Wednesday, September 9, 2009

KADANG-KADANG BERDIAM DIRI ADALAH LEBIH BAIK


Memimpin, dipimpin dan terpimpin.

Ada orang yang boleh memimpin. Ada orang yang boleh dipimpin. Ada yang hanya suka dipimpin oleh orang lain dan ada juga orang yang hanya boleh memimpin tapi tidak boleh dipimpin.

Maksudnya hanya boleh menjadi ketua dan tak suka bekerja di bawah telunjuk orang lain. Bila menjadi ketua hanya cakap dia semua betul serta tidak boleh menerima pendapat orang lain terutamanya orang bawahan.

Ada yang lebih suka dipimpin dari menjadi pemimpin. Dia senang bekerja di bawah orang dan lebih selesa mcm tu.

Kalo yang jenis available iaitu boleh dipimpin dan memimpin memang bagus. Aku dari sekolah lagi sering menjadi yang memimpin dan kadang-kadang dipimpin oleh org lain. Untuk memimpin bukan senang kerana kita bekerja secara berkumpulan

Bila bekerja dalam kumpulan, kita perlu mendengar semua pendapat orang walaupun dia hanya orang bawahan kita. Bila kita menjadi ketua, tak semua yang kita lakukan itu betul. Perbincangan dengan semua orang adalah lebih baik dari kita bertindak membuat keputusan sendiri dan memaksa orang menerima keputusan kita.

Ini semua berdasarkan pengalaman aku terlibat dengan pelbagai aktiviti di sekolah dan sehingga sekarang. Aku dah jumpa macam-macam kerenah orang. Ini baru masa belajar, tak kerja lagi. Bila dh kerja xtau la cna kan? Dengar ceta sis nita pon dh berdebar-debar.

Tapi sangat la susah bekerja dgn pemimpin yg hanya tahu memimpin tapi tidak boleh dipimpin. Tak boleh terima pendapat orang lain. Akan dengar tapi masih buat keputusan mengikut kapla sendiri.

Aku tak cakap sapa2 ini secara umumnya dan sememang begitu. Bukan bermakna anda ketua semua benda anda betul. Bukan juga bermakna anda ketua sampai mengabaikan pendapat orang bawahan. Kena ingat orang bawahan tu la penyokong kita.

Diibaratkan jika hendak mendirikan bangunan apa yang perlu ada? Mestilah tapak yang kukuh. Jika tapak tdk kukuh ada kemungkinan bangunan yg tinggi itu akan runtuh.

Bukan nak mendabik dada atau bangga diri, tapi sejak sekolah lg memang aku terlibat dan berpengalaman dengan aktiviti yg memerlukan pemimpin dan juga dipimpin. Dan bila satu tahap tiba-tiba kita bekerja dgn org yg hanya blh memimpin tp tdk blh dipimpin tentu byk kesukaran berlaku.

Aku jenis suka berterus-terang. Kalo aku tak puas hati aku bg tau. Lepas tu settle tak ada nk simpan dlm hati ke apa ke. Terpulang boleh menerima pandangan atau tak. Tapi bila tidak boleh menerima pendapat org lain itu merupakan 1 masalah yg besar.

Walaupun kadang-kadang berdiam diri adalah lebih baik tapi kadang2 berkata benar juga perlu. Suarakan apa yg tersimpan di hati. Jangan sampai luka bernanah di hati.

Dan semalam aku masih cool. Tidak menjerit di depan orang ramai kemudian disalahkan kerana bergaduh di depan orang lain. Hahaha.. agak kelakar sebab sepatah apa pun aku tidak bercakap tapi disalahkan krn bergaduh dpn org lain.

Entah siapa yg menjerit-jerit di depan orang ramai. Aku masih cool. Cuba menenangkan diri. Tapi masih disiram minyak. Tunggu masa untuk terbakar. Sama-sama keras kepala dan harus seorang mengalah. Dan aku memilih utk mengalah.

Ya, kadang-kadang berdiam diri adalah lebih baik.

Jadilah seorang yang bukan saja boleh memimpin tetapi juga dipimpin seterusnya menjadi seorang yang terpimpin.

9 comments:

  1. bagus la kalau macam tu...
    ada masa kena cakap
    ada masa kena diam.......
    awak seorang yg bijak.........
    kerana dpt mengesan bila masa
    perlu bertindak.............

    ReplyDelete
  2. besi,
    tidak lah bijak masih insan biasa..
    cuma belajar dari pengalaman dan praktikkan pengalaman yg di timba itu..

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum

    bertindak mengikut akal sangat payah dik...
    perlu sabar dan tenang
    tapi ia akan datang naturally melalui pengalaman hidup

    ReplyDelete
  4. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang jujur, ikhlas dan bertanggungjawab serta bersikap positif.

    ReplyDelete
  5. mula2 dipimpin
    pas2 memimpin
    barulah terpimpin tangan orang lain kuikuikui

    ReplyDelete
  6. wah....bagus..bagus...tolong pinpin sy

    ReplyDelete
  7. akk x leh jd pemimpin
    pemimpin tuk anak2 bleh lah
    hehehehehehe

    ReplyDelete
  8. MASUK PIMPIN SISWA LA BAGUS. NANTI CARI PAKWE ATAU SUAMI YANG BOLEH MEMIMPIN, AGAR KITA DAPAT DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI DAYA KEPIMPINAN YANG SANGAT MEMIMPIN..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi