Wednesday, October 21, 2009

BATU BERTANGKUP ~EDISI AKHIR : Seharian Bersama Warga Emas




OK, Nak sambung cerita. Aku dengan 3 orang kawan aku lagi akan ke Rumah Sejahtera Alor Sena. Asal 10 orang tiba-tiba yang lain tak nak pergi. Pasal apa tak tahu la kan tapi kalo ye pon marah kan nyamuk jgn kelambu dibakar. Ni sebagai lapik jer ku nk cakap.

Pasal masalah yang timbul tu dan ketidakpuasan hati terhadap golongan tertentu jangan sampaikan orang lain yang jadi mangsa. Ye tak?? Warga tua tu tak bersalah. Kalo ikutkan aku sorang jer ahli kumpulan asal yg masih semangat nk pergi. Yang lain-lain tu hampehhh....


So aku pon ajak la kak emy, rehan ngan fida ikut. Nasib baik la diorang nak. Semua telah dipecahkan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan pergi ke Rumah Sejahtera ALor Sena, Kaki Bukit dan juga Bahor Mali.

Rumah sejahtera Alor Sena hanya ada 5 orang penghuni sahaja. Kami disambut oleh Tuan Haji Nasir. Pastu mula la aktiviti kami untuk mengemas rumah salah seorang tok wan kat situ. Sebenarnya bkn rumah la cuma bilik yg siap dgn bilik air dan dapur. Semua diorg akan buat sendiri.

Masa mula-mula masuk tu terkejut gak ar. Bilik agak berselerak dan kotor. Kami pon mula la mengemas. Aku ngan Fida bahagian ruang depan rehan ngn kak emy kt toilet n dapur. Banyak gak makanan dia yg dh expired yg tu kami buang lps minta izin takut gk tok wan ni tersilap makan.

Kak Emy yang tengah lap dapur. Kak emy ni leh kata lawak gak ar sambil cuci sambil terdengar uweekkkk.. Maybe sebab tak tahan bau bekas makanan yg dh lama tak cuci yg terbiar kat dapur tu.





Rehan yg tengah cuci bekas makanan. Masa sampai-sampai terus dia masuk dapur p kat toilet pastu dia cakap korang semua duduk depan. Biar Rehan yg cuci toilet ni. Masa tu dia dh tutup hdg n macam nk muntah tak tahu la apa yg dia nampak kn huhu..



Sejujurnya dalam hati aku terfikir gak kenapa kotor sangat jika nak dibandingkan dengan bilik-bilik penghuni yang lain. Bila tengah kemas terjumpa banyak ubat dan juga pam untuk orang sakit asma. Biasa la orang tua ni bkn larat sangat tambah yg semput kesian plak aku tgk.

Pastu pegawai JKM ceta yang tok wan ni orang JKM jumpa dalam operasi yang diorang jalankan. Masa tu dia tengah tidur dlm pondok terbiar. Dia ada anak-anak tapi semua duduk jauh. Tapi dia ada sorang anak yg duduk kat Kangar. Bila JKM beritahu pasal ayah depa ni, depa tak amik peduli langsung.

Duduk la tok wan ni kat Rumah Sejahtera ni. Tok wan ni tak banyak bercakap. Diam jer.. Sesekali terbit senyuman dia yang buat aku teringat arwah tok wan aku. Aku pon tak sampai hati nak tanya pasal anak-anak dia. Nak sembang pon tak sampai hati takut satgi aku plak yg menangis huhuhu...



Bersama nenek-nenek kat c2.




Yang tudung ungu tu bila aku sembang dengan dia, dia beritahu yang dia duduk kat sini sebab tak nak menyusahkan anak-anak dia. Anak-anak dia pon tak hidup senang. Nak cari duit untuk menampung keluarga sendiri lagi sebab tu dia amik keputusan duduk cni.

Tapi dia lebih bertuah jika nak dibandingkan dengan tok wan tadi sebab anak-anak dia still datang menjenguk. Hari raya baru-baru ni pon anak-anak dia datang jemput balik beraya bersama.


Bersama semua penghuni.
Sorang lagi penghuni tak ada, sakit, so anak dia bawa balik.








Sebahagian penghuni Rumah Sejahtera di Perlis yang telah digabungkan untuk sama-sama menyambut jamuan raya yang diadakan.





Masa YB dok berucap tu kami dikejutkan dengan kedatangan MB Perlis. Kedatangan MB memang tak disangka-sangka sebab beliau dah wakil kan YB kat kawasan tu ganti. Apa lagi kelam kabut la emcee.. Huhu...


Menteri Besar Perlis tengah berucap




Sebenarnya N3 aku kali ni bukan nak menunjukkan aku ni bagus ke apa cuma aku nak kongsi pengalaman dengan semua. Bukan semua orang pernah ke rumah sejahtera dan mengenali diorang dengan lebih dekat. Tak semua orang betul-betul dapat menyingkap kehidupan mereka sebenar di rumah tersebut.

Selain itu, kita boleh jadikan iktibar kepada diri kita tak semua insan bertuah dapat memiliki kehidupan yang gembira dan bahagia bila menginjak usia senja. Semua ini adalah sekadar secebis pengalaman yang ingin aku kongsikan.

Cuma aku agak terkilan dengan pelajar-pelajar lain yg mungkin tak puas hati dengan sesetengah kelompok yg menganjurkan program ini. Mungkin kita tak boleh salahkan pelajar-pelajar ini.

Tapi kita sebagai mahasiswa yang mempunyai ilmu tak boleh fikir ke kalo nak marah atau tak puas hati kenapa sampai nak protes tak nak pergi ke rumah sejahtera?? Dari 10 orang alih-alih tinggal 4 orang. Group lain pon macam tu tinggal skit jer.

Tok wan dan nenek tu semua tunggu la kedatangan kita ni dengan harapan kita dapat menceriakan diorang dan berkongsi rasa tapi alih-alih 4 org jer yg ke rumah sejahtera Alor Sena?? Yang lain-lain buat apa?? Melangut jer kat majlis sana?? Duduk dlm dewan diam2??

Ada akal pakai.. Jangan letak kat lutut. Nama pelajar universiti tapi fikiran tak mcm bdk universiti. Tak dapat tempat tdo yg selesa, merungut. Tak dapat makan malam, merungut. Mungkin pihak yg memimpin program ni ada kelemahan dia sendiri tapi jgn la sampai kita ni nk mengabaikan tanggungjawab kita dgn tugas yg kita bahagikan.

Sory yek kalian terpaksa baca aku dok beletiaq ni huhu... Tapi itulah manusia tak pernah nak bersyukur dengan apa yang kita ada.

13 comments:

  1. ha..ah....
    bebudak u ni kene la pandai2 bercampor ngan orang luar...jgn malas sgt nak ikut program camgini....
    skrg mmg rasa x der papae la kalau x ikut program camgini...
    bila dah keje nnt....tau la rasa...tau la nyesal....

    spatutnya kene ikut la..bior insap sket.....

    ReplyDelete
  2. ek..pasal emel tu sy dah tgk..
    sowi la..cy x check emel./....
    ^_____^

    ReplyDelete
  3. Apa2 pun tahniah kpd saudari kerana bijak memainkan peranan..

    walaupun sy tak pergi program tersebut tetapi sy turut serta bersama dalam merencana program itu di Kangar.

    mengapa wujud rasa tidak puas hati? sy sendiri telah menyatakan segala-galanya semasa bermesyuarat dgn AJK terbabit bahawa akan wujud masalah jika tidak diatasi segera..

    sy rela tidur di mana2 tetapi adakah rakan2 kita yg lain rela? bkn susah nk tido, tutup mata je..sy tak kisah tak mkn sehari tetapi adakah rakan2 kita sama spt kita? ada byk perangai, hati, mulut & sebagainya yg perlu dijaga oleh penganjur.

    bayangkanlah setelah seharian penat melakukan aktiviti kemudian tak ada pulak mkn..kalau sy cukuplah mkn roti 60sen, tapi tak kan la tak ada bajet? Hal ini telah diajukan semasa mesyuarat..

    walau apa pun saudari, AJK perlulah berterima kasih kpd mereka yg merungut tu sebab tanpa penyertaan mereka bajet program mgkin kurang..itu juga komitmen drpd pihak mereka walau pun tak ke rumah sejahtera.

    nasib baiklah naik bas, kalau mereka guna kenderaan sendiri saya yakin mereka dah balik terus ke usm..mungkin tak dok melangut dlm dewan.

    apa2 pun sy amat kecewa dgn sikap 'pemimpin' program yg memalukan rakan sy dikhalayak ramai..permohonan maaf hanya dilakukan dgn menghantar wakil shj..inikah pemimpin?

    sy agak terkilan sedikit apabila barisan MT kelab sy memutuskan utk tidak terlibat dlm program ini kerana berasakan bahawa kebajikan ahli perlu dijaga kerana kepercayaan ahli2 adalah kekuatan sesebuah organisasi.walaupun YDP kelab sy telah berjaya mendapatkan alternatif penginapan tetapi telah dibatalkan setelah kelab sy menarik diri.

    masalah ini tak akan wujud jika pihak berkenaan mengikut perancangan asal..yg penting sbnrya adalah tolak ansur tetapi dlm hal ini susah nk bertolak ansur..

    umpama sebuah rumah yg gah di kaki bukit, di dalam pelan amat cantik tetapi jika terdapat kesilapan dlm merangka pelan maka rumah yg dibina akan runtuh..cantik mcm mana pun rumah tu, kalau pelan tak betul ia tetap akan runtuh

    *rakan sy terlibat The Street Ruffian & TerjunKeLangit

    ReplyDelete
  4. syukri,

    memang byk mslh yg timbul, byk gak mulut2 yg bercakap, sy berada di tengah2...

    dgr kedua-dua phk bercakap ada yg bercanggah..

    tapi sy lbh suka amik skp berdiam diri kerana jns sy yg xska terlibat dgn konflik.

    lg pon sy xksh sgt dgn suma tu sbb niat sy cuma 1, nk bersama merasai pnglmn bersama warga emas...

    dan sy juga bkn MT atau AJK program, hanya peserta biasa yg punyai niat yg 1...

    walaupun ada mslh yg timbul bg sy program tu tetap berjaya...mngkin dr segi lain

    itu bg sy sbgai pemerhati..

    ReplyDelete
  5. sebab itulah sy ucapkan tahniah kpd saudari..

    dunia akan aman jika semua mcm saudari..tapi dunia akan kucar-kacir jika ada yg memutar-belit fakta..

    niat saudari mmg mulia..maaf jika sy katakan bhw org spt saudari inilah yg selalunya dipergunakan oleh mereka yg berkepentingan..tak apalah asalkan niat tu baik utk semua..

    ReplyDelete
  6. eemmm budak2 u sekarang ni bukan nak kata la ya.. sorry klu terasa.. sememangnya demand mengalahkan anak org kaya.. bab2 camni..memang tak mo join punya.. klu join pun tak semuanya ikhlas.. sebab akak pernah rasa situasi camni..

    ReplyDelete
  7. syukri,

    tahniah??

    itu sememangnya kewajipan saya, mngkin tahniah itu patut diberi kepada yg lebih berhak.

    walau mcm mana pon terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat.

    berpeloh-peloh membacanya hehehe..

    ReplyDelete
  8. sis nita,

    sayu dan pilu melihat nasib mereka..

    ReplyDelete
  9. cutemiut,

    terasa??

    hehe... tak punya sebab sy bkn org cm tu..

    tergedik-gedik nak join lg ada la..hehe

    lg pon sy suka mencuba sesuatu yg baru

    kalo org lain yg demand tu maybe sbb cara kita dibesarkan berbeza..

    wallahualam..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi