tak semua cinta itu indah...huhuhu...

    ReplyDelete
  2. seriusly....

    ta penah rasa lagi cinta pertama...

    sbb ta pernah lagi... ;)

    ReplyDelete
  3. cinta pertama?? tak sehebat mana pun...maklumlah tengah bebudok lagi...hingus pun berjelejeh lagi...cuma sesekali seronok dan manis untuk dikenang...aku dulu banyak kali gak cinta pertama tapi sebenarnya ntah yang ke berapa puluh dah...last2, bercinta dengan orang lain kahwin dengan orang lain...dah Allah tentukan gitu...nak wat camner lagi.

    ReplyDelete
  4. cinta kepada makhluk hanya sementara.cinta kepada Yang Maha Esa kekal selamanya...

    ReplyDelete
  5. lupakan yg lama, amik yg baru..
    hohoooooo..
    bagi LOL, pertama tu sama jugak yg kedua dan yang pertama tu pasti lebih mendewasakan utk menghadapi yg ke-2 dn seterusnya..

    utk GKSB,
    pasti akan ada yg lebih mencintai dan kamu cintai nnt..

    ReplyDelete
  6. jom kita bercinta dan rasai penangan cinta pertama

    ReplyDelete
  7. kak adnel,
    cinta yg asyik tu kadang-kadang buat kita lalai..


    incik K,
    tak pernah erk??
    tak lama lg pernah la tu...
    hehe

    ReplyDelete
  8. Fadh,
    hingus berjejeh erk??
    nak tisu????



    padelkopak:
    ya, itu yg sebaiknya....



    LOL:
    Yang baru masih belum ketemu hehe..
    tapi pasti ada suatu hari nanti
    insyaallah.....
    hehehe...



    ATAN,
    Jom bercinta...
    ngee...
    =)

    ReplyDelete
  9. cnta pertama mmg pyh nk lupa...
    mmg dy da epi2 dgn org laen tp kita cma bole doakan kbahagiaan dy sj...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi