Wednesday, July 15, 2009

APA YANG DICARI?? SEDIKIT LUAHAN HATI SEORANG GADIS

Semua sedia maklum kan yang aku masih belum berpunya. Bukan tidak laku yek jauh sama sekali. Cuma aku yang tak nak. Mungkin juga lelaki-lelaki yang aku temui belum bisa menambat hati ku yang keras ni. Tapi hati perempuan ni macam kerak nasi ye ker???? Kena pujuk sket cair.


Tapi aku bukan macam tu. Aku ni keras hati sket. Memang susah. Hanya lelaki yang betul-betul berjiwa kental dan sabar jek boleh tahan ngan aku. **Ayat cam menakutkan jer kan hikhik**

Bukan apa aku ni orang kata cam jinak-jinak merpati. Ye ke??? Huhu..Maybe.. Kalo ada yang sanggup menunggu aku kira dia bleh sabar la.

Kecuali bila aku dah buat keputusan dengan mengatakan TIDAK. Tengok aku macam memilihkan??? Memang aku agak memilih tapi tidak la cerewet. Aku memilih bukanlah terlampau memilih sebab aku tahu siapa aku dan aku sedar diri.

Aku memilih bukan disebabkan harta benda tapi aku memilih kerana aku ingin bahagia.

Aku pernah kecewa dan kecewa itu sesuatu yang sangat menyakitkan. Aku tak mahu kecewa lagi setelah berkali-kali dikecewakan dan tak salah kalo aku memilih lelaki yang betul-betul boleh membahagiakan diriku.

Semua orang ingin bahagia. Siapa tak nak bahagia kan??? Apa matlamat ingin berkahwin?? Sudah tentu ingin kekal sampai akhir hayat. Siapa nak bercerai-berai. Siapa pun tak nak. Korang pun tak nak.

Orang kata aku masih muda. Tak payah dok sibuk-sibuk pasal benda ni. Ye la sekarang masih muda. 10 tahun akan datang adakah aku masih muda? Umur kian meningkat bukan berkurang. Tak salah aku memikirkan masa depan aku.

Biar pun masih belajar aku tahu cara untuk membahagikan masa. Aku bukan budak kecil lagi yang perlu di suruh itu dan ini. Perlu buat begitu dan begini. Aku sudah boleh berfikir dengan matang **Walaupun kengkadang pangai cam budak2 skit. Tapi rasanya semua orang ada perangai macam ni kan?? Cuma biarlah bertempat.

Ada orang cakap juga "usah mencari cinta cuma tunggu cinta tu datang". Kalo mengharapkan cinta tu datang tanpa berusaha pon tak guna gak.

Berserah tapi tak berusaha. Bererti menunggu sesuatu tanpa berbuat apa-apa. Contohnya nak kaya tapi hari-hari dok garu kayap. Akhirnya kaya tidak,kayap jer bertambah.

Sekarang ni rasanya aku perlu buka hati ku semula. Tak perlu lagi takut-takut untuk menjalin hubungan dengan sesiapa. Kalo dulu terlalu takut sebab tak nak kecewa lagi. Tapi kalo aku takut sampai bila pun aku tak kan berubah. Mungkin takut pada bayang-bayang sendiri. Itu susah.

So, aku terpaksa la sedar diri. Mengapa takut??? Aku kan gadis cekal. Gadis yang tabah. Gadis yang berani terima apa saja cabaran yang datang. Gadis yang bersifat waja. Yang tak takut untuk melakukan apa-apa tapi takut pada bayang-bayang sendiri. Perlu ker???

Jadi aku kena lah sedar diri. Letak kan sesuatu pada tempat yang sepatutnya. Ayuh!! Bangkit semula. Tinggalkan luka-luka lama yang terpendam dalam diri. Buang jauh-jauh perasaan takut itu. Aku tahu aku boleh.





Cuba tengok jelingan tu melatopss tak??? Hehehe... Milik siapakah jelingan ini nanti??? Sama-sama la kita nantikan. Hahaha..

Siapa??? Aku pon tidak tahu. Hanya perlu berusaha dan berdoa supaya aku dapat yang terbaik untu diriku. Aminn....






YANG DICARI BUKANLAH PUTERA RAJA,

BIARLAH PUTERA AGAMA

YANG DIIMPI
BIARLAH TAK PUNYA RUPA ASAL SEDAP MATA MEMANDANG

YANG DINILAI
BUKAN SEMPURNA SIFAT JASMANI
ASALKAN SIHAT ROHANI, SEMPURNA HATI

YANG DIHARAP
BUKAN JIHAD PADA SEMANGAT
ASAL PERJUANGAN ADA MATLAMAT

YANG DATANG
TAK PERLU RIJAL YANG GEMILANG
KERANA ANA SERIKANDI DENGAN SILAM YANG KELAM

YANG DINANTI
BUKAN LAMARAN DENGAN PERMATA
CUKUPLAH AKAD DAN JANJI SETIA

DAN YANG AKAN TERJADI
ANDAI TAK SAMA KEHENDAK HATI
ANA REDHA KETENTUAN ILAHI

ITULAH KETENTUAN SEJAK AZALI


27 comments:

  1. kamu cntex pe.. t de la dtg cnta 2.. xpyh d`cari.. cume hanya bukakn ati je utk laki.. hahaha aien bkn terror pn bab ni.. juz ckp bdsrkn pglaman je...

    ReplyDelete
  2. semoga berjumpa dengan Prince charming pujaan heheheee...

    ReplyDelete
  3. Alah dik,

    ko jgn susah2 kan sangat..

    Yang ko cari tu dah ada depan mata sbnrnya..

    Cumanya, mungkin belum nak tunjukkan diri..

    Lebihkan doa dan tawakkal...

    ReplyDelete
  4. hu..hu...
    btul tu dik oi...
    kekecewaan buat orang rasa serik nak bercinta lg...
    tp rilek la...watpe nak bercinta muda2 ni..
    muda2 enjoy dulu la...dah kapel ssh nak enjoy....
    bercinta dalam tempoh yg lama belum tentu menjanjikan apa2 kebahagiaan...
    kadang2 kenal dua tiga bulan jer yg nak membahagiakan seseorang....
    so...buat pilihan terbaik...
    p/s: ini kata2 dari orang yg kechewa...ha..ha..

    ReplyDelete
  5. mujur aku ni dah kawen.kalau tak, nak jugak cuba nasib....hehh..hehhhh!!!!

    ReplyDelete
  6. huhu!
    nasib arrr adik2 lelaki akak dah kawen..
    kalo tak..
    akak nak masuk minang ko lerr..

    beshhh woo dapat akak ipar yang BAIK cam akak..

    hiks!

    ReplyDelete
  7. salam dik non....kita serupa tapi tak sama..uhuks..uhuks..
    apapun...semoga dipertemukan dengan mr right yang betul2 right..:-)

    ReplyDelete
  8. belum jodoh...sabar jer laa...kena memilih sbb klau xmemilih, dapat yang xbleh pakai...merana seumur hidup

    ReplyDelete
  9. jadilah ape pun..yang penting adik kena pandai jaga diri

    ReplyDelete
  10. Sama-sama mengorat. Baru la adil.

    ReplyDelete
  11. pengakuan berani mati.....
    jodoh dan pasangan kena dicari...
    zaman dah berubah..

    jangan cari bangla @ pak arab sudah....

    ReplyDelete
  12. AIEN,
    cantik ker??
    makaseh...
    malu dh ni hikhik...


    AZRIE,

    ......

    ReplyDelete
  13. NAQEEB L,
    Insyaallah......


    ARRYANI,
    Yeke depan mata??
    laptop jer depan mata ni
    hehehe....

    maybe la cuma xtau kan spa??

    ReplyDelete
  14. AYIE,
    Tu la..
    rasa serik tu xdapat nk digambarkan dgn kata-kata (aiseymen ayat)
    tp apa2 pun hdp mesti diteruskan...
    berapa lama hubungan seseorng tu tak menjamin kebahagiaan

    ReplyDelete
  15. SIS NITA,
    A'ah best sapa jadi adik ipar akak
    lebih2 lagi dapat jd adik ipar abg joe
    hahahahahaha...

    jgn marah gurau2 jer...
    =P

    ReplyDelete
  16. INSAN BIASA,
    Salam akak...
    ye saya doa kan akak sama semoga bertemu MR RIGHT yg sangat bertuah tu....
    insyaallah....

    ReplyDelete
  17. hye..
    waduh..
    waduh..

    jelingan itu memang meletops.

    mmm..
    buka hati, terima cinta..

    saper ker insan bertuah itu..

    we will see..

    ReplyDelete
  18. MAZUAN,
    Salam...aku le tu..
    MAMU KA A kn?? huhu...

    jpa dalam blog plak..
    cm jejak kasih..

    kih3..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi