Thursday, September 3, 2009

BUSY KERANA BISEKSUAL DAN SANTAU??? OH NO..




BZ!! BZ!! BZ!!

Aduyaiii........... Cam mana nak bahagikan masa erkk??? Dh hampir nk gilakk dah ni. Kelam kabut ke sana ke mari. Tambah-tambah bila kelas BI, paper LSP300. OMG... Penat weh..Abeh kelas kul 1, pastu kelas BI kul 2 lak.

Dah la tak boleh lambat. Kalo lambat mula la teacher pot pet pot pet sambil tarik muka berleter. Huhuhu... Tambah bulan-bulan posa ni. Penat berkejaran ke sana ke mari. Tapi nasib la sekarang aku dh bawa motor. Tak da la penat sgt cm dulu tp still lg penat. Penat la kelam kabut cm tu. Tak ske, tak ske...

Sekarang ni nak kena hafal skrip untuk lakonan bg projek berkumpulan. Group aku kena tajuk BISEKSUAL. Ha tahu ke apa tu BISEKSUAL. Biseksual tu adalah lelaki or popuan yang ada hubungan dgn 2-2 jantina.

Maksudnya dia suka kat popuan dan dalam masa yg sama dia gk suka dgn lelaki. Kira dpn belakang pon main redah jer.. Oppss sory kasar bahasa sket...Huhuhu.. Tapi kalo kos aku ni mmg kena open sket. Walau kdg2 aku sndri rasa tak selesa.

Aku berlakon jadi biseksual iaitu tunangan orang dan dalam masa yg sama hadapi dilema sebab dia ada kekasih perempuan gak. Dia sayang 2-2. Tapi kekasih perempuan dia ni nk minta putus sbb dia dh nk kawen. So dia tension sbb dia syg 2-2 orang iaitu tunang n kekasih popuan dia tu. Dan sekarang dia buntu tak tahu nk buat apa.

Ha pa cerr??? Nampak cm susah jer kan nk bawa watak tu?? Apa-apa pun aku cuba la kan. Huhuhu...Nak kena hafal skrip lagi aduyaiii...Dalam masa yg sama lagi 2 assignment lagi yg nk kena hantar.

1 hari selasa ni n 1 lg lepas raya. Yang nk kena hantar hari selasa ni taip pon lom lg tau.. Assignment yang ni lak kena tajuk SANTAU. Kena kaji pasal santau dan cara-cara nak buat santau. Tapi idaakkk la aku nak santau sapa-sapa gilakk ke?? Huhuhu....Nanti aku cerita sket pasal apa santau tu sebenarnya yerkk...

Assignment aku ni semuanya memang luar biasa sket. Biseksual la santau la. Tapi memang best dan agak mencabar la juga gk sebab selama ni kita tak tau apa itu biseksual. Yang kita tau pasal lesbian dan homoseksual jerkk..

Pasal santau lagi la kan. Dengar pon dah kecut perut. Kalo orang yg kena tu apa lagi kan?? Aku yg nak kena kaji dan temubual ni pun takut-takut gk. Konon-konon nk p temubual tok bomoh yg dok buat santau ni tpi umah dia dok dlm hutan dan ahli-ahli kump aku ada yg xnk p temubual sbb takut so xjd la kan.

Eh napa kalo tok bomoh jer mesti duduk dlm hutan erkk??? Err...Ada jawapan tak?? Disebabkan oleh itu kami cuma temubual ustaz-ustaz je sebab nk tau lebih lanjut psl santau ni. Eh sebelum tu sesuai ke panggil tok bomoh, ker pgl pengamal perubatan tradisional erk??

OMG.. Banyaknya kerja...Presentation lagi nk kena prepare. Jadi terpaksa la postpone dulu yg mana tak berapa nk penting. Nama pon student kan?? Haihhh..... Penat, penat.

Sabtu dan Ahad ni aku lak tak ada. Pergi program berbuka puasa dengan orang asli kat Grik dengan kerjasama tv 3. So akan ada liputan mengenai majlis ni kt TV 3 nanti. Jangan lupa tengok BULETIN UTAMA yerk.. Hihihi.. Aku akan mencuba mencapub nk masuk tv kah3....

Err...pada IMHEPPIE... saya masih terpaksa postpone dulu nak pos hadiah kamu tu. Maaf yekkk...

Pada yang lain-lain kenang la aku dalam doamu. Cewahhh...Hahaha.....Rindu2 la kat aku sama yerk sepanjang ketiadaan aku ni hihihi.... =P Cam nak pergi jauh la plakk.. Karang tak ada orang nk tulun update blog dh.. Uishh... Celupar betul mulut. Doa kan la perjalanan kami selamat k,

Dan jangan lupa tengok BULETIN UTAMA tu taw.. Aku tak kira aku nk mencapub gak bg masuk tv muaaahahahahaha......Lau tak ada hari sabtu, kuar ari ahad, hihihi.. Poyo jer kan aku ni???

Tak kisah la layannnnnnnnnnnn........


**Hutang tag - ayie. Nanti dh balik kita buat yek.. =)



***MENCAPUB = MENCARI PUBLISITI



6 comments:

  1. apa kejadah korang wat lakonan pasal budaya songsang org kafir nie??? byk lg citer bleh wat apa! citer ayam bertelur ke, unta mengembek ke? rimau berkokok ke? (MARAH NIE)

    ReplyDelete
  2. biseksual ek??xnak aku...aku xnak jadi cam kaum luth...sekian...ahaks...

    ReplyDelete
  3. sesak nafas bc n3 kamoo ni..kahhhhhh
    ok nti akk tgu depan tibi
    kalo kamoo xde..akk sunat kamoo 300x ok

    ReplyDelete
  4. FADH,

    sebenarnya semua group dpt tajuk yg macm ni, ada yg dpt tajuk LESBIAN, HIV AIDS, PELACUR, dan masalah2 sosial yg lain.

    ada yg memegang watak biseksual dan seorang lg pekerja sosial. Sebenarnya lakonan ni cuma nk tengok macam mana seorg pekerja sosial mengendalikan kes-kes yg sebegini.

    bknnya kalo pelacur tu dia berlakon menyundal ngan mana2 jantan. Just berlakon memegang watak tu jer pastu cerita psl mslh mcm mn terjebak ngan pelacuran so pekerja sosial yg memainkn peranannya cara nk kendalikan kes ni.

    saya major social work, kita org belajar cara2 nk kendalikan kes yg sebgini.

    dh jelaskan?? jgn marah2 yerkk...

    hehe.. =)

    ReplyDelete
  5. ~0~,

    tapi sekarang dh ramai yg mcm kaum nabi luth a.s..

    oh..no...

    ReplyDelete
  6. el,

    hahaha...

    men sunat2 la akak ni...

    yg wajib xnk ker???

    kih3...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi