Wednesday, July 29, 2009

CEMBURU KE JELES???


Cemburu.

Pelbagai jenis cemburu ada. Ada cemburu tanda sayang, ada cemburu manja-manja, ada yang kuat cemburu dan ada yang cemburu buta. Cemburu yang jenis macam mana kah anda???

Yang psti kita tak kan terlepas dari berasa cemburu lebih-lebih lagi bila melihat orang yg kita sayang bersama dengan orang lain. Tapi bagi aku, cemburu tu biarlah berpada-pada jangan sampai pasangan anda pon naik rimas dengan anda.

Aku pernah berkawan dengan orang yang kuat cemburu. Memang rimas. Naik menyampah pon ada. Nak keluar semua nak kena bg tau, 24 jam kena report pergi mana, dgn sapa. Pastu bila dh keluar call banyak kali sampai kan aku terpaksa off handset sebab tak tahan.

Yang peliknya masa tu baru berkawan, belum lagi ada apa-apa ikatan. Kompom la aku tak mau ada apa-apa ikatan dengan org cm tu. Rimas la. Macam dikongkong lak. Silap-silap bila kawen terpaksa terperuk dalam rumah. Nak buat apa pon tak boleh.

Cemburu tak salah, tapi jangan lah sampai orang lain pon naik rimas. Kawan aku pon naik rimas sampai dia nasihatkan tak payah lah terima orang cam tu nanti merana hidup. Memang aku pon tak mau cari nahas la. Dah la aku ni jenis suka berkawan ngan semua org.

Kita berkawan dengan semua orang tak kira la dia tu siapa. Kadang-kadang bila berkawan dengan org yg berpunya ni ada masalah lain lak yang timbul. Awek jeles. Nak berkawan pon tak boleh ker? Bukannya nk mengorat pak we hang.

Rasanya popuan kalo dia betul-betul yakin yg si lelaki betul-betul sayang dia rasanya dia tak patut cemburu. Cemburu manja-manja tu boleh tapi janganlah sampai cemburu buta. Sampai apa yg lelaki tu nak buat semua kena gtau dia. Semua kena libatkan dia. Setiap masa kena report macam tu gak dgn popuan.

Selalu kita tengok perempuan yg kuat cemburu tapi lelaki yg kuat cemburu ni buruk rasanya. Aku ada kawan lelaki yg jenis yg macam ni. Semua benda nak kena gtau. Kawan-kawan si popuan ni mestilah si lelaki kena kenal. Kalo tak kenal, kena perkenalkan. Pastu kalo nak kuar mestilah kwn2 yg dia kenal.

Mau tak popuan ni minta putus. Pastu baru sedih-sedih ngadu kat aku gtau awek dia minta putus. Aku bila dengar cerita dia apa lagi kondem habis-habisan la. Sapa suruh buat pangai cm tu. Kalo aku pun minta putus. Huhuhu....Pastu dia cakap aku ni sm ja dgn awek dia.

Hahaha...Habis tu kalo dh terlalu mengongkong sapa boleh tahan??? Sedar la bro, kalo sayang bukan mcm ni nak tunjukkan cara sayang. Banyak lagi cara boleh kita buat. Lainlah kalo dh kahwin. Ni tak baru nak kenal-kenal dh lebih-lebih. Orang yg dh kawen pon xcm tu.

Kalo orang tengok kening aku yg lebat ni org kata aku kuat cemburu. Yeke??? Aku cemburu tapi jenis yg tak tunjuk. Aku sendiri nak kan kebebasan kenapa aku nak sekat-sekat kebebasan orang lain?

Lagipun selagi bujang ni la nak enjoy. Tapi enjoy yg berpada-pada la. Bila dh kawen nanti tumpukan pada rumah tangga jer la. Lelaki pon aku tau ramai yg tak nak ada komitmen yg serius selagi mereka tak bertemu dgn MRS RIGHT diorang. Macam tu gak popuan.

Tapi lelaki yg jenis mcm ni, bila dh bertemu dgn seseorang yg dia sayang bila dh kawen nanti dia hanya akan setia pada isteri dia sorg jer sebab apa? Sebab dia dh puas enjoy jika nak dibandingkan dgn lelaki yg sepanjang usia muda dia hanya setia utk sorg perempuan bila dh kawen nanti mula lah nak makan luar sebab apa? Sebab jemu la kot.

Tapi ni pendapat aku jer la. Kita tak boleh menafikan hak orang ye tak???

Pada aku, cemburu biarlah bertempat. Cemburu yg berpada-pada sebab cemburu buta boleh membawa pada sikap kongkongan. Nanti diri sendiri yg susah. Tak keruan sebab selalu fikir takut si kekasih curang sedangkan dia juga perlukan masa utk bersama kawan-kawan dia.

Apa-apa pun tanya lah hati anda, hubungan mcm manakah yg anda inginkan. Tanya pada diri cemburu yg jenis mcm manakah anda??? Kalo kuat cemburu, pastikan cemburu anda tidak keterlaluan. Pandai-pandaila nak uruskan sifat cemburu anda.

Selamat beramal....

20 comments:

  1. errrr karangan panjang tu hehehee

    sekejap cemburu jap jeles...
    takper buleh pakai kedua2 nya hehehe

    kalau hasad dengki lagi bahaya dan buleh merosakkan tulang belikat huhuhuu


    aku tak jeles! hehehee

    ReplyDelete
  2. Salam...ada beberapa perkara saya setuju dgn pendapat akak tentang cemburu tue...dan ada beberapa perkara saya tak setuju....tak semestinya lelaki nie bila dah puas enjoy zaman bujang dulu mereka tak buat hal....walaupun mereka dah jadi milik kite perasaan cemburu tue tetap kena ada....

    ReplyDelete
  3. he he he susah2 sgt ko kawan jer ngan anak patung...tentu dia xjeles kui3x

    ReplyDelete
  4. cemburu - kenapa ada fitrah tu..
    cemburu dikaitkan dengan kesayangankan sesuatu - yg membezakan adalah pendekatan yg berbeza......

    untuk orang muda - cemburu biarlah pada keperluan....

    fikir2kan.

    ReplyDelete
  5. cemburu tandanya sayang...
    jealous tandanya dengki

    ReplyDelete
  6. cemburu kekadang harus ada..
    dengki elok elakkan..

    ReplyDelete
  7. wei!!!nk gtaw jg,,sbb tu la aku broke up dgn bf aku dl,,sbb dia tll syg n tll kuat cemburu,,penat!!!aku dh la ramai kwn laki ka pompuan ka smua aku kwn,,smp kdg2 da ckp aku lesbo sbb byk kwn pompuan,,laki pn byk jg,,hahahaha,,tp xapa,,smua owg da hak msg2 nk jg hbgn n psngn diorang,,klu dh syg,,trma ja cra cemburu itu,,tp bg aku xleh la cmburu buta!!huhu,,kag merana hdp,,

    ReplyDelete
  8. Naqeeb L,

    Karangan selalu dapat A masa sek dulu..

    =)

    ReplyDelete
  9. ieyla,

    cemburu boleh tapi biarlah berpada-pada

    ReplyDelete
  10. betol3..
    rimas ngan owg yg kuat jeles neh..
    cuak membabi bute..
    sgt2 rimas dan lemas~

    ReplyDelete
  11. i jeles la kat u....kuikui2x...

    ReplyDelete
  12. Akak cemburu bila tgk org ada banyak masa free..

    ReplyDelete
  13. Good morning...
    cemburu? Huhu..
    i tak suka ar perasaan nie. sakit wooo..
    kalau cemburu positive tu tak per ar.. kalau negative nie yg.. adesh.. xtau cmner nak bendung.
    hehe..
    tapi now dh ok dh..
    cemburu tu sajer2..

    perasaan cemburu boleh membawa kepada keretakan semua hubungan tak kiralah suami isteri, adik beradik, friends dan byk lg ar.
    elakkan cemburu membuta..

    bahaya woooo..
    katakan tidak kepada cemburu..

    ReplyDelete
  14. cemburu membawa malu..
    sakit hati sampai mati..
    cinta sampai buta..

    haha..
    jeles?..
    xdak dalam bahasa ibunda..

    ReplyDelete
  15. nk tya..gmbo laki kat atas tu sape eh...kahhhh

    cemburu salah..x cemburu pun salah
    sndiri mau igt..kahhhh

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi