Sunday, June 21, 2009

RUPA DAN HATI


Rupa dan hati.

Apakah pilihan anda??

Adakah anda memilih hati ataupun rupa??? Jika kedua-duanya apakah pilihan pertama anda, hati ataupun rupa??

Ada yang memilih hati sebagai pilihan pertama untuk mencari pasangan kerana hati seseorang itu sangat penting dalam menjalin perhubungan. Hati yang jujur dan ikhlas mencintai dan menerima seseorang dengan seadanya.

Bila sudah sama-sama menyayangi dan mencintai tiada apa yang boleh merubah hati seseorang itu kecuali tanpa izin-Nya. Sekurang-kurangnya apabila memilih hatinya walaupun tanpa rupa yang cantik kita akan bahagia kerana hatinya yang baik dan jujur dalam perhubungan.

Tetapi jika memilih rupa apakah jaminan kebahagiaan hidup di dunia?? Mungkinkah hanya keseronokkan semata-mata ataupun untuk menunjuk-nunjuk bahawa dia boleh memiliki pasangan yang cantik ataupun tampan.

Mungkin tak salah untuk memilih rupa tapi kena lah sedar diri. Andai kata diri sendiri tidak lah secantik atau setampan mana tapi menginginkan pasangan yang sangat cantik sehingga dapat membandingkan rupa seperti tingginya KLCC dan rumah teres biasa fikir-fikirlah sendiri.

Orang yang memiliki rupa yang cantik dan tampan tidak salah malah merupakan satu anugerah ciptaan Allah yang sungguh indah untuk mereka. Tapi apa yang salah adalah bila mereka menggunakan kecantikan mereka ke jalan yang salah..

Malah ada yang cepat lupa diri iaitu bila sudah cantik ataupun tampan mulalah riak dan takbur. Bangga dengan kecantikan luaran mereka semata-mata lalu mulalah mempermainkan perasaan orang lain.

Tapi pernahkan anda lihat di sekeliling anda pasangan yang sudah berkahwin yang si suami sangatlah tampan tapi isteri biasa-biasa saja, bila isteri cantik si suami pulak biasa-biasa saja. Sesungguhnya Allah dah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.

Oleh sebab itulah setiap pasangan yang dijodohkan untuk kita memiliki kelebihan untuk menutup kekurangan yang ada pada kita dan begitu juga sebaliknya. Sebab itu kita lihat kalo si suami pendiam, si isteri pula banyak mulut kalo dua-dua suka bercakap siapa nak menjadi pendengar???

Kalo si isteri panas baran si suami pulak jenis penyabar tapi kalo dua-dua panas baran aman kah rumah tangga??? Sebab itu dalam perhubungan kena ada give and take. Apa yang paling penting adalah keserasian. Betul tak akak-akak dan abang-abang sekalian??


Untuk mencari pasangan bukan mudah. Kita perlu mengenali dirinya betul-betul sebelum mengambil keputusan untuk bersama. Sebab itu berkawan dulu penting kerana proses untuk mengenali diri masing-masing dengan mendalam bermula dari berkawan. Di sinilah kita boleh tahu sama ada kita serasi bersama atau tidak.

Tapi ramai budak-budak sekarang couple dulu baru kenal hati budi pastu bila dh putus baru tahu rupa-rupanya tak serasi. Tak ramai yang mahu berkawan dulu sebelum couple napa erk???

Sudah dua tahun aku single walaupun ramai minta nak couple. Bagi aku tidak perlulah tergesa-gesa untuk menjalinkan hubungan bila putus. Sebetulnya kita perlu bagi masa pada diri sendiri. Beri masa untuk mengenal diri sendiri dan memikirkan apa yang terbaik yang harus kita lakukan.

Aku sekarang lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan bagi aku aku mencari yang terbaik antara yang terbaik sebab aku mencari seorang lelaki untuk dijadikan suami bukannya teman sementara untuk mengisi masa lapang.

Biar lambat asalkan berkualiti. Bukan senang nak mencari lelaki yang betul-betul boleh menjadi suami yang baik lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini. Begitu juga lelaki yang mencari wanita yang boleh dijadikan isteri. Apa yang paling penting adalah keserasian.

Mungkin tak ramai boleh paham aku dan mungkin tak ramai yang boleh menerima diri aku seadanya aku. Aku jenis suka berterus terang apa yang aku suka dan tak suka. Aku juga jenis tak suka nak bersikap hipokrit apa yang orang tengok dan kenal itulah aku.

Bagi lelaki yang jenis mengongkong ataupun kuat cemburu mungkin tidak akan menjadi pilihan aku. Gadis aktif dan lincah macam aku bila dikongkong mungkin akan memberontak. Aku tak suka orang menghalang apa yang menjadi minat aku. Tak semua orang juga boleh faham kesibukan aku dengan aktiviti di universiti.

Sejak sekolah rendah lagi memang aku aktif dengan pelbagai aktiviti dan aku tidak boleh duduk diam tanpa melakukan apa-apa. Adakah orang yang boleh faham dan menyokong minat aku ni?? Jika ya itulah dia lelaki pilihan aku.

Umur semakin meningkat tidak terlalu lambatkah untuk aku mencari pasangan??? Bagi aku jodoh ada di mana-mana Cuma lambat ataupun cepat. Tapi buat masa sekarang bercinta bukan menjadi keutamaan apa yang penting aku habiskan belajar dulu. Tapi jika tiba-tiba aku terbercinta itu mungkin sebagai pembakar semangat seiring untuk mencapai kejayaan.

Dalam percintaan aku akan memilih hati baru rupa tapi jika hatinya baik malah rupanya juga baik itu sebagai satu bonus untuk aku. Tapi lelaki kacak bukan menjadi idaman aku. Cukuplah bila hati aku melihatnya aku akan teruja dengan senyumannya serta lirikan matanya hehehe…..



18 comments:

  1. kalau saya diberi peluang untuk memilih.....
    hati -sebab disitulah LUBUK segala2nya.....
    sebab disitu macam RAJA yg mentadbir fizikal kita...
    cantik dihati cantiklah semua.

    untuk pilihan seterusnya.
    saya akan membuat beberapa ujian yang dikaitkan dengan hati...

    macamaman tu !
    kita kongsikan nanti

    ReplyDelete
  2. JINGGO,
    ye cantik hati cantiklah segalanya...

    ok saya nantikan...

    ReplyDelete
  3. Rupa dan Hati..?

    Mula2 tu kita akan tertarik ngn seseorang tu kerana parasnya..
    bila kita dekati, kalau dia berhati mulia, maka pakejlah dia punya hati yg baik.

    dan jika kita melihat dia yang kurang rupa paras tetapi berhati mulia, mungkin kita akan mengatakan "baiknya dia.."

    Dan ini:

    1. Jejaka Kacak + Hati Ok
    2. Jejaka Kurang Kacak + Hati Ok
    3. Jejaka Kacak + Hati Tak Ok

    drpd kes di atas, mungkin ramai yg akan memilih no 1 dan LOL pun sure nak no 1 tapi rasanya lebih ramai pasangan yg bahagia jika memilih no 2.
    Kahkah..
    Ader sesetengah gadis akan memilih no 3. Kenapa? Kerana jejaka itu hensem. Tak percaya, banyak kes di luar sana.

    Hohooo..
    panjanglah pulak..

    ReplyDelete
  4. ye...

    tak dapat dinafikan kita akn tertarik dgn rupa dlu kemudian baru hati....setuju apa yg LOL katakan tu...

    memang ramai kat luar sn pilih lelaki hensem n perempuan cantik...maybe sebab bangga kot kalo dpt lelaki hensem n perempuan cantik...

    maybe no 2 lebih membahagiakan...

    sama2 la kita nantikan jodoh kita

    hakhak...

    ReplyDelete
  5. yang penting hati-hati dalam memilih

    ReplyDelete
  6. seeloknyer dpt dua2 sekali tapi kalau dah xdpt, dapat yg hati baik tapi rupa xhensem lebih baik dari dapat yang hensem tapi hati mcm celaka.

    ReplyDelete
  7. akan ku pilih hati...hati yang suci akan menjamin cinta yang luhur...

    ReplyDelete
  8. Bagi saya plak yg penting keikhlasan,kejujuran bukan paras rupa...kerana tak semestinya ada paras rupa hati budinya baik...biarlah yg boleh menerima kite seadanya....rupa paras tak hensem pun takpe janji sedap mata kite memandangnye....

    ReplyDelete
  9. hai, hati yg suci akan diterjemahkan di paras rupa yang elok biarpun kacak cantik itu sebenarnya adalah subjektif :D

    ReplyDelete
  10. hohooooooo....
    nnt GKSB datang blog LOL ok.
    ada award..
    jangan lupa tambah koleksi kat tepi tu..
    hehhee..
    dtg amik tau...

    ReplyDelete
  11. tiba2 je ade leonardo d caprio jatuh kati kat anda..ape respon anda..hehe

    ReplyDelete
  12. Jangan lupa, kadang2 kita tak punya banyak pilihan tuk memilih. Maka yang terbaik adalah kasih sayang...ngeee. Penting tuuu

    ReplyDelete
  13. salam kenal dari haku...TQVM for dropping by my site..

    haku masih tak sempat nak terjah keseluruhan blog u..but i will gak nanti..to go trough ur blog take time sikit..hope dapat kenal u dgn lebih dekat lagik..once again TQ

    im coming as a friend..

    ReplyDelete
  14. jap jap...

    cerita pasal hati ni...

    teringat keiroro satu madah ni...

    Jika hati sejernih air, jangan dibiar ia keruh..

    Jika hati seputih awan, jangan dibiar ia mendung...

    Jika hati seindah bulan, hiasilah ia dengan keimanan.. ;)

    ReplyDelete
  15. eemmm... betul tu.. klu akak pun akan pilih hati dari rupa..

    ReplyDelete
  16. Owh, aku rasa aku lain sikit...
    apa yang penting rasa suka tu..
    kadang2 muka tak cantik mana tapi kalau hati berkenan semua jadi...

    ReplyDelete
  17. wajah dan hati sama2 penting
    wajah itu satu bonus tapi apa2pun hati juga akhirnya yang perlu berjuang

    ReplyDelete
  18. Macamana dengan RUPA TANPA WAJAH?
    Siapa aku bukan aku..Air yang tak basah..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi