Tuesday, October 13, 2009

HATI & BMW


Hati manusia susah nak diduga. Sedang hati sendiri pon susah kita nak fahami apa tah lagi hati orang lain. Kadang-kadang kita rasa kita faham tapi sebenarnya kita tak faham, kita rasa kita betul tapi masih ada yang tak betulnya.

Hati dan fikiran manusia ni sangat kompleks dan sukar untuk dibaca. Hati aku sendiri pon berbelah bahagi sampaikan kadang-kadang tak tahu nak buat keputusan. Sering tertanya-tanya apa yang aku mahu sebenarnya?

Masih belum ketemu jawapan. Mungkin memang tak ada jawapan ataupun aku perlu mencari jawapan. Ini soal hati dan perasaan mana mungkin boleh dibuat main-main. Siapa tahu esok lusa apa yang akan terjadi.

Keras hati sangat ke aku??? Apa salahnya kan kalo dh memang aku tak suka buat la macam mana pon hati ni tak akan jadi suka. Bukan sekali dua aku terluka cukup la setakat tu saja.


Macam aku cakap tadi hati manusia ni susah kita nak duga. Setiap yang berlaku ada sebab dan hikmahnya. Terserah la pada kita nak menilainya macam mana. Cuma jangan salah menilai. Bila kita menilai orang lain, orang lain turut menilai diri kita. Jangan meletakkan nilai itu melepasi nilai sempadan.

Dan aku sememangnya orang yang mungkin sukar untuk difahami. Memang aku sendiri pon tak faham dgn diri sendiri apa tah lagi orang lain. "Awak ni pelik la" kata seorang sahabat. Ya aku memang pelik. Pelik tapi benar hehe...

Pelik aku bukan sampai buat orang jelik tapi hanya buat orang celik.

Jangan cuba menduga hati ku kerana diri mu yang akan terduga. Ada brann??? Hehe.. Cuba la.. Aku simple tapi kompleks yg pasti bukan kompleks membeli belah huhu..

Kekasih gelap ku... Yang mana 1 pilihan hati??? Yang pasti BMW~Best Man Win


13 comments:

  1. macam mana nak kenal dan fahami hati orang lain kalau hati dan jiwa sendiri masih belum diterokai?

    kenali diri kita terlebih dahulu barulah cuba untuk memahami diri orang lain..

    *saya pun susah nak faham apa yg cuba saya terangkan..sebab masih mencari cahaya pelita

    ReplyDelete
  2. syukri,

    betul tu diri sndiri pon kita tak faham pe tah lg nak faham org lain punya diri..

    semoga cahaya pelita tu tak terpadam tak la saudara syukri meraba-raba dlm gelap..

    bkn apa takut tersalah raba jer

    hahaha

    ReplyDelete
  3. hanya kite yang memahami hati kite

    ReplyDelete
  4. lenturkan kekerasan hati dulu, baru laa hati len leh melentur kat kamu..

    ReplyDelete
  5. aku ke kekasih gelap mu itu???

    ReplyDelete
  6. Bulan.

    kadang2 kita pon xphm hati kita sndiri..

    ReplyDelete
  7. sis nita,

    terima kasih atas nasihat tu...

    tersedar dari lena yg panjang..

    ;)

    ReplyDelete
  8. sokong..sokong ngan nasihat kak nita tu...
    papepun all the best
    jwb final elok2 eh..yg len2 tu tolak tepi..kahhh

    ReplyDelete
  9. org pun ckp anem pelik,dan lagi, complicated.
    mereka perlu masa nak faham kita..;p

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi