Monday, August 31, 2009

PERSOALAN YANG BELUM TERJAWAB


Alhamdulillah....kita dah merdeka selama 52 tahun. Pelbagai cabaran juga telah dihadapi dalam mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu kita sehingga kini menjadi sebuah negara yang maju seiring dengan negara-negara maju lain. Persoalannya betul-betul merdekakah kita????

Aku sebenarnya memang langsung tak minat politik apatah lagi bila melihat blog-blog yang berunsurkan politik. Kalau blog tu, keja nak mengutuk jer orang ni salah orang tu salah. Orang ni mcm ni, orang tu mcm tu. Kritik tu boleh tp biar la kritikan membina.

Ini tak, pandai kritik jer tapi ada cadangan ker nak memperbetulkan apa yang dikritiknya??? Sesetengahnya hanya pandai mengkritik jer...Tak kira la dari Parti mana semua sama jer.

Walaupun aku tak minat politik tapi aku pernah belajar pasal politik dan amik paper Sains Politik. Apa yang aku belajar semua tu berkait dengan kuasa. Kadang-kadang kerana tamak akan kuasa sehingga mengabaikan kepentingan rakyat sedang itu yang patut diutamakan dulu.

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Memang patut pon slogan ni digunakan. Sekarang ni ramai pemimpin yg hanya mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan rakyat. Kadang-kadang ada pemimpin yang sengaja mengambil kesempatan sehingga menimbulkan pertelingkahan antara kaum.

Penat-penat tokoh negara kita dulu nak menyatupadukan rakyat yang pelbagai kaum senang-senang jer ada pihak yang tdk berpuas hati yg sengaja nak tengok kaum di negara kita ni berpecah-belah. Tak kan nak tengok Tragedi 13 Mei berulang lagi???

Aku ni sebenarnya dah menyampah tengok berita-berita pasal politik ni. Banyak sangat masalah. Banyak sangat tuduh menuduh, caci maki, rusuhan jalanan dan macam-macam lagi. Nak mansuhkan ISA la. Orang2 yg nk mansuhkan ISA tu tak pk panjang ker?? Kalo dh mansuhkan nanti lebih berani la orang2 yg cuba nak menggugat keamanan negara bertindak.

Dah tak ada sekatan. Ramai orang memandang negetif dari positif kenapa??? Dah memang manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dimilikinya sekarang. Bukan tu saja banyak lagi perkara yang membuatkan aku tak suka psl politik negara kita ni.

Aku tak menyebelahi mana-mana pihak baik kerajaan ataupun pembangkang. Yang pembangkang dh nama pun parti pembangkang mestilah kerja nak membangkang ataupun mengkritik. Begitu juga di negeri Kedah, Selangor yg kini parti kerajaan menjadi pembangkang. Kalo dulu asyik dikritik, la ni depa pulak yg kritik.

Aku tahu isu ni agak sensitif, tapi aku nak tulis juga. Aku nak luahkan apa yang aku rasa. Sama ada korang setuju atau tak tu bukan masalah aku. Aku dah rimas dijaja dengan berita-berita yang sebenarnya boleh menggugat kestabilan politik negara kita dan juga boleh mencetuskan pertelingahan antara kaum.

Kalo kita tengok, bila ada orang buat bantahan siap dengan sepanduk mencaci, memaki, mencarut siap ada kepala lembu lagi apa cerrr???? Nak kata tak cerdik, cerdik. Nak kata bodoh pun, pun boleh la kot. Kadang-kadang mengaji tinggi akal letak kat lutut.

Bukannya tak ada cara yang lebih baik nak menunjukkan ketidakpuasan hati tu. Tapi biarlah kena cara. Ni dok maki, mencarut macam2, bila dh buat cm tu, sama level la hang dgn orang yg hampa dok carut tu.

Bila akal letak kat lutut, emosi menguasai fikiran jadi cam ni la. Negara dh merdeka 52 tahun tapi rakyatnya belum merdeka sepenuhnya. Kenapa nak pecah-belahkan keamanan dan kemerdekaan yang telah kita raikan selama 52 tahun ni?? Fikir-fikirkanlah...



SALAM KEMERDEKAAN KE 52


DARI


GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR

13 comments:

  1. Salam.

    Itulah hakikat sebilangan umat Manusia.
    Merdeka hanya dari segi luaran namun dijajah dari segi ekonomi,budaya,sosial,akhlak,fikiran,media dan lain-lain.

    Mungkin tidak hanya dijajah oleh bangsa luar namun dijajah oleh pihak yang sama bangsa yang berkuasa.

    Maaf...,berkaitan mansuh ISA.Harap saudari kaji cara ISA,baik buruk ISA dan hukumnya berdasarkan Islam.Niat menjaga keamanan tetapi jika salah caranya maka salah juga berdasarkan hukumnya.

    Maaf jika tutur kata mengguris hati.

    Hiasi diri dengan akhlak Islami
    Renung-renungkan dan selamat beramal :)

    ReplyDelete
  2. Haku pun tak suke politik mitik ni. Tp rasanya ia adalah sebahagian drp negara ...

    ReplyDelete
  3. PENA VS PEDANG,

    terima kasih atas pendapat..

    berkaitan dgn ISA, memang perlu dikaji semula dan perbetulkan yang mana ada kekurang bukannya terus dimansuhkan....

    itu pendapat saya,

    terima kasih sekali lg sudi memberi pandangan...

    ReplyDelete
  4. akak..? uuuu.. akak suka baca blog politik.. hahaha! sangat suka..

    niway, salam kemerdekaan tuk negara Malaysia yang terchenta..

    ReplyDelete
  5. Salam! Greetings to you on the occasion of Hari Merdeka (Independence Day 31-8-2009).
    Http://unitedoneworld.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Pandangan yang menarik. Saya ulangi pendirian saya dengan mencilok kata-kata Voltaire "Aku mungkin tidak setuju dengan pendapat kamu tapi aku akan pertahankan bermati-matian hak kamu untuk berpendapat".

    Adeh, laparnya.

    ReplyDelete
  7. Politik ini persaingan merebut kuasa. Memperjuangkan ideologi yang dinyatakan untuk mewujudkan sebuah negara yang sempurna. Sejauh mana ia berjaya mengotakan kata-katanya bergantung kepada kesungguhan pemimpin politik tersebut.

    ReplyDelete
  8. Salam

    ISA banyak di salah gunakan..Kalo Melayu ditahan berbulan mungkin bertahun kalo keling atau apek bape hari???Nawawee nyanyi lagu negara ku songsang dan menghina Melayu..Ada ISA??ISA da di salahgunakan untuk kepentingan peribadi bukan Negara lagi.

    13 Mei...Mungkin ia akan berlaku. Cuma tunggu masa Melayu lalai atau terleka dan berpecah. Apek dan Keling bakal bertindak...Adakah Melayu bersatu???

    ReplyDelete
  9. org yg ada niat nk musnahkan negara mmgla suka nak mansuhkan isa.pity pity.i agreed with u :)

    ReplyDelete
  10. Salam GKSB..
    Politik ni ader baik ader buruk.
    Suka juga layan kekadang.
    Hehe..
    Pengetahuan am.

    Selebihnya ta de komen..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi