Sunday, October 11, 2009

LUAHAN HATI SEORANG GADIS

Aku selalu sibuk. Sibuk dengan bermacam aktiviti dan kerja. Sentiasa di kelilingi kawan yang ceria dan membuat hati ini berasa senang. Membuat aku sentiasa ketawa dengan tingkah laku yang lucu.

Bila aku gembira, aku akan ketawa dengan bersungguh-sungguh kerana aku tidak pasti bila lagi aku akan dapat ketawa seperti itu lagi. Ya, aku seorang yang sentiasa ceria. Diri ku penuh dengan gelak tawa. Sering tertawa dan membuat orang ketawa tapi sebenarnya jiwa ku kosong.

Kadang-kadang aku berasa sangat sunyi. Berasa tersisih. Merasakan diri aku ni keseorangan walaupun hakikatnya tidak. Segala-galanya aku pendam. Banyak perkara yang berlaku yang kadang-kadang membuatkan aku sengaja menyisihkan diriku.


Aku bukan seorang yang pandai mempamerkan perasaan. Orang cakap aku ni slumber. Cool. Mana mungkin aku nak pamerkan melalui riak wajah walaupun sebenarnya hatiku bergolak kencang. Oleh sebab itu aku lebih senang menyisihkan diri dari situasi yg membuatkan hatiku bergolak.

Sedih, ya sangat sedih. Hubungan dengan kawan rapat tidak lagi seperti dulu. Orang bertanya dan kadang-kadang aku tiada jawapan utk itu. Agak malu untuk menjawab kerana aku tiada jawapan kepada persoalan tersebut.

Sebab itu aku lebih suka menyisihkan diri. Kadang-kadang agak kekok nak berdepan dgn situasi tersebut. Aku mungkin lagi bukan kawan yg rapat walaupun masih dianggap kawan baik. Tidak lagi berkongsi cerita dan rahsia seperti dulu kerana ada jurang yg semakin melebar.



Kadang-kadang aku rasa tersisih sebab itu aku suka menyisihkan diri. Dari aku terasa tersisih lebih baik aku yg menyisihkan diri tidak la terasa sangat kalo jd mcm tunggul kayu. Dalam banyak situasi aku akan menjadi tunggul kayu even dgn berlainan org.



Jap aku masih berfikir nak post atau tidak. Dan rasanya aku akan post N3 ni gak. Bukan niat nak menjatuhkan orang cuma ni sedikit luahan hatiku. Kerana aku tidak pandai utk berkata-kata sebab itu aku suka menulis. Menulis sesuatu yang jujur dan ikhlas dari hati aku. Tidak semua orang boleh terima itu.



Aku sentiasa menyibukkan diri sebab aku tak nak diri aku terus kesunyian dan memikirkan masalah-masalah yang aku hadapi. Mungkin orang tak faham itu. Aku tidak mahu merasa kesunyian itu saja.



Tapi aku bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang sentiasa membuat aku ketawa. Kawan-kawan yang sering membantu aku dalam banyak perkara cuma satu saja yang dh lama aku tak buat, berkongsi masalah aku dgn orang lain. Nk membina kepercayaan tehadap orang lain bukan mudah.



Tapi kadang-kadang kepercayaan itu sering disalah ertikan. Dan untuk aku mula membina kepercayaan itu kembali mungkin tidak. Untuk itu seseorang telah menerima padahnya, Kerana mulut badan binasa. Itu harga yang dia perlu bayar.



Aku bukanlah seorang pendendam cuma aku susah nak lupakan sesuatu perkara itu dan untuk berkeadaan seperti dulu mungkin tidak lagi. N3 ini aku tulis berdasarkan banyak cerita yang mungkin susah utk aku jelaskan cukupla sekadar berkias.


Cukuplah sampai sini saja luahan hatiku. Jangan risau kerana esok aku pasti ceria kembali kerana cik gadis manis ini akan hilang serinya kalo tak tersenyum sehari =)




21 comments:

  1. haaa..

    kanssss..

    kalo bab tak leh lupa kenangan lama.. kenangan yg berkait rapat dgn perkara-perkara yg berungkit.. harus laa ada kena mengena dgn perasaan dendam..

    bukan kamu jerr yg aderr perasaan cenggitu dik.. akak pon ader..

    huhuhu!

    ReplyDelete
  2. Sunyi?
    Emm...Apa yang buat awak rasa tersisih?Perlu ke awak rasa tersisih dan menyisihkan diri?Rasanya itu bukan diri awak yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. erkkk... complicated sungguh ko punya masalah dan
    krisis serta kkonflik yang melanda hehehee

    nanti bila dah cuti nanti
    pakcik sarankan ko pergi bercuti kat pulau huhuhuhuhuuuu


    pastu pi panjat bukit dan menjerit sekuat hati kearah laut huhuhu jgn terjun laut sudahhhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  4. ade prob pon senyum je..xpon ko tdo jap...xdela tensen memanjang..abes2 tensen gi lempang org 44 kali tanpa henti..mesti x tensen da...

    ReplyDelete
  5. its ok, anis. try 2b patient k. sume yg blaku ader hkmh. azu pn bkn jnis yg suke tunjuk pe yg kte rs dpan org. men pendam je. tpi as long as kte sabar, Tuhan akn balas dgn bnda yg bek. epy salu tau.. =))

    ReplyDelete
  6. sis nita,

    suma orang ada perasaan cm tu cuma tahap jer yg berbeza...

    cuma sft dendam tu memang xbagus utk mental kan kak?

    ReplyDelete
  7. TSR@remy@NM,

    kadang2 saya terpaksa menjadi seseorang yang bukan diri saya

    ReplyDelete
  8. NAQEEB L,

    Teringin nak p pulau perhentian..

    dah lama tak p langkawi...

    ReplyDelete
  9. azu,

    azu yg anis kenal memang jenis susah nk pamerkan perasaan

    susah nk tgk azu sedih..

    ketawa sentiasa tapi di hati siapa tahu kan??

    ReplyDelete
  10. Kajian yg akak sndirik buat mnnjukkan..

    mmg ramai org yg sunyi...

    Bila dia snyi, dia akan duduk kat depan blog ni haaa...

    Cuba tgk, ramai tak yg ngadap blog ko nih....heheheh

    ReplyDelete
  11. Lupa plak ng gtau....

    Apa yg akak nk smpaikan ialah....


    "You're not alone"...heheheh

    ReplyDelete
  12. kak yan,

    baru sy prasan ada betolnya juga kajian akak tu..

    i'm not alone?? thanks coz be there 4 me..

    =)

    ReplyDelete
  13. assalammualaikum

    setiap orang tak ada pengecualian past sesatu ketika rasa sunyi... layan je lah

    ReplyDelete
  14. Salam...walaupun kite meluahkan apa yg kite rasa sekalipun belum tentu orang akan memahami...biarlah kite memendam perasaan daripada berterus terang, kerana jika berterus terang nanti takut akan mengeruhkan lagi keadaan....

    ReplyDelete
  15. teringat pulak badut yg selalu menghiburkan orang tapi kita tau tak yg mereka mungkin sedang kesedihan..

    ketawa adalah pengubat duka..pastika ketawa tu tak berpeloh-peloh..

    ReplyDelete
  16. dek..one day akk nak jpe adek
    kita pi tgk wayang ke
    main boling ke
    ok x

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi