Wednesday, August 26, 2009

JOM KENAL DENGAN KAWAN BAIK AKU

Semua orang ada kawan. Siapa yang tak reti berkawan tu memang rugilah. Kebanyakan masa kita juga dihabiskan dengan kawan dan kadang-kadang kita lebih rapat dengan kawan berbanding dengan keluarga sendiri.

Tapi tak semua kawan sanggup nak bersusah dengan kita. Tak juga semua kawan sanggup menolong kita apabila kita susah. Ramai kawan lebih suka ketawa bersama dan bila kita menangis kita tinggalkan dia menangis seorang diri.

Untuk menghargai kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi aku, mulai setiap minggu aku akan perkenalkan seorang demi seorang kawan aku yang sentiasa menceriakan hidup aku dan sentiasa ada untuk aku.

Dan untuk minggu ni aku akan perkenalkan kawan baik aku yang selama ini sanggup bersusah dengan aku, sentiasa ada di sisi aku di saat aku memerlukan seorang kawan yang bukan saja sanggup untukketawa bersama tapi juga untuk sama-sama menangis.

Orangnya kurus dan tinggi. Berbeza dengan aku yang rendah dan agak berisi. Dulu dia satu kelas dgn aku kat teknik. Masa form 6 kebetulan 1 kelas gak dan kami 2 orang ja yg dari sek teknik kt sekolah tu. Memang tak kenal sapa2 kat sekolah form 6 tu.

Masa form 6, macam-macam kami join. Kami serasi walaupun banyak yg perbezaan antara kami tapi kami sentiasa sependapat. Dua-dua aktif kat sekolah. Masuk macam-macam walaupun dalam sukan aku lebih minat main bola baling dan dia bola jaring. Ala sesuai la kan dengan ketinggian kami ni hehehe...

22 orang pengawas lak tu. Cuma yang bezanya aku ni leh kata pengawas yg garang, dia lak tak tapi budak2 lebih takut kat dia dari aku. Yela maybe depa ingat aku ni lebih rendah so depa ingat aku ni cm adik la kot huhuh...

Dan bila satu saat orang yang aku sayang meninggalkan aku tanpa sebarang penjelasan, tinggalkan aku terkapai-kapai seorang diri hanya dia saja tempat untuk aku mengadu. Sanggup melayan panggilan telefon dari aku walaupun masa tu pukul 3pg semata-mata mahu mendengar luahan hati aku dan tangisan aku.

Tanpa dia mungkin masa tu aku dah buat kerja bodoh. Bila emosi menguasai diri kadang-kadang fikiran tak dapat berfikir dengan waras.

Dan bila keputusan U kuar tanpa diduga, kami dapat Universiti yang sama dan kos juga sama. Kawan-kawan semua cakap amboi hampa 2 tak berpisah juga haihh... Nak buat cm mana dah takdir. Hehehe....

Memang aku akui dia memang seorang kawan yang baik. Tanpa dia siapa la aku. Cewahh.. Ayat.. Hehehe... Mana mau cari kawan yang macam ni. Sanggup bersusah sama-sama kita dan memang dia banyak menolong aku. Cuma aku yang belum berkesempatan nak tolong dia.

Konon-konon bila dh masuk U, nak cari pak we sama-sama hehehe...Tapi aku yg dapat dulu kt USM ni. Tapi hampeh gak ar..Pak we tak boleh pakai itu olang. Kui3..Lepas tu dia lak ada pak we. Pastu dia putus aku lak ada. Hahaha....Macam-macam.

Tapi last-last bila dia dh ada steady bf sampai sekarang, aku gak yg masih sendiri. Sampai kan dia pulak nak tolong cari pak we kat aku. Hehehe...Ala yg ada janggut semua aku berkenan. Hahaha....

Cuma sejak akhir-akhir ni kami tak la serapat dulu. Mungkin kesibukkan yang menjadi penghalang kepada kami. Dia sibuk dalam aktiviti lain, aku lak aktiviti lain. Dia pegang jawatan untuk persatuan lain, aku pegang jawatan yang lain. Tapi apa yang sama kami masih aktif mcm kat sekolah dulu.

Kawan yang aku maksudkan tu adalah cik Ruhaida bt Othman@Dat.
Dan aku rasa aku ada melukakan hati dia tanpa aku sedari. Mungkin aku yang terlalu emosi masa tu sebab tu kadang-kadang tak pk panjang. Macam la hang tak kenai pangai aku ni cam na.

So pada ida, kawan ku tersayang bucuk-bucuk intan payung ku (ayat bodek ni hahaha) aku minta maaf kalo ada silap kat hang n aku tau selama kita kawan ni aku banyak menyusahkan hang. Sejak aku putus dengan si E tu sampai la sekarang. Yela mana tak meroyan kawan punya lama tengok-tengok kawen dgn org len.

Harap hang maafkan aku. Dan apa-apa yang aku kecik hati ngan hang tu aku pon dh halal dah pon kih3...Benda kecik ja.... Dan 1 lagi doakan aku dapat suami yang baik dan yg paling penting ada janggut. Kih3....



Ini la kawan baik aku dunia dan akhirat.
Walaupun banyak benda yang jadi harap-harap persahabatan kami tak putus sampai bila-bila.



Pic ni dia nampak kurus kan?? Tapi sekarang dh demok dah hahaha.. Pipi pon dh sama bulat ngan aku nasib baik hang tinggi kalo tak sama naik dah ngan aku hahaha....

Cuma aku nak pesan hargai lah kawan anda. Jangan jadi kawan makan kawan dan kalau boleh jangan khianati kawan anda sebab kerana kawan lah yang akan menentukan siapa kita.

12 comments:

  1. berkawan dengan jujur dan ikhlas....freinds for ever....

    ReplyDelete
  2. comenya kawan..
    ha...ha...
    itulah adat berkawan...
    kenang mengenang.....

    ReplyDelete
  3. gambar aku mane? ni buat aku murka ni...

    ReplyDelete
  4. bagus laa ader member yg ssh senang skali..
    aku xjumpa lagi member yg sma2 leh jatuh bangun
    aku pon xberharap pon nak jumpa..
    huhuh..

    ReplyDelete
  5. kwn ketawa senang nk carik.kwn sama2 nangis tu lah yg susah kn nak carik haih

    ReplyDelete
  6. wahhhhh.. comelnyerr kawan kamu tu.. putih gebu.. melepak.. kimsalam yerr..

    kawan ada yang sejati ada yang bagi kita mati.. huhu!

    ReplyDelete
  7. wahhhh nak promote kawan2 lak eh
    hehehehehe....
    mmg ssh nk cr kwn yg betul2 menghargai kita
    yg byk pun kwn mkn kwn...
    biasalah..kita x bleh bg semua org suka kat kita..
    semoga persahabatan korg smpi bila2 ok
    hehehehe

    nota bijik: nak berbuka sama eh..dgr kata ada bloger len nak buat gathering berbuka..tgu je lah...ok

    ReplyDelete
  8. best friend ever..

    baik jer kalau ader kwn baik kan..

    nampak kurus jer 2 2

    ReplyDelete
  9. wah,gambar opah untuk minggu nih
    next week gambar paiz plak yer
    hahaha

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi