Tuesday, September 29, 2009

POLIGAMI~MANISNYA ADA TAPI PAHITNYA.........

Poligami. Isu ni sangat sensitif bagi wanita. Tapi lelaki pula akan teruja bila ada isu poligami timbul. Hari ni nak tulis sikit pasal poligami walaupun aku masih bujang trang tang tang tapi pe kata kita try tengok orang bujang nk kata pa..


Ada yang mempertikaikan pasal lelaki yang boleh kahwin 4. Ada wanita yang kurang senang bila berbicara pasal poligami kerana bagi mereka ini adalah isu sensitif. Ye la perempuan mana yang sanggup hidup bermadu? Walaupon manis bagi lelaki tapi pahit bg wanita.

Sebagai wanita kita jangan tanya dan pertikai kenapa poligami dibenarkan kerana hanya Allah saja yang mengetahui. Kalo mempertikaikannya bermakna turut mempertikaikan hukum Allah swt. Apa yang wanita perlu pertikai hanyalah sikap lelaki yang ingin berpoligami.


Nak poligami pon ada syarat-syaratnya. Berkemampuan, perlu adil, kena dapat persetujuan isteri pertama dulu. Bukan sesenang hati jer nk nikah lain. Tak pon amik jalan mudah g nikah kat Thailand ala denda berapa sgt kena yg penting kawen. Tu jer la pemikiran org kita sekarang.


Perempuan mana sanggup hidup bermadu?? Nak hidup di bawah payung emas kena taat pada suami. Memang itu betul. Tapi tak bermakna lelaki boleh mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Tak ada lelaki yg boleh adil. Mungkin ada tapi susah nk jumpa.


Kalo dalam keluarga pon kita boleh tengok ibu bapa membezakan kasih sayang terhadap anak-anak walaupun dia cakap dia sayang semua sama jer tapi dlm hati dia mesti ada yg lebih kat mana-mana siapa tahu? Apa tah lagi suami yang berpoligami ni...


Berkemampuan ker??? Mungkin ada yang mampu nk beristeri lebih dari 1 tapi boleh ke adil??? Tanya la diri anda sendiri. Tepuk dada tanya selera.


Selalu kalo kita tengok lelaki yang mula-mula dulu hidup susah dengan isteri pastu bila dh berjaya mula nak kawen lain dengan alasan dia berkemampuan. Si isteri ni pulak mula akan merasa masa hdp susah dulu sapa yang banyak tolong? Siapa yang ada ada di sisi suami? Bila dh senang mula nak kawen lain dh lupa ker janji-janji dlu? Dah lupa ke sapa yg sanggup bersusah payah dgn suami?


Isteri mula la nak minta cerai. Tapi suami tak nak menceraikan last2 si isteri pon membenarkan suaminya kawen lain. Bila dengan isteri muda mula la si suami lupa tanggungjawab walaupun sebelum kawen dh macam-macam janji kata nk adil, tak kan abaikan tanggungjawab tapi bila dh dapat pucuk muda lupa abih tanggungjawab.


korang percaya tak walaupun suami itu dh berkahwin lain ada isteri muda yg mungkin sebaya dengan anak dia tapi dia tak kan ceraikan isteri pertama dia sebab apa? Cuba korang fikir pastu bagi aku jawapannya.


Isteri muda ni kadang-kadang sanggup bermadu kerana harta percaya tak? Ye la ada ke yg sanggup kawen dengan lelaki yg sebaya dengan bapak kita kerana cinta??? Orang kata cinta itu buta. Memang buta kerana mungkin mata dh dikaburi dengan materialistik. Tapi tak semua macam ni cuma kebanyakan jer memang cm ni.


Bila lelaki kaya itu jatuh sakit hanya isteri pertama yang akan sanggup menjaganya kerana apa? Kerana wanita itu pernah hidup susah bersama-sama, sentiasa menyokong si suami dan berada di sisi suami sama ada susah mahupun senang. Isteri kedua atau seterusnya hanya berada di sisinya bila sudah senang.


Sebab itu lebih baik hanya beristeri 1 kerana hanya dia yang memahami diri suami, yang pernah bersusah dengan anda, yang sanggup terima anda seadanya kerana isteri yang satu itu yang anda akad dan nikah serta berjanji hidup semati bersama-sama hingga ke akhir hayat.

Lelaki pon tak yah nak pening-pening kepala nak melayan kerenah isteri-isterinya. Tak payah nk fikir macam mana cara nk melayan diorang dengan sama rata. Fikirkan duit lagi, anak-anak dan benda-benda remeh lain. Hanya setia pada yang 1.

Kalo tanya aku sanggup ke aku bermadu? Hanya satu jawapan aku "Kenapa mahu jadi yang kedua atau ketiga dan keempat kalo kita boleh jadi pertama dan terakhir???


LOKASI: SEMPURNA RESORT,KUANTAN PAHANG

AKSI: KEGEDIKKAN MELANDA


13 comments:

  1. mau jdi yg prtama dan terakhir..insyaallah..tpi dgn sapekah??wuuuu...

    ReplyDelete
  2. nak madu x??


    khaula lagi...hahahhaha

    ReplyDelete
  3. ~0~

    khaula tu apa???

    cheq tak bapa nk paham...

    hohoho

    ReplyDelete
  4. Mmm..
    Rasanya dalam 10 pempuan belum tentu akan bersetuju kalau dimadukan tetapi jika itu dah kehendak suami nak buat cmner kan..

    Secara keseluruhan, terpulang kepada individu..

    Tak ramai pempuan yg akan kata ya..

    ReplyDelete
  5. Nak poligami pon ada syarat-syaratnya. Berkemampuan, perlu adil, kena dapat persetujuan isteri pertama dulu. Bukan sesenang hati jer nk nikah lain. ......

    boleh kah berlaku adil...

    itu persoalan yang boleh difikir dan fikir...sebab ada yang berjaya menjadikan poligami sebagai satu ' ibadah '...ada.
    memang ada..

    kepada saya..
    cukup satu - yang pertama dan terakhir..

    ReplyDelete
  6. aku suke ayt last tu..
    "Kenapa mahu jadi yang kedua atau ketiga dan keempat kalo kita boleh jadi pertama dan terakhir??

    btol2.

    ReplyDelete
  7. poligami..kalau tanya perempuan memang la hangpa semua tak setuju, tapi sebagai lelaki ini adalah hak kami asalkan adil membahagikan kasih sayang & berkemampuan dari segi wang ringgit & sebagainya..

    poligami ni penting jugak sebab nisbah lelaki sekarang ni kurang berbanding perempuan.. kalau tak silap 1 lelaki nisbah 5 perempuan, ala tu pun lebih 1 je..Islam cuma bagi 4 je

    bila amal poligami ni masalah yg banyak akan dapat diagih-agihkan kpd isteri2..jadi isteri pertama tak akan terbeban dgn masalah suami. kat sini kita belajar cara untuk berkongsi dan agih sendiri masalah..

    tak semua lelaki abai tanggungjawab bila dah berpoligami..

    dalam 1 hadis dinyatakan perempuan paling ramai masuk neraka sebab tak patuh dgn suami..jadi kalau suami nak kahwin lebih dari 1 jangan la halang, ingat senang nak dapat payung emas tu? ikut je la kehendak suami..

    (cik KamDar jgn serius sgt ye..lap dulu peloh tu..)

    ReplyDelete
  8. LOL,

    Betul betul betul..

    say no to polygamy..

    hoho..

    ReplyDelete
  9. jinggo,
    kita sama pendapat pertama dan terakhir


    besi,
    takdir....


    mis siv,
    tahu xper,,

    ReplyDelete
  10. syukri,

    sat nak lap peloh dulu..lg pon malam ni memang panas....


    lagipon komen saudara syukri memang panas hahaha...

    komen saya: kita tak boleh nak menafikan hak orang lain...dunia semata-mata...

    hahaha...

    cm kenal tak ayat???

    ReplyDelete
  11. he..23x susah2 je....
    erm tp bagaimana nk jd yg pertama jika tiada yg sudi mengambil kite menjadi yg pertama....

    www.broframestone.com

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi