Friday, July 24, 2009

SABAR MENANTI

Sejak dua menjak ni ramai yang emosi tak berapa nak stabil napa tah. Termasuk la aku. Jadi sensitive sangat. Sentap dengan seseorang.

Bak kata pepatah terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata??? Hati terluka. Ya aku terluka walaupun mungkin perkara tersebut tidak disengajakan olehnya. Tapi kata-katanya sangat memberi kesan pada aku.

Sekarang dah masuk tiga hari tak bercakap kat telefon. Tak sms. Aku minta dia bagi masa untuk aku. Mungkin dia juga cuba memberi masa untuk aku menenangkan fikiran. Tapi kalo tak cakap lebih 3 hari berdosa kan?

Bila dah sakit-sakit ni memang sensitive sket. Ngan kaki ni cm orang tempang jer. Nasib bek dah ok dah. Tapi bila duduk dalam aircond memang sengal gak la. Bila hujan tu, lagi ar sakit. Sabar je la…

Ubat pon dah bapa hari tak makan. Selalu ada orang tolong ingatkan. Tapi dah jadi cam tu, ubat pon lupa nk makan..**Alasan ni boleh diterima tak? Huhuhu…

Jumaat adalah hari untuk aku menyiapkan assignment. Sehari aku memperuntukkan nk siapkan assignment. Sabtu perlawanan futsal. Bebudak aku suma dok tanya macam mana kaki aku. Ok ke tak? Aku jawab tengok la sabtu ni kalo main tu kira ok dah la,

Buat keja gila sket. Belasah jer main. Lepas main baru fikir sakit ke apa ke. Huhuhu… Macam tak sayang kaki lak kan??? Biar lah…

Fikiran pon dah berserabut ni. Malas nk fikir-fikir banyak lagi. Redah je la.. hehehe… boleh jer nak jaga diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain.

Kenapa tah masa menulis N3 ni dada sakit sangat. Ni la akibatnya dok memendam rasa kot hehe ye la tu kot… Ntah la…

Lepas ni tak ada orang nak marah dah kot sebab suka memendam perasaan. Aku kena berbalik pada diri aku yg sebelum ni. Sekarang ni macam lupa diri lak. Mengharap sangat pada orang lain. Jadikan dia tempat bersandar sedangkan aku tahu tak sepatutnya aku buat begitu.

Siapa aku padanya???

Aku tahu jawapannya. Semuanya bergantung pada aku. Cuma kata-katanya memang buat aku terasa sangat-sangat. Mungkin dia tak sengaja tapi bila dah terlajak kata-kata memang susah nak tarik balik.

Aku boleh saja lupa apa yang dia cakap. Tapi bila hati dah terluka cm ni xtahu la pe ubatnya???

Aku tak marah dia. Cuma aku kecewa dengan diri sendiri. Tanpa aku sedar, aku dah langgar prinsip yg aku pegang selama ini. Dia cakap dia tahu aku seorang yang kuat dan tabah tapi kadang-kadang kekuatan tu akan berkurang or hilang terus bila sesuatu berlaku sbb tu dia akan berada di sisi aku.

Dia dah menyedarkan aku tentang suatu perkara. Nasib baik aku sedar awal. =)

Entah la….

Aku hanya perlukan masa. Harap awk sabar menanti. Biarpun penantian itu sesuatu yang menyeksakan.



Sukarnya..mencarik suka dulu
Bila hilang dicelikan mata
Kau pergi …
Bak hembusan angin bayu
Menyentuh sanubari
Wajah ceria persis sinar purnama malam

Namun ..
Mungkinkah sinaran itu
Menghujani titian kasih kita
Mengalir kembali meresap diruang imani
Menongkah deras ombak hati
Kerana tergalas amanah islami
Tautan ukhwah diikat janji


21 comments:

  1. kenapa ni? jauh ati dgn boyfren ye.. ala merajuk sayang tu

    ReplyDelete
  2. banyak kontroversi dalaman sesama perasaan..

    yang penting u tumpukan perhatian kat study.

    sabar jer ar dlm semua perkara k..

    i noe u memang seorang yg hebat menangani perasaan2 yg menguasai u..

    b happy!

    ReplyDelete
  3. salam.

    pelan2 belajar memaafkan.
    memang sakit di lukai dengan kata-kata owh.
    apatah lagi oleh yg tersyg, tapi mybe hari ni
    hari dier, esok luse mungkin kita pula melukakannya.
    (minta dijauhkan, insyaallah)

    senyum sikit - ececeh. idupkan sementara ja.
    dari marah, menangis, dan sesalan diisi untuk umur yang tak seberapanya ni, lebih indah jika kita menghargai, memaafi dan tersenyum:)

    ikut nasihat hatimu yg kuat dlu.:)

    dan makan ubat- jgn sampai ubat tu merajuk pula;p

    ReplyDelete
  4. teringat nama restoren di dungun - sabar menanti

    ReplyDelete
  5. wow...syahdu nye en3 nie...ngehngeh...
    terima seadanya...jgn telalu memendam rasa nanti diri sendirik binasa...
    take care

    ReplyDelete
  6. patut la kat atas ni hujan saja... kat bawah sana ada org sedang berduka rupanya.

    ReplyDelete
  7. waaaa..
    jgn laaa sedih2 lagikk..
    tak manisss nnti..

    lagipon nak sambut pose dahh ni..
    bulan pose, penuhkan hati dengan keimanan..

    tenangkan ati mu..

    haha! masuk bab pose lak.. adessss..!

    ReplyDelete
  8. sabor jer laa...nak buat guane lagi...sampai masa ketemu jua...xyah kalut2...be cool.

    ReplyDelete
  9. kalau sedar awal baguslah....biar sakit sikit sekarang jangan sakit banyak pada masa akan datang...
    be strong!
    cik gadis manisss kenalah kekalkan manis...ye tak?

    ReplyDelete
  10. betul2 tu
    kdg2 w/pun kita ni tabah hadapi semua
    kalo dah kena sentap bak kata akk nita
    wahhh ati pompuan cepat luluh tau...
    hehehehe

    apa2 pun have a nice wikend ye dek..dh pekena nasi tasha ke blom ni...?

    ReplyDelete
  11. arnamee,

    ye kena belajar memaafkan org...

    thanks for sharing...

    =)

    ReplyDelete
  12. pok li,

    kalo g makan kt restoran tu kena sabar menanti la walaupun pesanan dtg lambat?

    sesungguhnya semua pelanggan sabar menanti pesanan...

    hehehe

    ReplyDelete
  13. ~0~,

    syahdu malam berlagu sepi....

    ecece ternyanyi la pulokk....

    hehehe....

    ReplyDelete
  14. Well...

    Konflik dan permasalahan sosio-liberal itu wajib perlu ada dalam hidup sehari-hari. Kalau tidak, kita tak matang.

    ReplyDelete
  15. SIS NITA,
    Posa dh nak dekat..
    dah abeh ganti ker???
    kih3...


    FADH,
    Yeah..sentiasa cool..
    =)


    INSAN BIASA,
    Betol betol betol...
    hehe...
    ni ngah senyum manis la ni kat akak...
    =)


    EL,
    popuan ni kan sensitif...

    dh pekena pon...
    leh tahan ar..
    smpai nk terguling kekenyangan...

    ReplyDelete
  16. NAQEEB L,
    Amik masa dan ruang utk diri sendiri....

    ReplyDelete
  17. DIK AN,
    kita menjadi matang bila ada masalah..
    kerana masalah menguji kita utk bertindak secara matang...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi