Wednesday, June 17, 2009

WALID

Kepada semua yang bergelar bapa ataupun bakal menjadi bapa selamat hari bapa aku ucapkan. Bermacam panggilan untuk bapa kita ada yang panggil ayah, abah, bapak, walid, papa, abuya dan pelbagai lagi panggilan untuk bapa kita.

Bagi aku sendiri aku memanggil bapa aku dengan panggilan walid. Walid aku seorang yang garang tapi pada masa yang sama seorang yang suka membuat lawak. Jika tengok wajah walid, mungkin akan berasa gerun kerana misainya yang panjang ala-ala A. Galak iaitu sarjan misai dalam drama Gerak Khas. Cuba tengok misai dia kat gambar bawah. hehehe...






Tetapi di sebalik wajahnya yang garang, walid adalah seorang yang lucu. Kadang-kadang tak kering gusi dengan lawaknya. Walid aku adalah seorang yang sangat tegas. Tegas dengan anak-anak terutamanya dalam soal yang berkaitan dengan pelajaran.

Masih aku ingat masa aku di Tingkatan 3, aku pernah di rotan sehingga berbirat gara-gara ponteng sekolah. Aku adalah anak sulung dan anak yang paling degil bila dibandingkan dengan adik beradik yang lain. Aku selalu di marah dan selalu kena pukul akibat kedegilan aku yang kadang-kadang membuat beliau hilang sabar dengan kerenahku.

Walid juga jenis yang tidak berkira berkaitan duit ringgit untuk aku membeli buku walaupun kadang-kadang beliau sendiri tiada duit untuk diberikan. Aku mempunyai ramai adik beradik kalau dulu jika ingin membayar yuran sekolah dan membeli buku sekolah, kami terpaksa bergilir-gilir membayarnya.

Walid aku sangat menitik beratkan pasal pelajaran anak-anak kerana beliau tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya yang tidak berkesempatan masuk ke Universiti. Beliau inginkan setiap anaknya berjaya masuk ke Universiti. Alhamdulillah sekarang 3 dari 6 anaknya sudah berjaya menjejaki kaki ke Universiti.

Aku kini menuntut di Universiti Sains Malaysia. Adik aku yang kedua, Iskandar menuntut di UITM Arau dalam jurusan Sains Sukan, adik yang ketiga, Syafiq menuntut di GMI Bangi dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dan adik yang keempat, Affan kini belajar dalam tingkatan 2 di sekolah agama Maktab Mahmud Yan, Kedah. Manakala adik yang kelima izzat masih bersekolah rendah dalam darjah 5. Serta adik bongsu aku puteri yang baru berumur 2 tahun.

Aku bukanlah mahu membanggakan diri kerana aku tahu ramai lagi orang yang mempunyai ahli-ahli keluarga yang belajar di luar Negara dan lebih hebat dari ini. Tapi semua kejayaan kita ini kalau bukan dengan usaha dan titik peluh ibu bapa kita yang membesarkan kita, mungkin kita tidak akan berada di tahap kita berada sekarang.

Sesungguhnya aku bersyukur aku masih mempunyai walid dan umi jika nak dibandingkan dengan orang lain yang mungkin tidak berkesempatan mendapat kasih sayang dari ayah ataupun ibu. Aku masih berkesempatan mencium tangan mereka, melihat mereka tersenyum...


WALID DAN UMI


Aku ingin menggembirakan mereka dengan kejayaan aku menggenggam ijazah, berada bersama-sama mereka di hari konvo aku nanti, insyaallah........

Namun aku percaya, walaupun mereka yang telah kehilangan ayah juga mungkin boleh berjaya kerana mereka mempunyai ibu yang menjadi ketua keluarga dan menjadi ayah dalam pada masa yang sama untuk anak-anak.

Sempena hari bapa ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada walid aku, ENCIK AZMAN B HJ AHMAD. Ampunkan anakanda ya ayahanda atas segala kesalahan dan kesilapan anakanda selama ini.


3 comments:

  1. kerana saya juga seorang WALID + ABI...
    pada hari bapa ni.
    entahlah - sedang memikirkan segala sumbangan2 sebelum ini......

    ReplyDelete
  2. salam
    aku suke pic kedua...romaktik habis

    ReplyDelete
  3. jinggo
    selamat hari bapa cikgu...


    ~0~
    salam..
    ko romantik x???

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi