Thursday, October 15, 2009

BOSAN KER???

DULU



Bosan ker blog aku ni????

Ye la asyik tulis pasal diri, masyarakat dan persekitaran???? Hal ehwal semasa tak ada la pulak kan?? Nak tulis pasal politik memang aku langsung tak minat politik. Nak suruh tulis pasal hiburan memang lagi tak la kan.. Satgi tauke-tauke surat khabar tak leh cari makan lak cewah haha..Berdaulat sgt ke blog aku ni?? Huhu

Blog ni aku dh nak dekat setahun. Aku mula menulis blog pada 23 Oktober 2008. Aku tulis blog ni dari badan aku cun melecun, pastu demok, kurus balik sekarang ni demok balik hehehe..Sumber inspirasi aku masa tu adalah seorang "abang" yg aku pon tak tahu hilang kat planet mana dh. Sejak dia balik Malaysia senyap sunyi tanpa berita.

Tapi tak kisah la cuma aku amat berterima kasih pd dia sebab bila aku tgk blog dia tiba2 aku ada idea nak tulis gk. Sebelum ni aku tulis dlm diari je so bila dh ada blog ni la medan utk aku berkongsi cerita, isi hati dan juga sebagai tempat meluahkan perasaan.

Inilah tujuan sebenar aku nak buat blog..Aku pon tak menyangka yg aku akan jumpa ramai kawan dalam blog ni.. Dari aku tak kenal sapa2 sampai la aku kenal mcm2 orang. Kalo orang lain mempertikaikan blog aku yg mungkin depa dok kata asyik ceta pasal hati n perasaan or wat ever memang tu la tujuan sbnr aku tls pon so what??

Aku suka tulis sesuatu perkara yg terjadi, yg sering berlaku di persekitaran kita yg mungkin kita sedar ataupun tidak. Segala perkara yang terjadi dan aku akan abadikan dalam blog supaya aku tak kan lupa. Kadang-kadang blog ni juga sebagai medan untuk kita tanya pendapat org lain.

Cuma satu benda ja aku tak buat iaitu cari jodoh dalam blog hahaha.... Kadang-kadang kita boleh jatuh cinta dengan hanya baca tulisan dia mana la tau kot2 ada org jatuh cinta kat aku lepas baca blog aku ni hahaha..siott jer...

Beb..Blog aku bosan ker???? Ke nak aku tulis pasal politik yg aku xminat sangat or cerita pasal artis-artis yg bagai cendawan tumbuh muncul pastu hilang?? Or nak aku teruskan dengan apa yang aku tulis sekarang dari segi gaya penulisan?? Ke nak aku tukar panggilan aku kepada i or saya?

Apa kata anda???

SEKARANG (DEMOK SKET)


21 comments:

  1. hehehe
    blog buleh kenal ramai kwannn
    belog buleh juga cari jodohh
    dan kamu bukan demok..
    tapi chumell

    ReplyDelete
  2. huhu da staun belog eh..kalo baby da bley bejalan.aku bru 4 bulan.bru pandai mniarap kot ghaha

    ReplyDelete
  3. Salam...

    gelak jek baca blog neh.
    Takper.. tulislah apa2 saja asalkan jgn terpesong akidah. hehee

    ReplyDelete
  4. Jadilah diri anda sendiri, itu yang paling betul.

    Kalau tak kena gaya, tulis pasal politik dan hiburan pun boleh jadi bosan (mcm blog aku kot?).

    Anggapkan diri anda seorang pelakon pentas, anda seorang pelakon. Anda yang control audience/penonton bukan audience yang control anda. Kalau tidak, lakonan anda hancur (aku rip-off Erving Goffman nih).
    Aku tengok blog ni dah ada niche yang tersendiri. Niche ni penting terutama bila kita memasuki pasaran kerja.

    Keep on blogging in the free world!

    ReplyDelete
  5. salam gadis KamDar..

    betul apa yg Nox kata tu, ukurlah baju di badan sendiri..kalau awak ukur baju kat badan orang lain saya jamin mesti baju yang dah siap tu tak dapat awak pakai..sebab saiz berbeza, betul tak?

    peduli la apa orang nak kata..dalam penulisan karangan pun ada macam2 laras, ada laras sastera, sains, macam2 la..blog pun macam tu jugak..awak pilih penulisan blog laras hati dan perasaan, ok la tu..

    tapi jangan pulak jadikan blog sebagai tempat untuk menyebar fitnah..bagilah idea yg bernas untuk matikan ikan keli..ada ke patut nak matikan ikan keli dia suruh rendam dalam air biar mati lemas? apalah mak andih ni ikut sangat cakap...

    ReplyDelete
  6. jatuh cinta aku tgk pic yang last tue...muahahhahahhah

    ReplyDelete
  7. tulis la apa2 pun mengikut kehendak sendiri...
    dengan syarat tak melanggar mana2 undang2 negara dah la...........

    blog kita
    tanggungjawab kita

    ReplyDelete
  8. Dear GKSB,
    Politik?
    nak cuba..?

    cuba ar..
    tengo cmna sambutan..
    kalau okey, teruskan..

    hehe..

    cari jodoh..?

    Mmm..
    Sila..
    sila..

    ReplyDelete
  9. imheppie,

    meniarap xpa..kalo dh boleh berjalan ni merata dia nak p..

    ReplyDelete
  10. Linda,

    salam kak..

    hehe..terima kasih sudi baca blog sy...

    insyaallah xkan terpesong akidah mcm kahar tu hihi

    ReplyDelete
  11. Nox,

    terima kasih atas pendapat yg sgt bernas itu..
    betul jadi lah diri sendiri yerk??

    kerana hanya ada sorang je gadis kampung separa bandar di dunia blog ni hehehe..

    ReplyDelete
  12. salam Dato syukri,

    ye la tak kan saya nk buat baju saya p ukur kat badan awk kan??

    kompom la tak muat hahaha...

    kalo ketinggian tu mngkin nak sama la kn kih3..

    itu pak pandir punya keja..mak andih pon pening dan berpeloh-peloh haha...

    ReplyDelete
  13. ~0~

    jatuh cinta lagi..
    lagi-lagi ku jatuh cinta..
    harus bagaimana
    ku ingin memikirkannya..

    lalalala~~penyanyi indon

    ReplyDelete
  14. besi,

    blog kita tanggungjawab kita

    suka hati kita la nak tulis apa pon kn??

    hehehe..

    janji tak langgar undang2 negara

    ReplyDelete
  15. LOL,

    Politik????

    Haisyoo... tak minat cna nak tulis..

    Jodoh??

    Adakah cik GKSB akan jumpa jodoh di dalam blog??

    sama-sama kita nantikan...

    hikhik

    ReplyDelete
  16. xpe..
    jnji hepi2 slalu..
    hehe..
    blog diari kita,up to u nk tlis pape pon..
    dun wory bout others people.

    ReplyDelete
  17. aku dah bosan aku dah bosan....
    huhuhuhu

    haaa dapat jodoh hmmmmmm...
    harap jodoh tu terus online hehehehee

    ReplyDelete
  18. Salam

    Blog kamu best, sebab sedia adanya lah, ramai yang terpaut:). Blog Anem? rojak buah;p

    ReplyDelete
  19. hepi depavali..

    " தமிழ் மொழியை சுவாசிக்கும் மலேசியப் படைப்பாளர்களே, பன்மொழியும் பல்லின மக்களும் வாழும் மலேசிய நாட்டில், தமிழ் மொழிக்காக தொண்டாற்றிய பேரருளார்களை இளைய தலைமுறையினர் மட்டுமல்லாது உலகமெங்கும் வாழும் தமிழ் மக்கள் அறிந்து கொள்ள இந்த அகப்பக்கம் நீண்ட யாத்திரை மேற்கொண்டுள்ளது."

    pecah kaca pecah gelas. lepas baca harap balas...wakakaka!!!

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi